29 October 2013

Sepetang Di Taman KLCC..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni saya sambung lagi citer kami 3 beranak keluar jalan-jalan hujung minggu hari tu....gambar banyak sket kali ni tau...biasa la bila anak dah besar sket semua pun nak snap gambar...hehe....




Lepas keluar dari Aquaria, singgah surau dulu untuk solat zuhur...masa ni kami tengah tunggu babah solat...penat wei melayan Khasif yang tak reti duk diam..nampak je muka dia dalam cermin tu, dia kiss, dia sengih, dia ketawa....maklum la obses dengan muka sendiri...hahaha....



Lepas dah solat, ingatkan nak keluar gi taman tapi apakehalnya nak gi taman tengah hari panas terik..saje cari penyakit nak suruh anak demam ke? hehe...kami pusing-pusing dulu kat dalam KLCC sementara tunggu hari petang sket...Khasif pun dah ngantuk..

Letak je atas stroller Khaif tunjuk muka badmood...ibu takde hal pun anak nak tunjuk muka badmood ke, nak nangis ke...kalau ibu cakap duduk dalam tu, so awak kena duduk...hahaha...kejam kan dapat ibu macam ni...bukan kejam tapi kena tegas sket baru dia dengar cakap..kalau babah tu tak boleh dengar anak ek ek sket terus nak angkat....biasa la anak babah kan...ada babah je nak manja-manja gitew..dengan ibu, dia ek ek ek, ibu bagi susu je...tolak stroller tak lama lepas tu dia tidor....

Lama jugak dia tidor...nyenyak plak tu...lebih kurang pukul 4.30 petang cuaca pun dah redup sket..kami keluar gi taman....


Okey...time to play..masa ni Khasif dah tukar baju dah...



Dua-dua tengah excited boleh main kat playground...



Kali ni first time kami bagi dia main kat gelungsur...dia punya happy takyah cakapla..tengok gambar pun dah tau kan...walaupun babah dah stop dia tetap excited nak panjat sendiri....


Happy bila boleh panjat sendiri...tangan babah cuma standby takut-takut dia jatuh... 


Tu dia...meleleh air liur sebab happy sangat...hehe....


Elok ibu panggil "adik"..dia pusing lepas tu bagi pose macam ni....cute sangat lettew....(^_^)


Sekejap je dia duduk atas "kuda laut" ni..lepas tu menjerit nak turun...dia lebih tertarik dengan permainan gelungsur...


 Kat playground tu kan banyak gelungsur...rasanya ada lebih dari 10 gelungsur kut...semua pun nak...


Khasif tak boleh turun gelungsur dari atas lagi...kecik lagi kan..dapat main macam ni pun jadi la....


Tengah-tengah nak snap gambar Khasif masuk terowong, tiba-tiba ada budak laki datang berlari duk tepi Khasif nak masuk gambar jugak..terkejut Khasif..budak tu tak tau China ke, Jepun ke, Korea ke sebab dia speaking...mula-mula layan la jugak tapi lama-lama dia macam over dan hyperaktif  la plak...sampai Khasif pun terpinga-pinga tengok dia...terus kami jadi menyampah plak kat budak tu...haha...keji sungguh...


Dah habis dah main kat playground....dia meraung kejap sebab tak puas main lagi...nasib baik babah pandai pujuk...



Baju ibu bau kedai lagi...datang baju buruk..balik baju baru...hehehe....


Nak snap gambar dia sorang-sorang kat situ tapi babah risau takut dia jalan gi masuk air...



Dapat pun snap gambar dia sorang....dah besar dah anak ibu sorang ni...nanti kita main-main lagi kat sini yer...

Sebelum balik, solat asar dulu..masa tu dah lewat petang sangat dah...Khasif masih nak main-main lagi...tengah-tengah jalan nak keluar dari KLCC, dia  nampak patung yang berdiri kat luar kedai..apa lagi berlari-lari la nak gi dekat patung tu..nanti babah beli satu letak kat umah ek...(-__-)


Lebih kurang pukul 6.50 petang naik train ke Kelana Jaya nak amik kereta...Khasif pun dah letih sambung minum susu...letih-letih pun mulut bising duk pot pet pot pet bercakap..

Itu saja kisah kami sekeluarga dihujung minggu spend masa together..bukan selalu dapat luangkan masa bersama babah...kadang-kadang bila selalu berjauhan ni kita akan lebih menghargai antara satu sama lain kan...tapi ada jugak husband yang jenis lupakan family terus bila berjauhan...mintak jauh la segala perkara buruk macam tu..

