19 March 2012

Congratulations On Your New Little Princes


Tahniah buat my SIL, Yani sebab dah selamat deliver seorang baby girl yang sangat comel !
Putih dan gebu like her mother..nama belum ada lagi...
Maybe her daddy masih mencari-cari nama yang paling bermakna...

Hey new little princess..can't wait to meet you!

16 March 2012

Dataran Lang Langkawi-Part 4

Assalamualaikum...

Usai mandi dan solat, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Dataran Lang yang berada berhampiran dengan Jeti Kuah..kedudukannya tak jauh sangat dari Azio Hotel lebih kurang 4-5 km saja...kalau naik kereta tak sampai 10 minit cuma nak cari parking tu lah makan masa sket lagi-lagi kalau time ramai orang...

Walaupun bukan musim cuti sekolah, tapi ramai jugaklah pelancong tempatan dan luar negara yang datang ke sini...yelah, kalau sesiapa datang ke Langkawi tapi tak singgah kat Dataran Lang memang pelik...sebab semua orang tau kat sini ada momunem burung helang yang sangat besar sebagai landmark utama Pulau Langkawi...

Menurut sejarah, Langkawi berasal dari gabungan perkataan Helang (burung) dan Kawi (sejenis batu yang bewarna merah)..pada masa dulu dikatakan pulau ini menjadi tempat tinggal sejumlah burung helang... dalam masa yang sama  kat pulau ni ada batu kawi...hasil gabungan 2 perkataan ini maka muncul lah nama Pulau Langkawi...betul atau tidak, wallahualam....kalau dilihat pada monumen ini pun, burung helang berdiri di atas batu kawi....

Saya nak naik bergambar kat atas, duduk tengah-tengah perkataan Langkawi tu tapi malu la plak...mesti kena naik sorang-sorang sebab sape nak amik gambar dari bawah kalau naik berdua kan..orang plak kat bawah tu ramai duk pandang ke atas..diaorang tak pandang kita tapi mesti kita perasan orang semua duk pandang kan...hehe....*perasan lah sangat...(^_^)

Kalau bergambar kat bawah senang sebab boleh pasang stand kamera...buat timing masa lepas tu berlari-lari lah husband ku takut tak sempat..isterinya cuma duk relax menunggu..ada sorang pakcik tu gelak je duk  tengok aksi my husband berlari-lari macam tu...hehe. :p

Hai dear...smile please..:) oh yer...kat belakang sana orang ramai tu sebab duk tengok sorang brother pegang ular sawa besar...sape-sape nak bergambar dengan ular kena bayar tapi saya tak tau berapa ringgit...saya lansung tak pergi dekat sebab teramatlah geli-geli-geli..memang saya tak tengok lansung..ada jugak brother tu panggil-panggil macam paksa suruh orang pegang ular...jangan buat kat saya macam tu okey..saya akan mengamuk kalau orang buat macam tu...:)

Tau apa yang tengah saya duk termenung tu...fikirkan pasal badan dah gemuk...bila tengok gambar dalam kamera rasa menyampah sangat tengok diri sendiri...kenapa susah sangat nak turun berat macam dulu...itu yang susah hati sangat tu...husband panggil pun paksa-paksa senyum tengok kamera...huhu...


Pemandangan yang boleh dilihat di sekitar Dataran Lang...

Pada mulanya husband nak tunggu sampai matahari terbenam sebab nak snap gambar..tapi kenapa ek, kami beransur-ansur meninggalkan Dataran Lang sebelum sunset muncul...anyway, lepas tu kami jalan-jalan kat pasar malam kat tengah bandar..dah lapar baru gi cari kedai nak makan...makan malam cuma makan biasa-biasa saja so tak snap gambar...nama restoran pun lupa...

Habis makan, pusing-pusing kat pasar malam lagi cari magnet nak letak kat peti...cari keychain jugak nak bagi kawan-kawan ofis...dah letih, balik hotel..mandi, solat lepas tu tido....

Azio Hotel Langkawi- Part 3

Assalamualaikum..

Sedar-sedar hari ni dah Jumaat yer...cepatnya masa berjalan..alhamdulillah, setiap pagi Jumaat dapat dengar dan kumpul ilmu dalam majlis tazkirah kat ofis...walaupun setengah jam sekurang-kurangnya setiap kali lepas dengar, ada jugak sedikit sebanyak  pengisian agama meresap ke dalam hati kan...alhamdulillah...

