27 May 2015

Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Selangor - Part 2

Assalamualaikum....

Sementara aku masih dalam mood kerajinan ni, mehla aku cepat-cepat update story JJCM kat Kuala Selangor ni...harapnya si kecik Khasif Aleesya tak datang menganggu la yer....

Mulanya aku nak post semua story dalam satu part je tapi nampaknya tak berjaya..gambar banyak la plak nak share...saja aku nak tunjuk supaya mereka-mereka yang belum sampai lagi tu teruja nak ke sana...asyik jalan-jalan pusing KL, bercuti ke PD, honeymoon kat Paris...mehla sekali sekala kita bercuti ala-ala kampung tengok keindahan sawah padi plak....ngeh ngeh ngeh...

Sambungan dari kisah   


Gara-gara tak cari hotel awal-awal, tak planning awal-awal..maka aku satu family tersadai dalam kereta kat parking depan kedai mana ntah..hari dah gelap masa tu...cubaan call hotel-hotel berdekatan cari bilik kosong tidak berjaya..yang ada pun jaraknya jauh 30 km..ish...camne ni..

Tinggal satu je lagi hotel aku tak cuba call iaitu Hotel Apps..tak tau la kenapa aku tak tertarik lansung nak stay kat situ...maybe sebab sekali pandang gambar bilik kat booking.com nampak macam bilik hotel yang taraf-taraf  hotel bajet...tapi husband suruh jugak call sebab dah takde pilihan...takkan nak tidor dalam kereta..bila aku call katanya bilik kat sana masih banyak..tapi aku tak booking dulu..masih berbelah bahagi..aku cakap takpe, nanti aku call balik...

Disebabkan magrib dah dekat nak habis, kitaorang gerak menyusuri jalan utama yang suram tak berapa nak ada lampu jalan..cari masjid nak solat magrib dulu..tiba-tiba dalam tengah mencari masjid nampakla sebelah kiri Hotel Apps yang aku call tadi..

Inilah dia bangunan hotel dari luar...la..rupa-rupanya hotel baru...aku punyala mati-mati ingat hotel ni hotel lama...tapi gambar ni aku cari kat google..bukan aku snap..aku sampai dah malam masa tu...nak snap pun tak berapa nak nampak..

credit to www.kuala-selangor.com



Sementara husband tunggu dalam kereta dengan Khasif, aku ke front desk untuk urusan check in..bilik masih banyak..dah setel urusan check in, aku gi kat kereta panggil husband..angkut beg naik bilik nak mandi dansolat...badan dah melekit-lekit...


Bilik Superior Twin Room..ada dua katil single...tapi ni bukan bilik aku..


Ini lah bilik aku malam tu..Deluxe Queen Room, harga RM138 satu malam...sekali dengan breakfast..ok la...janji boleh tidor dengan selesa malam tu..


Bilik tak besar sangatla..tapi takdela sempit sangat..untuk kami bertiga aku rasa ok je..masih ada ruang untuk solat kat tepi katil..

Cuma yang tak bestnya, tiba-tiba air aircond keluar menitik-nitik tepi katil..taknakla aku tengah tidor tiba-tiba termandi air aircond plak...

Mula-mulanya aku nak mintak tukar bilik tapi memandangkan tak larat nak turun bawah gi kat receptionist, aku fikir alternative lain..aku tarik katil ke tengah sket so air direct jatuh ke lantai, tak jatuh atas tilam..nasib baik idea aku menjadi..bijak-bijak..


Toilet dan bathroom yang bersih..tapi jaga-jaga yer, lantai bilik mandi sangat licin kalau basah/ berair..Khasif tengah mandi dengan babah tak reti duduk diam..kejap ke sana kejap ke sini, last-last tergelincir dalam bilik air..nasib baik tak jatuh kepala atas lantai..kalau tak, tak taulah jadi apa malam tu...


Amenities yang disediakan pihak hotel..nak jadi cerita, aku tertinggal beg toiletries kat rumah...paling penting dalam tu ada berus gigi dan ubat gigi...pagi esoknya tiga-tiga tak gosok gigi keluar breakfast..hahaha..

