30 November 2014

Jejak Sejarah: Kuala Kangsar Bandar Diraja, Perak - Part 3

Assalamualaikum semua...

Waaaaa rindunya kat blog sendiri....disebabkan terlalu bz kerja di ofis tak sempat lansung aku nak jenguk dan spend masa kat sini...hari ni akan ku cuba jugak catat sesuatu..

Kali ni nak sambung lagi kisah yang dah berkempam lama dalam blog...hahaha...tak habis lagi ni kisah perjalanan di Perak...bukan setakat citer di Perak, citer-citer lain pun masih banyak yang belum cover...takpe-takpe...apa pun yang akan jadi akan ku cuba sedaya upaya untuk update story yang ada...hehehe...


Dari Taiping terus gerak ke Kuala Kangsar melalui PLUS Highway..perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit...tak jauh sangat pun...


Sampai-sampai terus cari kedai makan sebab perut dah lapar...nak makan tengahari dulu..mulanya cari kat google konon-konon nak cari tempat makan best kat Kuala Kangsar ni..banyak je jumpa orang review kat blog tapi pusing-pusing tak jumpa...tak boleh jadi ni..


Masa adalah limited..so aku berhenti makan kat sebuah kedai..tak ingat dah nama kedai tapi lauk not bad banyak jugak...tengah-tengah makan tiba-tiba Khasif buat perangai...makin di pujuk makin dia mengamuk...grrr..stress giler....orang dalam kedai tengah makan semua pakat tengok...T_T


Takpe..korang tengokla puas-puas....nanti dah ada anak tau la kena kat batang hidung sendiri...pujuk-pujuk dalam 10 minit lepas tu okey la......apak ko sket lagi nak badmood tau tak...nasib bai...dah habis makan kena menapak sket gi kat parking kereta...




Gelagat Khasif masa nak lintas besi penutup longkang..


Ini budak very penakut dan penggayat...hahaha...bila pegang tangan dia baru berani nak jalan..itu pun dia bukak langkah besar..takut punya pasal...hehehe...

Tengah-tengah berjalan tu...bertembung dengan sorang aunty india ni....dari jauh dia dah senyum...datang berjalan kat kami yang dah nak sampai kat kereta...

"Comel la anak kamu ni...putih gebu..."
Aku dan husband ketawa jer hehehe....rasanya takdelah gebu sangat Khasif time dah besar ni..masa kecik dulu adalah jugak sket gebunya...
" Ikut siapa ni?" aunty tu tanya
"Ikut husband kut.." aku cakap..yela orang selalu cakap muka Khasif macam husband..walaupun hakikatnya aku rasa tak..hahaha....
"Eh...taklah..lebih iras muka isteri kamu..." aunty tu tunjuk aku..
"Ye ke? tak kut..." 
"Betul...macam kamu.."

Wah...rasa kembang semangkuk la kejap....hahaha....sesekali nak jugaklah dengar orang cakap anak yang kita kandung 9 bulan, susah-susah kita bertarung nyawa lahirkan dia..macam muka kita kan..betul tak wahai ibu-ibu sekalian...^_^

"Comel betul...erm...adik...ini aunty nak cakap sketla...aunty cakap jangan marah aaa...."

"Aa? cakap apa?" suspen sangat aunty ni..

"Jangan marah aa...anty nak cakap aunty ni orang susah...anak ramai yang sekolah...aunty nak mintak sumbangan sket..tak kisah adik nak bagi berapa..ikhlas adik boleh bagi berapa aunty terima..kesian anak-anak sekolah takde duit nak makan...." dia buat muka sedih bukak cerita sambil goyang-goyang kepala....

AYOO YANADDEIII...PADAYAPPA..rupa-rupanya aunty pujian mu tadi ada maksud yang tersirat....huwaaaa.....!!!
Sempat lagi tu dia berdrama dulu...

Aku jalan kedepan dengan senyuman sambil bawak Khasif masuk kereta...hohoho..malas nak layan aunty...aku tinggal je husband menangani masalah tersebut....kui kui kui...

Husband masuk kereta...."Ceh!! ada udang di sebalik mee rupanya..."

