Saya ingat kali ni nak tulis entry yang happy-happy sket..tapi tangguh lah dulu sebab ada sebuah citer yang saya nak share dengan readers...citer ni citer betul..sebuah kisah benar yang terjadi kat seorang kawan lama saya..citer ni disampaikan sendiri pada saya masa kami jumpa baru-baru ni..sedih plak saya dengar citer dia..biarlah saya kenalkan nama dia sebagai Sara..
Sara baru je kawin awal tahun hari tu...husband dia baik orangnya..saya pun kenal jugak husband Sara sebab kami belajar satu kelas dulu..rumahtangga mereka aman bahagia..adatlah kalau sekali sekala ada gaduh manja-manja tu...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri...
Satu malam tu, mereka berdua berehat sama-sama kat ruang tamu..Sara tengok citer korea melalui laptop sambil pakai earphone...husband dia plak tengok bola kat channel tv..dalam citer korea tu ada babak pergaduhan antara suami dan isteri...gaduh-gaduh sampailah ke tahap kemuncak iaitu "cerai"..Sara ni kusyuk tengok cerita sampai tak sedar rupanya suami dia pun turut tengok sekali sebab tertarik dengan adegan tu...padahal tadi suami dia nak tengok bola..entah mcm mana suami dia boleh"mengajuk balik" dengan subtiltle yang keluar "kita bercerai saja"....
Suami dia "mengajuk" perkataan tu betul-betul kat sebelah telinga Sara tapi Sara tak sedar sebab dia pakai earphone...bila dah habis tengok citer, Sara perasan suami dia senyap, tak mesra...tapi Sara biar je sebab dia ingat suami dia kecewa dengan game bola kalah ke apa...
Dua hari lepas kejadian malam tu, suami Sara dah tak boleh simpan lagi dah sorang-sorang...dia menangis masa cerita kat Sara apa yang dah dia ucapkan malam tu..Sara terkedu, terkejut, mati akal bila dengar pengakuan suami dia..satu persatu-satu air mata Sara gugur...suami dia merayu mohon maaf atas keterlanjuran kata tapi dia bersumpah di depan Sara bahawasanya dia takde niat lansung masa ucap perkataan tu..dia tak tau kenapa dia boleh terikut dengan dialog tu...mungkin suami Sara nak bergurau atau dia terikut tanpa sedar lalu dilafazkan di tepi telinga Sara..
Walaupun tak mahu tapi mereka terpaksa jugak pergi ke pejabat agama islam untuk membuat pengesahan lafaz cerai..jatuh ke tidak.. bayangkan di awal usia pernikahan yang baru berapa bulan tapi dah keluar masuk pejabat agama..sesuatu yang sangat memeritkan pada Sara..padahal mereka bukanlah pasangan yang bermasalah..hanya disebabkan "dialog" sebuah drama korea, rumahtangga mereka di timpa ujian...
Kes Sara dan suami tak sama dengan pasangan lain yang datang ke mahkamah syariah...mereka datang untuk berpisah tapi Sara dan suami datang dengan harapan talak tak jatuh...berbulan-bulan Sara dan suami turun naik mahkamah untuk bicara kes mereka..namun akhirnya nasib tak menyebelahi mereka..hakim putuskan jatuh satu talak sebab lafaz yang diucapkan adalah terang dan jelas walaupun tanpa niat..menangis Sara bila dengar keputusan yang dibuat hakim...tapi apa boleh buat...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...nasi dah jadi bubur...
Sara adalah orang yang paling sedih sebab dia tak tau apa-apa dalam hal ni...dia tak dengar pun masa lafaz dibuat..apa yang paling terkilan sekali, talak jatuh bukan disebabkan mereka bertengkar tapi disebabkan benda yang sangat "remeh"...suami Sara sampai hari ni menyesal...kesian pun ada...kalau ikutkan bukan dia sengaja...tapi tulah, dalam rumah tangga perkataan "cerai" tak boleh di buat gurauan...
Alhamdulillah, sekarang Sara dengan suami dah rujuk semula..usia pernikahan mereka masih terlalu awal untuk menerima dugaan begini..peluang cuma diberi 3 kali..bila 1 dah terguna, tinggal lagi 2..semoga kisah Sara ni juga dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua..ya Allah, peliharakanlah rumahtangga kami dari segala ujian.. satukanlah kami hingga ke akhir hayat...amin...
Wassalam..
ishk, tak sangka kan... hanya kerana dialog pun boleh undang bahaya... sebab tu lafaz cerai tak boleh dibuat main kan.. nauzubillah...
ReplyDeletemmg jatuh talak..jgn buat main2..tp kan dia blh terus rujuk instantly tanpa pegi pejabat kadi or sbgainya..so x payah la nk get thru dgn process yg super complicated, hanya perlu lafaz rujuk selagi belum habis edah...bukan lah sy nk kata apa tp sy harap yr friend blaja la sket2 pasal agama ni...penting dlm hidup kita sehari2
ReplyDeleteredbox-benda tak jadi kat batang hidung sendiri memang mudah untuk kita komen..kita cakap orang takde ilmu agama...cuba terjadi kat batang hidung sendiri..baru kita tau..FYI, mereka memang dah rujuk kat rumah sebelum gi pjbt agama lagi..tapi untuk pengetahuan awak, malaysia ada undang-undang..segala apa yang berkaitan dengan lafaz cerai harus dirujuk ke pejabat agama untuk pengesahan samada jatuh atau tidak..walaupun dah rujuk sendiri-sendiri tapi wajib bawa ke pejabat agama supaya takde masalah dikemudian hari..itu awak kena tambah ilmu jugak....
Deletebahayanya..!! mmg perlu take note!
ReplyDelete