18 April 2011

Tanya Sama Hati...

Mana satu jadi pilihan kita..?

Mana satu rancangan yang menarik minat kita?

Mana satu rancangan yang kita ajak suami atau isteri dan anak-anak kita tonton bersama-sama?


1. Akedemi Fantasia musim ke 9 2. Diari Akedemi Fantasia 3. Mentor (musim ke 5) 4. Maharaja Lawak 5. Imam Muda musim ke 2 Semua rancangan tengah panas macam goreng pisang....


Beli bang...beli kak...beli dik...5 seringgit..dapat free satu...!!!


Macam tulah lebih kurang kan...


Promosi macam-macam sebab nak tarik minat penonton..


Tapi kita sebagai penonton...


Haruslah bijak memilih...


Mana satu ada hala tuju yang baik untuk kita sekeluarga..


Tepuk dada, tanyalah hati..


Semuanya terletak di hujung jari kita...


Fikir-fikirkan...


Selamat Menonton....=)

17 April 2011

Penyakit Lupa Sedang Melanda..

Salam petang ahad semua....=)

Tengahari tadi saya kuar kejap gi isi minyak keta...menonong je keluar rumah..sampai kat kereta, sakit kepala duk cari kunci kereta tak jumpa..rupanya saya terlupa nak amik sebelum turun..huh..!!! kena naik balik amik kat rumah...dahlah nak amik kunci rumah dalam beg satu hal punya susah..hehe...

Dah balik rumah masuk dapur plak nak masak...walaupun sorang je kat rumah tapi tetap masak..ala masak lauk simple je..ayam masak kunyit dan sayur lemak kobis bukan susah pun kan...main campak-campak je..hehe...dah masak, hidang kat atas meja nak makan..amik pinggan nak letak nasi...Allah!! nasi plak lupa nak masak...boleh macam tu????


Hari tu masa husband ada kat rumah pun lupa jugak...lupa tutup paip air dalam toilet..lepas dah guna, menonong je keluar bilik air pergi masuk tidor...pagi esok husband masuk tengok paip tak tutup..kan dah membazir air kat situ....nasib baik husband bukan jenis membebel...hehe....


Tulah..kepala asyik berangan je kan...semua benda boleh lupa..itu belum ada anak lagi..jangan sampai lupa tutup suis dapur gas sudah..bahaya tu...huhu....sebenarnya nyaris jugak hari tu..:(

15 April 2011

Gangguan Lelaki Gila Seks..

Wahai semua kaum perempuan di luar sana...tolong berhati-hati dengan LELAKI GILA SEKS..mereka boleh berada di mana-mana sahaja tanpa jangkaan kita..dalam lrt, dalam bas, dalam kedai atau di tempat parking kereta...


Apa yang saya nak citer kali ni baru saja berlaku waktu saya keluar makan tengahari tadi...memang tak terlintas lansung selama ni saya akan jumpa dengan makhluk keji mcm tu..tadi alkisahnya saya keluar makan dengan kak ina kat tesco extra shah alam..dah habis makan jalan-jalan kejap dalam tesco tu sebab kak ina nak beli barang sket..lepas dah bayar, terus gerak ke tempat parking kereta...


Kebetulan saya parking kereta agak hujung sket lah dari pintu masuk sebab kat area depan-depan ni parking dah penuh..dari jauh saya nampak ada sebuah van parking kat sebelah kereta saya (sebelah bahagian pemandu)..tapi kereta dia parking bertentangan arah dengan kereta saya..so bahagian pemandu dia tu berada sebelah saya lah...pintu tingkap dia terbukak luas..