"Abang bagi tak?"
"Bagila jugak sket..dah agak dah bila dengar dia sebut aunty nak cakap sket"

Hahaha....begitulah kisah seorang aunty yang memuji anak kami...berhati-hati yer korang...zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak duit..yang guna cara baik ok lah...kita pun ada la jugak perikemanusiaan..tapi kalau yang guna cara salah tu yang patut kena lebih berhati-hati...

Start kereta terus gerak ke tempat yang ingin dituju...bila sampai je kawasan tersebut, rasa macam...wah bestnya kalau dapat duk sini...kawasan ni terjaga, bersih dan cantik sangat...


Mana taknya..wajiblah bersih sebab sini  dekat dengan istana diraja, galeri dan tempat persemayam Sultan Perak..nampak tu  pintu pagar belakang Istana Iskandariah...


Inilah dia Istana Iskandariah yang terletak di atas Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.



Pintu pagar utama laluan keluar masuk Istana...

Istana Iskandariah ni adalah tempat pertabalan, tempat penyerahan anugerah, tempat keraian raja-raja dan lambang kekuasaan raja-raja Melayu.




Opsss..tak boleh masuk sesuka hati yer...orang ramai boleh datang melawat Istana ini dari luar sahaja..Istana Iskandariah akan dibuka kepada orang ramai pada hari-hari tertentu sahaja contohnya hari perkahwinan diraja ataupun pada hari Keputeraan Sultan..

Istana Iskandariah telah dibina kira-kira dalam tahun 1930 di atas tapak Istana Negeri yang telah dirobohkan untuk diganti dengan istana yang baru ini. 

Istana ini telah siap pada tahun 1933 dan dinamakan Istana Iskandariah bersempena nama Sultan Iskandar yang menitahkan pembinaannya.  

Nun di satu sudut di luar kawasan Istana Iskandariah nampaklah sebuah bangunan kayu bewarna kuning...


Inilah dia satu lagi istana yang terdapat di Kuala Kangsar..istana ini kini dikenali dengan nama Istana Kenangan..juga dikenali sebagai Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas..istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu..ianya terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah yang gambar atas tadi...
926.


Menurut sejarah, Istana Kenangan ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 untuk dijadikan tempat persemayan selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.  Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1931. 



Sultan Iskandar Shah telah berpindah bersemayam di istana ini kerana istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Kemudian dalam tahun 1933 apabila Istana Iskandariah siap dibina, Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut..manakala Istana Kenangan ini diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.

Kini Istana Kenangan telah berwajah baru setelah ia dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar. Upacara perasmian Muzium Diraja ini dilakukan oleh AlMarhum Sultan Azlan Shah Muhibuddin Shah pada 16 November 1986. 


Malangnya masa aku sampai kat sana muzium ini ditutup...mengikut guard yang jaga kat situ (aku tanya) muzium ni ditutup dah lama untuk kerja-kerja renovation dan baik pulih..tapi orang tak berani nak naik sebab banyak kayu-kayu yang dah reput..tak taula betul ke tak..pak guard tu yang cakap..bukan aku yer...hehehe....



Okey..sebenarnya ini bukan kali pertama aku sampai ke sini..aku pernah sampai ke Muzium Diraja ni pada tahun 1997..masa tu tengok dari luar memang cantik giler..dari jauh dah nampak bangunan warna kuning berseri-seri..tak macam sekarang yang dah tak berapa nak kuning...

Masa tu boleh naik lagi..memang cantik dan unik sangat kat dalam...ukiran-ukiran kayu kat dinding, kat tangga memang boleh dikatakan ukiran terbaiklah...tapi sekarang tengok dari jauh je la...

Bila akan dibuka semula aku pun tak tau...kawasan sekeliling muzium tu pun macam sunyi sepi je....


Sejarah tentang Istana Kenangan..kalau korang nampak tulisan tu dipersilakan baca..kalau tak nampak jangan dipaksa..nanti juling biji mata...hehehe...






Sebelum meninggalkan kawasan istana @ muzium diraja ni..sempatla bergambar bertiga sebagai kenang-kenangan..tak tau bila lagi boleh sampai sini...harap-harap kerajaha Perak dapat buat sesuatu ke atas bangunan muzium ni..sayang kalau khazanah negara dibiarkan reput macam tu jer..betul tak...

Begitulah serba sedikit cerita lawatan kami di kawasan istana Perak ni...tunggu kisah sambungan seterusnya...

Wassalam...

20 November 2014

Tiga Tahun Jual Daging Babi Kepada Muslim..




