27 January 2013

Perkembangan Khasif 2 bulan+ 24 hari


Assalamualaikum..

Sebelum baby lahir..saya selalu niat di hati, nanti tiap-tiap bulan nak update perkembangan dia kat blog...kalau orang tak baca pun, sekurang-kurangnya ada memori tercatat untuk bacaan sendiri di hari tua..heheh...tapi apa boleh buat...masa tak mengizinkan...

Sebenarnya saya dapat cuti bersalin 2 bulan je..sepatutnya 4 Jan saya dah kena masuk kerja..tapi memandangkan takde sape yang boleh diharapkan untuk jaga baby, maka saya terpaksa mintak dengan bos cuti lagi sebulan...nasib baik bos bagi..

Ramai yang suruh saya tinggal baby kat kampung dulu sementara dia kecik lagi ni...jawapannnya....OH TIDAK..tak sanggup saya nak berjauhan dengan dia...bukan 1 bulan, 1 minggu, malah 1 hari pun saya tak boleh hidup kalau baby takde depan mata..agaknya saya yang menangis tiap-tiap hari..dahlah berjauhan dengan husband, nak berjauhan dengan baby plak..saya sanggup cuti tanpa gaji daripada berjauhan dengan permata berharga ni..

Sekarang ni, saya jadi suri rumah sepenuh masa kat rumah jaga anak sendiri..perasaan? syokkkkk sangat-sangat...rasa nak cuti lebih lama lagi tapi tak bolehlah pentingkan diri sendiri jugak kan...hehehe...

Alhamdulillah sejak lahir Khasif seorang budak yang tak banyak ragam..senang nak jaga dia..selama 2 bulan lebih Khasif membesar di depan mata saya..banyak jugaklah perkembangan yang saya boleh lihat dari sehari ke sehari..... 
  •  Dia cuma menangis time lapar nak susu..masa dalam bulan pertama dulu kalau lambat susu, siaplah dengar dia tarik bukan main tinggi..tapi sejak dah 2 bulan ni..dia dah pandai tunjuk isyarat...kalau dia lapar, dia bagi hint dulu..dia merengek sket-sket..lepas tu dia hisap-hisap lidah, hisap-hisap bibir...kalau saya tak layan jugak baru dia menangis...
  •  Selalunya dia menangis nak susu pakej mengantuk nak tido (2 in 1)..secara automatik, lepas hisap susu dia akan tido...sekarang dah pandai tunjuk isyarat kalau mengantuk dia gesek mata dengan tangan..ada jugak kalau susu dah habis tapi dia tak lena betul-betul lagi..kita kena ulit sekejap, zikir tepuk-tepuk sket then terus dia tido...

