04 September 2013

Resepi Puding Triffle

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak share resepi dan cara-cara nak buat Puding Triffle...sebenarnya baru 3 kali saya buat..tak terer lagi..masih dalam proses pembelajaran...

First kali buat masa bulan puasa hari tu..separuh habis..separuh lagi bagi kat jiran sebelah rumah saja nak merapatkan hubungan silaturrahim...hehe..alhamdulillah anak-anak jiran suka..

Kali kedua buat masa malam raya kat rumah MIL...well tak berapa lancar sangat sebab Khasif asyik nak nangis cari ibu..campur plak kipas kat dapur kuat so kastard cepat giler keras..lagi satu kek yang saya beli kat sana tak lembut macam beli kat sini...so tak berapa best..tapi boleh dihidang jugak la masa raya..

And kali ketiga buat masa buat Jamuan Raya kat ofis kecil-kecilan...saya tak tau nak masak apa..resepi mudah buat Puding Triffle...alhamdulillah habis...

So kat sini nak share lah sket resepi mudah dari saya...

Bahan-bahan utama :

1. Kek Gulung (terpulang perisa apa yang anda suka)
2. Tepung Kastard
3. Susu Cair
4. Sedikit Gula
5. Kristal Jelly
6. Buah-buahan (saya guna strawberry/ peach/ laici )
7. Air

Cara-cara adalah seperti berikut..


1. Potong kek gulung dan susun rapat-rapat ke dalam bekas/ loyang...seboleh-bolenya isikan kek kat semua  ruang yang ada padat-padat supaya tepung kastard tak turun kebawah..


Boleh jugak campur-campur kek macam gambar kat atas..saya guna kek pandan dan kek coklat..masa ni buat untuk dibawa ke jamuan raya ofis..

Lepas tu ketepikan dulu kek yang telah disusun ni..


2. Proses untuk bancuh tepung kastard plak...mula-mula masukkan 3 sudu penuh tepung kastard ke dalam bekas lain...

3. Lepas tu tuangkan 1 tin susu cair kedalam bekas tepung kastard tadi...

4. Amik tin susu tadi isi air sampai penuh lepas tu tuangkan kedalam bekas tepung kastard..

5. Kemudia amik satu sudu gula masukkan kedalam bancuhan tepung kastard...saya guna satu sudu kecik je sebab tak suka manis..kalau korang suka manis boleh letak lebih sket...


6. Kacau adunan tepung kastard tadi sampai larut dan tepung dah tak berketul-ketul...

7. Bila dah hilang ketul-ketul baru masuk dalam periuk, then baru masak atas dapur...kacau betul-betul dan jangan sesekali tinggalkan adunan ni atas dapur sebab nanti kastard jadi berketul-ketul..

*** Guna api sederhana dan kalau boleh tutup kipas sebab kastard cepat keras...

7. Kacau sampai kastard dah jadi pekat dan likat..bila kastard dan meletup-letup tu bolehla tutup api dan angkat cepat-cepat sebelum kastard jadi keras...


8. Bila dah angkat, tuangkan kastard ke atas kek yang dah disusun dalam bekas tadi..

*** Ingat, jauhkan dari kipas..nanti kastard jadi tak cantik..ratakan dulu kastard biar cantik...



9. Lepas tu boleh la susun buah kat atas puding kastard...untuk percubaan kali pertama saya letak buah strawberry dan buah laici..


Masa buat untuk ofis plak saya guna buah strawberry dan peach..buah tu kalau boleh tekan sket bagi masuk dalam kastard..


Step seterusnya adalah lapisan jelly plak...

10. Mula-mula masukkan 1 kotak kristal jelly ke dalam periuk dan campurkan dengan 400 ml air...

*** Krital jelly dah manis tau so takyah la bubuh gula..takut jadi kencing manis plak...hehe..

11. Masak atas dapur sampai kristal jelly hancur dan larut..


12. Lepas kristal jelly dah larut tutup api..tunggu jelly tu sejuk sket baru tuang ke atas puding tadi..

13. Tuang jelly sampai menutupi buah..lepas tu biar lebih kurang 10 minit agak-agak puding dah suam-suam baru masuk peti ais...




Hasil percubaan pertama..boleh la...rasa pun just nice tak manis sangat..

Lepas ni kalau buat lagi ada banyak yang kena baiki..hehe..

1. Puding kastard kena tuang biar sama tebal baru cantik...percubaan kali ketiga hari tu berjaya diaplikasi...
2. Ada kawan bagi cadangan tepung kastard bagi cair sket  baru sedap cair dalam mulut...okey..kena cuba..
3. Kek plak kalau nak bagi moist/ lembab renjis dengan air koktail atau air buah dalam tin tu..
4. Bekas/ Loyang elok guna yang petak baru cantik masa potong...lepas tu guna bekas yang dalam sket supaya boleh taruk kastard dan jelly tebal-tebal...

Kalau korang ada tips yang lain boleh la share sekali..saya masih dalam proses pembelajaran..(^_^)

3 comments:

  1. Jelly merah tu cantik. Menjadi btol 😊

    ReplyDelete
  2. nk try gak...comel blog nih..ada masa jom ke rumah saya lak..
    ummuque.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Menarik..tq share resepi..ada masa blh lawat blog saya. naturevitaminstoyou.blogspot.com

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...