Berbalik pada kisah percutian hari ni saya nak sambung lagi lah cerita seterusnya...tadi sebenarnya bukak email terkejut sebab ada sorang pembaca setia hantar email katanya kecewa sebab saya tak update blog...hehe...terharu okey....jangan susah hati ek...masih banyak cerita dan entry yang akan saya publish lagi lepas ni...cuma diharap dapat bersabar lah yer...(perasan macam  ramai reader padahal sorang dua je kut yang nak baca...hahaha...) 

Masih lagi hari pertama di Langkawi, lepas keluar dari Underwater World kami gerak ke Bandar Kuah sebab nak check in hotel..hotel saya dah booking awal-awal lagi sebelum datang cuma sediakan duit je lagi dah...kali ni adalah percutian bajet so hotel pun taknaklah bermewah-mewah..cukup sekadar dapat rehat, tido dan mandi dengan selesa...

Untuk malam pertama kami menetap di Azio Hotel yang terletak di Jalan Pandak Mayah 7 betul-betul dalam bandar Kuah..hotel ni walaupun taraf 2 bintang tapi saya suka sebab keadaan bilik dia bersih sangat-sangat..tilam empuk tak macam sesetengah hotel yang tilamnya kalau tido sakit belakang...

Saya amik bilik Deluxe Double Room..biliknya tak besar sangat tapi untuk 2 orang masih dikira okey..cuma ruang untuk solat memang agak limited...so terpaksa solat atas katil...dengan bayaran RM95 untuk satu malam bilik ni dah kira cukup selesa...cuma agak bengang sket kenapalah dia bagi bilik kat kami betul-betul bersebelahan dengan kaunter receptionist tu..memang tak selesa you all bila nak keluar masuk orang duk tengok...macam kami ni buat salah je...

Cuma kat sini bathroom and toilet dilindungi oleh dinding kaca sahaja...pintu bilik air takde kunci..so kalau anda berdua sahaja dengan husband takde problem..tapi kalau ada anak yang aktif yang suka main bukak pintu memang bahaya...lagi-lagi kalau anda sedang melepaskan hajat dalam toilet tiba-tiba pintu di buka oleh seseorang...hehe....

Waktu malam memang happening sebab depan hotel ada pasar malam...tak jauh dari situ ada restoran.. jangan risau pasal tempat makan kalau malas nak jalan jauh-jauh sebab tempat makan memang dekat....

So far, saya tetap puas hati tinggal kat hotel ni...cukup untuk berehat dan tido itu sudah memadai..memang recommended sangat-sangat untuk sesiapa yang suka besederhana..tapi kalau nak swimming pool dan buffet beakfast,  di sini bukanlah tempatnya...kena cari hotel taraf 3 bintang ke atas lah yer....(^_^)

15 March 2012

Penguin Watch and Underwaterworld World Langkawi-Part 2

Assalamualaikum...

Malam tadi niatnya nak sambung lagi kisah percutian di Langkawi..tapi mata ni pantang betul nampak bantal, pukul 9 lebih dah rasa ngantuk...bila dah mengantuk, otak tak boleh berfikir lagi sebab dah tepu...hehe...

So hari ni kita sambung lagi yer...lepas dah dapat kereta, perkara pertama yang kami perlu buat ialah cari kedai makan...perut dah berbunyi sebab beum bfast apa-apa lagi...cari kedai melayu nak makan nasi lemak tapi semua kedai yang kami berhenti dah habis lauk...ada tu dah start jual nasi putih dengan bermacam-macam lauk..pada hal masa tu baru pukul 9 pagi kut...peliknya makan nasi putih pagi-pagi kan...tapi lain negeri lain lain cara pemakanan kan...siapa kita untuk pertikai itu semua....

Last-last tanpa buang masa kami berhenti kat sebuah kedai mamak area kuah makan roti canai...lupa plak nama kedai tu tapi roti dia sedap jugak...meja penuh tapi nasib baik ada tempat duduk...mat salleh pun pandai makan roti canai jugak...(^_^)

Dah habis makan kami pusing balik dari Kuah menuju ke Cabel Car berhampiran dengan Pantai Kok.....oh yer, lupa nak bagitau...masa berurusan sewa kereta, kami di beri map langkawi percuma untuk memudahkan perjalanan...memandangkan ini kali kedua kami datang ke Langkawi, jalan bukan lagi masalah sebab saya masih ingat sikit-sikitlah...map yang ada cuma sebagai rujukan untuk lebih confident...bak kata my husband, saya boleh jadi pemandu pelancong sebab terer bab jalan...hehe...*oh tidak...jangan riak...

