29 August 2013

Cerita Hari Pertama Ke Nursery..

Assalamualaikum...

Rasanya semua ibu kat dunia ni seboleh-bolehnya nak jaga sendiri anak kan..
Kalau jaga anak sendiri, boleh tengok perkembangan mereka dari hari ke hari...
Lagi kita tak perlu risau keselamatan, kesihatan dan segala benda yang tak elok terjadi kat anak...

Tapi apa boleh buat..
Zaman dah berubah...
Sekarang ni apa saja yang kita buat mesti perlukan duit..
Even nak masuk toilet pun nak pakai duit...
So nak taknak suami isteri harus bekerja untuk tampung perbelanjaan keluarga..
Terpaksa la hantar anak-anak duk bawah jagaan orang lain..
Samada pengasuh, bibik atau nursery semuanya terletak kat tangan kita...

Yer...saya tau ada suami yang berkemampuan untuk tanggung segala perbelanjaan...
Mungkin kalau saya tak bekerja, suami masih mampu tanggung segala isi rumah..
Tapi duit simpanan untuk hari tua banyak mana?
Duit simpanan untuk anak-anak plak?
Duit emergency kalau terjadi apa-apa?
Insurans? Mak ayah kat kampung?
Pinjaman masa belajar dulu dah habis bayar ke? 
Itu tidak termasuk segala bil yang dah makin mengarut sekarang ni...
(Tiap-tiap bulan aku bayar tapi sampai bil masih jugak ada tertunggak..ada yang nak kena maki hamun ni..MARAH NI...)
Susu, pampers, baju anak lagi..
Baju kecik, baju besar isteri, makeup isteri (untuk para isteri yang suka bermakeup la)...=)

Makanya disitulah tanggungjawab seorang isteri dizaman moden ini..
Keluar mencari rezeki untuk mengurangkan beban suami..
Kalau nak harapkan suami yang keluar segala perbelanjaan ni memang botak kepala suami...
Mampu tu mampula..tapi duit simpanan 20 hinggit je la kut tiap-tiap bulan...
Kalau suami korang Director, CEO, Datuk Menteri mungkin takde masalah la kut..
Itu cerita "kapal" lain yer..
Hehe...

Rela dalam terpaksa, anak kesayangan harus dihantar ke nursery...
Pujuk diri sendiri..
Maafkan ibu dan babah..ini semua demi masa depan Khasif...
Tapi ibu janji, walau sesibuk mana sekalipun kami mencari rezeki..
Kami takkan sesekali abaikan Khasif..
Kasih sayang kami pada khasif takkan sket pun berkurang walau sebesar kuman..

Panjang plak celotehnya..
Nak citer pasal hantar anak ke nursery je..
Hehe...

 Okey..hari tu cakap khasif dah takde BS kan..
Dah berpisah dengan kak siti...
Tiba la masa khasif mengenali dunia luar...
Sebelum hantar dia ke nursey, harus prepare barang-barang keperluan...


First yang kami harus beli adalah carseat untuk khasif..
Sebelum ni masa dia kecik dah beli baby carrier tu kan..
Sekarang dia dah besar dah tak muat lagi dah..
So terpaksa beli carseat untuk baby besar plak..
Kalau tak beli camne nak bawak dia gi nursery..
Babah kan takde kat rumah..ibu yang drive takkan ibu nak pegang plak..
Lagipun safety itu penting...
Carseat yang dibeli Sweet Cherry jugak...
Harga berpatutan dan nampak kukuh..
Taknak beli yang mahal sangat takut tak guna lama...


Dah siap shopping carseat, singgah solat kat masjid baru kat seksyen 13 shah alam..
Masa ni kami kat tingkat atas..
Bila dia  nampak babah kat bawah, terus jerit panggil babah..
Bising punya budak..






Mula-mula duduk bukan main happy..lepas tu start nangis sebab ibu tak riba...
Meragam jugakla kejap..lepas kereta dah gerak tu, baru la okey..
Sepatutnya hari ni first day ke nursery..tapi rupanya nursery tutup lagi...esoknya baru bukak..


"School" tutup so bolehla bawak dia shopping..barang seterusnya yang ibu nak cari ialah baju..
Bila dah start duk nursery ni baju pun tak bolehla bawak yang branded..
Harus cari baju kat giant je..yang murah-murah sebab takut kotor dan tertukar dengan orang lain..
Biasa kan terjadi baju anak tertukar kat nursery..

