15 August 2015

Sawadeeekap....Holiday Krabi - Part 2

Assalamualaikum....

Jom aku sambung lagi kisah Krabi yang baru nak bermula tapi dah ada tanda-tanda kemalasan di situ...hehehe...

Lebih kurang setengah jam berlepas, para penumpang diberi setiap seorang Arrival/ Departure Card untuk diisi..

Macam ni la rupa card tu..details yang kena isi antaranya:
nama
tarikh lahir
jantina
no passport
alamat di Thailand 
dan ada la beberapa benda lagi yang dia suruh isi...

Oleh itu make sure koran sediakan pen siap-siap dalam beg dan jugak alamat hotel...lepas dah isi, simpan elok-elok sekali dengan passport sebab nanti dah sampai kat immigration Thailand kena tunjuk sekali dengan passport...


Tugas mengisi form tak lain tak bukan takde orang lain dah..aku jugak..huhuhu...tapi husband pun bagus..dia dah standby siap-siap pen dalam beg..kalau nak harap kat aku memang aku lupa nak standby pen...2 batang plak tu dia bawak..thank you by... ^_^


Orang bizi, dia pun bizi jugak nak menulis...buat la apa pun dik..janji jangan meragam sudah...alhamdulillah Khasif selama berada dalam flight dia takde menangis ke buat perangai ke apa..cuma mulut kecoh sket tanya itu ini sampai orang depan dan belakang boleh dengar....huhuhu...


Tak lama lepas tu dia tidor...ye la mana tak ngantuknya..pukul 11 malam baru tidor...pukul 3 pagi dah kena bangun nak gerak ke airport...pillow tu pun babah dia yang standby jugak untuk anak...prihatin betul la encik husband aku ni kan...hehehe...



Dengan babah sekali tertidor....aku nak jugak pejam mata sekejap tapi memang tak la...aku susah sket nak tidor kalau travel tak kira naik kereta ke, bas ke, kapal terbang ke....

Sementara diaorang berdua tidor, aku layan perasaan seorang diri...


1 jam perjalanan, kapal terbang mula terbang rendah....dah boleh nampak daratan kat bawah...


Makin lama makin terbang rendah...nampak jelas bumi Thailand yang kehijauan..aku tak sure ni kat area mana...


Semakin jelas nampak daratan...dah nampak penempatan dan jalan raya...lama jugak kapal terbang ni terbang rendah sebelum mendarat...


Tepat 1 jam 20 minit berlepas, akhirnya kapal terbang selamat mendarat di Airport Krabi pada pukul 7.20 pagi waktu Krabi...lewat satu jam dari kita..waktu Malaysia dah pun pukul 8.20..


Hello Krabi...ketibaan kami di sambut dengan cuaca yang mendung, sejuk dan nyaman sekali...

Kami bagi penumpang yang lain keluar dulu...padahal seat aku nombor 3 dari depan, kalau nak keluar dulu pun takde masalah..tapi sebab Khasif masih lena di ulit mimpi, taknak ganggu dia tengah tidor..takut kang dia meragam plak tak cukut tidor....dengan nak bawak hand carry bag lagi...malas nak berserabut dengan orang...

Lepas semua dah keluar baru la kami keluar..tugas husband mengangkut si kecik yang masih lena...

Mula-mula beratur kat immigration dulu cek passport sekali dengan arrival card yang dah siap di isi...boleh tahan panjang jugak barisan tapi nasib baik kaunter bukak semua...so takdela lama sangat menunggu...


Yeii....finally kami selamat sampai di airport Krabi...sawadeeekap...Khasif pun dah bangun, tak meragam, happy je...^_^

Ingat tak part sebelum ni masa booking aku ada request dengan hotel nak suruh pick up dekat airport..ramai je agen/ pihak hotel yang tengah menunggu kat luar sambil pegang kertas ada nama sekian-sekian..aku pun tilik satu persatu-satu...

NEHI hey...YILEK ! takde nama aku..tiga kali aku tilik satu-satu...hampa okey..

