27 November 2011

Sebagai Ketua...Dimana Letaknya Keadilan...

Pemimpin. Siapa-siapa pun boleh jadi pemimpin..tapi pemimpin yang macam mana?

Kalau satu hari nanti anda jadi seorang pemimpin..tak kira pemimpin dalam negara ke pemimpin dalam syarikat ke pemimpin di rumah atau pemimpin kat mana-mana saja..jadilah seorang pemimpin yang berkualiti..pemimpin yang bersikap adil dan saksama pada orang bawahan...pemimpin yang tau dan pandai menghargai orang bawahan..pemimpin yang boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang bawahan...pemimpin yang ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua..pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan orang bawahan...

Janganlah jadi pemimpin yang pilih kasih...pemimpin yang suka "dikipas"..pemimpin yang tak pandai berkomunikasi dengan orang bawahan...pemimpin yang cuma nampak keistimewaan seseorang sampai dah tak nampak kelebihan orang lain...pemimpin yang berat sebelah...PEMIMPIN YANG TAK ADIL...

Ciri-ciri pemimpin yang pilih kasih ni kalau kita nak tengok senang je..dia bila layan orang yang dia suka, orang yang dia sayang punyalah baik sampai dah tak nampak keburukan lansung dah...dia tatang dan manja-manjakan sekali..tapi orang yang dia dah tak suka, dia layan macam sampah yang tak berharga dan takde kepentingan lansung..seolah-olah orang tu hina giler di mata dia...sedangkan selama ni orang yang dia tak suka tulah dah banyak bertungkus lumus untuk dia tapi sekelip mata je dia lupa...

PEMIMPIN YANG TAK ADIL plak layanan dia kat orang bawahan ni tak sama rata dan berat sebelah..si A senang-senang dapat ganjaran, tak perlu bersusah payah..tapi si B plak nak dapat sedikit pujian pun susah sedangkan si B tulah yang selama ni bertungkus lumus bertahun-tahun berkhidmat untuk pemimpin tu...kalau nak bagi, biarlah adil dan saksama....tolong pertimbang perasaan orang sekeliling jugak....

Entry ni hanya sekadar luahanan hati..tak mampu untuk bersuara sebab takut nanti dituduh dengki dan cemburu...tidak..sama sekali saya tak dengki..ini soal keadilan..sama-sama lah muhasabah diri sendiri cari di mana kekurangan diri kita supaya jadi manusia yang lebih baik di masa akan datang...sebab 'di sana' nanti, DIA akan persoal tentang keadilan manusia terhadap manusia lain selama di atas muka bumi ni....

Oh yer...mulut kita pun kena jaga jugak..jaga kesucian mulut..berkatalah yang baik-baik sahaja pada orang sekeliling...jangan mudah sangat berkata sesuatu yang kita sendiri tak pasti..

Nabi bersabda "Seseorang mengucapkan perkataan yang tidak jelas baginya, dia akan tergelincir akibat ucapannya itu ke dalam neraka lebih jauh jarak daripada jarak antraa Timur dan Barat" (HR Bukhari-Musim)

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...