13 August 2009

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

Saya ada terbaca kat sebuah web pasal tajuk kat atas ni ..memandangakan saya pun tak lama lagi akan melansungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang kini bergelar dah bergelar tunang saya..saya tertarik untuk baca dan paste kat blog. Saya cuba untuk mendalami, memahami, dan buat analisa apa yang dia tulis tentang sifat calon suami yang baik..Ianya sesuai untuk semua orang baca baik perempuan atau lelaki terutama lelaki yang bakal bergelar suami..andaikata ada sifat yang di tulis berkurang bolehlah di perbaiki agar rumahtangga yang di bina atas dasar kasih sayang tu diredhai Allah dan kekal bahagia hingga akhir hayat...

Sama- sama kita renungkan...

1. KUAT AMALAN AGAMA
- sentiasa menjaga solat, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu..berpuasa di bulan Ramadhan..auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan..

2. AKHLAKNYA BAIK
- seseorang nampak tegas tapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia..

3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAHNNYA
- tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..

4. AMANAH
- tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Apa yang saya faham jugak kat sini, amanah menjaga isteri yang telah diamanahkan kepadanya..
5. TIDAK BOROS
- tetapi tidak kedekut..tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..

6. MENJAGA MATA
- tidak memandang dan melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap- bercakap, juga baik di depan anda atau dibelakang anda..sifat ini pada saya sangatlah penting bagi seorang suami yang menghormati isteri dan tahu menjaga perasaan isteri.

7. PERGAULAN YANG TERBATAS
- tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..tidak suka bersosial dan banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga berbanding keluar dengan kawan-kawan. Sifat ini pada saya satu petunjuk pada bakal isteri apabila sudah bergelar suami dan mempunyai keluarga sendiri nanti..samada dia lebih utamakan isteri dan anak-anak atau lebih pentingkan kawan-kawan diluar..

8. RAKAN PERGAULAN YANG BAIK
-mempunyai rakan yang baik akhlaknya. rakan yang baik juga adalah rakan yang tidak membawa ke arah perkara keburukan. tidak bercampur lelaki dan perempuan tanpa keperluan dan batasan.

9. BERTANGGUNGJAWAB
- lihatlah dia dengan keluaraga dan ibu bapanya..tidak lupa tangungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapanya.

10. WAJAH YANG TENAG
- sentiasa tenang tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. tidak cepat sensitif dan cepat marah..sentiasa bijak mengawal emosi dan perasaan..

04 August 2009

My Hubby

Hari ni plak nak citer sket pasal hubby saya...orangnya simple..tak suka pakai-pakai skema...saya pun tak tau kenapa..tapi bagus jugak..low profile katakan..makan pun tak cerewet..tapi kl kuar mesti tengahari nak makan nasi..dia sukalah lauk yang ada ulam-ulam ni..lagi banyak ulam lagi dia suka....dulu saya tak kisah tengahari makan apa..tapi lama-lama dah terikut pulak dengan sikap dia yang satu ni..saya memilih sket kl amik lauk sayur..mulalah dia membebel..mentang-mentanglah dia makan sume sayur..huhuhu..orangnya nak kata pendiam, tak jugak..nak kata banyak cakap pun tak jugak..besa-besa je..kl buat lawak, nak pecah perut saya gelak..tapi bukan dengan sume orang dia boleh buat lawak tau..kl layan dia punya lawak tu, mulalah melalut-lalut dia tambah itu ini...

Hobi dia sama dengan saya..suka pegi jalan-jalan..ada masa cuti lama sket, dia bawak saya pergi jalan-jalan, paling tak pun kl kat kampung kuar pergi pantai petang-petang, makan keropok, ikan goreng tepung, cekodok kat tepi pantai..seronok..kl ada masa tengok wayang..shopping...kl shopping tu dia nak saya teman dia dari awal sampai dia siap pilih baju seluar..saya ni plak suka kl pegi beli baju ke apa ke, asing-asing sebab boleh jimat masa..dia tak..kl nak pilih baju ke, seluar ke, kasut ke, saya kena ada..kalau saya lari sekejap cari barang lain, mulalah merajuk tarik muncung..tapi saya tak kisah..itu bermakna dia pentingkan saya kan..dia suka tanya pendapat saya kl nak pilih apa2 barang..

Dalam bab lain, yang paling saya bersyukur sangat dapat tunang seperti dia, sentiasa jaga solat..kl keluar tu tak payah kita sebut pasal solat..dia akan cakap sendiri "sembahyang dululah"....susah nak cari lelaki yang macam tu sekarang...saya tak kata hubby saya sorang je yang macam tu..saya percaya ada lagi lelaki lain macam tu tapi nak jumpa mungkin 1 dalam 1000 kut..sekuarang-kurangnya boleh bimbing saya bila dah bergelar suami isteri nanti..itu yang saya nak..saya rasa sume pompuan pun berharap macam tu kan...dapat seorang suami yang boleh bimbing kita..

Satu lagi, hubby saya tak hisap rokok..dan saya memang tak suka orang hisap rokok..bersyukur sangat-sangat2..lagi, dia tak boleh tido kl dengar orang berdengkur..saya ingat lagi satu kejadian..masa tu dia naik bas nak jumpa saya kt KL..tiba-tiba lebih kurang pukul 12 tengah malam dia call saya..dia cakap tak boleh tido orang dalam bas tu berdengkur...hahaha..apalah yang boleh saya buat...alih-alih saya cakap sabar jelah ek..