Takpela....banyak je public transport yang boleh aku amik nanti..

Tapi sebelum tu husband setel sim card Thailand dulu...yang ini pun tak susah..keluar je dari pintu ketibaan kat airport, banyak booth yang jual sim card...

Husband beli DTAC Happy Sim Card dengan harga 299 baht dapat pakej seminggu unlimited internet/ wifi..harga malaysia lebih kurang RM30.

Actually simcard diaorang pun banyak pakej macam kita jugak..ada yang murah lagi dari tu dan ada yang mahal dari tu..depends berapa kouta yang korang nak...lagi satu kalau pergi berdua atau bertiga, tak payah beli banyak-banyak..sorang je guna sim card tu..yang lain boleh buat tethering...

Macam aku, husband letak simcard tu dalam phone aku..lepas tu bagi jurujual dia setup siap-siap..make sure check betul-betul dah boleh guna/ dah boleh share ke sebelum tinggalkan tempat jualan...aku tak tau kalau orang lain rasa senang je nak setup..tapi aku tengok jurujual tu macam rumit giler nak setup...kejap masuk no..keja restart..kejap masuk no..restart lagi..dah la laju dia buat...tak faham aku apa yang dia tekan..tapi kalau jenis yang pandai setup sendiri takde masalah la...

Dah setel yang itu, baru la nak cari taxi nak pergi hotel..tambang taxi dari airport ke Aonang ialah 600 baht..duit kita lebih kurang RM60..kalau nak share dengan pelancong lain pun boleh..naik van..aku rasa dalam 150 baht sorang...

Kalau nak naik bas pun boleh..dari airport ke Aonang tak silap aku pun harga 150 baht (RM15)..depends pada bajet dan keselesaan masing-masing..macam aku kalau takde anak, seronok je naik bas sesekali jadi backpackers...tapi dah ada anak ni susah sketla...

Dah bayar kat kaunter, kakak tu bagi resit suruh bagi kat pakcik taxi yang tengah berdiri tak jauh dari situ...lepas pakcik tu ambik resit kat tangan aku, menonong je dia berjalan bawak kami ke kereta...takde nak beramah mesra...cei ko ingat ko popular sangat orang nak beramah mesra...T_T


Nampak..pakcik baju pink tinggalkan aku jalan kat belakang sorang-sorang...


Dia masuk kereta nak bukak bonet..


Khasif yang masih belum mandi...

Babah belikan kamera khas untuk dia...yelah..asyik nak berebut je kamera dengan babah..nah amik satu jangan kacau orang punya...

Murah je kamera ni..jenama nikon harga RM400 beli kat sunway piramid..yang penting water proof dan shock proof..mula-mula ingat nak beli GoPro..tapi tengok harga yang original alahai...baik aku beli kamera DSLR satu untuk aku...takpe la takde GoPro pun yang penting ada kamera water proof...


Sempat kami berselfie dalam perjalanan nak ke hotel...


Pakcik taxi baju pink yang pendiam...senyap je sepanjang dalam taxi..dah la dia tak tanya aku duduk hotel mana...last-last tanpa disoal aku terhegeh-hegeh inform nama hotel..dia angguk sekali..lepas tu senyap..T_T


Sepanjang perjalanan ke Aonang...
Gambar ni husband aku yang snap..aku tak tau apa yang dia nak fokus sebenarnya..

Ada tesco jugak...

Perjalanan boleh  tahan mencabar jugak dari airport ke Aonang...mula-mula perjalanan, banyak jalan yang berselekoh tajam..dah la takde divider kat tengah-tengah tu...mengucap panjang aku bila tengah-tengah selekoh tajam tu tiba-tiba-tiba bertembung dengan lori atau bas..ngeri dowh...

Sampai kat satu tempat aku tak sure kat mana..yang pasti belum sampai area Aonang.. tiba-tiba pakcik taxi ni berhenti kat sebuah bangunan kedai..kat situ ada tulis TAXI STATION..pakcik tu keluar dari taxi then dia masuk ke dalam kedai tu..dia angguk kat sorang perempuan dalam kedai tu..perempuan tu pun keluar datang menghampiri taxi kami..

