Sebenarnya malu nak post kat blog tapi takpelah alang-alang dah snap gambar kan...at least ada jugak hasil pertama walaupun hasilnya tidaklah memuaskan hati...hahaha...
Dalam banyak-banyak kuih traditional, antara yang menjadi feveret saya ialah kuih cek mek molek..lebih-lebih lagi bulan puasa dah tinggal berapa hari je lagi dah maka keinginan nak makan tu makin hari makin membuak-buak (yelah tu..). kebetulan semalam shopping barang dapur dengan husband, sempatlah sambar 3 ketul ubi keledek oren untuk dibuat kuihnya itu....
Petang semalam projek bermula...masa potong-potong ubi, husband tanya "nak buat apa yang?". hehe...lupa nak bagitau kat dia saya nak masak cek mek molek...sebabnya dia bukanlah penggemar kuih muih jadi secara otomatik tak terbagitau....
Sambil-sambil layan TV, kita rebus ubi sampai empuk...jangan lupa tambah garam..bila dah empuk, lenyek-lenyek ubi sampai hancur...masa ni confident level tinggi lagi...
Lepas tu gaulkan ubi tadi dengan tepung gandum sket-sket...nak jadi citer, saya tak tau sukatan yang betul..main hentam dan agak-agak saja..mula lah masa nak menggetel doh tu, tangan melekit-lekit....cukup ke idak ni tepung..nanti kalau letak banyak sangat tepung jadi tak sedap plak...
Yang husband plak, sambil main game kat sebelah sambil menyampuk.."tambah air yang". ish dia ni...mana ada orang tambah air nak buat kuih ni. ingat nak masak cekodok ke...hentam saja lah labu....
Seterusnya isikan gula kat tengah-tengah kuih..kita gentel asal boleh gentel kuih tu sampai jadi bujur..agak-agak melekit sangat, saya tabur gandum...lepas tu goreng sampai kuih jadi kuning...
TADA!! Inilah hasilnya bila buat kuih tak tau teknik...hehe....kuih Cek Mek Molek pelbagai bentuk dan saiz...yang hampir nak hangus pun ada jugak sebab terleka duk tengok tv..boleh? isi dia dah ok cuma gula kat dalam tak tau dia hilang ke mana...rasanya saya dah isi banyak...untuk percubaan kali pertama ni, bolehlah..tapi kalau nak bagi mak mertua makan, baik jangan dulu..kena berlatih banyak kali dulu..hehe....
No comments:
Post a Comment