Pejam celik, pejam celik kita dah masuk bulan July...sekejap sungguh masa berjalan tanpa sedar dah lebih setengah tahun kita berada dalam tahun 2012...apa perkembangan terbaru yer?
Kepada yang menyambut hari jadi hari ni, diucapkan Selamat Hari Jadi yang ke..... =)
Kepada yang menyambut ulang tahun perkahwinan, Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke... =)
Kepada yang baru dan akan melansungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni, Selamat Pengantin Baru.. =)
Kepada yang baru dapat baby, Selamat Menimang Cahaya Mata dalam hidup anda suami isteri... =)
Kepada yang bakal mendapat baby atau yang baru dapat tau dah berjaya pregnant, Tahniah dan Semoga Selamat Hingga Bersalin.. =)
Kepada yang baru naik pangkat, Tahniah jugak dan Selamat Berjaya... =)
Kepada mereka yang tengah bercuti tak kira di rumah atau di mana saja, Selamat Bercuti.. =)
Pendek kata, apa saja yang sedang dan bakal di tempuhi, semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Tak lupa jugak kepada mereka yang tengah bersedih hati, kecewa atau terkilan...jangan sedih-sedih, jangan terlalu ikut perasaan, banyakkan bersabar dan berdoa supaya hati cepat menjadi tenang...sesungguhnya apa saja yang berlaku semuanya ada hikmah..yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan...
Dalam hidup ni, tak semua yang kita harapkan akan berakhir dengan kegembiraan..kadangkala tersasar jauh dari apa yang kita impikan..mungkin berlaku atas sebab kesilapan kita, atau juga kesilapan dari pihak lain...yang paling perit jika kita dah cuba buat yang terbaik, tapi pengakhirannya tak baik seperti yang disangka..
Dalam hidup ni jugak, tak semua orang disekeliling kita akan suka pada kita..walau macam mana baik sekalipun kita layan seseorang, tapi kalau orang dah tak suka, tetap tak suka...setakat tak suka takpe lah lagi...tapi apa yang lagi memburukkan keadaan, kalau ada cerita buruk timbul dibelakang tanpa kita sedari...yang lebih menyedihkan lagi, ada manusia yang didepan kita baik baik saja tapi dibelakang ada fitnah, umpatan, cacian, maki, kata keji....
It's ok...terima saja dengan hati terbuka...anggap itu semua ujian dan dugaan yang Allah turunkan untuk kita supaya kita menjadi manusia yang lebih kuat dan tabah..selebihnya biarlah urusan Allah saja yang akan tentukan nasib orang begitu...samada kita nak maafkan atau lupakan, terpulang...orang kata, luka diluar kita boleh rawat bagi sembuh..tapi luka dihati, susah untuk kita bagi jawapannya....entahlah, tepuk dada tanya hati... (^_^)
Yang penting kerjasama, jangan sesekali kita balas dengan keburukan...lebih baik kita berdiam atau teruskan dengan senyuman...sebab senyuman itu kan penawar segala kedukaan....berdiam itu lebih baik dari berkata kerana takut salah kata boleh membawa kepada kesengsaraan dan persengketaan...
Luahkan pada seorang yang kita paling percaya dalam dunia ni...samada kepada ibu, ayah, kakak, suami atau sabahat yang paling baik dan paling kita percaya...macam saya, saya tiada ibu tempat untuk luah segala kesedihan...cuma suami tempat mengadu segala-galanya..sama ada saya bersedih dan gembira dia orang pertama yang akan tau...sahabat? kadangkala sahabat boleh jadi lawan, jadi berhati-hatilah dalam memilih sahabat untuk kta percaya dan luahkan sesuatu...takut akhirnya makan diri kita sendiri....
Akhir kata, jangan bersedih hati, hadapi dengan tenang dan banyakkan mengadu kepada Dia...insyaAllah semuanya akan temui jalan kebahagiaan...wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment