07 December 2014

Jejak Sejarah: Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak - Part 5 (FINAL)

Assalamualaikum....


Yes..akhirnya tiba jugak part yang terakhir untuk siri menjejaki tempat bersejarah di Perak..3 bulan lebih baru habis ok..hahaha....well orang puteh cakap it's better than nothing...betul tak...

Jujur cakap aku baru tau kewujudan Kellie's Castle ni dalam tahun ni jugak...awal tahun hari tu rasanya...sedih tak...maybe sejarah tempat ni kurang digembar gemburkan sangat kut sebelum ni...ke aku yang ketinggalan zaman? hahahaha....

Okey jom sambung citer..lepas tergesa-gesa keluar dari KUALA KANGSAR aku teruskan perjalanan ke Batu Gajah melalui PLUS Highway...kalau tak silap exit ke Simpang Pulai lepas tu cari Jalan Gopeng..korang straight je nanti nampak tepi jalan sebuah bangunan lama tersergam indah bak istana di atas sebuah bukit..


Inilah dia Kellie's Castle atau Istana Kellie..
Masa ni aku kat jalan lagi dah boleh nampak dari jauh keindahan senibina bangunan ni...

Awalnya aku lansung tak planning nak singgah sini..tapi husband la yang bersungguh-sungguh ajak datang sini...teringin sangat nak sampai dan tengok dengan mata sendiri macam mana rupa bentuk Kellie's Castle dari dekat..


Akhirnya setelah 50 minit perjalanan akhirnya sampai kat parking betul-betul di hadapan bangunan Kellie's Castle..waaahhh..tiba-tiba terfikir betul ke bangunan bak istana eropah berada kat negara Malayisa? jauh aku samakan..eropah tu..hehehe...



Jom kita selidik dulu sejarah dan latar belakang tentang Kellie's Castle ni..

Bangunan Istana Kellie ini telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.



Ini lah dia tuan empunya istana..William Kellie Smith..
Beliau berasal dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. 

Pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun, Kellie tiba di Tanah Melayu..waktu itu Tanah Melayu masih belum membangun...beliau bertemu dan berkenalan dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker. 

Alma Baker adalah seorang kontraktor ladang di Kinta..kemudian Kellie membantu Baker dalam kerja-kerja membina jalan awam di Selatan Perak dan  menjadi rakan kongsi. Mereka membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah..ladang getah itu dinamakan sebagai Kinta Kellas..

Bermula dari situ lah kekayaan Kellie bertambah...beliau berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah dan lombong bijih timah..


Kita bergambar dulu...

Mengikut sejarah, Kellie membina istana ini untuk kediaman keluarganya dan tanda kasih sayang kepada isterinya, Agnes.

Sebenarnya pada awal perkahwinan, mereka hanya tinggal di sebuah rumah yang telah dibina di kawasan ladang milik Kellie yang dinamakan Kellas House..Kellas House dibina dari kayu..apabila musim panash suhu di dalam rumah turut menjadi panas..Agnes tidak suka dan tidak senang berada di dalam rumah bersuhu panas begitu..sewaktu mengandungkan anak sulung Helen, Agnes menyuarakan hasrat untuk tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa.

Sebagai tanda cintanya kepada isteri, Kellie bersetuju untuk membina rumah idaman tersebut. setelah Agnes melahirkan anak sulung mereka pada 1904, Kellie tanpa berlengah lagi terus mengusahakan pembinaan Istana Kellie..

Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India dan tukangnya dibawa khas dari Madras. bangunan unik ini memiliki 14 buah bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia yang mempunyai lif yang pertama di Tanah Melayu. 

Malangnya sewaktu berada di Portugal, Kellie telah diserang penyakit radang paru-paru yang kronik..beliau akhirnya meninggal dunia pada 11 Disember 1926 pada usia 56 tahun..


William Kellie Smith dan isterinya Agnes.




 Setelah kematian suami, Agnes telah meninggalkan Tanah Melayu..sebelum itu beliau telah menjual segala harta milik mereka termasuk Istana Kellie dan ladang milik Kellie kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Walaubagaimanapun syarikat tersebut tidak berminat dengan projek Istana Kellie lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja..

Maka pembinaan Istana Kellie yang dilihat pada hari ini telah terhenti sejak tahun 1926.

Istana Kellie pada tahun 1970 terbiar di sebalik hutan sebelum kerja pemuliharaan dan naik taraf..
Macam seram je...

Nak tau lebih lanjut tentang sejarah Kellie's Castle boleh cari kat google...
Mengikut sejarah pembinaan istana ini, pemiliknya yang berasal dari bahagian timur laut Scotland membina istana itu bagi kediaman keluarganya dan diberikan nama Kellas House.

Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India dan tukangnya dibawa khas dari Madras.

Bangunan unik itu memiliki 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia yang mempunyai lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu.

Bagaimanapun, pembinaan bangunan Kellas House ini tidak dapat disiapkan apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dengarbisikandibilikwain/Article#sthash.OB683gZL.dpuf

Mengikut sejarah pembinaan istana ini, pemiliknya yang berasal dari bahagian timur laut Scotland membina istana itu bagi kediaman keluarganya dan diberikan nama Kellas House.

Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupa bentuk sebuah istana di India dan tukangnya dibawa khas dari Madras.

Bangunan unik itu memiliki 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia yang mempunyai lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu.

