20 March 2014

Zoo Negara Semakin Suram..

Assalamualaikum wbt...

Cerita kali ini adalah entry yang tertangguh sebulan yang lepas...hehe..:p


Husband la suka buat kezutan....mula-mula pagi tu dia ajak gi Wangsa Walk kat Wangsa Maju..saya pun ok je sebab dah lama tak turun KL..

Lebih kurang pukul 2.30 petang dah habis round dalam mall, saya macam dah bosan tak tau nak buat apa kat dalam tu..tiba-tiba husband cakap...yang, jom kita gi zoo nak? 

(@___@)

Ok, rupanya dia dah planning siap-siap dari rumah...wangsa maju dengan zoo kan tak jauh sangat ...T_T

Sebenarnya dah lama dia cakap nak gi zoo sebab seumur hidup dia tak pernah lagi sampai zoo negara....saya sebelum ni macam, 

"zoo? (pandangan sebelah mata)..takyahlah bang...bukan ada apa pun kat sana..."

Mentang-mentang dah selalu pergi masa zaman kecik-kecik dulu kan..hehehe....padahal seingat saya paling last saya sampai zoo negara masa saya darjah 6..19 tahun yang lepas...hahaha....

Okeylah...kali ni saya taknak mengecewakan husband tercinta...lagipun Khasif dah besar dah, dah reti tengok animal..dah reti tunjuk kalau kita tanya bird, elephant, cat.. seronok la jugak nak bawak anak mengembara ke alam binatang ni..

Let's go babeh....

Harga tiket untuk dewasa ialah RM30 (malaysian). Khasif free aje sebab masih dikira bayi...


Dah masuk dalam, sebelum start pengembaraan..singgah kedai dulu makan aiskrim menyejukkan tekak yang tengah kehausan..harga aiskrim 3 kali ganda lebih mahal dari harga di luar...kelas ko dah tahap sunway lagoon dah..tapi kita tengok dulu camne....



First binatang yang Khasif tengok kat dalam zoo...


Tak tau apa nama binatang ni...tengok sekali sekadar tengok..lepas tu jalan...

Terus terang cakap persekitaran kat dalam tu berbau busuk najis...saya memang tak selesa..risau jugak bawak anak kecik macam tu ada effect apa-apa kan...


Panas okey...dengan dukung si kecik ni lagi tercungap-cungap dibuatnya..

Saya tak tau la dalam sangkar tu pokok yang sengaja ditanam atau pokok liar yang tumbuh tak terjaga...memang dah nampak macam semak samun kat dalam tu...terbiar...


Akuarium ikan besar...Khasif suka la dapat tengok fish..tapi sayang, akuarium tu airn keruh macam tak terjaga....

Kat sebelah tu ada tempat pertunjukkan binatang macam dolphin / singa laut tapi kami tak sempat kut..show time pukul 3 petang..masa kami sampai situ dah dekat pukul 4..


Masuk ke akuarium...lansung tak teruja nak tengok ikan sebab air keruh dan berkeladak..cermin plak  berlumut.  ada yang cuma diletakkan tunggul kayu tanpa kehadiran ikan..sedih...T__T


Sedih saya tengok keadaan pinguin kat zoo negara ni...badan dan kaki kotor...tengoklah batu-batu tempat aktiviti mereka ..berlendir ok..




Cuba bandingkan dengan pinguin kat Langkawi... gambar ori saya snap tanpa edit..putih, bersih, comel..batu tempat main pun bersih...



Bersama dua ekor encik dan mak encik zirafah yang tinggi lampai tengah dating...


First time Khasif tengok elephant depan mata dia...kesian elephant tu kan...kurus je macam tak cukup makan...kulit pun macam nampak takde isi...huhu....


Tapi elephant ni gatai tau...kalau orang Tranung cakap "gelenyar"...elok orang gi dekatt depan dia, dia pusing tunjuk punggung lepas tu dia gelek-gelek punggung dia...eeii...tak senonoh awak ni....

Sekali terpeleot kaki tu jatuh dalam longkang besar baru tau...hikhikhik...

Kat dalam kandang gajah pun penuh dengan rumput dan lalang terbiar...kesian la binatang kat zoo ni...baik ko gi masuk dalam hutan boleh makan sedap-sedap...


Kat depan gajah ada tasik yang dipenuhi burung bangau...