Aku dah pesan siap-siap dah kat husband..kalau dia tanya dah ada pakej tour ke belum..cakap dah ada...

Dia bukak pintu... 

"Sawadeeekap......" tutur perempuan tadi sambil senyum..

"Sawadeekap..." aku jawab.

"Hello mam....may I know what will you planning for tomorrow....?" tanya pompuan tu (baca dalam lenggok thailand).

"Never mind..we already book a tour for tomorrow...thank you.." 

"Ooo..ok already book na.....kap kun kap.." senyum sambil tutup pintu balik... 

Macam tu lebih kurang dialog kami dengan perempuan tu..betul jangkaan aku dia nak promote pakej tour...aku agak pakcik tu memang dah jointventure dengan diaorang..kalau pelancong yang book pakej kat situ nanti pakcik tu dapat la komisyen...hehehe..

Erm...bagi pendapat ikhlas aku la kan..jangan la booking dengan diaorang..bukan aku nak cakap buruk..tapi nanti dah sampai kat Aonang, bersepah orang jual pakej..kalau tak kat Aonang pun, depan hotel pun berlambak..ada tu siap hotel pun ada jual pakej jugak..at least kalau kena tipu senang nak cari...


Lepas tu teruskan perjalanan lagi..pakcik tu masuk taxi muka serius je...sorry pakcik...plan pakcik tak menjadi...^_^


Dah start nampak bangunan kedai yang banyak....


Sampai sudah di Aonang Beach...nampak la pelancong-pelancong dah mula keluar jalan-jalan tepi pantai...tapi kami tak singgah lagi...teruskan perjalanan ke hotel dulu...


Lebih kurang pukul 9.00 pagi waktu Krabi, kami selamat sampai di lobby hotel..seperti yang aku inform sebelum ni, selama 4 hari 3 malam di sini aku memilih untuk menginap di Ananta Burin Resort..

Seperti kebiasaan, tugas menulis dan check-in dah jadi tanggungjawab aku...

Malangnya walaupun dah check in, tapi aku tak boleh masuk bilik awal sebab takde bilik kosong lagi...yela baru pukul 9 pagi mana ada orang check out lagi...kebetulan plak bilik memang penuh...

Sempat la aku request nak upgrade bilik..actually masa booking aku pilih deluxe room pool view..tiba-tiba dah dekat hari nak travel rasa nak upgrade bilik..aku request kalau boleh nak bilik yang access pool..

Malangnya receptionist tu cakap bilik access pool semua dah penuh orang booking..tapi dia akan letak aku bilik yang bawah sekali...bilik tu pun senang nak acess ke pool...sedikit kecewa tapi ok gak la dapat bilik bawah sekali..selama ni kalau check in hotel asyik duk level atas je, sesekali kita tukar citarasa plak...


Para pelancong (guests hotel) yang sedang menunggu tour agen masing-masing datang pickup..masing-masing sudah ada planning aktiviti untuk hari ini...mostly pergi tour island...

Aku? sebenarnya aku masih belum booking mana-mana pakej pun lagi..cuma dalam kepala dah ada la planning untuk esok hari...


Check out pukul 12.00 pm...
Ohhh..aku tak perlu fikir tentang ini sebab masih ada 4 hari lagi di sini...enjoy dulu puas-puas...^_^

Oh yer..dapat welcome drinks..air guava tapi aku tak minum...husband minum sorang-sorang..

Baru nak duduk-duduk dulu kat kerusi, Khasif cakap dia "yak"...nasib baik ada toilet kat lobby hotel..alang-alang basuh berak, mandikan sekali...busuk dari semalam belum mandi...

Dan tugas itu di ambil oleh babah dia..hehehe...syukur alhamdulillah dapat husband yang ringan tulang...cayang ketat-ketat...hahaha...