Bila sampai kat kereta...saya jalan nak gi bukak pintu kat bahagian pemandu..saya perasan ada sorang laki duk dalam van tu kat bahagian pemandu duk pandang-pandang saya..dari ekor mata saya nampak dia dah siap sedia angkat baju dan keluarkan ANU jijik dia tu..tangan plak duk pegang ANU. memang saya tak tengok betul-betul dalam van dia tapi dah lalu sebelah..tingkap terbukak luas..seat bahagian pemandu van kan tinggi..giler tak nampak??? Astagfirullahalazim...rupanya lelaki tu dari jauh dah nampak kami nak gi kat kereta..dia memang dah bersiap sedia dari awal..bayangkan masa tu azan tengah berkumandang..


Ya Allah..saya masuk cepat-cepat dalam kereta..terus kunci pintu..takut dia keluar berdiri sebelah saya..tak ke naya. kak ina masa tu tak tau lelaki tu gila seks cuma kak ina cakap...


"has dah kunci pintu belum? lelaki tu duk pandang-pandang kita".

sambil start kereta cepat-cepat saya bagitau kak ina,
"kak ina..lelaki tu gila seks.dia tunjuk anu dia.."


"ha??!!! cepat has!! dia duk makin ligat duk pandang kita tu..kepala dia keluar dari tingkap dah" kak ina start kelam kabut dah...


Tangan saya ketar giler masa tu...yelah..terkejut weii tiba-tiba nampak benda tak senonoh mcm tu...


"kak ina buat biasa je..jangan pandang dia..anggap kita tak tau"


Tekan minyak cepat-cepat blah dari situ...saya tak tau sejauh mana dia duk tarik perhatian supaya kami tengok dia tapi yang pasti saya memang tak pandang lansung lelaki tu...kak ina cakap macam lelaki yang dah berumur...SIOT je jantan gila seks ni...kalau rasa dah tak tahan sangat gi lah cari rumah pelacuran yang boleh puaskan nafsu serakah tu..rasa hebat sangatlah tu boleh ganggu perempuan dengan cara macam tu.erk..tak malu ke tunjuk kemaluan awak tu kat orang? GILA..


Sebenarnya bahaya kalau jumpa atau lelaki gila seks ni...lebih-lebih lagi kalau perempuan yang jalan sorang-sorang...bila-bila masa je mereka ni boleh tarik kita masuk mana-mana tempat yang tersorok...nauzubillah mintak jauhlah benda buruk macam tu...tadi saya bernasib baik sebab kak ina ada sekali...kalau kak ina takde, tak taulah...


Kalau dia tarik masuk van memang takde orang boleh nampak sebab kedudukan kereta jauh sket..masa tu plak takde orang kat situ....isshhh..ngeri..patutlah kes perkosa dan kes rogol semakin berleluasa sekarang...mereka-mereka ni lah pemangsa yang berlegar-legar diluar sana sedang mencari mangsa...


Sedikit nasihat untuk wanita-wanita di luar sana termasuk saya sendiri...sentiasalah berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling..elakkan berjalan seorang diri di tempat yang takde orang..kalau sorang-sorang cuba cari parking kereta lebih dekat dengan pintu masuk...mereka ni sangat berbahaya dan anda mesti jauhkan diri dengan segera kalau terjumpa, ternampak mereka demi keselamatan, maruah dan harga diri..


#nota kaki-mata saya sudah tercemar...=(

Isteri Yang Pandai Berdikari Ialah Saya..Hehe...

Salam Jumaat untuk semua...pejam celik dah hari jumaat balik..esok cuti weekend...saya kembali keseorangan kat rumah..husband dah terbang ke Kuantan malam tadi flight pukul 10 dan selamat tiba di sana lebih kurang 40 minit selepas tu..bermalam kat Kuantan satu malam kemudian hari ni husband akan gerak menuju ke kerteh..sampai kat airport kerteh check in sebelum naik helikopter menuju ke tengah laut untuk mencari rezeki...kalau ikut jadual, sebulan husband akan di sana so saya akan berada seorang diri kat rumah selama sebulan....


