03 June 2015

Jalan - Jalan Cari Makan di Kuala Selangor - Part 3 (FINAL)

Assalamualaikum...


Jom aku sambung lagi kisah di Kuala Selangor yang tertangguh hampir seminggu dah..tabahkan hati yer sebab final part ni aku letak banyak gambar....

Sambungan dari 

Sebenarnya petang hari fisrt masa sampai kat area sawah padi Tanjung Karang tu, aku agak kecewa gak la sebab harapan nak tengok sawah padi yang hijau terbentang luas tak tercapai..apa yang ada depan mata cuma sawah padi yang kering, sawah yang dah dituai..dah takde padi..so ingatnya tak perlu datang lagi dah..

Tapi pagi tu sebelum check out hotel, tiba-tiba husband ajak pergi balik kat area sawah padi tu..tak putus asa kekdahnya..alang-alang dah sampai sini, sekurang-kurangnya biarla ada jugak gambar sekeping dua..

So lepas breakfast kat kedai mamak tu, lets go to paddy field...kali ni aku tak masuk ikut jalan semalam...kali ni masuk ikut Jalan Parit 1 Sungai Sireh...dengan harapan dapat jumpa sesuatu yang menarik untuk dilihat..

Drive jauh masuk ke dalam..kiri kanan nampak la rumah-rumah kat sebelah sawah padi...wah..seronoknya kalau tinggal kat sini..kalau kampung aku kat sini, tiap-tiap minggu aku balik kampung agaknya..

Lepas tu husband drive kereta belok ke kiri.. cuba masuk ke lorong yang lebih kecil...tiba-tiba...kami jumpa petak sawah yang masih hijau, masih ada pokok padi yang masih belum dituai...alhamdulillah..harapan termakbul..


Teruja ko dapat tengok sawah padi hijau macam ni...cepat-cepat cari port parking kereta..risau gak takut menghalang laluan orang..jalan kat tengah-tengah sawah padi tu kecik muat-muat untuk sebuah kereta je..kalau bertembung dengan kereta lain, pandai-pandai la adjust jangan bagi kereta jatuh dalam parit..hehehe...


Happy dan teruja dia bila dapat tengok keindahan panorama sawah padi....maklumla tak pernah jumpa...




Babah nak snap gambar pun tak boleh..dia sibuk nak pegang kamera nak snap gambar jugak...



Photographer tak bertauliah...


Gambar ni Khasif yang snap...senyum je pakcik tu tengok gelagat anak aku...nak gi mana tu pakcik?

Kat belakang sana tu la sawah yang dah dituai..mostly kawasan kat sini rupa macam tu la..dah tak menarik kan..tu yang semalam aku tak jadi nak stay kat homestay tengah sawah padi..


Nah lagi aku belanja tengok gambar sawah padi fresh dari ladang...rasa tenang dan damai je...


Tuan blog dan anak tuan blog..ops..jangan komen apa-apa... T_T



Sawah yang dah dituai..zaman sekarang tuai padi dengan mesin padi yang gedabak besar tu..so cepatla proses menuai berjalan...

Lepas tu naik kereta masuk lorong lain plak...


Jumpa lagi sawah padi yang tengah menghijau...meroyan kejap aku turun snap gambar...macam la tak pernah tengok sawah..padahal asal pun kampung yang ada sawah padi jugak..hehehe...

Tapi sawah padi kampung aku dah tinggal sejarah dah sekarang..semua pakat tambun tanah buat rumah...asal aku balik kampung je mesti ada rumah baru yang akan naik kat tapak sawah padi tu..mana tak meroyan aku bila tengok sawah padi camni...


Batas padi dan tali air..

Masa aku dalam kereta nak sampai kat kawasan ni..nampakla sebuah family pakat turun ramai-ramai dalam bendang..tapi bendang tu takde padi..diaorang macam nak tangkap sesuatu kat dalam bendang tu..siap bawak baldi..tak tau nak tangkap ikan ke siput ke atau apa..cam best jer..aktiviti santai sekeluarga nenek atuk, mak, ayah, adik beradik semua turun bendang..



Pegawai Pertanian tengah cek kualiti padi...hahaha...just kidding..

Kalau nak tau, sawah padi kat sini juga dikenali sebagai Jelapang Padi Selangor..bukan kat Kedah je ada jelapang padi yer..


Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan...

Layan gambar...


Khasif dan ibu..




Khasif dan babah..


Tali air..


Senyum tak perlu kata apa-apa..

Dah habis layan keindahan sawah padi, lagi sekali husband aku mengidam..katanya pernah baca kat blog pasal mentarang bakar kat Kuala Selangor..dia nak makan mentarang plak dah.....layan jela orang tengah berbadan dua tu..eh!