Kalau tak silap saya, dulu-dulu masa zaman kecik datang kat area gajah dan tasik ni happening sangat..ada kedai makan besar..singgah beli aiskrim, beli air...beli makanan...tapi sekarang takde apa...


Khasif yang tak takut tengok "bird" besar...siap nak kejar lagi tu..amboi berani sungguh...

Sekali bangau tu patuk tangan adik baru tau...


Tengah-tengah layan bangau makan, tiba-tiba datang seekor datuk bangau...besar sangat...halkum dia pun besar..hehe....

Masa berjalan dengan pantas..kawasan plak besar kan...so memang tak sempat nak tengok betul-betul...cuma sebelum keluar, kami nak cari dulu Raja Rimba dan Pak Belang...


Tu dia Raja Rimba yang tak cukup makan kurus kering...patutlah dah tak berapa dengar dia mengaum....


Pak Belang yang sedang berehat di atas para...


Sekali tiba-tiba dia bangun berdiri atas para tu pandang kami seolah-olah nak terkam...tapi kami tak takut pun sebab kat depan tu ada air dan pagar elektrik...hehe....



Masa ni penat sangat-sangat dah nak jalan..dah berpeluh-peluh dah...rasa nak tercabut kaki okey....husband ajak naik tram je untuk keluar ke pintu gate...tak boleh jalan dah katanya..(^_^)

Camne nak masuk rancangan Amazing Race ni by..hehe....


Bayaran RM5 seorang untuk sekali naik...maknanya kalau time masuk 5 hinggit..lepas tu kita turun jalan-jalan tengok binatang...lepas tu nak naik untuk keluar kena bayar lagi 5 hinggit...botakla kepala rakyat..


Dah sampai kat area pintu gate..mohla kita keluar dari sini dik...Panda pun tak sempat nak tengok sebab hari dah petang sangat dah..


Tercapai lah hajat husband ku yang nak sangat masuk zoo negara kan...hehehe...

Last-last masa keluar dia komplen,  kecewa dengan keadaan binatang dan persekitaran yang macam terbiar, tak terjaga dan tak diselenggara..bayaran tiket yang dikenakan pun tak berbaloi dengan apa yang dipersembahkan untuk pengunjung...

So harap pihak zoo negara dan pihak yang bertanggungjawab dapatlah membuat sesuatu untuk improve kan lagi keadaan zoo..kata pun ZOO NEGARA..orang kata biarlah padan dengan nama..kata dapat sijil ISO kan...


Map Zoo Negara untuk dijadikan rujukan...

Wassalam....

Tragedi 1977 Pesawat MAS Terhempas Di Tanjung Kupang

Assalamualaikum wbt....

Sebelum kehilangan MH370, saya tak pernah tau pun kat Malaysia ni sebenarnya pernah terjadi tragedi pesawat MAS terhempas. 


Tragedi yang mendukacitakan itu berlaku pada 4 Desember 1977 di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. oo..patutla saya tak tau...masa tu saya pun takde lagi kat dunia ni...

Penerbangan MAS MH653 ini membawa seramai 93 orang penumpang dan 7 orang anak kapal berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Airport Subang.


Sedikit kronologi MH653.

7.21 pm   : MH653 berlepas dari Pulau Pinang
7.46 pm   : Berada di ruang udara Batu Arang, 4000 kaki
7.47 pm   : Pilot melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara  "653 around".
                  Kemudian dijawab "653 is cleared to land, surface wind calm"

Pilot : " Overshooting"
Pusat pengawalan : " What's your problem?"
Pilot : "We have emergency on board. Maintaining 3000feet coming over KL  (Beacon) in two minutes, hijacker on board" 
Pusat pengawalan : " Cleared to runaway 33 with no delay"
Pilot : " We are now proceeding to Singapore"

8.30 pm   : Pesawat kelihatan terbakar, menjunam tetapi naik semula dan meletup sekali lagi sebelum terhempas di kawasan paya.

Pesawat Boeing 737 ini dikendalikan oleh Kapten G.K Ganjoor dan pembantunya Kamarul Zaman Jalil.



Sebelum sempat melakukan pendaratan di Airport Subang, Kapten Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan terdapat pengganas di dalam pesawat. Kemudian pihak berkuasa Airport Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat MH653 mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan sebaliknya Kapten Ganjoor bertindak terbang semula ke awan. Kapten memberitahu menawara kawalan bahawa dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.