Dah selesai semua, maka kita teruskan misi seterusnya..nak tunggu bilik pun macam lambat lagi...receptionist tu cakap maybe pukul 2 jugak boleh masuk bilik...alahai....daripada duduk menunggu membazir masa, kita jalan-jalan dulu la...

Hotel Ananta Burin Resort ni takde la betul-betul tengah bandar Aonang..tapi nak kata jauh sangat pun tak..yang penting kat sini senang nak dapat apa saja....boleh dikatakan semua kemudahan ada..keluar depan lobby nampak kedai-kedai jual pakej tour, kedai sewa motor dan kereta, kedai dobi, mart ala-ala speedmart pun ada...


Singgah kedai kakak ni...


Jeng-jeng..kami nak sewa motor...bersusun-susun motor tingal pilih je nak yang mana satu..


Senang berurusan dengan kakak ni..dia pandai cakap melayu tapi dialek kelantan...katanya dia asal patani..oo patutla..dia cakap kalau orang tempatan tak pandai cakap melayu...kalau yang asal dari patani je boleh kecek kelate...walaupun dia kata boleh kecek sket-sket je tapi bagi aku dah pandai sangat dah tu...


Kos sewa motor kat Krabi ni satu hari 200 bath..lebih kurang RM20..tapi minyak kena isi sendiri..

Yang tak bestnya nak sewa motor kena tinggal passport..puas aku dan husband pujuk taknak tinggal..dia cakap tak boleh...memang wajib kena tinggal sebab ada kes sebelum ni motor hilang ke apa...aduila...nak cancel ke apa ni...form semua dah isi...

Aku pernah baca blog mana ntah kalau sewa motor jangan sesekali tinggal passport..pandai-pandaila pujuk ke bagi benda lain ke..aku tak tau dah nak cakap camne...memang tak boleh jugak...risau tu kalau takde passport...ibarat nyawa kat sana...kalau passport hilang, jawabnya tak boleh balik ke malaysia la..bukan aku tapi husband aku la sebab passport dia yang kena tinggal..hehehe...


Depan sana sebelah kanan nampak bumbung macam kemah yang ada kerusi tu kan..kat situ berderet-deret kedai makan halal..memang tak susah nak cari makanan halal kat sini...


Nak taknak, terpaksa la jugak tinggal passport...takpela...doa banyak-banyak moga semuanya selamat...

Kakak tu tanya nak helmet ke tak..kami cakap nak..yang misterinya dia nak bagi 2 helmet dewasa dan 2 helmet kanak-kanak..aku tanya kenapa 2 untuk kanak-kanak..dia cakap eh tadi macam nampak ada dua anak kan...

Hai...jangan gitu kak..saya ada sorang je anak...mana datang satu lagi tu...sesuatu sangat akak ni tau...huhuhu...



Bila dua beranak sibuk berselfie, ibu kat belakang pun tak peduli...


Nasib baikla mood dia happy walaupun tak cukup tidor..


Yei...happy dapat naik broom broom...

Husband pilih motor color hijau..takut benor dia kalau aku amik color pink..hehehe...


Memandangkan takde GoPro mahupun monopod...mintak tolong kakak tadi tolong snap gambar kami bertiga...macam tu pun boleh..nampak tak bangunan putih tinggi kat belakang sana..itu la hotel aku selama di sini..

Cakap pasal monopod, husband pernah beli monopod sekali tapi tak tau la kenapa tak boleh nak kepit telefon..asyik-asyik telefon jatuh...maybe sebab beli cap ayam..lepas tu dah malas nak beli lagi...

Jom kita ronda.....tapi sebelum tu kena isi minyak dulu...minyak dan ting tong sangat-sangat...alahai...kakak tadi cakap ada 3 tempat isi minyak..sambil dia tunjuk map dia bagitau pertama depan sket dari hotel aku tapi kat situ paling mahal..yang kedua kat area Aonang dan yang ketiga jauh sket dari Aonang..dah nak ke Krabi Town..tapi yang jauh tu paling murah...

Kami pun mulakan perjalanan..broomm...broom....