Jujurnya aku tak pernah tengok rupa mentarang tu camne..apatah lagi rasa pun aku tak tau camne....tapi aku pernah dengar gakla pasal benda alah ni..husband cakap nak makan kat Faridah mentarang bakar..amboi entah bila dia google pasal faridah ni yer...entah-entah alasan nak makan mentarang bakar tu saja je kut..padahal nak jumpa faridah tu kan..faridah ke fareeda bang?

Mintak tolong waze cari kan...oo..senang je...kedai dia kat sekinchan..straight je dari tanjung karang tu menuju ke sekinchan melalui jalan utama...jom kita ke sana..siap la kalau faridah tu muda bergetah, tau la nasib abang yer....


Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Tanjung Karang, maka kami sampai la di lokasi berikutnya Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan. kedai makan dia besar gakla..siap ada sampan dalam kolam..nak lagi best sambil makan sambil kayuh sampan..


Parking kereta kat dalam kawasan kedai...banner untuk MH370 masih tergantung..semoga kamu aman di sana..

Masa aku sampai tu takde ramai customer pun dalam kedai..cuma 2 orang pakcik dan makcik tengah makan..pukul 12 tengahari siapa la nak makan mentarang bakar yer dok..kalau petang tu lain la...aku ni pun sebab dah nak balik Shah Alam tu yang singgah tengahari tu..kalau malam tu stay sana lagi, aku singgah petang je...


Nak duduk kat bangsal sambil makan bersila pun boleh..tapi aku masuk duduk dalam kedai je...

Dah duduk, datang la pelayan kedai lelaki nak amik order...taraf adik la dengan aku..baru je husband bukak mulut nak order mentarang, adik tu terus cakap mentarang takde hari ni..mentarang dah habis semalam katanya..apakah?? kedai mentarang tapi takde mentarang...kesian hajat en husband nak makan mentarang tak kesampaian..

So tanya adik tu apa yang ada...dia cakap kerang, lokan dan apa ntah satu lagi..husband order kerang + lokan bakar...takkan nak makan tu je? so aku order la satu mangkuk laksa..itu je...cukupla untuk alas perut...perut takde la lapar sangat sebab dah makan banyak time breakfast..singgah sini pun cuma nak rasa mentarang bakar tapi apakan daya...takde rezeki....


Kat atas meja ada air botol warna warni ni..aku tak tau la air gas ke tak..husband minum air hijau tu..dia cakap sedap..aku cam biasala order nescafe ais..


Servis adalah slow...ok takpe...janji laksa sampai dulu...tanpa rasa was-was aku terus ngap masuk mulut...

WHAT THE.....????

Serius aku tak tak tau nak cakap camne...terus tolak mangkuk laksa tu bagi husband...husband aku ingat aku ni "macam-macam la"..dia tau aku cerewet sket kalau kat kedai makan..kalau tak sedap aku memang pot pet pot pet..."hmm...takpela abang habiskan laksa ni.." sambil dia suap laksa masuk dalam mulut..

Sebaik sahaja laksa tu dah dalam mulut dia, dia terus pandang aku...aku pandang dia...hahahaha.....baru tau..serta merta dia stop makan...aku tak tau nak huraikan camne rasa laksa tu....serius rasa laksa ni paling teruk yang pernah aku makan..bukan takat tak sedap tapi macam kuah laksa yang tak siap..

Daun kantan takde, daun kesum takde..asam keping takde..masam, manis, masin, pedas semua takde...aku tak tau apa kejadian sebenar kat dalam dapur...samada tukang masak ni tak ingat kuah dia tak siap lagi ke..atau maybe tukang masak tu pergi toilet, dia lupa nak bagitau kat orang lain kuah tak siap lagi ke..atau tukang masak baru..I don't know what exactly happened..

Tapi memang laksa paling dasyat yang pernah aku rasa...nak je aku panggil adik tadi tapi tak tergamak la plak..so biarkan je kat tengah meja tu...husband baik hati la sangat bagi cadangan nak tapau konon-konon nak jaga hati tuan kedai...takde makna okey..takpe...nanti aku setel...  

Tunggu kerang bakar tak sampai-sampai...air aku dah separuh baru nampak diaorang bakar kerang..


Kerang dan lokan sedang dibakar..


Tak tau la sebab aku datang snap gambar adik ni tengah bakar kerang..so dia tak fokus ke apa..


Hasilnya..tidak begitu memberansangkan..ada yang kurang masak...aku cuma makan kerang je..husband makan kerang dan lokan bakar...bagi tekak aku, rasa dia biasa-biasa nothing special...kat Shah Alam banyak lagi kedai kerang bakar best..tapi tu la macam aku cakap tadi..tak taula sebab aku dah ganggu dia buat kerja tadi ke apa...tapi habisla jugak husband makan...