  • Khasif adalah ratu air mata..kenapa?sebabnya kalau dia menangis tak kira sekejap ke lama ke, mesti keluar air mata..seawal usia seminggu lagi Khasif menangis keluar air mata....kalau ikutkan perkembangan yang normal, baby keluar air mata masa usia sebulan..
  • Tak berjaga malam...alhamdulillah sejak Khasif lahir dia bukan bayi yang suka berjaga malam..maksud saya berjaga tak tido lansung + menangis-nangis tak tau punca..cuma ada sekali masa saya tengah berpantang dulu, dia tak boleh tido..dia tak menangis cuma dia celik mata..lebih kurang pukul 1-2 pagi baru dia tido..
  • Dulu time baby waktu tengah malam dia akan terjaga setiap 2 jam nak susu...sekarang dah 2 bulan lebih ni tidak lagi..kalau dia tengah tido, pukul 12 tengah malam saya akan kejutkan dia, bagi susu & tukar lampin..lepas tu dia tido direct sampai subuh..time subuh baru dia terjaga mintak susu..
  • Khasif pandai senyum kat orang masa usia dia 7 minggu..tapi masa tu tak kerap sangat..sekarang bukan setakat senyum, pandai ketawa terkekeh-kekeh lagi...
  •  Dah boleh pusing kepala ke kiri dan kanan tengok orang sekeliling..kalau panggil, dia akan pusing kanan kiri cari kat mana suara tu datang...
  • Sekarang dah pandai menegur & keluarkan bunyi...kalau kita bercakap pandang mata dia, bukan main dia nak bercakap jugak.."ngaaa...aaw...ooo..." sampai senget-senget mulut, bergulung-gulung lidah nak bercakap sangat...
  • Dah boleh mengiring badan sendiri...tapi tak boleh meniarap sendiri lagi...kalau kita letak dia meniarap, dah boleh tegak kepala..tapi dia tak nak meniarap lama..nanti dia bunyi " uh..uh...uh." agaknya tak selesa lagi.. 
  • Dah pandai tengok tv...kadang-kadang saya riba dia sambil  mata tengok tv..tiba-tiba perasan dia senyap..rupa-rupanya dia pun tengah kusyuk tengok tv..kalau saya masak kat dapur, tinggal dia sorang-sorang kat depann tv...tiba-tiba dengar dia menegur..rupa-rupanya tengah tegur orang kat dalam tv..hehe...
  •  Suka berdiri..kalau dia dah bosan baring, dia merengek mintak perhatian...saya angkat bagi dia berdiri, bukan main sengeh lagi...berdiri 1 jam pun takpe....
  • Dah boleh tegak kepala....sebab tu dia suka berdiri...dia nak tunjuk eksyen boleh tegakkan kepala...ingat dah besar sangatlah tu...tapi ada jugak sekali sekala terliuk-liuk..tak betul-betul keras lagi tengkuk tu dik...
  • Time hisap susu, nak pegang botol sendiri...tapi tak boleh pegang betul-betul lagi..cuma dia dah pandai letak kedua-dua tangan dia kat botol time menyusu... 
  • Dah pandai nak hisap jari..tapi tangan dia masih pakai mitten lagi..so dia hisap mitten tu konon-konon hisap jari..kalau tak pakai mitten bahaya plak sebab kuku dia cepat panjang..nanti kang tak pasal-pasal cucuk mata...
  • Skill tendang-menendang memang pandai dari dalam perut lagi..sekarang dah 2 bulan lebih lagilah kuat dia tendang...paling risau time mandi dia tendang-tendang takut terhantuk kepala kat besen mandi..
  • Dah pandai nak bermanja...kalau dukung, Khasif suka lentok kepala dia kat dada ibu...manja anak ibu sorang ni...:)
  • Time menyusu, suka perhati dan tenung muka ibu lama-lama...
Rasanya itu saja kut perkembangan Khasif yang saya boleh tulis kali ni..takpe kalau perkembangan cepat ke lambat sket ke..asalkan dia membesar dengan sihat dan cerdas sudah cukup memadai buat saya..

Ibu doakan Khasif boleh jadi anak yang baik dan pandai hormat orang tua yer sayang....

23 January 2013

Majlis Aqiqah Dan Cukur Rambut Khasif

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...majlis aqiqah dan cukur jambul untuk Khasif telah  selamat diadakan pada 29 Dec 2012 yang lepas di rumah MIL...masa tu usia Khasif 57 hari..

Walaupun begitu, disebaliknya ada cerita sedih yang tidak dapat dielakkan..saya sebagai ibu Khasif yang mengandungkan dia 9 bulan lebih...my husband sebagai ayah Khasif yang telah menunggu kehadiran bayi ini selama 3 tahun..kami berdua tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih tersebut..

Mengikut perancangan bersama MIL, majlis sepatutnya berlansung hari Jumaat, 28 Dec..sepatutnya tarikh tu husband saya dah selamat balik ke darat..semuanya telah diatur oleh MIL termasuk jemput para tetamu dan saudara mara..FIL uruskan tempahan kambing..namun, disebabkan masalah chopper (helikopter) yang tak boleh terbang, husband tak boleh balik..so majlis terpaksa ditunda ke 29 Dec..tugas MIL sekali lagi betulkan tarikh dengan semua tetamu yang nak dijemput...

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...tak sampai seminggu tarikh majlis, lagi sekali saya terima perkhabaran husband tak boleh balik jugak pada 29 Dec tu..masalah chopper lagi...menangis saya dengar masa husband call bagitau..

Masa tu kalau ikutkan hati, nak je kami cancel dulu majlis tu..3 tahun kami tunggu kehadiran permata yang berharga ni...bukan satu tempoh yang sekejap...jujurnya kalau boleh kami nak majlis aqiqah untuk dia biarlah sempurna tanpa ada kekurangan...