Sunyi? mestilah sunyi...lebih-lebih lagi husband cuti lama hari tu..hampir 2 bulan dia kat rumah tak travel mana-mana...berkepit je 24 jam...hehe...bila dah selalu berkepit, terasa lah jugak dia takde untuk mula-mula ni..tapi nanti bila masuk 2,3 hari tu ok lah...lagi pun dah biasa dengan keadaan macam ni..maklumlah dah setahun lebih kawin mestilah dah terbiasa...


Ada jugak sedara mara tanya...tak takut ke duk sorang-sorang kat rumah..lagi-lagi selalu kena tinggal..sebulan plak tu...saya cuma tersenyum...setakat ni alhamdulillah takde apa yang berlaku kat rumah bila sorang-sorang..lagipun jiran depan rumah dua langkah je kalau nak lari..hehe..kat bawah pun ada pak guard..tapi kalau tinggal rumah sebijik-sebijik takde pak guard mungkin lah saya rasa lain sket kut...isnyaAllah setakat ni perasaan takut tu takde...kecuali satu je...kalau tido wajib pasang lampu...saya takut gelap...hahaha....(^_^)


Apa aktiviti saya masa sorang-sorang kat rumah sepanjang husband pergi keje?


Biasalah kalau hari Isnin hingga Jumaat waktu siang saya keje...balik keje, bukak tv...kalau rasa awal lagi singgah Giant atau IOI mall dulu jalan-jalan cuci mata..biasanya saya gi kedai DVD, kedai buku atau kedai kasut...tapi saya akan make sure balik rumah sebelum hari gelap...itu memang pesanan husband..tapi ada jugak terlajak sket..kalau jadi macam tu saya akan make sure sampai rumah sebelum habis waktu maghrib...


Sebelah malam plak saya tengok tv atau main game atau search internet..kalau kebetulan husband keje shift malam kat sana, saya chatting dengan husband sampai lah mengantuk...itu rutin kalau hari bekerja...


Kalau weekend sorang-sorang kat rumah selalunya lepas subuh tido balik...pukul berapa saya bangun tu bergantung pada mata..haha...tapi takdelah sampai tengahari baru nak bangun...tak elok untuk awet muda (muda ke?)..;p selalunya hari weekend saya buatlah apa yang patut kerja kat rumah tu..cuci baju, kemas rumah, mop lantai semua....itu kalau sorang-sorang kat rumah okey...kalau time husband ada weekend ni jadi tak berapa nak rajin sangat sebab asyik nak berkepit je dengan husband..haha....just joking..


Itu sajalah cerita kosong hari ni dari saya....takde apa yang menarik pun sorang-sorang kat rumah..kalau ada anak mungkin aktiviti jadi lebih menarik...tapi nak buat camne belum ada rezeki lagi..doakan untuk saya dan husband dapat anak cepat-cepat yer....wassalam...(^_^).


13 April 2011

Ucapan Berbaur Lucah..

Dulu kan company saya ada amik sorang pekerja kontrak untuk bahagian account..tak lama pun dia keje kat sini..lebih kurang 3 bulan..nama dia Kak Pah (bukan nama sebenar)...nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu..hehe...


Orangnya kecik-kecik je...umur pun dah berusia dah, dah hampir 40...saya ok je kalau berkawan dengan orang yang agak berusia ni..maklumlah diaorang kan banyak pengalaman...mula-mula kenal tu bagi saya ok saje..tapi bila dah masuk minggu kedua dia keje kat sini saya dah rasa tak selesa...


Kak Pah ni walaupun kecik tapi bila dia bercakap..mak aii....satu kampung boleh dengar tau..bayangkan masa kitaorang tengah jalan nak gi makan, bila dia bercakap semua orang yang berada kat tepi-tepi jalan tu pandang..ada sekali tu dia bercakap punya lah kuat dan bingit sampai saya terpaksa tutup telinga..bila sampai kat kedai makan pun berlaku masalah yang sama...faham-faham jelah kalau kedai makan orang mesti ramai..setiap kali saya keluar makan dengan dia...mesti meja sebelah duk pandang-pandang sebab dengar suara Kak Pah yang terlalu kuat ni...


