05 December 2014

Jejak Sejarah: Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak- Part 4

Assalamualaikum...

Betul la kata orang...stress time study tak sama dengan stress time dah kerja..study kita stress pun takde beban apa-apa..habis exam, habis la stress...lulus atau gagal takde effect kat orang lain...kita tanggung sendiri...tapi bila stress kerja ada beban yang kena pikul kat bahu..dan paling terbeban bila melibatkan banyak pihak...aaahhhh...rasa nak lari jauh-jauh...

T_T

Lupakan tentang masalah itu...jom kali ni aku nak sambung lagi kisah di Kuala Kangsar Perak...

Dari Istana Kenangan aku terus gerak ke satu lagi destinasi wajib singgah kalau ke sini...tapi sebelum tu sempat aku perhati kiri dan kanan jalan..aku tertarik tengok senibina rumah-rumah traditional kat area sini....


Salah sebuah rumah yang aku sempat snap gambar...menarik kan...senibina dan rekabentuk rumah macam rumah bangsawan zaman dulu kala...lepas tu aku cari kat google...

Menurut maklumat yang aku dapat rumah ni dikenali sebagai Rumah Baitul Rahmah..dibina pada tahun 1911..bayangkan sekarang dah tahun 2014..dah berusia 103 tahun tapi masih tetap utuh dan tak lapuk dek zaman...

Apa yang aku dapat info lagi pemilik asal rumah ini adalah anaknda Sultan Idris-1..patutlah rumah macam ala-ala istana..

Dan kalau ke Kuala Kangsar, tak lengkap kalau tak singgah di..


Masjid Ubudiah Kuala Kangsar...juga dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah..


Dari jauh tesergam indah senibina dan kubah masjid bewarna kuning keemasan...Masjid Ubudiah ini boleh dianggap salah sebuah masjid terindah dan menarik di Malaysia..memang betul..masa aku berada betul-betul di hadapan masjid rasa kagum dan terpegun melihat keindahan senibina masjid ni dengan berlatar belakang langit yang biru...rasa macam berada di hadapan lukisan...




Sedikit sejarah tentang Masjid Ubudiah Kuala Kangsar..

Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.



Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda.


Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00


Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

Masa dalam perjalanan dari Taiping lagi, husband dah berhajat lagi nak solat Zuhur kat sini..so alhamdulillah tercapailah hajat dia..


Sempat aku pusing-pusing tengok ukiran dan rekabentuk dalam masjid...bagusnya batu marmar ni kita rasa sejuk je walaupun cuaca kat luar sana panas terik... 


Tiba-tiba Khasif cakap "yak"...sempat lagi tu dia meninggalkan jejak kat sini..tak perlu di suruh dia tanggalkan seluar sendiri..


Dan yang penting nak babah yang cuci..taknak ibu....yahooo....^_^



Sebelum meninggalkan masjid...


Berhampiran Masjid Diraja Ubudiah turut ditempatkan Makam Diraja al-Ghufran, iaitu tempat persemadian jenazah sultan-sultan Perak dan kerabat diraja yang lain.

Daripada sudut pentadbiran, Masji Diraja ini ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang dipengurusikan oleh individu yang dilantik Sultan Perak dan pegawai dari Pejabat DYMM Seri Sultan Perak, Jawatankuasa itu dilantik untuk menguruskan segala pembangunan dan perbelanjaan Masjid Diraja Ubudiah.

Keluar dari situ bersebelahan kawasan masjid, aku terpandang sebuah lagi rumah traditional yang terbiar...



Walaupun sebelah masjid je..tapi bila pandang lama-lama seram jugak kan..huhuhu....konon-konon nak gi snap gambar dekat sket tapi tak berani...nampak kat tingkat bawah ada frame gambar..teringin nak tengok tapi ...^_^

So tak tau rumah siapa yang tak berpenghuni ni..maybe ada kaitan dengan kerabat diraja perak jugak la kut...wallahualam...

Orang cakap kalau ke Kuala Kangsar kena makan Laksa Kuala Kangsar...alang-alang dah sampai wajib la cari dan rasa apa yang special tentang laksa kat sini...

Mr.Waze tolong tunjukkan jalan !!!


Mr.Waze bawak kami ke Persisiran Sayong..kat sini terdapat banyak kedai makan...okey aku frust menonggeng bila tengok ada kedai makan  ikan bakar..kalau makan tengahari kat sini mesti lagi best..padahal bukan jauh sangat dari kedai yang aku makan sebelum tu..takde rezeki...


Kedudukan medan selera ni di persisir sungai sebab tu la kut dipanggil "persisiran" sayong..


Banyak kedai laksa kat sini tapi aku tak tau yang mana satu femes dan sedap...agak-agak tergerak hati mana nak masuk situ la kami duduk...



Husband order Laksa Kuala Kangsar


Aku plak order mee rebus..padahal sebelum sampai nak makan laksa...gara-gara terpandang banner ada gambar mee rebus la tu...hahaha..

Last-last makan 2 suap mintak tukar dengan husband...bukan tak sedap tapi tak kena dengan tekak aku..lagi terliur tengok laksa...nasib baik husband suka rasa mee rebus tu...aku habiskan laksa tu sampai licin..sedap! aku suka laksa yang kuahnya tak terlalu pekat...ala-ala laksa penang...



Tengah-tengah panas tu pekena plak ABC..memang syokla...kena plak ABC tu sedap giler...dah lama aku tak rasa ABC macam ni..ada rasa masam-masam sket campur manis secukup rasa...tak macam sesetengah ABC warna merah tip top tapi mak aii manis gula cam nak pengsan...

Aku tak sempat nak habiskan ABC sebab nak kejar masa..punya la sedap aku suruh makcik kedai tu bungkus..kalau korang nak tau aku ni memang cerewet kalau bab minuman..tak caya tanya husband aku..so kalau aku sanggup mintak bungkus tu maksudnya memang sedap giler la tu..hahaha....


Husband order ais cendol...aku tak rasa so aku tak pasti sedap ke tak...


Ini budak bukan nak minum sangat pun...nak main je lebih..fisrt time tengok air dalam mangkuk...dapat plak suap air dengan sudu besar...itu yang beria sangat tu...



Gerai-gerai yang terdapat di sini...haa!! popia stesen..macam pernah dengar..tapi aku tak singgah..nak kejar masa punya pasal...

Lebih kurang pukul 4 petang aku gerak keluar dari Kuala Kangsar...walaupun tak lama tapi aku puas hati dapat jejak kaki ke sini..dapat menikmati keindahan bandar diraja dan dapat makan laksa best....bye-bye Kuala Kangsar..panjang umur kita jumpa lagi...

Seterusnya aku teruskan perjalanan ke satu lagi destinasi bersejarah di Perak..tunggu....

2 comments:

  1. Assalamualaikum, nak tanya.. Info sejarah Masjid Ubudiah ni jumpa di mana ya? Bahagian belakang ye? Sebab pergi haritu tak sempat nak pusing-pusing hehe.. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum, tumpang tanya.. Ifo sejarah masjid ubudiah ni di mana ya? Bahagian belakang ya? Sebab pergi haritu tak sempat pusing sekitar masjid hehe.. Terima kasih bantu :)

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...