Tidak lama kemudian, pesawat tersebut hilang dari radar dan kemudian dilaporkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang.

 

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula yang berani bergegas ke tempat kejadian.


"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar." ujar seorang warga kampung, Ahmad Puteh yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

“Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.

“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.



Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn turut hiba kerana kehilangan anak saudaranya, Onn Jaafar yang bertugas sebagai pramugara di dalam pesawat tersebut.

Tempat tragedi itu adalah sebahagian daripada kawasan seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini di letakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.


 


Dua hari selepas kejadian hanya 10 tangan berjaya dikumpulkan dan tiada sebarang tengkorak ditemui di kawasan kejadian. Yang lain hanya berbeg-beg cebisan daging mayat yang mereput dijumpai. 

Tangan pramugari, Sharifah Sidah Syed Syed AlSagoff dikenal pasti oleh keluarganya melalui cincin yang masih tersarung di jari.


Pelbagai peralatan daripada pesawat bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi malah cebisan jasad juga dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan tembakau.


Antara kenamaan yang terkorban di dalam nahas ini adalah 
1. Menteri Pertanian - Datuk Sri Haji Ali Haji Ahmad
2. Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya - Tan Sri Mahfuz Khalid
3. Pengarah Kerjaraya Bahagian Tentera - Datuk Haji Khalid Mohamad
4. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan - Encik Abu Bakar Othman Merican
5. Duta Cuba ke Malaysia - Mario Garcia dan isteri




Mayat - mayat mangsa nahas pesawat dikebumikan di dalam kawasan khas yang disediakan kerajaan negeri di Jalan Kebun Teh, Johor Bharu.


Tugu peringatan dibina bagi memperingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH653.

Masa tu pun dah ada spekulasi dan teori tentang rampasan pesawat ini..tapi spekualsi yang timbul tidaklah sehebat zaman FB, wasap dan blog macam zaman sekarang ni...

Antara teori rampasan pesawat...
1. Tentera Merah Jepun
2. Pemberontak Cuba
3. Militan Vietnam


sumber :  
 
Ohh...spekulasi yang berkaitan dengan politik dan konspirasi kerajaan takde kut masa tu... T_T

Terdapat juga pelbagai kisah misteri yang diceritakan oleh penduduk setempat tentang insiden MH653 ini...betul atau tidak, wallahualam..hanya Allah yang lebih mengetahui..


Al-Fatihah buat mangsa terkorban yang beragama Islam.

Sama-sama kita doakan agar MH370 dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

17 March 2014

Celebrate Birthday Husband..

 Assalamualaikum wbt...

Seminggu yang lepas, negara dikejutkan dengan berita tergempar...pesawat MAS dari KL menuju ke Beijing hilang dari radar dan sehingga sekarang masih tidak dapat dijejaki...bukan sahaja keluarga yang terlibat malah seluruh masyarakat dari Malaysia turut sama bersedih dan terkejut dengan berita tersebut...

Sama-samalah kita doakan agar pesawat MH370 dapat dijumpai semula dan kesemua penumpang dan petugas selamat...apa jua yang terjadi, semoga Allah sentiasa melindungi mereka..amin....

Lama saya tak update blog...seriusly tersangat lah bz kat ofis sampai satu tahap rasa nak resign...T_T
Tapi sekarang dah ok sket..dah boleh tarik nafas lega dah...huhu...

Okey..actually awal bulan March hari tu birthday my husband...tapi dia plak takde kat rumah time tu..Jumaat minggu lepas baru dia sampai rumah...so keesokannya Sabtu terus ajak husband keluar bawak Khasif jalan-jalan...

Kali ni kami ke One Utama..dah sampai sana, saya tanya husband nak makan apa..saya nak belanja makan sempena birthday dia...cakap je nak makan kat mana, jangan malu-malu okey...dia macam takde idea sangat...hmmm.....

Fikir punya fikir dia cakap makan kat Secret Recipe yang..hello abang....Secret Recipe je...ingatkan nak makan kat Soul Garden ke, Johnny's ke...pilihla restoran yang boleh makan special sket...tapi dia taknak...Secret Recipe pun dah okey dia cakap...itu yang dia nak saya pun ikut je la...

