01 January 2015

Terima Kasih Untuk Segala-Galanya...


Seorang demi seorang yang datang..
 Satu persatu perkara terbongkar..
Di depan manis tapi di belakang umpat keji..
Astagfirullahalazim...hati aku benar-benar terluka...

Aku DIAM..
 Diam tidak bermakna aku sombong..
Diam tidak bermakna aku bisu..
Diam tidak bermakna aku benci..
Tapi diam aku kerana tiada lagi kata hendak diucapkan..


Diam bukan bermakna aku lupa..
Diam bukan bermakna aku kalah..
Diam juga bukan bermakna aku sudah memaafkan..
Untuk berdebat itu bukan aku..
Maka diam itu adalah yang terbaik..
Berserah PADA YANG ESA itu cara ku..
Aku tiada hati untuk berdebat dengan manusia yang sukakan sengketa..

Diam tidak bermakna aku menyerah...
Diam juga tidak bermakna aku berundur..
Diam aku berfikir sejenak..
Diam aku bertafakur..
Diam aku cuba untuk muhasabah diri..
Diam aku mengatur langkah seterusnya...

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia...
Diam itu lebih indah..


Satu pesanan aku untuk diri kamu...
JANGAN RISAU, JANGAN BIMBANG..
Aku bukan manusia yang kejar nama, kejar kedudukan, kejar harta...
Aku di sini cuma ingin menjalankan tanggungjawab aku...
Nama, kedudukan, pangkat, harta, kata pujian..
Itu hanya sementara..
 

Jangan risau tentang ganjaran "mendapat nama"..
Sekelumit pun tak pernah ada dalam istilah hidup aku...
Cukuplah buruk-burukkan aku dibelakang..
Cukuplah buruk sangka terhadap aku.. 
Sentiasa ikhlas dalam setiap perkara...
InsyaAllah satu hari akan dapat jua...

Sabarlah...
Sampai masa aku akan pergi dari sini...
Beri aku sedikit masa lagi untuk aku selesaikan tanggungjawab di sini...
Selepas itu tiada lagi manusia hina ini di depan kamu..

Terima kasih untuk segala-galanya...


2 comments:

  1. sabar itu indah, walau di mana shja hamba itu berada, pasti akn diuji.. Allah x akn menguji hambaNYA jika hambaNYA itu lemah... Percayalah dgn percaturan dr Allah... yakinlah, Disebalik sesuatu Ada Sesuatu .. InsyaAllah k.za

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Ani..setiap ujian itu pasti ada hikmah...dan hikmahnya adalah kebenaran semakin terbongkar..hehehe...

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...