Bagaimanapun, pembinaan bangunan Kellas House ini tidak dapat disiapkan apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dengarbisikandibilikwain/Article#sthash.OB683gZL.dpuf


Masa aku sampai tu kebetulan sebuah bas rombongan dari Johor pun baru sampai jugak..geng-geng cikgu kalau tak silap..diaorang semua pakat bergambar kat depan "KELLEI'S CASTLE" ni..so terpaksalah aku tunggu mereka semua habis dulu..

Dah sampai giliran konon nak bergambar dengan Khasif..tapi nampak tak dia kat mana?


Boleh tak dia nak main, nak angkat lampu sport light tu? bila tak dapat itu yang korang nampak tengah meraung tu...berdrama lah kejap kami kat situ..dahlah hari gelap nak hujan...stress..... T_T

Sebelum masuk kena beli  tiket dulu..kalau tak silap harga tiket RM4 seorang...aku pun lupa dah sebab masa tu tengah kelam kabut nak handle Khasif..husband yang gi beli tiket...


Jom kita teruskan pengembaraan ke Istana Kellie...sebelum tu kena melintasi jambatan dulu, then panjat tangga macam korang nampak kat tengah-tengah bukit tu....

Baru nak panjat tangga, hujan start turun..apa lagi berlari kami anak beranak mendaki tangga..risaukan  Khasif takut demam kena hujan...

Singgah kat bangsal bersebelahan bangunan utama nak berteduh dari hujan...konon nak berselfie guna monopod baru..sekali monopod tak boleh guna..maklumlah beli kat pasar malam batu feringgi cap ayam...hahaha....


Pandangan sisi Istana Kellie...
Korang elok-elok sket tenung gambar ni takut ternampak apa-apa kat celah-celah tingkap...hahaha....

Dikatakan Kellie telah menggaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman ini..kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah diimport dari Indi..jubin pula diimport dari Itali..batu bata jenis aprikot dibuat di Tanah Melayu..kayu cengal yang menghiasi jenang pintu dan tingkap istana berkenaan dan kualiti kayu cengal sememangnya diakui  mampu kekal sehingga 200 tahun lamanya..

Soalan khas untuk husband..
"Abang...rumah kita bahan binaan nak import dari Itali jugak ke?"
hahaha


 Taman yang terdapat di tepi bangunan


Kat belakang warna kuning sana bangunan istana yang tak sempat untuk disiapkan dan terbengkalai begitu sahaja..

Peace...



Terbengkalai...


Laluan koridor dalam Istana Kellie..
Koridor ini dikatakan "misteri" kerana dikatakan roh kellie sentiasa berlegar-legar di kawasan ini...

Di dalam sebuah bilik ditampal sejarah dan iklan-iklan Kellie's Castle yang pernah berada di dada akhbar Tanah Melayu. 



Iklan untuk dijual



Kisah tentang Kellie's Smith..


Salah sebuah bilik yang dihiasi dengan perabot..


Terus terang aku cakap...aku tak tau la kenapa...masa mula-mula aku masuk ke dalam Istana Kellie ni aku rasa seram semacam..rasa berdiri bulu roma..rasa kepala besar...rasa diperhati...mula-mula aku tak cakap kat husband...takde apa la...

Tapi bila aku baca ada nota tertulis di sudut dinding mengatakan di sini lah roh smith berlegar-legar...oo mak ai..kau nak menguji aku ke apa? makin la hati aku berdebar-debar kencang..

Husband ajak round-round bilik bawah aku ok lagi...masa tu orang pun ramai lagi...

Dah habis round..aku cakap kat husband..
"abang kalau nak naik atas, abang naik sorang-sorang lah ek...sayang duk kat bawah je dengan adik..risaula tempat macam ni nak bawak adik.."

Husband dah pandang aku semacam..aku tau dia nak marah...sebab dia punyalah excited sangat nak datang sini tup-tup aku cakap aku taknak naik ke tingkat atas...

Aku bukan risau tentang aku...tapi aku risaukan Khasif....dia masih budak dan masih lemah semangat...korang pun tau kan bangunan terbiar lama ni macam-macam penghuni yang ada yang kita tak nampak...bukan aku percaya pasal ada hantu smith tu..yang itu aku takdelah risau sangat..

Tapi ustaz cakap jin syaitan iblis tu memang ada kan...so takpelah..aku surrender awal-awal...husband diam membisu...dia jalan cepat-cepat tinggalkan aku...masa tu dahlah orang dah takde..mana ntah semua orang yang naik tadi..tiba-tiba lenyap..huhuhu...

Disebabkan aku taknak naik, husband pun tak naik..so kami turun menuju ke kereta...dalam perjalanan balik ke Shah Alam dia diam membisu..aku dah lupa lama mana...rasanya 1 jam lebih jugak la kut..hahaha...marah punya pasal...

Dalam hati aku cakap..

"Takpelah..aku sanggu husband marahkan aku asalkan anak aku tak jadi apa-apa...mintak dijauhkan benda-benda macam tu jadi kat anak aku..."

Aku kenal siapa husband aku...dia kalau terlebih excited dengan sesuatu benda...selalunya lepas tu dia akan menyesal....so lebih baik aku halang..kalau aku pergi tanpa anak memang nak je aku naik atas....tapi takpelah sekurang-kurangnya kami dah jejak kaki kat sana...

Begitulah cerita di Kellie's Castle...hajat husband dah tercapai tapi tak 100%...lain kali yer by...hehehe...

So habis sudah ceita menjejaki sejarah di Perak...panjang umur kita jejak sejarah tempat lain plak...bye..bye...


No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...