Ya Allah,Kau peliharakanlah keamanan dan kebahagiaan keluarga kami Ya Allah...amin ya rabal a'lamin..

28 October 2013

Jalan-Jalan di Aquaria KLCC

Assalamualaikum wbt....

Minggu lepas sebelum husband balik rumah, sembang-sembang dalam phone....

"Abang balik ni jom kita bawak adik jalan-jalan hujung minggu ni..."

Saya okey jer..lagi pun memang saya ada niat nak ajak husband keluar spend masa dengan Khasif kat luar...naluri kami sama kan..cewah...

So sabtu hari tu kami bawak Khasif gi jalan-jalan kat KLCC..pukul 9 pagi dah keluar dari rumah...untuk memudahkan perjalanan, kami park kereta kat Kelana Jaya..lepas tu naik LRT gi KLCC. senang tak perlu nak hadap traffic jem, tak perlu bayar parking kat KLCC yang mahal itew...


Khasif yang masih tak datang mood...diam je masa tengah tunggu train....babah panggil nak snap gambar pun tunduk je..ibu angkat tangan pun senyum gitu-gitu je...masih dalam "sleep mode" dan pengumpulan tenaga...hehe...



Sampai KLCC dah pukul 11 lebih...alang-alang dah tengahari kami lunch terus sebelum jalan-jalan..Khasif dah start happy go lucky masa ni...ibu suap nasi tapi dia makan 4,5 suap je..tapau subway kut nanti tengah jalan-jalan dia lapar...

Stroller baru Khasif yang tersangat pinky...punyala dia meraung, menangis macam kena dera masa mula-mula letak dalam stroller baru ni...puas pujuk baru la diam..hehe..kali ni kami beli yang ringan supaya senang lipat, masuk kereta dan senang nak bawak gi mana-mana..stroller yang dulu ada lagi cuma dah tak berapa pakai sebab tersangat la berat dan susah nak masuk kereta....



Laluan terowong ke Aquaria...babah yang very-very excited nak bawak Khasif gi tengok ikan...ibu layan je la...


Sementara tunggu babah beli tiket...tengok jadual waktu feedind frenzy.

Harga tiket untuk dewasa (warganegara) ialah RM38 seorang..Khasif bawah umur so free aje...

Okey..Khasif dah start excited bila masuk bawah terowong tengok ikan-ikan berenang di sekeliling dia...
"Taah....taah....tuhhh..." sambil tunjuk tangan ke arah ikan....


Budak mana ntah yang nak interframe jugak....husband dah ketawa terbahak-bahak dah....so untuk tidak mencetuskan kontrovesi, muka beliau harus di tutup..hehe....





Tak aci sangat..ibu takde pun gambar dengan jerung...


 Khasif dan ikan kerapu...siapa pandang siapa sebenarnya....


Suka sangat bila tengok dia excited tunjuk ikan-ikan kat dalam tu...


Sesi pembelajaran mengenali ikan bersama babah...hehe....

Mula-mula ingat nak tengok sesi jerung makan pukul 3 petang..tapi masa tu macam awal je lagi...malas plak nak tunggu...lepas beli cenderamata sket terus keluar gi cari surau untuk solat...

Habis sudah sesi jalan-jalan dalam Aquaria KLCC...actually banyak lagi gambar tapi takkan nak letak semua kan..nanti bosan plak orang tengok..hehe...

Ada satu lagi aktiviti kami dengan anak...tunggu yer.....(^_^)

27 October 2013

Raya Haji Di Kampung...

Assalamamualaikum wbt....

Walaupun dah seminggu lebih berlalu tapi saya nak share jugak citer raya haji kat kampung hari tu...
(^____^)
Sebenarnya sayang jarang balik kampung kalau raya haji...
Nak-nak lagi kalau raya jatuh tengah-tengah minggu....
Raya haji kan cuti 1 hari je (kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah)

Tahun lepas, saya ingat lagi raya haji sorang-sorang kat Shah Alam tengah sarat menunggu hari...
Lepas tu bibik sebelah rumah 2 kali datang bawak makanan dan daging....

Tahun ni saya nekad nak balik raya haji jugak..
Kalau husband kerja sekalipun saya nak balik jugak..
Tup-tup memang betul husband kerja so saya balik jugak berdua dengan Khasif naik flight...