Sos pun biasa-biasa je...maybe perlu ubah suai resepi supaya jadi lebih sedap..

Dah habis makan, aku panggil adik tadi suruh kira...total semua dalam RM24 kalau tak silap..aku ingat-ingat lupa..tapi yang pasti RM20++..masa adik tu pulangkan baki duit, aku sempat la cakap...

"Adik..sorry yer laksa ni bukan akak taknak makan..tapi tak boleh nak makan...nak tanya la sket..tadi kuah tak sempat siap ke dik?"

Hahahaha.....jahat ke soalan aku...aku dah cakap susun berlapik-lapik dah tu takut dia terasa hati...adik tu terkejut aku tanya macam tu...

Dia pandang kat makcik-makcik tukang masak tengah duduk berbual kat meja tak jauh dari situ..."tak pastila kak....." lambat-lambat dia jawab...

Sebelum aku keluar kedai, adik tu sempat cakap..
"maaf yer kak....."
"Takpe...." aku jawab sambil senyum berlalu masuk kereta...

Aku nak marah pun bukan salah dia...dia cuma amik order je...takpela..at least bila aku dah cakap macam tu, sekurang-kurangnya dia akan bagitau tukang masak untuk tindakan selanjutnya..

Lepas tu terus gerak menuju ke Shah Alam...tapi sebelum tu sempat singgah dulu kat satu tempat yang awesome! sebenarnya masa on the way nak gi makan tadi dah nampak tempat ni..tapi tahan dulu...


Oh yeei! pemandangan sawah padi yang kuning seluas mata memandang...ramai yang singgah sini nak snap gambar..termasuk la aku..walaupun pukul 12.30 tengahari sanggup okey..tapi nasib baik la cuaca tak panas, mendung je..kalau tak, aku fikir dua kali jugakla nak berjemur kat tengah sawah padi tu...


Nampak kat belakang sana? ramai kan...mostly chinese...

Gambar kat atas tadi tu sawah padi area Tanjung Karang..yang ni plak sawah padi area Sekinchan..mostly kat tepi-tepi ni  petak sawah padi milik Chinese...aku perasan kat area sini takde rumah orang cuma ada sarang burung yang besar gedabak belakang sana tu...

Tapi pemandangan kat sini memang terbaik!


Kasut Khasif tercabut plak..


Ultraman..bertukar....sesekali layan anak apa salahnya...^_^


Bertiga di tengah sawah padi...


Padi kat area sini tunggu masa je ni nak kena tuai....


Gigih betul diaorang ramai-ramai jalan masuk ke dalam semata-mata nak shoot gambat cantik...aku main kat tepi-tepi ni je...


Layan....


Sawah padi kekuningan...


Tak lama sangat la aku bergambar kat sini..walaupun takde terik matahari, tapi terasa la jugak bahang kepanasan...tapi aku puas hati..


Sepanjang jalan utama kat area Sekinchan ni jugak terdapat banyak gerai buah-buahan..


Boleh tahan besar buah mangga kat sana...tapi aku tak beli pun...husband cuma singgah beli air mangga dan rojak buah...tapi air mangga tu tak fresh sangat sebab dibuat dengan mangga yang terlebih masak..kena pandai pilih gerai jugakla kat sini..

Kalau nak fresh dan puas hati, beli je buah mangga banyak-banyak balik blend sendiri kat umah..lepas tu aku teruskan perjalanan ke Shah Alam tak singgah mana-mana pun...

Overall aku suka datang ke Kuala Selangor...dan aku rasa aku akan repeat lagi ke sini..banyak lagi tempat makan best yang tak sempat aku nak try..masa aku on the way balik tu, jumpa satu lagi kedai mee udang..rasanya macam kena try sebab ramai jugak makan kat situ...


Aku nak try coconut shake, cendol bakar, lempeng pisang bakar, satay hut..nak try jugak makan kedai seafood yang lain..of course seafood kat Kuala Selangor ni fresh-fresh...dan yang paling penting aku nak bermalam kat homestay tengah sawah padi...insyaAllah kalau panjang umur...

Jumpa lagi kawan-kawan..bye-bye..

2 comments:

  1. sis...klu nk try mentarang, sy suggest pegi kedai berhadapan dgn faridah tu....seberang jalan...situ lg best....sbb die masak pelbagai jenis yg lain....xsilap sy de 2 kedai kt sebelah situ, dua2 pon ok la.....mentarang masak lemak & tumis cili api die...klu bakar dry sgt n klu slh msk de rs x best ckit....hihihi hanya cadangan.... -peace-

    ReplyDelete
  2. Salam...sy pun dh makan kat situ...maaf cakap memang kureng kedai tu...nk muntah pun ada lepas tu

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...