Sampai-sampai kat parking, masih belum ramai lagi pelancong...maybe masih awal..saya datang awal sebab kalau boleh nak naik atas sebelum tengahari...teringat masa datang pertama kali dulu, naik ke atas waktu tengahari rasa macam matahari duk betul-betul atas kepala..kalau naik atas pagi-pagi cuaca sejuk baru syok nak bergambar kan...

Sebelum masuk dalam cari topi dulu...kata pun pelancong..topi harus ada..ops bukan untuk bergaya tapi untuk pakai waktu panas terik...hehe...oh yer, gara-gara tak fitting masa beli baju, ini lah padanhya...baju ku labuh dan besar....apa boleh buat, pakai jelah sebab nak matching dengan husband...huhu..

Sebelum sampai kat Cabel Car kaunter, kita akan masuk ke satu kawasan yang dikenali sebagai Oriental Village...kiranya Oriental Village ni macam pintu masuklah...apa yang menarik kat sini ianya dikelilingi dengan bangunan-bangunan cantik yang bewarna merah dan kuning, tasik, jambatan dan kedai-kedai seolah-olah kita berada di satu perkampungan moden...bergambar sket-sket je dulu sebab nak beratur beli tiket naik Cabel Car...
Tapi malangnya cuaca agak buruk di atas gunung sana..cabel car boleh naik tapi pelancong tak dibenarkan pergi ke sky bridge sebab licin baru lepas hujan...demi keselamatan, benda-benda macam ni harus di jaga sebelum terjadi apa-apa kan..even kalau angin kuat sket pun, cabel car takkan berjalan...boleh tengok dari bawah kabus agak tebal di atas gunung...so saya decide datang lain kali lah...rugi kalau naik tapi tak boleh pergi sky bridge....


Tanpa membuang masa, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Underwater World yang berada di Pantai Chenang...sebelum sampai singgah kat Pearl Habour Pantai Kok cuci mata tengok kapal mewah..tapi hujan plak turun...memang cuaca betul-betul tak bestlah hari tu...sampai kat Underwater World dah tengahari so apalagi kita  lunch dulu lah sebelum masuk dalam...nama retoran lupa tapi ada ikan bakar..rasa makanan bolehlah...buat hilang kenyang....


Bayaran masuk untuk Malaysian RM 28 seorang...ini kali kedua jugak saya masuk dalam so tidaklah berapa excited seperti kali pertama...husbandlah yang excited sebab dia nak amik gambar...tak  taulah kenapa tiba-tiba kan suka amik gambar...kenapa ek...(^_^)

First masuk boleh jumpa dengan cik penguin yang comel ni...jalannya terkedek-kedek...tapi kesian hidup tak bebas seperti kawan-kawan yang berada di luar sana...tak boleh berjemur di bawah cahaya matahari...menurut informasi, penguin-penguin di sini di ambil sendiri dari antartika  oleh rombongan bekas PM kita, Tun Dr.Mahathir...

Dikenali sebagai African Penguin atau juga dipanggil Blackfooted Penguin...agaknya sebab kaki dia hitam kut..hehe...boleh dijumpai di luar pantai Southern Afrika...



Olor-olor...comelnya dia...tapi nak pegang mestilah tak boleh...tak tau tengah buat apa...tido ke atau berjemur....nama dia Rockchopper Penguin..tempat tinggal asalnya di kepulauan Sub-Antartika..


Tak dapat pergi antartika , snap gambar kat sini pun jadilah...gambar ni di ambil oleh jurufoto yang ada kat dalam tu..diaorang pandai buat bisnes...mereka dah siap sedia tunggu kita dengan kamera ."nanti kalau akak nak keluar boleh beli gambar ni kat kaunter..kalau taknak pun takpe..." ayat penting orang bisnes...tapi diaorang tolong amik jugaklah kalau kita nak guna kamera kita sendiri..takkan nak cakap tak boleh kan..:)


Sesiapa yang suka tengok hidupan bawah laut di sini lah tempatnya...memang cantik-cantik makhluk ciptaan Tuhan...