Sehari sebelum raya my SIS masak ketupat sotong....
Atas permintaan my brother yang duk sarawak ada balik jugak...
Sedap uollss...besar dan gemuk-gemuk plak tu isi kat dalam..nyum-nyum....
Khasif pun makan jugak tapi makan isi ketupat je la..hehe...


"Hello babah....adik kena gigit nyamuk"
Malam pertama kat kampung hasilnya seluruh muka Khasif kena gigit nyamuk...
Hehehe...darah manis sangat...
Kesian habis merah-merah kat pipi, dahi, hidung dan atas bibir..
Kat lengan pun banyak jugak kena gigit...
Malam esoknya terus pasang ubat nyamuk letrik..
Kulit plak jenis sensitif..sampai hari ni pun tak hilang lagi bekas kena gigit nyamuk...
Cian anak ibu yer...


Pagi raya kat rumah abang tempat korban lembu...
Tapi saya tak sempat pun nak tengok acara sembelihan dilakukan..
Saya sampai dah dekat pukul 11 pagi masa tu...


Acara pembahagian daging qurban...
Kebiasaan masyarakat kampung akan share masuk bahagian korban..
Setiap seekor lembu bahagi 7 bahagian...
Kalau seekor lembu harga RM4000..
Satu bahagian/ kepala bayar lebih kurang RM571..
Bayaran bergantung kepada harga seekor lembu yang nak dikorban...


Masa ni dah balik rumah dah...
Acara pembahagian daging qurban seperti berikut...

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya


Untuk sama adil, daging dibahagi mengikut berat yang ditimbang..
Lepas dah siap bahagi, program seterusnya adalah masak daging untuk makan kat rumah...
Ada yang panggang, masak sup dan masak gulai..




Orang riuh rendah berlari, menjerit..
Khasif tetap tidor dengan lena sebab dah letih main dengan budak-budak lain...


Sup tulang panas-panas...ada yang tak sempat nak rasa sebab laku macam pisang goreng...
Of course bukan saya tukang masak...saya tukang tumis bawang dan rempah je...hehe..

Habis sup tulang, saya cari gulai daging plak makan dengan nasi...
MasyaAllah gulai daging tu sedap yang teramat..
Cukup lemak, manis, masin...memang tak jumpa la kalau nak cari kat KL...

Esoknya pukul 11.20 pagi kami dua beranak fly balik ke Shah Alam...
Walaupun tak lama raya tapi tersangat puas hati sebab dapat luangkan masa dengan family sendiri....
(^__^)

24 October 2013

Bila Anak Demam Dan Dijangkiti Virus..

Assalamualaikum wbt..

Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok anak jatuh sakit...kalau boleh nak mintak dengan Allah supaya semua sakit dia tu dipindahkan pada saya...Khasif masa kecik-kecik, ,masa umur dia bawah 8 bulan, jarang jatuh sakit..kalau demam ke selsema ke batuk ke seingat saya cuma sekali je...itu pun tak teruk dan tak lama..

Tapi sejak dah besar sket ni, dah dekat nak 10 bulan umur dia, agak kerap diserang sakit dan penyakit..maybe sebab dah bertukar environment..masa umur dia 9 bulan tiba-tiba dia kena ALLERGI...lepas tu sihat alhamdulillah...sehari sebelum raya selsema...


Bulan 9 hari tu Khasif tiba-tiba demam panas..masa tu saya dengan Khasif je kat rumah..husband takde kerja kat laut...malam tu saya tak tidor sebab pantau suhu badan dia yang panas mencecah 38dc...satu badan khasif saya lap dengan kain basah sampai la suhu turun..bila suhu naik balik, saya lap lagi.....macam tu la saya satu malam sorang diri pantau keadaan dia sampai tak sedar bila masa saya tertidor...

Lebih kurang pukul 5.30 pagi dah dekat nak subuh tiba-tiba saya rasa ada orang pegang badan..saya bukak mata tengok Khasif pegang saya sambil duduk..bila saya pegang badan dia panas ya Allah..rupa-rupanya dia terjaga dari tidor sebab panas..dia tak nangis..saya cek suhu dia 39 dc..cepat-cepat bawak gi bilik air, saya mandikan dia start dari hujung kaki naik slow-slow ke badan dan kepala...lepas mandi Alhamdulillah suhu turun, dia sambung tidor...