SWITZERLAND, (MLP) – Seorang penjual daging ‘halal’ dihadapkan ke mahkamah awal minggu lepas kerana menjual daging babi kepada pelanggan beragama Islam.

Pengusaha daging berbangsa Swiss itu dilaporkan telah menjual sebanyak 3.1 tan daging khinzir sepanjang tiga tahun.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut telah menipu pelanggan dengan menyatakan daging terlarang tersebut sebagai daging anak lembu.

“Jika para pelanggan mengetahui bahawa ia merupakan daging babi, mereka tidak akan membelinya kerana Islam melarang penganutnya dari makan daging berkenaan,” jelas pendakwaraya.

Pengusaha bahan mentah itu didakwa atas kesalahan penipuan dan salah nyataan, dan kini berdepan penjara selama enam bulan serta denda sebanyak 18,000 Swiss franc (RM63,000).



Jual daging babi kat orang Islam? 

T_T

Takde daging lain ke bang nak jual...bukan ke kat Switzerland tu jumlah lembu lagi ramai dari jumlah manusia..rasanya terdapat hampir 24 juta ekor lembu kat sana kan..apahal yang busuk hati sangat sampai sanggup jual daging haram tu kat saudara seislam kami...dahlah hukuman dia cuma kena bayar denda ciput je...


18 November 2014

Suami Curang Sebab Isteri Busuk...

Assalamualaikum...


Hari ni bangun je tidor, berdenyut-denyut kepala...malam tadi tak lena sangat memikirkan masalah orang...ya Allah, berilah hamba Mu ini petunjuk...

Aku ni memang marah dengan tindakan orang tu...tapi bila dah tengah malam teringat balik apa yang aku cakap, aku marah dia  petang semalam..kesian plak..menyesal pun ada...

Ya Allah...cara apakah yang paling terbaik aku boleh tolong dia...

Okey..kita lupakan kisah itu sekejap..

Korang ada terbaca tak  kisah seorang suri rumah yang kecewa dengan suami bilamana dia dapat tau suami ada affair dengan seorang janda..siap ke tahap berzina lagi tu..ya Allah...

Aku tak pasti samada itu cerita betul atau rekaan penulis semata-mata..tapi kalau betul berlaku pun aku tak rasa pelik...dalam dunia ni apa saja boleh terjadi...lagi-lagi bila berkait dengan nafsu..

Menurut kisah tadi, si suami cakap isteri dia ni dah perfect semua benda dalam menguruskan rumahtangga..tapi satu alasan suami dia cari yang lain katanya sebab isteri dia tak bersiap..tak berdandan untuk dia...tak jaga penampilan..tak cantik macam awal perkahwinan..rambut dan badan busuk...

Ya Allah...aku mengucap bila baca...

Okey..betul...tugas seorang isteri tu berdandan di depan suami secantik-cantiknya...tapi wahai para suami sekalian....tidakkah terfikir isteri bila dah ada anak dan suami...benda lain isteri tak fikir sangat pun..bukan taknak fikir tapi adakalanya memang tak sempat..menguruskan rumahtangga dan menjaga anak bukan suatu perkara yang mudah...

Aku ni yang bekerja pun penat..balik-balik rumah nak kena masak untuk makan malam..kalau aku larat aku masak, tapi kadang-kadang aku surrender...makan jela kat luar..aku sanggu keluarkan duit..itu yang bekerja..

Bagi mereka yang bergelar housewife lagi kesian...kerja memang tak pernah berhenti...aku memang tabik spring dengan mereka yang mampu jadi housewife...bangun pagi siapkan makan pakai anak dan suami...kemas rumah..basuh baju...aku ni anak dan suami sorang pun dan berlonggok-longgok baju..inikan pulak anak 3 atau 4..

Dah sidai baju, nak kena masuk dapur plak...nak siapkan makan tengahari..dah masak nak kena kemas dapur balik...kalau nak tulis semua kerja-kerja surirumah memang  tak kan habis...cuba korang yang lelaki amik cuti tanpa gaji sebulan duduk kat rumah jaga anak dalam masa sama jadi househusband...mampu ke tak? entah-entah bukan setakat tak berdandan..nak bercukur pun tak sempat...

Yang si suami plak..kenapa selama ni ko tak pernah tegur isteri..yer..takut isteri kecik hati whatever alasan ko bagi kan..kalau macam tu kenapa tak guna secara halus..sesekali ajak isteri keluar pergi spa ke ..pergi saloon rambut ke..."Yang...jom masuk cuci rambut...yang jom masuk spa...urut-urut badan, cuci-cuci badan boleh buang daki..abang bayar untuk yang"...aku rasa sebagai isteri meloncat-loncat happy kalau dengar suami offer macam tu...tak caya? cuba try kat wife sendiri...

Pasal affair dengan perempuan lain...aku setakat ni masih percaya lagi kat husband sendiri..tapi tak taulah akan datang..aku taknak mendabik dada cakap ala suami aku takkan buat macam tu...kita tak tau kan...cuma aku mampu berdoa dengan Allah mintak dijauhkan sangat benda-benda macam ni berlaku kat dalam rumahtangga sendiri...Nauzubillah min zalik....

Ni aku nak bukak satu rahsia tau...hehehe...matila husband mengamuk la lepas baca ni...dia sendiri pun tak pernah tau...

Aku pernah kenal seorang lelaki macam ni lah...masa tu aku lepas habis SPM.ntahlah..dah lama sangat dah...tak ingat bila actual date...aku kenal dengan lelaki ni pun secara tak sengaja...lepas tu bertukar-tukar no telefon rumah..

Kami banyak berhubung melalui telefon...rasanya lepas berkenalan tu jumpa sekali je..itu pun aku ajak kawan yang tolong temankan...yelah...masa tu kan umur baru belasan tahun...giler nak gi jumpa lelaki yang baru kenal sorang-sorang...

Selama berkawan..lelaki tu pernah cakap nak pinjam duit..nak kembangkan bisnes...tapi masa tu aku mana lah ada duit..duit makan pun ayah yang tanggung...

Satu hari lelaki ni ajak nak jumpa untuk kali kedua..janji nak jumpa pagi kat kedai makan..tiba hari yang dijanjikan, aku pun tunggu la dia..tunggu punya tunggu tak datang-datang...sampai ke tengahari tak datang-datang...ko dah kenapa? ko ingat aku ni tunggul ke apa? 

Aku teringat la no telefon yang dia pernah bagi...disebabkan dia pesan jangan sesekali call, aku pun tak pernah nak cuba call..kali ni aku cuba call..nak tau jugak apa cerita yang tak sampai-sampai lagi ni...

Bila call dengar suara makcik yang angkat...aku cakap aku ni kawan anak dia...makcik tu tanya aku ada hal penting ke cari anak dia? aku cakap ada hal kerja sket..."ooo ye ke...dia takde cakap plak..baru malam tadi dia gerak gi KL jumpa anak bini dia kat sana"...

Anak, bini??? takde lah rasa nak tercabut jantung..nasib baiklah tak cintan-cintun sangat masa tu...tapi rasa lah jugak tertipu dengan makhluk sorang...sebelum ni cakap single...

Selang beberapa hari lepas tu lelaki tu call aku...aku pun apa lagi..cakap direct jela..dah kawin cakap lah dah kawin..buat apa nak menipu...lepas tu boleh plak dia bukak cerita sedih...konon-konon rumahtangga dia tak happy selama ni...sebab tu dia berkawan dengan aku...bila berkawan dengan aku dia happy, hilang segala masalah dengan bini...

DASAR LELAKI kan...tang tu jugak ko bagi alasan tak bahagia lah...masalah rumahtangga la...memang dasar sangat...bye..bye la yer...aku takde terdesak nak bercinta cintun pun masa tu....

Kisah satu lagi masa aku kat UM...ada sorang laki ni...masa tu final year tengah sibuk buat tesis...banyak kerja-kerja ekxperimen kena buat kat lab..so dia la yang banyak tolong aku..nama pun pembantu lab kan...

Okey..yang ni aku takde feeling apa-apa pun..selalu jugak rasa annoying kalau setiap kali aku masuk lab dia datang nak tolong...tanya itu ini pasal hal peribadi...tanya aku dah ada yang special ke belum...

Masa tengah buat kerja tu dia pun bukaklah citer...dia dah kawin..tapi dia tak bahagia dengan wife dia...selalu bergaduh...dia rimas...hhmmm...sorang lagi suami orang jenis suka bukak aib isteri sendiri...lepas tu aku kalau nampak je dia memang cepat-cepat lari taknak bagi terserempak...