Husband pujuk saya supaya teruskan jugak..kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan..dia cakap dah cuba sedaya upaya tapi tetap tak boleh balik jugak..kalau boleh terbang, dia nak terbang balik hari tu jugak..

Saya faham keadaan husband masa tu..ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak...apakan daya..walau merajuk, marah, sedih sekalipun tapi kami tak berani bersuara..redha saja..hati orang tua harus dijaga..air muka MIL dan FIL harus dijaga jugak..hari tu dah tunda, kali ni takkan nak tunda lagi...apa plak  kata tetamu nanti..

Malam sebelum majlis tiba, Khasif tido dengan lena...saya menangis sendirian..sayu je hati bila pandang wajah dia..kesian...majlis yang penuh bermakna tanpa kehadiran babah tercinta..walaupun dia tak mengerti apa-apa, tapi naluri seorang ibu tersentuh...

Keesokan paginya, saya mandikan dia..maafkan ibu sayang tak sempat nak cari gown princess yang cantik untukmu..bila babah takde, ibu seolah-olah lupa untuk sediakan baju...

Khasif bersama dengan tokki (my father)..kesian tokki kan...boleh main dengan Khasif sekejap je...takpe, yang penting Khasif adalah cucu kesayangan tokki...tokki selalu cakap..."ala-ala..comel sungguh cucu tokki ni.."

Senyuman dalam tido...

Sebelah pagi, kambing disembelih..lepas tu sibuk acara kat dapur potong memotong, masak memasak... ramai sedara mara dan jiran-jiran yang datang tolong..lebih kurang pukul 12 tetamu yang datang awal dah  boleh makan..

Lepas zohor baru ramai yang datang makan..pukul 3 bacaan Yassin bermula..sebaik sahaja tamat bacaan Yassin, marhaban dan majlis cukur jambul bermula...Alhamdulillah Khasif bagi kerjasama...dia tido tak bergerak lansung masa majlis tu berlansung...

Sebaik sahaja cukur jambul selesai, Khasif terjaga...apa lagi mintak upahlah dia...

Masa ni dah petang sangat dah...ramai yang dah balik...Khasif pandang ke pintu...seolah-olah menantikan seseorang yang tak kunjung tiba...sedih... :(

Malamnya barulah proses cukur rambut Khasif dilakukan..dalam ramai-ramai, hanya mereka berdua yang berani buat iaitu Ayah Teh (husband SIL) dan Cek Teh (my SIL)..saya berani tengok time gunting je..bila time cukur saya beredar sekejap sebab rasa ngeri...kulit kepala baby kan nipis..

Inilah dia Ayah Teh Khasif yang sangat berani dan expert itu..Cek Teh Yani pun berani jugak..dialah tolong pegang Khasif masa proses cukur berlansung..maklumlah mereka berdua dah ada pengalaman..rasanya kalau babah ada, dia pun tak berani jugak kut sayang..hehe...

3/4 rambut Khasif dah takde...disebabkan kulit kepala baby yang masih nipis, proses mencukur haruslah dilakukan dengan berhati-hati...so masa yang digunakan jugak agak panjang...


Tada!!! sudah licin takde rambut lagi..takpe sayang..cukur rambut ni hikmahnya adalah untuk menghilangkan kotoran..malam tu Khasif tido dengan lena sebab kepala dah ringan..

Begitulah cerita yang berlaku masa majlis aqiqah dan cukur rambut Khasif...rupanya my husband pun menangis jugak kat tempat kerja dia..rasa hiba sebab tak dapat hadir masa majlis yang penting untuk anak sendiri...bukankan aqiqah itu lebih afdhal sekiranya niat dilakukan oleh bapa sendiri...

21 January 2013

Khasif Jalan-Jalan Di Sunway Piramid

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, semakin hari  Khasif semakin membesar..dah 2 bulan lebih dah...sorry lah tak sempat  lansung nak catat perkembangan dia dari bulan ke bulan...