Naik motor santai-santai kat negara orang...seronok giler ko...lalu bandar Aonang...banyak kedai-kedai untuk shopping...opss nanti dulu...tak boleh singgah lagi..kena cari station minyak tak jumpa-jumpa ni...risau takut tak sempat sampai...

Dah melepasi McDonals pun masih tak nampak stesen minyak...ish mana ni bang...teruskan perjalanan lagi...jumpa la pakcik pakai kopiah tengah meniaga kat tepi jalan...tanya pakcik tu kat mana ada petrol station..

Baik sangat pakcik tu...siap bagi salam..suka agaknya dapat jumpa saudara muslim..pakcik tu cakap depan tu sket je lagi...ada kereta masuk ke kiri depan tu...oooo..nampak-nampak..terima kasih pakcik...rupanya mini stesen je..patutla tak nampak sign board..

Lega dah sampai stesen minyak..isi separuh je total 60baht (RM6)..minyak kat sana memang mahal..kalau korang tak planning sangat nak jalan-jalan just sekadar nak guna sekejap-sekejap takyah la isi penuh...nanti tak habis dah kena hantar motor rugi je...minyak dahla mahal..tapi kalau memang tiap-tiap hari nak pakai motor takpe la isi penuh pun...

Lepas dah isi minyak, patah balik ke bandar Aonang nak mencari sesuap nasi..perut dah berbunyi tak makan satu apa pun lagi sejak sampai...tapi jam baru menunjukkan pukul 10 pagi..dah lapor yer..hehehe...

Jumpa la sebuah restoran halal betul-betul berhadapan Mc Donalds..aku dah lupa nama restoran tu...masa aku sampai tengok geng-geng makcik dari malaysia tengah menjamu selera..tak ramai 4 orang je duduk satu meja...meja lain kosong..


Elok aku masuk kedai, hujan tiba-tiba turun selebat-lebatnya..takde ribut takde petir, tiba-tiba hujan turun...fuuuh..nasib baik aku dah dalam restoran..kalau atas motor tadi agaknya basah kuyup...



Khasif yang taknak bukak helmet...tension...dah pujuk-pujuk baru la bukak..

Tak lama duduk, datangla seorang pekerja perempuan amik order...


20 minit menunggu, sampai la makanan kami...husband order nasi putih dan tomyam seafood...telur dadar tu untuk Khasif sebab kecik tu tak makan lauk pedas...

Boleh tahan pedas tomyam dia tapi sedap...


Aku order nasi goreng seafood...not  bad..

Tengah lapor, bagi la apa pun harusla makan sampai habis...nak plak cuaca sejuk hujan lebat kat luar tak berhenti lagila best makan...

Air plak aku order kopi ais...mula-mula cari dalam menu nescafe ais tapi takde, tu yang order kopi...bila minum, terus rasa nak nangis...kenapa rasa air macam ni...kembang tekak aku...

Husband pun cakap air dia tak sedap..aku lupa dia order air apa...yang pasti aku terus rindu dan terbayang-bayang nescafe ais kat malaysia..huhuhu...

Ok la..dah panjang sangat ni..nanti aku sambung story lagi...kap kun kap.......

5 comments:

  1. Cik Za.!!! cepatla sambung story nim.. syok nim bace hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya....udah sambung dong...baca sampei habis ya...:)

      Delete
  2. dik kalau takde lesen moto bole tak sewa moto kat sana? cam best je krabi akak penah sampai hatyai je tu pon dah best sgt2...next n3 pls :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, masa nak sewa motor dia tak mintak lesen pun...so rasanya takde problem..best! ada masa akak pergi la holiday ke sana plak...saya hatyaii belum sampai lagi...hehe...

      Delete
  3. Assalam..mcm best jer baca blog sis ni.Sis,nk tye best tak hotel ananta burin ni?sy amik yg access pool..dan In Shaa Allah akn kesana dlm msa terdekat ni..tp hya 3h2m jer..
    Kami pun ber3 mcm sis..:-)

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...