Berus dan ubat gigi hotel memang ada disediakan tapi produk tu dari cina..takde tanda halal plak tu..tak berani la aku nak guna...so kita gosok gigi dengan jari je la yer...>_<

Lepas dah mandi dan solat Isyak, bersiap-siap nak keluar makan malam plak...teringat la siang tadi nampak sebuah restoran ikan bakar dan seafood kat tepi sungai..ramai plak tu orang makan kat sana...kalau ramai orang selalunya makanan mesti sedap kan...so lets go ke sana..


Nama restoran tu Restoran D'Coral..rupa-rupanya tak jauh pun dari hotel Apps ni..kalau dari Kuala Selangor, terus menuju ke Pasir Penambang..turun dari jambatan then masuk ke kiri..lorong tu tepi Giant..then terus je ke hujung jalan nanti jumpa la restoran ni berada di muara sungai..

Masuk-masuk dalam, meja dah banyak kosong....masa tu pun dah pukul 9.30 malam so ramai yang dah siap makan..duduk-duduk aku terus order makanan...sambil tunggu order sambil tengok bola Kelatan vs Lions XII..oo..aku tak tengok sebab tak minat bola..husband yang tengok...


Tu dia makanan dah sampai...tomyam campur, ikan siakap, kailan ikan masin, kerabu mangga dan telur dadar..korang nampak macam sket kan tapi sebenarnya nak bagitau pinggan-pinggan tu semua size besar..tomyam tu kalau makan 4 orang pun cukup..dia punya besar setiap portion hidangan tu macam nak makan 5 orang...


Ikan siakap masak patong nama hidangan ini..sebelum order aku tanya adik tu apa yang best kat restoran ni..dia la yang bagitau ikan siakap masak patong paling femes..so inilah dia...nak tau besar mana size ikan tu korang compare dengan sudu putih tu..besar nko...husband aku mula-mula tengok pun terkejut takut tak habis..


Kerabu mangga..sedap..selalunya aku jarang makan kerabu mangga sebab ada restoran buat kerabu dengan mangga yang dah lembik..tapi kat sini aku makan banyak sebab sedap..mangga tu tak masak sangat, ada rasa masam-masam...kat tepi tu bukan sudu tapi senduk..bayangkan banyak mana kerabu tu sampai diaorang letak senduk...


Aku order tomyam campur tapi datang tomyam seafood..tapi takpe..puas hati jugak sebab seafood kat dalam tu berlambak-lambak...cuma aku tak berapa umph sangat tomyam kat sini sebab diaorang campur santan rasanya..tomyam rasa berlemak..aku lebih prefer tomyam biasa...


Mula-mula nak order nasi 2 je tapi husband cakap order 3 untuk Khasif sekali..nanti dia habiskan nasi Khasif separuh...


Start makan sambil-sambil tengok bola...tapi si kecik ni makan telur dadar je...nasi makan 2 suap...T_T

Dah separuh makan, aku tengok nasi tak gerak-gerak dalam pinggan aku..lauk pun banyak lagi...ooh..kenyang giler...maybe sebab makan tadi perut tak lapar sangat dah makan mee udang siang tadi...husband plak perut tiba-tiba masuk angin..terganggu la selera nak makan...lauk banyak lagi ni...paksa-paksa, last-last tomyam tak habis jugak..ikan nasib baik habis sebab sedap...makan - makan jugak walaupun makanan dah sampai ke dada...tak pernah kami makan lauk lebih kurang macam ni tapi terseksa nak boleh habis..banyak tu...

Lepas tu husband tanya aku ada duit backup tak...dalam wallet dia ada cuma 250 je...aku plak lupa nak cash out duit so memang ada beberapa ringgit je dalam purse..husband dah risau takut tak cukup duit nak bayar..siap dia nak gi cari atm nak keluarkan duit..aku cakap tak payah..kalau atm sebelah restoran je takpe..ini ntah kat mana duduk atm pun aku tak tau...

Aku yakin tak mungkin la makan sampai RM300 lebih...dia siap cakap kalau tak cukup duit, nanti kena basuh pinggan la...tergelak aku dengar...amboi sampai ke situ..

Dah habis makan (ada jugak baki tak habis), husband gi kaunter nak bayar plak...rupa-rupanya total makan malam tu cuma RM93 termasuk GST..ceh...bukan main nak gi cari atm la...basuh pinggan la..hahaha...bagi aku harga tu tak mahal dah sebab portion setiap hidangan tu memang banyak boleh makan 5 orang...dahla bahan-bahan tak kedekut...recommended.