Itu bab suara...satu lagi saya tak tahan kalau dia bercakap pasal 'dalam kain'...dia main cakap lepas je...tak malunyer dia duk citer detail kat orang..saya taulah dia banyak pengalaman tapi takkan kisah 'dalam kain' pun nak citer kat orang kan...lagipun dia tu lagi tua dari saya, mesti lebih tau mana yang elok, mana yang tak elok..malu kalau suami dia tau kan...itu dah seperti menjatuhkan maruah dan mengaibkan suami jugak tu...kalau tak percaya sila tanya ustaz...


Bila dah selalu sangat dia macam tu saya jarang lah berbual dengan dia..selalunya yang layan dia bercakap ialah ofismate saya , Kak Ina..dia tak suka jugak sikap kak Pah tu tapi dia masih boleh layan..kalau saya plak jenis bila dah tak selesa, saya kurang sket nak bercakap...biarlah orang kata sombong asalkan saya bukan talam dua muka...betul tak..hehe....


Bila dia dah berhenti habis kontrak, saya lega sangat..hehe..jahat kan....saya tak benci dia tapi saya tak selesa kalau dia ada..;p. so dah 2 bulan Kak Pah ni berhenti, tiba-tiba semalam dia datang ofis...ada keje sket bahagian account yang tak setel lepas audit hari tu...bila dah lama tak jumpa, takkan kita nak tunjuk muka tak elok kan...lagi pun dia bukan orang jahat...saya pun senyum dan sembang lah dengan dia sekejap...


Kak Pah kata dia dengar berita happy pasal saya..mula-mula saya tak faham lagi...lepas tu dia cakap "tahniah"...baru lah saya faham...Kak Ina dah bagitau dia pasal saya pregnat hari tu..saya bagitau lah kat Kak Pah apa yang dah terjadi...Kak Pah tumpang simpati...dia pun faham sebab dia pun dulu lama jugak nak dapat baby masa lepas kawin...sembang sekejap je lepas tu sambung buat keje...


Petang tu, kak Pah dah setel keje dia...dia dah nak balik...masa tu dia dah dekat pintu, saya dekat meja saya...bos lelaki ada dalam bilik depan meja saya...dengan suara yang kuat dia cakap...


Kak Pah : "Has..Kak Pah balik dulu...panjang umur kita jumpa lagi...."

Saya : "Okey Kak Pah..insyaAllah..."

Kak Pah : "Jangan risau has...nanti BUAT LAGI..."

Saya : "Buat lagi?" (muka blur..tak faham...)

Kak Pah : "NANTI BUAT LAGI ANAK!!"

Saya : ????... (muka tiba-tiba rasa panas..terpaksa senyum kelat tahan malu takut bos depan ni dengar)


Awatlah Kak Pah ni...main cakap sedap mulut dia je....saya faham maksud dia....memang dia tak berniat 18 SX tapi ayat dia tu tak sesuai okey...lagi-lagi ada LELAKI kat situ...cakaplah "NANTI USAHA LAGI"...barulah betul....kita dengar orang cakap macam tu mesti rasa terharu je..ini cakap "BUAT LAGI"...???... tak ke mcm pelik je...tak pasal-pasal orang yang ada kat situ bayang ntah apa-apa pasal kita...huhu..tak sesuaiiiiiii kak pah oiii....


Saya citer kat ofismate saya (Kak Ina) pasal 'ucapan keramat' dari Kak Pah tu...terus Kak Ina cakap "BENGONG"...hahaha....citer jugak kat husband..husband bagi jugak 'sebijik'...=)


Pengajaran kat sini...apa-apa pun kita nak cakap, fikir dulu seelok-eloknya...takut tersalah cakap boleh memudaratkan orang lain...menganggu perasaan orang lain..memalukan orang lain...lagi satu nak tambah, kita ni sebagai orang perempuan bila bercakap perlahankan sket volume suara..cukuplah didengar orang yang ada dalam kelompok kita tu saja..takut nanti orang kata 'over'..tapi jangalanlah sampai tak dengar lansung plak nanti orang kata bercakap dalam kelambu plak..biar sedang-sedang saja...adios.....(^_^)


12 April 2011

Kuantan-Percutian Yang Tak Dirancang..

