14 October 2011

Ku Serahkan Cinta Demi KeredhaanMu...

Aku serahkan segala ketentuan..biarlah masa yang berbicara...
Dipangku wajah yang layu..dan aku telah jemu..

Aku tak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat...
Sampai meletihkan diri..
Hadirnya mengundang penat..

Akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia...
Kerana martabat cinta itu..
Bersalut dengan segunung kepalsuan dan kepuraan..

Aku semakin tak peduli apa yang mungkin akan terjadi...
Kerana gerak dan tindakan aku mahu bebas dari masalah..
Aku serahkan cinta ini hanya pada Mu Tuhan..

Aku adalah aku yang sekarang..biar terbuang tapi tetap berjuang..
Akan aku serahkan jiwa ini sepenuh hati dengan keihklasan..

Ya Allah Ya Tuhanku..hambaMu merindukan rahmat dan kasih sayangMu..
Dan juga keredhaanMu dalam hidupku..

Meskipun aku ulangi dosa dan noda..yang menjajikan azab dan sengsara..
Namun aku sedari keampunan mu tidak bertepi..
Aku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji..
Jadikanlah taubat ini yang sejati padaMu Ilahi..

Ya Allah...ampunkalah dosa-dosaku...redhakanlah kehidupanku dan suami...
Moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku...

Tuhan..andai Kau tak ampuni dan rahmati..
Alangkah ruginya diri ku..
Tuhan..jangan Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah..
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...