Sebelum dia lahir, ada beberapa barang yang tak sempat saya nak cari..almaklumlah "ter"bersalin awal...ingatkan sempat lagi nak shopping dengan husband masa minggu-minggu akhir pregnant dulu..tapi apa boleh buat, baby tak sabar nak keluar..hehe...

Antara barang penting yang tak sempat nak cari ialah stroller, car seat, baby cot & baby cabinet..so semuanya dibeli lepas habis berpantang, lepas dah balik rumah sendiri...

Masa tu 3 hari sebelum husband travel gi kerja, lepas hantar MIL kat airport subang..

"Sayang..jom gi beli stroller baby"

"Kat mana? Puchong ke?" almaklumlah 3 tahun stay kat Puchong..rasa semua ada kat Puchong tu..hehe...

"Kita gi Sunway Piramid nak?"

"Ok by..jom"

Pukul 11 pagi kami dah terpacak kat Sunway Piramid..kebetulan weekdays, hari bekerja so orang tak ramai sangat..cuba kalau gi weekend, pukul 11 tu dah susah kut nak cari parking...Sunway Piramid ni kan bapak punya besar..tak larat lah nak singgah kedai-kedai kat luar tu..sampai-sampai kami terus cari Jusco..senang semua ada kat situ..

Lepas dah berkenan yang  mana sesuai dengan baby, husband gi bayar dulu..lepas dah bayar baru promoter pasang stroller yang baru...then dia tunjuk step-step yang sepatutnya..kami pilih stroller harga yang tak mahal sangat dan tak murah sangat..sedang-sedang aje...yang penting baby selesa..tak kisahlah orang lain nak pakai yang harga ribu riban, import dari oversea ke...I tak kesah pun... (*__^)

Sementara tunggu stroller dipasang, sempat servey kelambu..tengok camne dia pasang kat baby cot.oo kena beli besi stand lepas tu pasang ketat-ketat tepi cot..mula-mula saya berbelah bagi...kejap rasa nak beli, kejap rasa takyahlah...bukan ada nyamuk kat umah...last-last "ter"beli jugak..hehe...


Bila dah siap, ready nak jalan-jalan...masa mula-mula letak tu Khasif tengah tido...bestlah dia tido kalau orang dukung...mula-mula tolak dia tak sedar...siap berselimut tu...

Tak sampai 15 minit, dia terjaga...bulat mata tengok orang..kat mana aku ni...


Khasif and her babah...kesian my husband, balik hari tu tak sempat nak rehat betul-betul kat rumah...bergegas ke sana, ke sini...

Dah habis window shopping, perut berbunyi lagu riang tandanya dah lapar...singgah Pizza Hut..first time makan kat luar dengan baby..hai boleh ke ni? sementara tunggu order, saya tidorkan Khasif dulu..tapi my baby ni dia tak boleh tempat-tempat bising..tido 5 minit dia terjaga..huhu....

Bila dia tak tido, taknak plak duk dalam stroller tu...nak dukung..so makanlah sambil pegang baby...takdelah sampai tak boleh makan lansung...boleh je..cuma sket-sket jelah..lepas husband dah habis makan, barulah saya makan puas-puas....

Khasif kenapa tenung babah camtu? agaknya dia tau kut..nanti babah nak tinggal aku lagi..agaknyalah..hehe...

Khasif and me...abaikan pakaian ibu Khasif..biasalah orang baru habis berpantang..masih belum terurus...heheh..

 Apa? ooo Khasif nak main ice skating kat bawah tu ek...tunggu dah besar sket ibu bawak okey...(^_^)


First time boleh snap gambar dia gelak..so sweet...bila dia ketawa matanya jadi sepet like her father..hehe...


Dipendekkan cerita, Khasif taknak duk lama-lama dalam stroller...nanti dia merengek nak dukung...time dia tido je boleh letak..tapi tido pun sekejap..nanti tak sampai 10 minit dia terjaga sebab bunyi bising...akhirnya babah dia tolak stroller tanpa tuan..nasib baik tak beli yang ribu riban dik..

16 January 2013

Sebelum dan Selepas




Baby Khasif SEBELUM majlis cukur jambul...

Baby Khasif SELEPAS rambutnya dicukur...huhu...senyum sketlah sayang....cepat-cepat tumbuh rambut ek....

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...