Assalamualaikum...

Citernya tentang aktiviti hujung minggu hari tu tapi hari ni baru lah gigih nak update dalam blog...bz lah katakan...ekeke...

Sebenarnya saya dengan husband pergi Kuantan hujung minggu hari tu..tujuan utama sebab nak hantar kad kawin adik ipar..kan hari tu saya ada citer pi tempah kad kawin dekat LH Creative kat KL..so minggu lepas hari jumaat orang kedai tu call cakap kad dah siap..hari Sabtu pagi saya gi amik then terus gerak ke Kuantan..nak hantar Terengganu jauh sangat sebab cuti 2 hari je lagipun...tak berbaloi nak balik..

Sampai Kuantan, jumpa saudara yang tinggal kat sana..kebetulan dia kadang-kadang ada kerja kat kerteh so boleh hantar kat rumah kakak ipar saya..bakal pengantin nak je datang KL amik sendiri kad tu tapi husband (abang pengantin) tak bagi..bukan sebab taknak bagi datang rumah tapi dah dekat-dekat nak naik pelamin ni risau jugak jalan jauh...gitulah citernya...

Habis citer pasal kad kawin..hehe...so lepas dah serah kad, saya dengan husband tak balik KL lagi...nak jadikan citer, kami plan tido satu malam kat Kuantan..hotel tak survey lansung sebelum datang tu..kebetulan masa kat LPT kitaorang tengok ada papan tanda pasal Hotel Season View...nampak cam hotel baru..terus saya call untuk booking bilik..

Masa sampai depan hotel tu dah pukul 3 petang...memang betul jangkaan saya..hotel tu hotel baru...walaupun bukan hotel 4 @ 5 bintang tapi bilik dia besar, cantik, bersih dan selesa...alah...kalau setakat nak singgah berehat dan tido bagi saya cukuplah duk kat hotel biasa..bukan nak honeymoon bagai..kalau honeymoon lainlah..kena cari hotel yang bagus untuk mood romantik..betul tak..hehe...

Masa ni baru sampai kat depan hotel..lokasi dia dekat sangat dengan Kuantan Parade..5 minit je kalau nak jalan kaki...depan, belakang, tepi plak ada kedai makan...bfast ada disediakan..parking pun ada parking khas untuk guest yang duk kat hotel ni...pendek kata lokasi dia memang strategik...lagi satu dia punya servis pun cepat...saya nak check in cepat, nak check out pun cepat..itu yang penting kalau pegi mana-mana hotel..

Saya check in bilik standard room saja..harga RM108..murah kan..bilik dia luas sangat..kat depan tv tu boleh tidor 6 orang lagi kalau nak...nak solat pun rasa bersih je bilik..

Tilam dia empuk dan selesa bila landing...tapi janganlah ko bandingkan dengan hotel taraf 5 bintang plak dik ooii..ni kita cakap pasal hotel taraf 2 @ 3 bintang okey..dah cukup selesa kalau hotel taraf gini ada macam-macam kelengkapan kat dalam bilik..

Paling saya suka sekali bila tengok bilik mandi...masuk-masuk je...'WAAHHH'...kagum akak dik...memang dia takde tab mandi tapi besar dan bersih sangat..tempat shower dia ada dinding kaca..seksi gitu..haha....

