04 November 2013

Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Khasif Aleesya..

  

Alhamdulillah...semalam 3 Nov 2013 genap setahun umur Khasif Aleesya kami...
 Tiada yang lebih berharga buat kami berdua selain dari Khasif..
Dia permata, dia pengarang jantung, dia buah hati dan dia lah segala-galanya....


Menyingkap semula saat-saat Khasif dilahirkan tepat jam 4.43 petang hari Sabtu...
3 November 2012....
Air mata saya gugur tanda bersyukur kehadrat Illahi....
Walaupun terlalu banyak ujian dan dugaan waku mengandungkan Khasif..
Namun dengan izin Allah dia lahir dengan begitu mudah...
Kejadiannya cukup sempurna di mata kami...


Setiap kali saya tatap wajah Khasif....
Hati terasa sayu..
Setelah hampir 3 tahun usia perkahwinan akhirnya impian jadi kenyataan..
Kelahiran Khasif adalah satu hadiah besar untuk ulangtahun perkahwinan kami... 

Waktu bayi, Khasif adalah bayi yang terlalu baik...
Dia tak pernah meragam kecuali waktu lapar....
Dia akan menangis sekuat hati cuma waktu lapar...
Selain lapar, dia cuma tidur dan baring didalam 'sarang'...

Waktu saya terluka dan bersedih hati..
Dia adalah penenang hati saya...

 Babah yang sentiasa disisi dan menjaga  ibu dan Khasif waktu proses kelahiran dan tempoh berpantang...
Terima kasih abang...

 Buat Khasif anakku...ibu ucapkan Selamat Hari Lahir yang pertama..ibu doakan supaya Khasif sentiasa dilindungi olehNya...

 Semoga Khasif diberi kesihatan yang berpanjangan..

 Ingat pesan ibu..jadi anak yang baik dan sollehah..
Jadi anak yang taat pada ibu dan babah..



 

Jadi anak yang menjadi penyenang hati kami...
Jadi anak yang pandai menghormati orang tua..


Ya Allah, Kau bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.

Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin......


Selamat Hari Lahir Sayang..

1 comment:

  1. Alhamdulillah...ciptaan Allah sentiasa mendamaikan kite...begitu juga zuriat yang dianugerahkan mnjadi penghibur ketika suka dan duka kite...syukur kepada Allah kerana ditambahkan lagi usia khasif

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...