Bila sampai Secret Recipe, saya dah masuk dalam dah...tiba-tiba husband panggil keluar..husband ubah fikiran taknak makan situ sebab restoran tak selesa, sempit dan panas (aircond tak rasa sangat)...

Last-last dia pilih makan kat Chicken Rice Shop...saya ikut je...janji dia happy...birthday boy la katakan...hehe....



Tak sampai 15 minit, order pun sampai....tambahan menu saya order rojak dan kerabu mangga...

Sedap dan tidak mengecewakan...setakat ni restoran CRS yang paling saya kecewa sekali ialah kat Giant Sek 13 Shah Alam..plus servis pun lambat..


Air 3 Layer Tea dan Soya Rainbow...tak habis minum sebab perut terlebih kenyang...huhu...


Birthday boy yang dah jadi father..hehe....


Makan dalam keadaan lapar memang sedap kan...tak pandang kiri kanan dah...anak pun dah tak peduli..hehehe....
  

Tuan puteri ni dah taknak orang suap sekarang...nak makan sendiri....senang kerja ibu dik...letak nasi dalam pinggan dia..ibu makan dengan tenang...


Aum..sedap sampai pejam mata...kejap makan dengan sudu, kejap makan dengan tangan..apa-apa lah Khasif...


Masa ni kitaorang dah habis makan...nasi dah habis...tapi Khasif nak makan lagi...last-last babah dia bagi fish ball yang dalam sup tu..mula-mula saya ingat dia tak suka sebab Khasif ni jenis benda yang dia tak biasa makan, dia akan ludah balik...tengok-tengok dia makan fish ball tu...siap mintak lagi... :(

Dah habis makan, pusing-pusing dalam Jusco...untuk pusing satu One Utama tu memang taklah kan lagi-lagi bila dah ada anak ni...dengan stroller lagi...better terus pergi tempat yang kita nak tuju...

Alang-alang masuk Jusco, saya cari baju Khasif...sementara tu dua beranak hilang pergi mana ntah....

Dah habis misi saya (tak beli pun sebab takde yang berkenan)...call husband...

"Abang kat mana?"
"Abang kat area mainan budak-budak ni.."


Tup-tup jumpa saya jumpa sorang model yang tengah bergaya sakan ni....amboi.....beria dia sengih tunjuk kat ibu...


Tukar spek lain....sempat lagi selfie depan kamera...


Bila kita cakap "cantiknya....." automatik kepala Khasif terteleng-teleng..konon cantik letewww.....aduhai  anak....menurun siapa la ni....


Selfie lagi..tak habis cantik lagi ke dik...happy la dia sebab babah rajin melayan..


Yo..wassap yo....

Dah cukuplah...kalau layan si kecik ni sampai esok pun tak boleh buat kerja....husband nak beli tapi saya tak bagi..membazir...Khasif sekejap je excited..lepas tu dia letak merata dah tak berminat...apa yang dia minat cuma botol air mineral, batang penyapu..itulah  mainan yang dia cari kat rumah....

Okey..sebelum saya habiskan coretan untuk kali ni..nak lepaskan geram sket ni...

Dalam Jusco kan ada baby room untuk tukar diapers baby dan tempat ibu menyusu baby...rasanya bukan Jusco je la..banyak dah sekarang mall yang buat bilik khas macam ni...

Sah-sah notice tertampal kat depan pintu masuk kat situ..MEN IS NOT ALLOWED...eh...ada jugak yang tak faham bahasa atau buat-buat tak faham selamba masuk dalam ikut isteri..hello...siapa yang nak menetek ni??? 

Yang si isteri pun, bangga sangat la bila husband masuk sekali..konon-konon suami aku la paling mithali.. hello cik kak...suami orang lain pun mithali jugak..tapi bilik yang lelaki tak dibenarkan masuk tak payahlah nak gatai masuk...bilik nursing tu ada aurat yang perlu dijaga..tolonglah fikir perasaan orang lain...Allah bagi akal fikiran..tologlah fikir....

Dah...habis sesi lepas geram...hehe....

Jumpa lagi....wassalam...

# Happy Birthday Abang...Semoga Dipanjangkan Umur, DiMurahkan Rezeki, Diberi Kesihatan Yang Baik..We Love You...

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...