So kesimpulannya kawan-kawan..kat luar sana memang tak mustahil ada je jenis lelaki yang suka memburukkan isteri sendiri, rumahtangga sendiri demi untuk nafsu sendiri....tapi bukan semua la...jangan plak kita tak pasal-pasal tuduh suami sendiri..doa yang baik-baik untuk rumahtangga kita...

Kepada isteri-isteri termasuk aku lah jugak...mulai dari hari ni...carilah masa untuk cantikkan diri sendiri yer...nanti kalau dah cantik-cantik, wangi-wangi baru suami sayang...kalau tak wangi, bau bawang, bau lada..rajin-rajinla mandi 3,4 kali sehari...sental sabun banyak-banyak..nanti kalau suami tanya kenapa kerap sangat mandi..jawab je..untuk abang jugak...Giteww....^_^

Okey..cukuplah kisah membebel untuk hari ni..bye...bye....
 

Masalah Besar..HUTANG AHLONG.

Assalamualaikum..



Dah lama tak singgah sini..bukan malas tapi tidak berkesempatan..

Sejak akhir-akhir ini banyak benda yang berlaku..ada yang baik dan ada yang buruk..ada yang positif ada juga negatif..disebabkan perkara itu aku kenal siapa orang sekeliling aku...dan Alhamdulillah aku mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata semangat..apa yang penting, mulai dari detik itu aku amik ianya sebagai pengajaran dan teladan..

IsnyaAllah...aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat...aku tak minta lebih pun...cukuplah sekadar hak yang perlu aku dapat..itu sahaja..ceria-cerita belakang ke, nak bersangka buruk ke...terpulanglah..aku terima segalanya.. Alhamdulillah...

Habis di situ untuk cerita itu...minggu lepas aku terima satu panggilan telefon dari seseorang..tapi aku tak dapat cakap lama sebab kerja kat ofis tengah banyak..

Pagi tadi dia mesej cakap nak jumpa..ada masalah besar..ini satu lagi masalah baru timbul...masalah besar yang aku sendiri rasa tak tertanggung nak menghadapinya...

Aku bukan nak citer aib orang..tapi cerita ni untuk teladan dan pengajaran mereka kat luar sana..cerita supaya janganla suka sangat pinjam meminjam...
Aku ni kalau jenis kategori kedekut takde kut nak bagi dia pinjam duit time dia nak kawin..lepas tu dah ada anak pun meminjam lagi.

Pesen dia ni...time nak meminjam baru muncul...lepas dah dapat tu  senyap la.. 4,5 bulan nanti call lagi cerita masalah itu ini..tak cukup duit...nak pinjam 200/300...aku ni jenis cepat kesian tau tak..lebih-lebih lagi kalau orang yang dah ada anak ni..sedih fikir anak makan ke tak...

Kadang-kadang aku cakap takpelah..nanti bayar separuh je..separuh lagi tu buat beli baju @ susu anak ke...lepas tu senyap...

Selang 4,5 bulan lagi muncul balik...nak meminjam lagi...merayu-rayu...janji manis macam-macam..nanti bulan depan bayar...begitulah proses pinjam meminjam berulang rasanya dah lebih 6 kali kut...bayarnya tak..

Aku ni plak jenis malas nak tanya-tanya..nak mintak-mintak..kalau ko ada duit ko bayarla sket-sket...itu prinsip aku...tapi sebab dia ni aku tau keadaan kewangan dia camne, so aku memang malaslah nak tanya..biar jelah..kalau sampai sudah dia tak bayar pun aku halalkan je duit yang dia pinjam selama ni..anggap je la sedekah..

Cuma yang aku tak suka pasal dia ni...suka sangat meminjam...taknak bagi nanti kesian..bila orang dah susah takkan kita taknak tolong...kita pun tak tau masa depan kita camne kan..bukan selalu kat atas...so berpegang pada prinsip kemanusiaan, hidup haruslah tolong menolong lagi-lagi orang yang berada dalam kesusahan...


So petang tadi dia datang jumpa aku..perjumpaan kali ni betul-betul membuatkan aku tersentak, terkejut dan bengang dengan tindakan yang dia dah buat..sebelum jumpa tu,  dia ada cakap ada masalah yang lagi besar..bukan sebab duit semata-mata...