Dah kenyang perut, terus balik hotel..layan TV sekejap terus tidor...


Pagi dah bersiap-siap, baru kejutkan Khasif...lebih kurang pukul 9 pagi check out hotel..


Aku tak breakfast kat hotel walaupun dapat free breakfast..ntahlah..bagi aku restoran hotel ni terlalu kecinaan sangat...walaupun makanan kat situ seafood je ada tapi aku tak berani..ada je guest melayu yang breakfast tapi takpela...aku nak cari breakfast kat luar je..


Promotion Restoran..

Sebelum ke aktiviti seterusnya, singgah breakfast dulu kat mamak..planning nak cari warung melayu tapi dalam perjalan tak jumpa..last-last mamak jugak jadi pilihan...aku order mee hoon goreng ayam..husband mee goreng mamak...cam biasa, aku  makan tak habis sebab perut masih kenyang makan malam tadi..dah tau kenyang lagi kenapa ko order? huhuhu...nafsu...


Kenapa Khasif terganga mulut tu....nanti aku citer...

Bersambung....

26 May 2015

Jalan-Jalan Cari Makan Di Kuala Selangor - Part 1

Assalamualaikum....

Hello..hello...hello.....

Wah...lama betul kali ni aku tak bersiaran kat blog sendiri...2 bulan lebih tu..mesti readers ramai yang dah lari jauh-jauh..huhuhu...sorry la kawan-kawan, peminat-peminat dan stalker ku semua..segala komen dan pertanyaan nanti aku reply okey...^_^

Korang pernah tak buat aktiviti apa-apa secara tiba-tiba? maksud aku tak planning lansung, tak terfikir lansung sebelum tu..tup-tup jadi...gitulah alkisahnya citer aku suami isteri hujung minggu hari tu...

Pagi sabtu bangun awal..sekali dengan Khasif pun bangun awal..husband ajak keluar breakfast kat kedai mamak...lepas breakfast terus balik rumah..aku ingat nak keluar jogging kejap kat depan rumah pusing-pusing taman tapi tak jadi..si kecik ni nak ikut sekali..kalau dia ikut memang tak jadi jogging punya..

So pagi tu cuma rehat baring-baring depan tv layan Khasif tengok kartun...husband cakap tengahari dia tak makan pun takpe sebab kenyang makan breakfast..aku pun sama...hahaha..bolehla rehat-rehat takyah fikir nak masak tengahari...

Tup-tup pukul 12 tengahari husband cakap teringin nak makan Mee Udang..aku cakap kalau Mee Udang selalunya femes kat Kuala Selangor..ramai orang cakap sedap...cepat-cepat google..ramai blogger cakap mee udang banjir kat tanjung karang best..apa lagi..jom ke sana nak? husband ajak...

Aku ok jer...lagipun perjalanan takde la jauh sangat..lebih kurang 1 jam 30 minit dari rumah..tapi takkan nak balik hari..takut time balik hari dah malam..korang taula kami suami isteri tak suka sangat jalan jauh malam-malam...so decide bawak baju sekali tidor kat sana satu malam...

Zass..zasss...packing baju dalam beg...siapkan barang-barang Khasif..mandi then solat zohor dulu siap-siap kat umah...


Pukul 2 petang gerak keluar dari rumah menuju ke Kuala Selangor...sebelum gerak kita selfie dulu...hehehe....abaikan beg yang bergelimpangan kat belakang tu...husband aku ni punya la excited tak sabar nak makan mee udang, dia main campak-campak je beg masuk kereta..sakit mata aku..

Sementara husband berhenti kejap kat 7e cari air mineral sebotol dua, aku cepat-cepat susun beg masuk bonet..


Dari rumah aku tak susah nak ke Kuala Selangor..masuk highway Guthrie then exit ke LATAR..lepas tu straight je menuju ke Kuala Selangor...tinggal lagi sediakan duit banyak-banyakla untuk bayar tol...

Perjalanan ke sana alhamdulillah smooth takde apa-apa halangan...lebih kurang pukul 3 sampai area Kuala Selangor..tapi aku teruskan perjalan meuju ke Tanjung Karang nak cari mee udang...perut dah berkeroncong..mintak tolong waze cari kat mana la kedudukan kedai mee udang yang dikatakan sedap sangat tu...