Hari first day hantar ke nursery saya ditemani husband...
Luluh hati bila tengok anak merengek masa mula-mula BS baru dia amik kat pintu..
Khasif menangis la jugak tapi husband cepat-cepat tarik saya masuk kereta..
Kat ofis saya call tanya khasif ok tak, menangis tak..
Biasala first day kan..
Risau sebab orang tak tau lagi ragam dia camne..
Bila dia nak susu, nak makan, nak tidor...

First day saya khasif kat nursey saya kerja half day je..
Tengahari husband datang amik kat ofis lepas tu kami gi amik khasif..
Masa dalam kereta...
"Rindu sangat kat adik.." husband cakap..
Eh..eh..sama macam ibu jugak...
Hehe...rasa macam lama sangat berpisah dengan dia...padahal baru je berapa jam...


Sampai nursery bila dia nampak ibu..mengigil nak datang kat ibu..
Masuk kereta, bukan main happy lagi...


Bagi pipi dia kt ibu suruh 'sayang' (kiss)..mmmuaaahhh...mulut dia bunyi..
Hehe...


Sebab adik berjaya duk kat school separuh hari, babah belanja makan tengahri...

Suka sangat khasif masa ni bila ibu dan babah layan dia...
Anak babah kan...asyik-asyik..."babah..babah.."


Masa ni dia tembam kan...=)
Tapi sejak dah duk nursery ni saya rasa badan dia dah susut...
Tak bam bam macam dalam gambar ni lagi...
Okey..itu saja cerita kali ni...
Kalau tak best...sila maafkan saya...
Wassalam...

28 August 2013

Sudah Tiba Masanya Kami Berpisah...


Assalamualaikum wbt...

Okey..tajuk memang sedih..
Tapi tidaklah sesedih drama korea/ hindustan tu..
Hehe...

Actually cerita ni tentang perpisahan Khasif dan Kak Siti..
Saya tak pasti saya dah inform ke belum sebelum ni yang kak siti ialah anak sedara saya...
Yes..she is my niece..
Agak lama jugak dia jaga Khasif..
Masa mula-mula dia datang jadi BS, Khasif baru nak masuk 3 bulan..
Sampai la umur Khasif dah 9 bulan..
Lama jugak la kan...
Daripada si kecik tu tak pandai apa-apa sampai la dah boleh berdiri..


Masa mula-mula saya bawak dia jaga khasif..
Hati saya memang risau jugak la time kat ofis tu..
Yela budak baru 18 tahun kut jaga baby 3 bulan...
Boleh ke??
Tapi saya tawakkal pada Allah...mintak dijauhkan segala perkara yang tak elok..
Masa tu saya memang tak kuat dan tak sampai hati nak hantar khasif kat nursery...
Tiap kali waktu rehat saya balik jenguk mereka kat rumah..
Nasib baik la rumah dekat dengan ofis...

Masa bulan pertama saya tak bagi kak siti mandikan khasif...
Sebelum gi kerja saya mandi khasif siap-siap..
Tengahari saya balik mandikan jugak..
Petang balik kerja sayang mandikan jugak...
Dekat sebulan lebih jugak kut baru la saya 'green light' dia mandikan khasif..
Itupun lepas training betul-betul...

Saya memang straight sangat-sangat masa mula-mula ajar dia jaga khasif..
Takdenya lemah lembut nak cakap berlapik masa awal-awal tu..
Pada saya kalau kita tegas baru dia belajar betul-betul..
Anak sedara sendiri kut..bolehla nak garang kan..
Cuba kalau orang luar memang tak berani la takut mereka buat apa-apa plak kat anak kita..
Hehe..

Dari cara angkat, baring, dodoi, bagi susu, basuh berry, mandi...
Semua step saya ajar...
Ada yang tak kena, memang saya "tembak" je..
Dan Alhamdulillah lama-lama dia jadi pandai jaga baby...
Dan khasif pun membesar bam bam macam kena pam masa dalam jagaan kak siti..

Masa mula-mula dulu bila ada yang tanya siapa yang jaga anak saya...
Saya cakap anak sedara..
Ada yang cakap...ooo untung la ada anak sedara sendiri boleh jaga anak..takyah keluar duit...

HOHOHO..tidak sama sekali...
Walaupun dia anak sedara saya tapi saya tetap bayar gaji dia sama bayaran dengan hantar nursery..
Kat shah alam ni kalau hantar baby kat nursery bayaran dalam lingkungan RM300-RM350..
So saya bayar gaji kak siti pun lebih kurang amount tu jugak...
Saya takkan sesekali suruh dia buat kerja free..

Ingat senang ke nak jaga bayi..
Mana nak bagi susu, nak basuh berry, nak tidorkan dia...
Nak layan dia lagi..susah oo..
Perhatian kena lebih..