Siang bawak jumpa doktor..kalau boleh saya nak elak bagi dia makan ubat sebab budak umur bawah 2 tahun tak elok ajar makan ubat..kalau boleh saya nak rawat dia secara luaran sahaja biar sembuh secara natural...tapi memandangkan cuti saya dah tak banyak dan takde sape yang boleh saya harapkan jaga Khasif kat rumah,  nak taknak saya terpaksa jugak bagi makan ubat..Alhamdulillah lepas makan ubat keesokan hari khasif dah tak demam...cuma dia batuk time tengah tidor...

Ku sangka panas sampai ke petang...


Esoknya saya tengok kat belakang khasif ada "benda" ni...sebenarnya 3 hari sebelum tu lagi dah perasan benda tu macam kecik je..mula-mula saya ingat dia luka kat taska sebab macam ada kudis...saya malas nak panjang-panjangkan benda ni sebab saya pun tak pasti apa punca dia..kut la dia terluka masa main kat rumah jadi satu dosa plak tuduh-tuduh orang kan...saya cuma letak minyak gamat masa "benda" ni kecik...

Makin hari makin besar...macam ada benda yang makan kulit dia...tepi-tepi lingkaran tu berair..aduh...apa benda plak ni...lepas satu-satu jadi kat Khasif...saya betul-betul rasa down...setiap kali Khasif sakit mesti time husband takde dan saya kena lalui sorang-sorang benda tu..saya dah tak kuat nak tanggung sorang-sorang...

Saya risau benda tu kayap...kalau kayap ular lagi la risau..kebetulan masa tu husband dah dekat nak balik darat tapi mak plak nak buat majlis solat hajat untuk ke Mekkah...so husband nak stay dulu kat kampung..lepas habis majlis baru dia nak balik Shah Alam..saya masa tu tengah risau anak, dengan jiwa yang down giler...

Saya cakap terus terang dengan husband...boleh tak abang balik terus tak perlu stay tunggu majlis mak..saya risaukan anak lebih dari segala-galanya..husband berbelah bahagi...dia risau mak kecik hati...saya cakap, nanti kita akan balik jugak sebelum mak ke Mekkah...sekarang kami berdua sangat-sangat perlukan abang...saya sebagai ibu rasa dah tak mampu nak tanggung sorang-sorang lagi...saya cakap mak pun seorang ibu dan mak akan faham kalau abang balik sebab anak sakit...

Saya memang berdoa sangat supaya MIL tak kecik hati..saya bukan saja-saja nak suruh husband balik terus...tapi keadaan masa tu betul-betul tengah genting..semangat dan kekuatan saya dah sampai tahap ZERO..alhamdulillah lepas husband bagitau mak dia perlu balik segera tak boleh tunggu majlis, mak faham keadaan kami...

Malam husband sampai..esoknya terus bawak Khasif jumpa doktor pakar kulit kat Klinik Ranjit Subang..disebabkan saya tak buat appoinment so saya tak boleh jumpa doktor Ranjit...terpaksa masuk bilik doktor lain....doktor perempuan India...

Dia tengok belakang Khasif...lepas tu dia cakap ini IMPETIGO..sejenis penyakit kulit yang disebabkan bakteria staphylococcus..saya tanya doktor betuk ke bukan kayap?? amboi..nak lawan doktor nampak..doktor cakap bukan kayap..kalau kayap dia akan naik kat saraf -saraf...apa ntah doktor tu cakap lagi...sekejap je jumpa lepas tu doktor suruh amik ubat...

Hishh...I ni jenis kalau sekejap-sekejap rasa ragu-ragu je...tapi keluar jugak la dari bilik doktor tunggu amik ubat..


Ni dia ubat yang doktor suruh sapu...RM49 kecik tinonet....Fucidin iaitu sejenis kream antibiotik yang perlu di sapu 2 kali sehari pada tempat yang terkena jangkitan...biar betul ni je ubatnya...bukan calang-calang orang tak percaya kat doktor..hahaha....Alhamdulillah lepas sapu lebih kurang seminggu.. IMPETIGO tu hilang..tu la tak percaya kat doktor sangat...-__-

Belum habis citer lagi......

Seminggu sebelum Raya Haji..hari Isnin balik nursery petang tu saya nak tukar pampers Khasif...seperti biasa lepas balik nursery saya akan cek badan dia satu persatu..bukan nak cari kesalahan pihak nursery tapi untuk langkah berjaga-jaga.