Yei...!! akhirnya jumpa jugak kedai mee udang banjir tanjung karang..tak susah nak cari..kedudukan kedai tepi jalan utama je...aku perasan kedai-kedai makan kat sini memang kedudukan dia tepi jalan utama..so jangan risau...sepanjang jalan dari kuala selangor ke tanjung karang ke sekinchan ke sabak bernam korang takkan lapar..banyak kedai makan yang best-best boleh jumpa...


Masa aku sampai meja banyak kosong lagi..ada la beberapa family tengah makan...perut dah lapor sangat dah ni...cepat-cepat masuk kedai nak order..actually kedai ni tak la besar sangat..sebab tu dia letak nama warung..tapi apa ada pada nama..yang penting dah femes dikalangan blogger seantero malaysia...hehehe...

Menu banyak jugak pilihan makanan tapi yang utama mestila mee udang banjir..ada dua jenis..mee udang banjir dan mee udang banjir special..aku dan husband order mee udang banjir je...nanti kang order yang special takut tak habis plak...dahla harga RM19 yang special tu...kalau tak habis menyesal tak sudah...so kita cuba yang biasa dulu yer...

Kalau taknak makan mee udang pun ada menu lain..antaranya mee bandung, mee goreng, nasi set sup tulang, nasi goreng..banyak lagi la menu yang ada..so takyah risau...aku tengok ada budak tu makan nasi set sup kaki ayam dan telur dadar..berselera dia ratah kaki ayam..sedap plak aku tengok...>_<


Tada!! 2 mangkuk mee udang banjir sampai kat meja aku..tak lama sangat la tunggu order..maybe sebab customer tak ramai sangat masa tu..amik ko udang 5 ekor kat dalam mangkuk besar gedabak..dahla udang tu fresh, isi gemuk-gemuk size XXXL..puas hati aku makan...

Rasa mee udang banjir kat sini ni lebih kurang mee bandung jugak..tapi aku perasan ada rasa udang lebih sket tu yang jadi sedap..satu lagi mee udang takde telur..kalau mee bandung ada telur kan..aku tak tau kedai lain mee udang camne sebab ni first time aku makan mee udang...

Yang tak bestnya aku makan dengan satu tangan je..tangan satu lagi kena pangku Khasif lena tidor diulit mimpi..dah kejut pun taknak bangun...dah hujung-hujung baru la boleh makan dengan selesa..husband plak amik alih pangku dia..aku habiskan sisa-sisa mee udang dalam mangkuk dengan berselera sekali..habis makan barulah terasa perut dah full..

Mee udang banjir RM8 x 2 = RM16
Air x 2                                = RM  5 
Total                                   = RM21


Dah habis makan, mohla kita gerak ke destinasi seterusnya..masa aku nak keluar dari sini,  makin banyak plak kereta yang berhenti...customer dalam kedai pun makin ramai..fuh nasib baik time aku sampai tadi tak ramai sangat..kalau tak, menunggu lama la jawabnya...aku paling tak suka bila kena tunggu order lama-lama kat kedai makan..boleh jadi stress...

Dalam kereta husband tanya aku perut boleh isi lagi tak? dia teringin nak makan cendol durian plak..aish..asyik teringin je husband aku ni..mengidam ke apa...eh.

Aku cakap kalau dia nak, berhenti jela..aku kenyang lagi tapi takde masalah pun kalau nak teman dia makan cendol...so dari tanjung karang husband patah balik menuju ke kuala selangor cari kedai cendol..tadi masa nak ke tanjung karang ada nampak kedai tu kat sebelah kiri...


Akhirnya jumpa la kedai cendol durian borhan..boleh tahan jugaklah jarak dari warung mee udang tadi...tapi nasib baik jalan straight je takde belok-belok, takde masuk lorong..so senang je nak jumpa...kereta customer boleh tahan bersusun-susun kat depan kedai cendol ni..

Disebabkan parking kat dalam kawasan parking dah penuh, husband parking kat tepi jalan je...ngeri ok jalan kat sini..semua tahap nak pecut macam kat litar sepang tak kira kereta ke lori..so sape-sape yang parking kat tepi jalan tu hati-hatila yer nak keluar masuk kereta tu...tengok dulu kereta ada datang ke tak..