Sebelum tu lagi kami suami isteri dah bincang..
Siapa-siapa pun yang jaga khasif samada nursery ke  pengasuh luar atau family sendiri..
Memang kami akan bayar gaji/upah...

Even kalau mak sendiri yang jaga kami akan bagi duit..
Oppss bukanlah kami nak samakan mak tu dengan orang gaji..
Tapi duit tu ibarat saguhati untuk mak..
Sebab kami tau bukan senang nak jaga bayi..
Erm so sesiapa yang bagi kat mak jaga anak sepenuh masa tu..
Pandai-pandaila hulur duit lebih kat mak yer...
Lebih-lebih lagi kudrat orang tua tak sama dengan kudrat orang muda...
Memang mak kita tak mintak malah mungkin ada yang tolak..
Tapi sebagai anak, pandai-pandai la fikir sendiri...
Mak susah payah jaga anak kita..
Takkan kita tak bagi balasan apa-apa kat mak...
Fikir-fikirkan...=)

Okey...berbalik cerita kak siti..
Masa dia jaga khasif saya memang tak bagi dia buat kerja lain..
Tugas dia JAGA KHASIF DAN BARANG KEPERLUAN KHASIF..
Masak ke basuh baju ke kemas rumah ke semua takyah buat..
Semua saya sediakan..
Tapi dalam kata jangan buat tu dia rajin jugak menolong sidai baju, lipat baju, sapu lantai rumah..
Kata pun pompuan kan tak boleh lari dari sifat suka kemas rumah..
Selalunya saya akan masak pagi-pagi sebelum gi kerja..
Kalau tak sempat saya bungkus makanan bawak balik rumah..
Best kan dapat majikan macam saya ni..
Jimat duit makan...
So sesiapa yang nak bermajikan kan saya..
Sila la hantar CV..
Haha...

Dipendekkan cerita...
Bila khasif dah besar ni, saya pun terbukak lah hati nak hantar si kecik tu ke nursery..
Risau lagi lama takut nanti dah takde tempat plak..
Lepas tu ditambah rasa bersalah plak dengan kak siti..
Masa bulan 4 macam tu la dia dapat sambung form 6..
Tapi dia tak pergi atas sebab-sebab tertentu..

Salah satu sebab saya macam tak galakkan sangat dia ke form 6..
Saya cakap form 6 belajar susah-susah tapi lepas tu nak masuk U susah..
Sebab persaingan dengan budak asasi, diploma dan sebagainya...
Dia pun macam berat hati nak tinggalkan khasif masa tu..

Lepas tu dalam bulan 6 dia dapat offer kolej polytech mara..
Masa tu pun saya berbelah bahagi nak lepaskan dia..
Antara tak bersedia nak hantar khasif ke nursery..
Tapi kesian jugak kat dia bila dia cakap kawan-kawan ramai yang dah further study..
Lepas tu bila tengok yuran mahal dia tak jadi...
Yela nama pun kolej swasta..
Dalam family kami rasanya tak pernah ada yang further study kat kolej swasta..

Bulan 7 dia dapat offer kat Kolej Pusrawi..
Saya ok je masa tu kalau dia nak pergi..
Tapi course yang dia dapat plak tersangatlah susah..
Farmasi..
Saya yang budak sains ni pun masa belajar biology kena strugle..
Inikan plak dia bukan dari aliran sains..
So memang saya tak galakkan dan family dia pun tak galakkan jugak..
Tapi dalam masa yang sama saya kesian kat dia..

Macam-macam cara saya tolong dia..
Tapi masih belum ada rezeki..
Sampai la satu masa tu nak masuk bulan 8..
My Brother yang kat sarawak call ajak dia gi duk sarawak tolong jaga ayah saya..
Kiranya atuk dia la kan..
So saya dengan rela hati lepaskan dia pergi...

Lagipun saya fikir dah tiba masanya khasif berdikari dan belajar untuk bergaul dengan orang lain plak..
Selama ni hidup dia dengan ibu, kak siti dan babah.
Itu pun babah jarang-jarang je ada kat rumah..
Khasif jadi manja dan takut kat orang yang dia tak kenal..
So hantar ke nursery adalah jalan terbaik untuk si kecik tu...


Masa bulan puasa hari tu..hari terakhir dia jaga Khasif sebelum dia balik..
Kami bawak dia berbuka puasa kat luar... 


Apalah yang Khasif duk bisik dengan babah tu...

Inilah dia juadah berbuka kami bersama kak siti...
Yang pastinya lauk dia tak sedap mana..
So takyahlah saya inform restoran mana kan..
Tak baik plak nanti jatuhkan reputasi bisnes orang...