Lepas rehat kejap..solat dulu..lepas tu keluar jalan-jalan kat Kuantan Parade..erm...sebenarnya mood untuk shopping tu tak berapa nak ada..cuma pusing-pusing tengok orang sajalah kat situ...dah puas pusing husband ajak gi Pantai Telok Chempedak..okey jugak tu...=)

Ramai manusia datang Pantai Telok Chempedak petang tu..yelah..hari tu kan hari sabtu hujung minggu...time cuti ni lah nak bawak family jalan-jalan tengok pantai..couple muda mudi pun ramai jugak duk dating..hehe...
Sempat duduk kejap kat tepi pantai snap gambar berdua...ada yang teringin nak datang tangkap ke? silakan...hehe....berlagak ek mentang-mentang dah ada lesen besar...;p.
Sebenarnya kitaorang berdua ni dah biasa dengan pantai kat terengganu...pantai kat 'kampung' kami lebih cantik..so takdelah excited sangat masa sampai kat teluk chempedak tu...hehe..sory jangan mare yer...

Sebelah malam plak kitaorang gi makan kat restoran ikan bakar ESKPY (tak pasti ejaan dia)..kedai tu bukan dalam area bandar kuantan tapi kat tepi jalan menuju ke kemaman..dekat dengan area berserah kut..dulu masa bercinta pernahlah 3 atau 4 kali singgah makan kat restoran ni.. tu yang sanggup kitaorang pergi jauh sket sebab memang dah tau ikan pari bakar kat situ best...hehe...

Dah habis makan, balik ke Kuantan semula...kitaorang sebenarnya buntu tak tau nak gi jalan mana kat Kuantan ni selain shopping mall...apa yang menarik kat sini ek?? last-last pergi teluk chempedak balik sebab dah tak tau nak gi mana..masa tu plak baru pukul 9 malam...sampai sana ada orang buat persembahan kat atas pentas..ada tarian, nyanyian..not badlah..happening jugak malam-malam kat sini..lebih kurang pukul 11 lebih balik hotel.....

Pagi esoknya turun bfast kat cafe..masa kat dalam bilik dah cakap kat husband nak makan banyak-banyak gitu..yelah kata makan buffet kan..sekali masuk je tengok ada nasi goreng, mee goreng, pancake, rendang ayam & roti je...air plak coffee & tea..huhu...lupalah plak ni kan hotel biasa saja..bfast pun biasa sajalah...tak macam hotel 4,5 bintang...macam-macam ada...makan sajalah...cakap banyak plak..janji kenyang sudah...hehehe..... Selalunya kalau bfast kat hotel mesti paling kurang pun satu jam setengah...tapi kali ni tak sampai satu jam dah naik bilik...husband sambung tido kejap sebab nak drive jauh katanya..eleh..4 jam je pun drive nanti...hehe...

Pukul 11 kami check out...tak singgah mana-mana pun..terus gerak ke KL non stop...tipulah tu.. =) berhenti kejap kat RNR Temerloh sebab nak cari toilet..hehe..petang lebih kurang pukul 4 sampai Puchong...perjalanan berjalan dengan lancar dan yang paling penting selamat sampai rumah...Alhamdulillah... =)

08 April 2011

Dua Hero Korea Pandai Nyanyi..

Hari ni saya nak share citer pasal drama korea lah plak..kat rumah ada lah jugak beberapa stok DVD yang saya beli..nak kata peminat tegar drama korea tak jugak..tapi kalau dah start layan memang susahlah nak stop...lepas habis satu citer, gi kedai usyar-usyar lagi citer lain..bila dah start tengok, maka 24 jam lah jawabnya saya akan mengadap tv..sanggup berjaga sampai subuh sebab nak tengok sampai habis...

Kalau nak cari citer, saya tak main beli je..tak semestinya ada citer baru keluar saya akan beli...bergantung pada siapa HERO, siapa HEROIN dan sinopsis citer tu..kalau hero muka budak-budak & jambu..awal-awal lagi saya tolak tepi..takde feel lah tengok hero muka jambu ni..hehe...kalau heroin plak, saya suka muka comel-comel & sweet..kalau muka cantik jelita tapi tak sweet saya kureng sket...

Banyak lah jugak drama yang saya pernah tengok...tapi dalam banyak-banyak tu ada 2 drama yang betul-betul jadi faveret saya sampai sekarang...