Bila bukak pampers tengok-tengok bawah buntut dia naik biji-biji macam berair..ruam ke? masa tu husband ada kat rumah lagi..saya tanya husband pagi masa abang tukar pampers ada ke tak biji ni kat buntut Khasif..husband cakap takde...saya ingatkan ruam..saya pun letak la tepung kanji selalu letak kat celah-celah peha dia untuk elak ruam...

Pagi selasa masa hantar Khasif nursery saya tanya teacher dia Khasif semalam taknak pakai pampers ke atau dia berry kerap ke?niat saya bukan nak salahkan teacher dia atau nak marah..saya cuma nak cari punca apa benda kat punggung Khasif tu..kalau kena gigit semut atau serangga ke, pampers lambat tukar ke...senang saya rawat kalau dah tau punca...tapi teacher dia cakap tak...biji tu macam dari rumah...


Petang masa gi amik, teacher dia cakap biji-biji tu naik makin banyak sampai ke lutut dan kaki...masa tu husband dah travel gi kerja...saya syak Khasif kena chicken pox..tapi suhu badan dia normal..tak demam..dia pun aktif je main..

Sebelum benda ni melarat, pagi rabu saya bawak Khasif gi UMRA jumpa doktor nak sahkan betul ke tak benda tu chicken pox..tup-tup bila doktor tengok kat buntut dan kaki bukan chicken pox tapi doktor sahkan biji-biji tu ialah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)..doktor cek mulut Khasif takut ulser dah naik dalam mulut dia..budak kecik tu bukan senang nak bukak mulut..menangis la bila doktor pegang mulut dia...

Nasib baik dalam mulut takde..tapi doktor bagi jugak ubat untuk letak dalam mulut takut lepas ni naik jugak...bila kena penyakit ni secara automatik pesakit perlu dikuarantin tak boleh jumpa orang luar terutama kanak-kanak lain...so maksudnya saya terpaksa amik EL untuk jaga Khasif sehingga penyakit dia sembuh..cuti dah habis..husband plak takde...yang paling haru tiket flight balik Raya Haji pun dah book 2 hari sebelum tu..kalau keadaan Khasif makin melarat maknanya burn la tiket tu...


Doktor bagi Calamine Lotion untuk sapu kat bijik-bijik merah tu, ubat demam takut tiba-tiba dia demam dan ubat ulser mulut...tiap-tiap hari tugas saya sapu lotion kat kaki dan buntut dia...kat kaki kena tunggu dia tidor baru boleh sapu..kalau tak dia sibuk nak main, nak pegang tempat kita sapu lotion..lotion tu kan racun...

Nasib baik kat mulut tak naik...so dia makan dan minum seperti biasa..tak demam...tetap aktif walaupun "sakit"...


Selama berkurung dalam rumah, saya cuci semua lantai, perabot, tilam, baju,  toys dan "kawan-kawan" Khasif dengan Dettol...habis satu rumah bau macam hospital..



Khasif yang "tak sihat" tapi tetap aktif..walaupun semua toys dia dah kena kuarantin, ada je idea dia nak main apa dalam kandang tu...sepak bola pun okey...

Hari Jumaat saya masih dalam dilema nak balik raya ke tak..keadaan Khasif makin okey tapi tak sembuh sepenuhnya lagi..baru 30% biji-biji  merah hilang..tapi banyak yang dah kering...kakak saya pun call cakap balik je...

Flight hari sabtu petang...biji kat kaki Khasif dah okey cuma kat buntut ada lagi..dalam pampers mana orang nampak kan..hehe...so kami boleh naik flight tanpa ada halangan..

Kat kampung keadaan Khasif makin ok..cuma saya tak berani jugak bawak dia keluar jumpa orang...air liur dia masih banyak yang  meleleh keluar..virus penyakit ni kan boleh tersebar melalui air liur dan najis mereka...so Khasif masih dalam pengawasan...

Alhamdulillah Hari Raya Haji pertama Khasif dah sembuh 99%..1% lagi kat buntut ada 2,3 biji yang tak hilang...sekarang dah sihat dah....dah hantar ke nursery balik...

Begitulah cerita tentang ujian bila ada anak terutama yang masih kecik...cuti untuk EL wajib ada...hari ni mereka sihat...bulan depan belum tentu lagi..kita dah jaga elok dah kat rumah dari segi kebersihan tapi kadang-kadang persekitaran kat nursery atau kat luar boleh menyebabkan anak kita dijangkiti penyakit...harus sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal...

# perasan tak banyak betul perkataan BENDA...
Sekian, wassalam....
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...