Masa hari hantar dia pergi stesen bas tu pun saya terasa jugak..
Sedih pun ada...saya rasa kalau khasif dah faham masa tu dia pun mesti nangis..
Kalau nak compare saya dengan kak siti...
Dia lagi manja kan khasif..
Tak pernah marah dia...
Saya ni marah jugak anak..
Bukanlah marah betul-betul..
Marah-marah sayang gitu...hehe..

Hari tu terima mesej dari kak siti..
Dia tulis "menangis teringat kat adik (panggilan untuk khasif)..rindu sangat kat kat dia..tak tau nak cakap camne..tiap-tiap hari duk tengok gambar dia.."
Sebak je saya baca mesej tu...

22 August 2013

Riang Ria Aidilfitri 2013-Part 2

Assalamualaikum semua...

Masih dalam mood raya lagi ke...(^_^)
Harap-harap macam tu la la yer...
Hari ni dah masuk 15 Syawal...hari ni jugak ada open house kat ofis...
Jom pakat makan kambing panggang nak? =)...

Okey..saya sambung part beraya kat kampung hari tu...


Hari tu saya lupa nak letak pic 2 orang budak kecik ni..
Khasif Aleesya (9 bulan) dan NurQurratul Aini (1 tahun 5 bulan)..
Dua orang sepupu ni lahir tahun sama tapi berbeza bulan
Dah lama tak jumpa yer..
Last sekali mereka jumpa masa kami balik mengundi bulan 5  hari tu..
Sekarang dua-dua dah besar dah boleh main sama-sama..
Tapi harus dalam pengawasan mak bapak lagi..
Kang tak pasal-pasal ada yang kena cakar, ada kena debik...hehe..
Masa ni sehari sebelum raya kat rumah mak (MIL)..


Riuh rendah satu family berkumpul malam raya ketiga... 
Orang sibuk nak main dengan dia, dia plak sibuk nak panjat sana sini...
Nak tunjuk skill katakan...


Saya suka balik rumah mak sebab bila semua berkumpul memang suasana sangat happenning...
Kena plak mak yang suka bercerita...
Banyak la topik yang dibincangkan...
Haa..yang baju merah tu my SIL, ibu Aini..
Yani..say hi to all readers..(^_^)

Kalau balik rumah ayah saya, agak sunyila sket sebab tak ramai yang berkumpul..
Yang ada pun cuma ayah yang dah tak banyak bercakap..
My SIS dengan husband dia..
Lagi my BROTHER dan SIL yang duk kat sarawak pun ada balik jugak..
Semua takde rezeki anak...
Masing-masing bz je memanjang....
My SIS bz bungkus ketupat palas kat rumah MIL dia...
My BROTHER bz dengan projek nasi beriani tapi asyik keluar pusing bandar...
So kat rumah walaupun satu hari lagi nak raya tetap sunyi..
Pagi raya baru adik beradik berkumpul datang makan-mkan...


Pagi raya ketiga giliran rumah ayah saya plak bertemakan merah pink..
Start dari pagi sampai tengahari kami beraya kat rumah sedara mara sebelah saya plak...
Pukul 3.30 petang kami konvoi ke airport hantar my BROTHER and SIL dah nak balik ke Sarawak..
Kejap je mereka beraya kat Ganu tahun ni..
Dan yang jadi special sebab ayah saya pun dibawa sekali duduk sana dalam 2 bulan..


Suasana raya keempat rumah MIL...
Khasif dengan Cik Long...
Sorry gambar terpaksa diedit sebab mak dan Kak La pakai tudung yang tak proper..

Riuh rendah duk melayan budak-budak ni main..
Bonceng jangan tak bonceng...

Sebelum keluar beraya, sempat snap 2, 3 keping gambar kat depan rumah...
Baju merah itu Saa (SIL) dan husband, pengantin baru 6 bulan gitew...(^_^)


Kedua beranak ini bila ketawa serta merta mata "hilang"..hehe...saya dan khasif pakai baju subsidi je..raya keempat saya sempoi saja macam makcik-makcik..biarla asalkan suami sayang kiter...haha...


Petang raya keempat beraya rumah kawan yang bernama Ku Nurul Fadhillah, kawan sekolah menengah dulu...sebenarnya kalau boleh saya nak singgah setiap rumah kawan  yang dekat-dekat..tapi malangnya ada yang dah sampai kat depan rumah, kawan plak ada kat hospital sebab husband sakit..kesian nina..hopefully husband nina dah ok..


Amboi adik...suka sangat boleh naik "motor"..jangan jadi minah rempit sudah...