By ni orangnya banyak bertolak ansur..terutama dgn saya yang banyak kerenah ni..mudah sgt di bawak berbincang..takdelah kl dia buat keputusan tu, hitam kata dia hitamlah jadinya..tak..dia tak macam tu..selalu dia akan ikut pendapat saya jugak...kl nak gi jalan-jalan gitu jugak..dia akan tanya saya, apa plan saya..bila saya cakap mula2 kita buat itu, then buat ini..pastu dia akan tambah sket-sket..mudah sangat aktiviti kitaorang kl buat apa2 plan...by tak banyak bantahan..mudah kan..jadi takdelah gaduh2 pasal benda remeh bila dah kawin nanti..nak beli itu ini tak kene, nak balik kampung berebut umah sape....hmm..harap2 berkekalan lah macam ni hubungan kami sampai ke akhir hayat..

Perkenalan

Mula-mula nak citer sket pasal hubby saya..tapi sebelum tu nak citer dululah camne kami boleh kenal..sebenarnya kenal dah lama..masa kat sekolah lagi tapi masa tu tak baik pun..masa tu kami satu asrama..masa form 3 pernah satu kelas tapi selama satu kelas tu berapa kali je bercakap..ingat lagi masa nak PMR, saya ada tanya dia satu soalan maths yang agak complicated sket..punyalah pemalu, sampai mengigil tangan dia masa nak ajar saya..hehehehe..

Form 4 saya masih stay kat asrama tu lagi, tapi dia dpt tawaran sekolah lain plak..masa tu ok lah sket dia..pernah lah sembang tapi gitu-gitu jelah..sebelum dia kuar, bertukar-tukar alamat, no tepon umah..masa tu mana ada handset lagi..dia pernah hantar surat kat saya masa form 4 tapi saya tak balas..hehehe..saya tak layan lagi masa tu..lagipun, masing-masing anggap kawan satu sekolah je..tak lebih dari tu..kl cuti, dia rajin call umah..sembanglah pasal asrama dari satu bab ke satu bab..takde topik lain masa tu..hahaha...

Habis sekolah, masing-masing dapat tawaran belajar..saya masa tu dapat tawaran ke U kat pahang..dia plak kt johor..takde apa lagi masa tu..kawan pun tak baik sangat..bila dah masuk semester ke 2 tu, barulah kami rapat..masing2 dah ada hndset masa tu..selalu lah mesej tanya khabar.. daripada mesej biasa, jadi mesej rindu2 plak..hehehe..saya ingat lagi, masa tu 1st time saya gi johor naik bas ekspress semata2 nak gi jumpa dia kat sana..

Bayangkan dari pahang tu, tukar bas 2,3 kali baru sampai johor..saya pun tak tau kenapa saya sanggup masa tu padahal kami cuma rapat atas dasar kawan..tak lebih dari tu pun...sampai sana, dia tak datang jemput pun saya kat larkin..saya naik bas sendiri pegi utm..nak btaunya tak spesel lansung hubungan masa tu..saya tumpang kat bilik kawan 2 malam..keluar pun setakat pergi makan sama2 kat dalam kampus jugak..teman tapi mesra..hahaha..masa hari saya nak balik dah, tak tau kenapa hati hiba sangat..saya tinggalkan surat untuk dia sebelum balik..yang paling sedih masa saya nak naik bas pergi stesen bas larkin, dia tak datang ucap selamat tinggal kat saya..sedih sangat masa tu..tak tau kenapa...saya tinggalkan surat tu kat kawan saya suruh pass kat dia..dan paling saya tak sangka, masa saya dah dalam bas nak balik Pahang, dia hantar mesej dia btau dia sedih baca surat saya..dia menyesal tak hantar saya balik...huhuhu..terharu sangat masa tu..lepas tu penghubung kami selain dari mesej dan call, kami selalu berutus surat..romantik kan..hehehe...

Lama-lama hubungan ni jadi makin rapat, makin serius..pantang ada cuti lama, kami mesti jumpa kat kampung..mula-mula kl nak kuar naik bas je...kebetulan umah kami dekat jugaklah..cuma kampung je lain-lain..masa silih berganti, kami tak sedar bila wujud perasaan dalam hati masing-masing..sedar2 kami dah jadi pasangan..pelik kan..hehehe...tapi alhamdulillah, bertahan sampai sekarang hubungan ni bermula 2001 sampai sekarang dah 2009..banyak sangat dugaan, cabaran, ujian, kenangan manis, pahit, sume ada..tapi orang kata itu sume perencah utama dalam sesuatu hubungan agar lagi kukuh dan lebih kenal luar dan dalam pasangan masing-masing..betul tak....

Surat- surat yang dia kirim untuk saya simpan elok2..itulah salah satu kenangan manis kami untuk di kenang di hari tua nanti...walaupun sekarang dah takde surat lagi, tapi saya harap kenangan manis "perkenalan " kami akan tetap segar dalam ingatan sampai bila- bila..amin...







Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...