21 May 2014

Hadiah Selepas Keluar Ward..

Assalamualaikum...

Hai korang...bertemu kembali....

Kali ni nak citer tentang Khasif Aleesya lagi....my princess yang semakin membesar dengan macam-macam ragam.. (^_^)

Sebelum discharge, doktor datang cek Khasif dulu pagi tu..then doktor ada bagi beberapa nasihat..

Salah satunya doktor tak bagi bawak Khasif gi tempat yang crowded, yang ramai orang..kenduri-kendara pun tak boleh pergi..pun tak boleh hantar Khasif ke nursery lagi...dalam kata lain Khasif perlu dikuarantin untuk tempoh beberapa minggu sehingga kesihatan dia pulih sepenuhnya...

TAPI masa on the way balik rumah....kami singgah jugak Plaza Masalam..hahahaha......okey, ibu bapa Khasif yang degil tak dengar cakap doktor... :p

Alasan...kesian kat Khasif..bosan seminggu dalam ward takde hiburan...*_*

Saya singgah tak lama pun sebenarnya....cuma untuk tunaikan satu hajat kami pada Khasif...


Sebelum tu ibu belanja Khasif makan takoyaki dulu....dia sangat suka makan tako. sambil makan sambil tengok running man...tengok GAG concert...maklumlah anak korea....* perasan lagi....hehehe....

Lepas makan tako, baru gerak ke misi utama kami...


Yei...!! Ini lah dia hajat babah..nak beli hadiah untuk Khasif tanda mintak maaf sebab lambat balik tengok dia sakit...boleh dikira hadiah 1st birthday yang tertangguh jugak..

Mula-mula husband cam berbelah bahagi jugak nak beli kereta  ke nak beli basikal..tapi saya tak bagi...beli basikal je..kereta sekejap je boleh main...

So pilih basikal..saya nak warna pink tapi dah habis...yang tinggal warna biru dan oren...last-last pilih biru sebab oren tak menarik sangat...

Pon Pon Pon !!!!


Hadiah dari ibu plak building block...sebelum ni pernah beli tapi dah banyak yang hilang..kali ni ibu beli yang ala-ala princess sket....tanda mintak maaf dari ibu jugak...

Mula-mula saya cam nak beli laptop khas untuk budak belajar ABC tu...yang ada gambar animal gerak-gerak...tapi tak jadi...khasif sekejap je main benda macam tu...hadiah tu postpone dulu okey..

Kalau building block ni  dia tak boring dan dia boleh fokus main dalam masa yang agak lama....

Sebenarnya building block ni bagus tau untuk anak...toys ni boleh kembangkan daya kreativiti anak, tingkatkan koordinasi mata dan tangan, kembangkan daya berfikir dan logik akal anak....

Kalau kita main sama-sama dengan dia, lagi dia seronok....macam Khasif dia banyak belajar dari pemerhatian...segala benda pergerakan ibu dan babah, atau dia tengok kat tv, dia perhati je..lepas tu dia akan cuba tiru...

So bila main building block ni, kalau ibu cuba letak macam tu, macam ni..dia akan tiru...so dari situ la dia belajar cipta dan kembangkan kreativiti..


Esoknya babah belanja makan Pizza Hut..lepas keluar ward selera makan khasif sangatlah berbeza..pantang nampak makanan laju je nganga mulut...walaupun makanan itu cuma sekadar ROTI... T_T


Saya tak bagi pun Khasif makan pizza...cuma bagi dia makan garlic bread..


Amboi..bersungguh betul bila dapat makan....babah kan kalau anak makan mesti dia cakap:
"sikit-sikit je"...

Maksudnya gigit sikit, kunyah, telan...lepas tu gigit sket lagi, kunyah, telan...dia takut khasif tercekik...

Hai la babah...anak tu dah besar,,dah ada gigi geraham dah..tak perlu sikit-sikit pun takpe... T_T


Khasif  sejak keluar ward, bila babah ada memang dia taknak lansung dengan ibu....so time makan pun nak dengan babah jugak....thank you adik...seronok ibu nak makan dengan tenang..hehehe...

Masa ni dia dah start bosan, dah start merengek....nak sleep la tu... (^_^)


Perasmian basikal baru kat depan rumah....anak memanglah excited kan..tapi nak citer...babah pun terlebih excited nak bawak anak naik basikal baru kat luar...

Sebelum keluar petang tu, setiap setengah jam babah asyik tengok cuaca kat luar panas lagi ke tak...pukul berapa dah....tak sabar katakan.... (^_^)


Adik nak gi mana ni? Jalan-jalan kat taman yer....jangan balik lambat sangat ok...


Orang naik basikal pegang handle...khasif pegang side mirror..hahaha....babah tak ajar ke dik...kesian....

Sekarang ni dah pandai la pegang handle..cuma kaki je tak sampai lagi nak kayuh basikal...tunggu besar sket,  dah tinggi sket, boleh la kayuh basikal sendiri kat depan rumah okey..

Sekarang ni alhamdulillah kesihatan Khasif pun dah makin pulih...tidor malam pun dah tak batuk...khamis ni ada appointment lagi dengan dr.Fadzilah...hopefully kali ni follow up terakhir dengan doktor...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...