Rumah Ku ni pun nasib baik..masa tu dah penat pusing-pusing beraya pukul 4.30 petang kami dah nak balik rumah, dah letih sangat dah..tiba2 Ku hantar mesej cakap kalau nak datang rumah dipersilakan...hoho...kalau ikut memang tak larat dah..tapi kalau tak hari tu bila lagi nak jumpa..esok dah nak gerak balik Shah Alam..kalau saya balik rumah dulu memang tak pergi la jawabnya..terus call tanya rumah Ku katne sebab selalu beraya kat rumah parents dia je..

Sampai-sampai rupanya Ku dan husband dia tengah bertungkus lumus siapkan spageti untuk kitaorang..alahai kawan..terima kasih banyak-banyak...lebih kurang satu jam jugak menunggu baru siap..spageti memang sedap giler tapi sebab perut dah kenyang so makan pun satu pinggan je...thank you my friend..

Raya keenam kami dah gerak balik ke Shah Alam..
Pukul 9 pagi gerak dari kampung sampai Bukit Jelutong Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 malam..
Masa ni berhenti  makan kat mamak isi perut sebelum balik rumah..
Nak masak memang tak la, dah letih satu hari dalam kereta kan...


Sebelum tido, saya kira duit raya Khasif dulu sebab esoknya ingat nak terus masuk Tabung Haji dia..
Tengok la tu..ibu sibuk, dia pun sibuk...
Terima kasih semua bagi duit raya kat Khasif..

Itu saja cerita raya dari saya dan family...
Syawal ada 15 hari lagi..
Jangan makan banyak sangat okey..
Babai...
Love uollss...

(^_^)

20 August 2013

Riang Ria Aidilfitri 2013-Part 1

Assalamualaikum....

Masih belum terlambat saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua readers yang beragama Islam...terutama sekali kepada suami tercinta, seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kawan-kawan yang mengenali diri ini...andai kata saya pernah tersilap bicara dan tingkah laku, pernah tersindir sesiapa kat dalam blog ini, saya dengan rendah diri menyusun 10 jari memohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...

Walaupun hari ni dah masuk 13 Syawal tapi kemeriahan raya masih terasa...kalau awal raya hari tu semua berpusu-pusu balik beraya kat kampung...ziarah saudara mara kat kampung..sekarang masuk pertengahan Syawal, semua dah balik ke kota..semua berebut rebut nak buat open house kat rumah sendiri plak..lepas tu bz plak nak memenuhi undangan open house rumah kawan-kawan, rumah bos, rumah jiran, ofis lagi...takpe, raya kan sebulan...kita raya sakan..bukan selalu orang nak bagi makan free kan...hehe...(^_^)

Okey...kali ni nak sare story kisah raya saya & family plak...of course tahun ni raya lebih meriah dan lebih  bermakna buat kami suami isteri dengan kehadiran penyeri Khasif Aleesya.syukur alhamdulillah...

AWAS..SAYA BAGI WARNING..ENTRY KALI NI PANJANG DAN BANYAK GAMBAR...KALAU RASA RAJIN NAK BACA SILAKAN..(^_^)

Saya start cuti 2 hari sebelum raya tiba...rasanya tahun ni 1st time kami suami isteri balik raya lambat..selalunya 5,6 hari sebelum raya dah balik sebab nak elak jem..cuti dah tak banyak jadi terpaksa la balik kampung lewat sket..

Malam sebelum balik kampung tu, saya bagi pelepasan kat husband tido awal..babah dah tido tapi si kecik plak taknak tidor, nak main-main lagi..bergaduh sakan jugak la masa nak bagi dia tidor tu..sampai babah dia stress dengar kami duk gaduh, terus naik tido kat atas sorang-sorang..hehe....bila Khasif dah tido baru la saya boleh packing baju dengan tenang..biasa la saya ni kalau tak buat keje last minit tak sah...hehe..

Dah siap packing, pukul 2 pagi baru boleh tido..tiba-tiba pukul 3.45 pagi ada satu lembaga datang kat depan saya suruh bangun...rupanya husband dah bangun..saya hulur tangan suruh tarik nak bangun..kunun-kunun nak manja la sket dengan my hubby tu..tapi dia reject..katanya ada air sembahyang...huh..menyampah...

Dah siap mandi semua masuk barang-barang dalam kereta...elok je nak keluar rumah Khasif bangun...selalu kalau time tu dia bangun dia nangis nak susu...tapi kali ni tak...dia bangun sengih-sengih macam tau-tau je nak jalan jauh...


Ni dia si kecik yang excited bangun awal sebab nak balik beraya kat kampung...pukul 4.30 pagi kami gerak keluar dari rumah menuju ke Terengganu..lebih kurang pukul 5 pagi kami stop sahur kat Petronas Gombak (sebelum tol gombak)..sahur kat dalam kereta je dah siap-siap bekal nasi dari rumah..Khasif pun sahur sekali...(^_^)


Lepas sahur je Khasif sambung tido..walaupun baru pukul 5.30 pagi, time masuk highway kereta dah banyak..babah berhenti solat subuh kat RNR Lanchang..ramainya orang stop solat subuh kat situ...dalam hati memang dah risau dah takut jalan jem kat highway karak..tapi alhamdulillah masa kami balik jalan smooth takde jem sampai kat rumah mak (MIL) lebih kurang pukul 3 petang..

Persiapan raya biasa-biasa saja cuma baju untuk Khasif memang banyak la saya beli...kata pun 1st raya untuk dia kan..so kita bagi tuan puteri ni melaram sungguh-sungguh la... 

Khasif berbaju kurung di pagi raya pertama..saya beli kain 1 meter saya bagi kakak jahit..masa ni semua orang pergi sembahyang raya tinggal saya dan khasif je kat rumah.. dia punya happy habis satu rumah dia nak merangkak...ibu nak bersiap di pagi raya pun tak tenang..sekejap kejar dia ke sana...sekejap kejar dia ke sini....

Suka sangat-sangat bila kita bagi kebebasan kat dia..habis tempat dia nak panjat..baju kurung Khasif agak singkat sket sebab saya silap bagi ukuran...tapi budak kecik pakai baju singkat pun tetap nampak comel kan..hehe...


Hoho....tudung raya Khasif pun saya beli jugak sehelai...dah macam makcik mualaf ko dik...tapi sekejap je dia pakai..sekarang dah pandai tanggalkan tudung & topi sendiri...tak boleh lama macam dia kecik-kecik dulu..maklumlah anak dara dah besar katakan..


Alhamdulillah tahun ni husband dapat raya bersama-sama...tahun lepas dah beraya kat laut, tahun ni macam mana sekalipun dia nekad nak beraya sekali dengan anak dan isteri jugak..kalau tak dapat, dia nak fight habis-habisan..tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan...dapatlah kami bertiga raya bersama-sama bertema kan warna silver...

Tapi tak berapa matching sangat kan..haha..husband warna light silver..saya dengan khasif plak dark silver..tapi takpe,,,janji silver...

Baru je start sesi bergambar, Khasif menangis nak tidor...dia mengamuk nak bukak tudung kat kepala sebab rimas..budak kecik ni puteri lilin sket..tak boleh panas-panas nanti kepala berpeluh...tengok muka babah bagi susu..stress...hahaha....


Bersama family husband...mak, ayah, fahmi (adik husband)..oo ada sorang lagi adik bongsu tak masuk dalam gambar ni...yang lain kakak dan adik pompuan semua beraya kat rumah mertua..raya kedua baru balik raya rumah mak...

Lebih kurang pukul 11 pagi saya sempat beraya rumah ayah (my father) sekejap..nasib baik rumah dekat-dekat je...so bolehlah nak kejar ke sana kejar ke sini..kalau rumah jauh memang tak dapetlah macam tu..
Petang raya lepas dah penat beraya tidor la plak si kecik ni..dah tukar baju...kesian kat dia kalau satu hari pakai baju kurung..panas...babah sambil tengok tv sambil teman anak tidor...bagus tak? hehe...

Raya kedua plak temanya kuning + coklat..Khasif dah tak pakai baju kurung dah..pakai gown plak..masa beli nampak besar dah dengan dia..beli pun saiz 12-18..sekali masa pakai raya baju dah singkat sket..dada pun dah agak sendat..olor..kejap je adik besar...


Raya kedua masih lagi dengan family husband...ikut mak dan ayah beraya rumah saudara plak...masa ni kat rumah Ayah Ngah (adik MIL)..kami dijamu dengan nasi kuning...maaf yer..raya kali ni saya tak snap gambar makanan...tak sempatlah dengan anak kecik yang asyik nak berkepit je dengan ibu...


"Ibu..adik lapor..bila kita boleh makan ni.." hehe..dialog rekaan semata-mata...Khasif dengan baju yang dah singkat habis nampak panties...sexynya anak ibu ni...saya berjubah kuning..jubah ke? sebenarnya jubah tu ada shape kat belakang..sebelum raya saya suruh kakak potong kat bawah sebab labuh..biasa la orang kecik molek ni kalau beli jubah size 36 pun tetap labuh..hehe...

Lepas tu kakak cakap baju ketat..dia bukak dart kat belakang baju..bila saya pakai jadi menggeleber macam orang mengandung..huhu..tak cantik dah...dah takde shape... 


Nak duit raya....=)

Husband kuning, wife oren, anak coklat..boleh?? hentam saja la labu...janji nampak satu family kan (^_^)...Khasif tengah tepuk tangan...lepas tu bye bye dua-dua belah tangan...kadang-kadang dia konfius..bila sebut bye...dia tepuk..bila sebut tepuk dia bye...suka hati la dik...


Masa ni ibu dengan babah tengah makan kat dalam rumah..tokki Khasid (FIL) tolong jaga...Khasif dia ok dengan tokki, pak sedara..mostly kalau lelaki amik dia tak nangis..tapi kalau pompuan dia menangis macam kena dera..kesian maktok tak boleh nak pegang cucu sendiri padahal maktok la yang duk jaga dia masa baru lahir dulu...apo la nak jadi... 



Dah petang tukar lagi baju...bagi pakai t-shirt dan skirt jeans..kalau tak nampak skirt tu memang sah-sah orang ingat dia boy..tunggu rambut panjang tiap-tiap hari ibu ikat rambut tincang biar nampak gegerl..

Masa ni dah petang dah balik rumah dah habis beraya...masa untuk berehat plak..Khasif tengah main dengan mak sepupu dia yang muda seminggu dari Khasif..
Juadah raya pertama kat rumah mak ialah nasi dagang...raya kedua Kak La buat laksa penang...

Rumah ayah saya plak macam tahun-tahun sudah menu utama ialah nasi ayam..rasanya seingat saya sejak saya kecil mula-mula kenal erti raya memang kakak buat nasi ayam..sampai lah saya dah besar, dah kawin, dah ada anak raya tahun ni pun tak pernah berubah menu untuk raya pertama..sampai kat kampung saya tu kalau budak-budak datang memang dah tau rumah cikgu midah boleh makan nasi ayam...hebat tak hebat..

Maaf lah yer..raya kali ni takde gambar makanan...dengan anak kecik lagi tak sempat...lagi pun kat kampung pelik la plak sket-sket nak amik gambar makanan..

Itu saja cerita raya di hari pertama dan kedua...kalau rajin ada part kedua..SELAMAT HARI RAYA SEMUA..(^_^)

01 August 2013

Cerita Puasa Dan Juadah Berbuka..

Assalamualaikum...

Sedar atau tidak, dah 23 hari kita umat Islam menjalani ibadah puasa...masyaAllah sekejap sangat masa berjalan kan.sampai dah nak masuk minggu terakhir Ramdhan sudah..

Teringat Ramadhan tahun lepas, saya tengah preggy 5 bulan lebih..walaupun sorang-sorang kat rumah tapi rajin gak bangun sahur sebab fikirkan keadaan baby..risau dia lapor keesokan hari..saya tak makan berat pun..biskut Jacob 3/4 keping cicah air milo dah cukup mengenyangkan... 

Ramdhan tahun ini saya sedikit berbeza dengan tahun-tahun sudah...puasa tahun ni saya dah bergelar ibu kepada seorang puteri yang berusia 8 bulan lebih...

Bukan itu sahaja..tahun-tahun sudah saya memang lebih banyak berbuka seorang diri tanpa suami..eh..bukan suami saya ada isteri lain...hehe...dia kerja jauh..so jarang-jarang ada kat rumah...tu sebab selalu kena bukak puasa sorang-sorang..

Tapi tahun ni time berbuka saya ada teman..Kak Siti (baby sitter Khasif) dan my puteri yang jadi peneman saya..so,  takde la sunyi..nak masak dan cuba resepi baru pun rajin jer..

Saya bukan jenis yang suka beli lauk kat bazaar ramadhan..tahun-tahun sudah pun kalau malas masak, saya berbuka dengan laksa atau mee hun sup pun dah ok..kalau nak berat sket beli spageti kat pizza hut atau SR...dah cukup..

Tahun ni sebab ada orang kat rumah..so saya rajin la masak...masak simple-simple je tapi puas hati...jom tengok  juadah berbuka saya selama 23 hari berpuasa...


Juadah hari pertama saya masak AYAM PANGGANG BEREMPAH..time ni masih belum masak...atas dapur lagi...bila dah masak, lupa plak nak snap gambar..ngap masuk mulut dulu...(^_^)

Juadah hari ke 4 AYAM MASAK KICAP SIMPLE..tumis bawang je lepas tu campak bahan-bahan lain..tak tumis lada bagai..kata pun simple kan...hehe...


Juadah hari ke 4 jugak..SOTONG BAKAR...menu ni husband yang request kebetulan dia baru balik bercuti..disebabkan menu ni percubaan pertama so rasa dia tidaklah membanggakan..hehe...namun begitu, husband tetap makan laju jugak sebab dia suka makanan dari air tangan isteri dia ni...hahaha..over akak puji diri sendiri...