Awal bicara, kejap-kejap dia citer kawan dia la pinjam duit..kejap kang dia citer pasal gaji la...dia corner situ, dia corner sini..ko apa hal? boleh tak citer elok-elok, satu persatu start dari A sampai Z..jangan nak corner sana sini, nak tarik tali...


Mula-mula aku ingat nama dia kena blacklist ke apa..rupa-rupanya masalah lagi besar dari itu...dia cakap dia berhutang dengan syarikat pinjaman berlesen..WHAT???? pinjaman berlesen ke ahlong? ko dah giler ke apa? ya Alllah..

Dia hampir 3 tahun potong gaji bulan-bulan sebanyak RM1500..bulan-bulan dia cuma dapat duit dari gaji kurang 500..orang yang bagi dia pinjam tu pegang kad atm dia..OMG! korang bayangkanlah RM1500 X 36 bulan dah berapa...aku tanya dia ko pinjam berapa sampai dah 3 tahun tak setel-setel lagi dengan bayaran sebanyak tu? dah boleh bayar kereta honda bulan-bulan..dia cakap mula-mula pinjam 5K je..lepas tu ada tambah sket-sket..tapi tak sampai 10K..

Betul ke ko ni tak sampai 10K? Ya Allah..aku speechless sekejap..memang aku bengang giler..ni namanya sengaja hulur kepala bagi rimau ngap!! bila aku marah dia cakap benda dah jadi...yelah..senang la cakap benda dah jadi..sebelum buat tu tak fikir panjang..


Aku tau memang hidup dia serba kekurangan, cukup-cukup makan...tapi takkan la sampai ko kena pinjam duit dengan pihak satu tu..kenapa sampai tahap tu sekali? dahlah motor pun dah kena tarik..ya Allah..ko tak kesian kat anak bini ke...family dia sorang pun tak tau benda ni...termasuk mak dan ayah dia...


Dia cakap kalau aku boleh tolong dia buat fullsetlement..dia akan bagi aku pegang kad bank dia..aku plak kena jadi ahlong?? dia cakap bulan-bulan aku potongla berapa yang aku nak, janji ada duit untuk dia makan anak bini...sekurang-kurangnya dengan aku dia tak kena tanggung azab bayar interest...


Ya Allah...aku bingung sangat-sangat...boleh ke aku tak tolong sedangkan aku dah tau orang tu dalam keadaan tersepit macam tu...bukan tahap tersepit dah tu..terkepit hampir terjerumus ke dalam gaung dah tu...tapi nak tolong pun mampu ke? berapa? aku tak tau berapa lagi yang tak setel...30K?40K? atau lebih..ya Allah...

Aku tak janji dengan dia...aku tak tau aku mampu  ke tak..dia cakap dia nak tanya dengan pihak "itu" berapa lagi baki yang ada..masalahnya bila aku tanya masa ko pinjam ada ke black and white? ada ko simpan salinan agreement ke apa-apa bukti? dia cakap takde..semua dokumen ada dengan pihak "itu"...ini satu lagi KEGILAAN...


Ko ingat pihak tu senang-senang nak lepaskan ko macam tu je...sah-sah dia nak buat keuntungan beratus kali ganda...entah-entah dia boleh tulis sesuka hati mak bapak dia je berapa baki..50K?60K? sebab ko takde simpan lansung agreement ke, apa salinan pinjaman ke...

Aku memang bengang la dengan dia ni...kesian memang kesian tapi sakit hati lebih dari kesian..kenapa time masalah besar macam ni ko nak tarik aku sekali...sakit tau tak kepala aku ni...

Alangkah bagusnya kalau aku ni jutawan...aku bagi je duit tolong dia setel semua pinjaman tu...masalahnya aku bukan jutawan... 

Betul..kadang-kadang bila dalam keadaan tersepit kita akan buat tindakan apa sahaja janji dapat teruskan kehidupan..tapi sebelum tu cubalah fikir panjang dulu...fikir kesan dan akibatnya...bincang dengan family terdekat..bincang dengan orang yang kita boleh percaya...

Bila dah jadi macam ni...siapa yang susah? nasi dah jadi bubur....

Okeylah..nak mintak diri dulu..nak cari jalan macam mana nak tolong orang ni...harap-harap ada jalan penyelesaian...
.
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...