Husband order cendol durian + jagung..aku tak order cendol sebab perut masih kenyang..cuma aku order nescafe panas je..lagi satu aku fobia sekarang nak makan cendol..hari tu ada sekali masa kat ofis waktu rehat tengahari aku makan cendol pulut sesungguh hati..lepas tu tiba-tiba satu badan aku mengigil kesejukan sampai demam jadinya..

Aku tanya husband sedap tak cendol tu? dia cakap bolehla...maybe first time dia makan cendol durian mula-mula rasa pelik tapi lepas tu rasa sedap plak..erm..aku tak cuba lansung...aku tengok sekeliling ada gerai-gerai kecik jual makanan..usyar-usyar nak beli yong tau foo tapi penuh dengan lalat..tak jadi...tak taulah dari mana lalat tu datang..kesian plak kat peniaga tu..aku rasa maybe sebab ada sotong..biasala benda-benda hanyir ni memang mudah tarik lalat..

Last-last aku tapau ayam goreng untuk Khasif..tapi dia tak makan pun..membazir je..gerai lain yang ada kat situ yang aku perasan antaranya gerai burger, yong tau foo, western food, ayam dan sotong goreng dan jugak sengkuang calit..oh yer laksa pun ada jugak..

Cendol durian + jagung       = RM 3.50
Ayam Goreng                      = RM 6.00
Nescafe panas                     = RM 2.00
Total                                    = RM11.50


Makan cendol tak lama pun tapi menunggu ayam goreng yang jadi lama..dah siap tapau, terus masuk kereta..singgah Masjid Jamek Sultan Ibrahim dulu untuk solat asar...nak jadi cerita dah sampai depan gate nak masuk kawasan masjid ada plak kereta myvi baru lepas accident dengan motor..kereta myvi tu betul-betul berada depan pintu gate tayar terbelah dua..tak tau la camne boleh jadi terbelah dua tu..so tak boleh masuk ikut gate situ..kena masuk gate lagi satu...

Dah siap solat, barulah sibuk nak mencari tempat tidor untuk malam nanti..so planningnya nak walk in mana-mana homestay kat area sawah padi kat tanjung karang..teringin sangat nak tengok kehijauan sawah padi yang terbentang luas macam dalam drama nur kasih tu...khabarnya diaorang shooting drama tu kat sana...

Berpandukan waze, aku terus menuju ke homestay sawah padi tanjung karang...aku cuba jugak search nama homestay yang lain tapi homestay yang itu jugak keluar...so terusla menuju ke sana...

Sampai-sampai hari dah nak senja..masuk ke lorong tali air 2 ke apa nama lorong tu nak cari kedudukan homestay tu..jauh masuk ke dalam..sempatla tengok sawah padi kiri kanan yang dah tak hijau..rupanya sekarang tengah musim menuai padi kat tanjung karang..so kecewa di situ..

Sampai-sampai depan homestay, pintu tertutup rapat..aku cuba call owner homestay..dia cakap ada homestay kosong yang harga 130..pastu aku cakap nanti aku call balik..aku tengok homestay tu rasa macam taknak plak..aku nak homestay kayu yang cantik macam chalet kat tengah-tengah bendang tu..tapi yang ini bangunan 2 tingkat..lepas tu sunyi sepi je macam takut plak nak duduk situ..hehehe....pemandangan pun dah tak cantik..

So kami decide tak jadi la nak duduk homestay tu..nak cari hotel kat luar je yang tepi-tepi jalan tu..sempat google cari no phone hotel berdekatan..

Malangnya hotel banyak yang penuh..satu hotel tu aku call dia cakap ada kosong tapi yang tinggal cuma bilik family untuk 6 orang..bagi aku harga agak tinggi la kalau sekadar nak bermalam..lainla kalau datang bercuti..masa tu dah pukul 7.45 malam badan dah letih, belum mandi, belum solat magrib...

Ish..mana nak tidor malam ni...takkan nak drive balik shah alam..husband cakap taknak balik malam-malam ni..dia risau..aku pun risau sebenarnya...dengan keadaan jalan kat sana ada ok ada tak ok..

Bersambung....

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...