Juadah hari ke 4 jugak, KUBIS GORENG..disebabkan kesian tengok isteri bertungkus lumus kat dapur, husband ku yang tercinta dengan rela hati tolong goreng sayur..kejap je...tung tang 2-3 minit siap..


Hari ke-5 puasa, baru je 2 hari husband balik bercuti dia dah kena travel ke Miri sebab ada training..kalau ikutkan nak je hati ku mengamuk kat orang yang arrange schedule husband tu..tapi bila fikir nanti nak lembutkan hati orang tu supaya husband dapat raya tahun ni..so terpaksa lah mengalah...

Bagus tak bagus suami ku...dia dah beli awal-awal sehari sebelum tu ayam segera dan serunding..takyah susahkan wife dia masak tengahari bulan-bulan puasa ni..padahal dapat je makanan dalam flight tu untuk berbuka tapi nak jugak dia bawak bekal..kan saya dah cakap..husband memang suka makan dari air tangan wife dia...goreng ayam hangus pun sodap....hehe...



Juadah hari ke 6 saya masak SINGGANG SOTONG...berselera betul Kak Siti makan lauk macam ni...husband kat Miri lagi masa tu..dia call tanya saya masak apa? bila tau je saya masak singgang sotog "sedapnya.."

Jadi, sebelum husband gi kerja balik, lagi sekali saya masak singgang sotong untuk dia...amboi-amboi..dia hirup kuah macam hirup sup...sampai licin kuah dalam periuk...thank you dear sebab sentiasa menikmati masakan isteri mu yang tak seberapa ini...


Juadah hari ke 15, MASAK LEMAK IKAN TERUBUK MASIN DAN NANAS..hambik ko panjang tak nama menu kali ni...hehe...masa husband gi Miri dia bawak balik ikan terubuk masin...rasanya tidak mengecewakan cuma personally saya rasa ikan terubuk tak berapa sesuai kut masak lemak mcm ni..sebab ikan ni bersisik,boleh terlekat kat anak tekak sisik dia tu...


Juadah hari ke 15 jugak, IKAN SIAKAP GORENG BERLADA..tapi saya tak letak lada fresh banyak takut pedas...


Juadah hari ke 17, IKAN SINGGANG PEDAS..menu asli dari Ganu Kiter...this is my fav menu...lagi-lagi kalau guna ikan kerisi...lauk ni sihat sebab tak perlu minyak dan tak perlu tumis..cuma letak semua bahan dalam air  then tunggu sampai masak..senang kan..masa zaman sekolah dulu duk asrama sesekali balik kampung mesti suruh kakak masak singgang pedas...


Juadah hari ke 18, SAMBAL SOTONG UDANG..saya memang suka masak berkuah sket..tak tunggu sampai kering macam sesetangah orang suka sambal tu jadi kering...#hahaha boleh saya tak perasan type sotong..


Haha...tembikai pun nak masukkan jugak..ini ulam dimakan dengan sambal udang tadi...kalau orang Ganu memang biasa makan nasi berulam tembikai..memang slurp-slurp jadi laju je makan.. 




Menu hari ke 21, SAMBAL DAGING...jarang sebenarnya kat rumah saya masak daging...tiba-tiba bulan puasa ni teringin plak kan...masak sekali dengan ubi kentang..tak taula sekarang nimacma obses sket dengan ubi kentang...masak sayur pun nak masuk ubi kentang...


IKAN TERUBUK MASIN GORENG makan sekali dengan sambal daging tadi..sedap...


Makan plak sekali dengan COLESLAW...memang delicous menjilat jari lah...pedas, masin, manis, lemak semua ada...hehe...COLESLAW simple je nak buat...hiris kubis, carrot dan bawang..gaulkan dengan mayonis, yogurt kalau ada dan garam sket..lepas tu perah limau sket...sedap..nak lagi sedap letak dalam peti..

Okey...itu sahaja beberapa juadah untuk berbuka sampai hari ke 23 ni...ada beberapa menu yang saya tak snap gambar sebab tak ingat..takpe, kalau ada lagi lepas ni saya letak lagi...

Korang berbuka ni masak sedap-sedap tak? ke masak kat PARAM je..hehe...takpe..Param ke hotel ke Restauran ke masak sendiri ke janji happy...saya faham, kadang-kadang ada yang tak sempat nak masak..mana nak amik anak kat sekolah lagi...jem kat jalan lagi...

Apa-apa pun tak sabar nak tunggu husband sampai malam esok...^_^
Wassalam..
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...