Malam tadi aku dapat berita mengatakan wife bos aku dah kembali ke Rahmatullah jam 9.30 malam..
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui KEMATIAN...cuma bila dan bagaimana kita tak tau...itu rahsia Allah...
Firman Allah..
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukkannya" (Al-A'raf [5]:34)
Pagi tadi ramai staff yang bergerak ke Ipoh nak melawat sebab jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat..tapi aku tak dapat pergi..
Bukan aku taknak pergi...tapi keadaan aku betul-betul tersepit...hanya Allah yang tau aku memang nak pergi tapi dalam masa yang sama aku perlu submit tender penting..tarikh tutup hari ni sebelum pukul 12 tengahari...kalau tak hantar sebelum waktu tu, memang teruk nasib aku lepas ni kat ofis...
Lepas dah submit tender pukul 9.30 pagi, ada yang ajak tapi semua yang nak pergi time tu lelaki je naik satu kereta..takkan aku sorang-sorang perempuan dalam kereta...aku ni isteri orang...perjalanan plak jauh...dalam hal ni aku perlu mintak izin dengan suami terlebih dahulu...lagi pulak husband aku jauh sekarang..
Ini aku ambil dari facebook seorang ustaz..
HUKUM KELUAR DARI RUMAH TANPA KEIZINAN SUAMI (KECUALI BEKERJA)
Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya..
Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasululllah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini makan Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.
Faham kan keadaan aku? husband aku sekarang bermusafir...
Aku tau husband aku takde masalah pun kalau nak pergi ziarah kematian..dapat pahala...tapi dalam keadaan hari ini ada dua perkara yang husband tak izinkan pergi...
1. Aku sorang-sorang je perempuan dan yang lain lelaki dalam kereta...(aku sendiri pun tak selesa)
2. Perjalanan jauh..dia fikirkan keselamatan aku..
Kan senang kalau husband aku ada kat rumah..bila-bila masa je dia boleh pergi dengan aku sekali...
Kan senang kalau husband aku ada kat rumah..bila-bila masa je dia boleh pergi dengan aku sekali...
Aku hanya mampu hantar ucapan takziah untuk bos dan dari jauh aku doakan semoga bos tabah menghadapi ujian ini...semoga roh arwah isteri bos ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat..amin...
Al-Fatihah..
Aku harap bos faham keadaan aku...
No comments:
Post a Comment