1. ALL ABOUT EVE

Citer ni dah lama dah keluar..tak silap saya tahun 2000..11 tahun yang lepas..(hohoho..cepatnya masa berlalu..saya sudah tua...)..masa tu saya baru habis SPM..dari dulu sampai sekarang saya letak dalam ranking pertama...of course sebab saya suka jalan citer dia yang best...tapi yang paling saya suka sebab ada gandingan Chae Rim & Jang Dong Gun..'couple' yang sangat romantik...sape layan citer ni memang taulah camne Jang Dong Gun treat Chae Rim..so sweet, humble & gentleman..

Scene yang paling saya suka bila Jang Don Gun nyanyikan sebuah lagu untuk Chae Rim...boleh jatuh hati bila dengar dia nyanyi...layan.........



2. MY WIFE IS SUPERWOMAN

Drama kedua ialah My Wife Is Superwoman...saya beli tahun lepas 2010..itupun tak sengaja..masa tu macam biasa gi kedai DVD nak cari citer..lepas tu promoter kat kedai tu cakap citer ni best...ramai yang dah beli...so saya beli dan tengok sendiri..

Secara jujurnya citer ni sangat menyentuh hati bila dah masuk banyak episod...kisah seorang isteri yang garang dengan suami tapi dia sayang sangat kat suami dia..dia sanggup buat apa saja supaya suami dia dapat kerje kat satu company besar dan berjaya macam orang lain...dia sangup turun naik jumpa orang besar, sanggup berlutut depan orang ramai..sanggup berkorban apa saja, kerah segala tenaga untuk kejayaan suami..tapi bila si suami dapat keje kat company tu...suami dia plak buat hal...biasalah lelaki bila dah senang sket kan...

Scene yang paling saya suka dan paling tersentuh hati bila dengar lagu dalam video ni...tapi bukan hero pertama yang nyanyi..hero kedua yang nyanyikan untuk heroin...biasalah drama korea..mesti ada hero pertama dan hero kedua...

Serius beb..citer ni buat saya banyak menangis...yelah...nama pun isteri kan..mesti tersentuh bila tengok citer kisah rumahtangga ni...rasa macam 'kalaulah suami aku buat macam ni kat aku.."..mula lah ada perasaan tak dihargai..dengar rangkap pertama pun dah tersentuh hati tau...huhu....layan....



My Wife is Superwoman diterajui oleh :


  • Kim Nam-Joo (Ji Ae iaitu isteri On Dal-Soo)

  • Oh Ji-Ho (On Dal-Soo iaitu suami Ji-Ae)

  • Yoon Sang-Hyun (Tae -Joon/ Tae Bong-hero kedua),suara dia nyanyi memang superb...

Ada lagi watak lain tapi 3 orang ni tunggak utama dalam citer ni...of course lah ada scene yang kelakar..kalau citer sedih je manjang tak best jugak...nanti berat plak kepala nak fikir masalah..hehe...watak yang paling saya suka watak Tae Bong (hero kedua)...kalau nak tau lebih lanjut, kenalah tengok sendiri...:p.

Itu saja review 2 buah drama korea yang paling saya suka...jangan lupa layan lagu kat atas tau..syok habis........=)

06 April 2011

Kaunter Yang Cari Masalah...

Yea.!! hari isnin hari tu teman dah dapat lesen besar..takde huruf 'P' lagi..muahaha...;p

Tapi teman bukanlah nak citer pasal lesen teman tu...mcm teman soghang je ada lesen gamoknye...oghang lain pun ada lesen jugok..

Ate, deme nak citer pasal apa ni?

Yang sebenornya..teman nak citer pasal servis kat JPJ masa teman buat lesen tu...ok mcm ni...hari Jumaat minggu lepas saya gi JPJ kat Padang Jawa Shah Alam untuk tukar lesen..mula-mula tak confident jugak sebab tak tau kat mana..tapi memandangkan takde pilihan, lesen dah nak expired 2 hari lagi terpaksalah gi jugak..


Sebelum pergi, saya print gambar passport dulu kat ofis...kebetulan ofismate pun nak renew lesen, so saya print gambar dia jugak...berpandukan map yang di google kat ofis..berjaya jugak saya sampai kat JPJ Padang Jawa tu..masa tu waktu rehat so orang agak ramai jugaklah...


Dah sampai masuk pintu 4 untuk permohonan lesen memandu...amik no giliran..sampai turn saya...pergi kat kaunter...keluarkan lesen P, gambar dan duit..mula-mula sekali kakak kat kaunter JPJ tu cakap..kalau nak tukar lesen P ke lesen besar, kena buat dalam tempoh setahun je dulu..tak boleh lebih..ye ke???? tak pernah lak saya tau pasal tu..dalam borang pun takde tulis..takpelah..janji dapat lesen..setahun pun setahunlah..


Lepas tu dia amik gambar saya..bukan main depan belakang dia duk cek gambar tu..sorry, quality gambar tak ok untuk buat lesen..kononya nak buat lesen kena ada standard-standard tertentu..jarak gambar tak boleh dekat sangat..tak boleh jauh sangat..hello cik kak..itu pun gambar passport jugak..cuma saya scan, lepas tu print balik je...sebelum ni masa buat lesen L, lesen P guna gambar tu jugak...


Dia suruh saya gi amik gambar kat tingkat bawah..ok fine..sampai bawah kat tempat amik gambar tutup plak sebab waktu rehat..kena plak hari Jumaat, lagilah lama waktu rehatnya..ate, takkan teman nak tunggu..?? tak kuasa lah teman..masa tu baru pukul 12.30...naik atas balik jumpa dengan kakak tu kutlah dia kesian tengok muka teman ni..huh..takde maknanya..dia suruh pergi buat gambar lain dulu, datang balik lain kali...grrr.........


Kebetulan ofismate yang datang dengan saya tadi tu dah siap renew lesen..tapi dia dapat kaunter lain..ofismate saya takde masalah pun guna gambar print sendiri...siap orang kaunter tu cakap asalkan ada gambar passport cukup..jangan bagi gambar potostat sudah..hangin satu badanlah saya...geramnya...nak amik no balik dah takde mood dah bila tengok orang ramai...


Sia-sia je teman habiskan minyak kereta, bayar parking...hari isnin hari tu, saya amik cuti half day (pagi) sebab nak gi JPJ dengan husband...tak kuasa nak gi JPJ shah alam tu..terus pergi JPJ KL..tak sampai 5 minit siap sudah lesen teman...takdenya kakak kat kaunter tu nak cek gambar ori ke tak ori..siap tanya lagi nak buat berapa tahun..saya cakap 2 tahun...bayar duit..siap lesen teman..takde masalah lansung..


Bengang je kat pompuan kaunter JPJ hari Jumaat tu...tak pasal-pasal kena amik cuti padahal benda tak sampai 5 minit dah boleh setel..saja cari alasan itu ini...padahal cemburu tengok gambar passport teman...WAHH!!!TERLEBIH SUDAh..muahahahaha...

01 April 2011

Bahasa Kanak-Kanak Bila Berdebat..

Dua tiga hari ni saya asyik duk bercerita tentang citer sedih je..tak best jugak kan..kali ni nak share video yang boleh buat kita semua gelak plak...hehe..


Tak tau kalau dah ramai yang tengok vide ni..tapi saya baru je jumpa semalam..balik rumah tunjuk kat husband..berdekah-dekah dia ketawa tengok gelagat 2 orang budak comel dalam video ni..


Apa pun layan video dulu...=)




Camne..dah habis tengok dah? faham ke bahasa apa diaorang guna tu? kalau ada yang faham memang saya tabik spring lah...ekeke...=D


p/s - Kalau sape-sape tengah gaduh dengan husband atau wife, cuba tunjuk video ni..mesti lepas tu dah tak gaduh dah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...