Alkisahnya stand kamera hilang then husband macam bengang sketlah...konon-kononya kecik hati lah sebab bukan sengaja kan...jalan-jalan seorang diri bawak hati yang lara...tiba-tiba dia datang pujuk ajak bergambar...jadilah hasil gambar macam ni...

Ohh...tiba-tiba masuk bahagian fosil teringat zaman belajar dulu...kena hafal setiap sampel dan nama fosil...Gastropod, Ammonite, Trilobite, Bivalve, Foraminifera dan macam-macam lagi nama pelik..itu tak termasuk mikrofosil dan fosil dinosour...

Ikan di mana-mana..atas, tepi, belakang, depan..kat bawah je takde...

Bila keluar nak gi kat parking kereta, lalu depan The Zone Duty Free Shopping Complex...tak masuk pun sebab dah tau dah..kata je duty free tapi harga mahal dari tempat biasa jugak...dah terkena masa kat johor dulu...baik shopping kat kuah nanti...

Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih...so it's time to check-in hotel before we continue to our next destinantions...tunggu...(^_^)

14 March 2012

Langkawi Here We Come Again-Part 1

Assalamualaikum...

Selepas 2 minggu lesap, hari ni saya muncul balik dengan entry yang tak berapa nak fresh lagi dah....sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana...habis masa duk fikir last-last jadi cerita basi..hehe...

Okeylah...biar saya mulakan dari awal yer...sebenarnya percutian ke Langkawi kali ni dibuat tanpa perancangan awal...masa tu husband ada kat offshore...seperti kebiasaanya, 2  minggu sebelum husband balik rumah dia akan tanya..."yang..abang cuti kali ni kita nak gi mana?"

Saya ni pantang kalau husband tanya bab-bab percutian ni....mula-mula saya decide nak gi Melaka je..lepas tu Bukit Merah Laketown Resort..eh tiba-tiba tukar fikiran sebab rasa mcm bosan je kat situ...kebetulan Air Asia ada harga promosi, apalagi saya pun booking tiket pergi balik ke Langkawi selama 3 hari 2 malam...kata je promosi tapi dah campur tax, campur bag, campur seat jadi 400 lebih jugak...cuti-cuti bajet ke laut....:)


Beberapa hari sebelum pergi bercuti, sempat window shopping beberapa helai t-shirt just untuk pakai kat sana nanti...kebetulan ada promosi 1/2 price...

 Bayar time...confident je amik baju seluar tak try lansung...husband ada jugak masuk fitting room..saya main sambar-sambar terus pergi kaunter...

Entah kat mana silapnya...tup-tup sehari sebelum berangkat saya demam panas...malam sebelum tido dah rasa sejuk semacam je..bila bangun pagi nak gi keje hari Jumaat tu rasa sakit satu badan, sakit tekak, sejuk sangat-sangat..tapi kuatkan hati jugak gi kerja sebab nak cuti lama kali ni takut keje bertangguh banyak...sempat duk ofis setengah jam je kut lepas tu saya dah tak tahan..sakit kepala makin menjadi-jadi...last-last balik pergi klinik jumpa doktor....dapat MC satu hari....


Balik rumah husband bagi makan ubat...teringat masa time dia demam hari tu saya cakap kat dia jangan ikut sangat demam tu..kali ni amik hang!! kena kat batang hidung sendiri....balasan Tuhan bagi terus kat dunia je..huhu...rasa mcm dah tak boleh nak bangun lansung dah masa demam tu...kat dalam panas Tuhan je tau...makan ubat doktor pun tak jalan...last-last  lepas balik semayang jumaat  husband belikan ubat active fast...demi nak pergi bercuti sanggup ku telan jua..sebenarnya tak suka sangat ajar badan ni bergantung pada ubat...nasib baiklah malamnya ok sket walaupun ada batuk-batuk dan selsema lagi...
Pukul 4.30 pagi bangun mandi cepat-cepat bersiap...taxi sampai dalam pukul 5.30 pagi terus gerak ke LCCT...sampai LCCT lebih kurang pukul 6.10 pagi tengok-tengok dah bersesak orang ramai..eh..diaorang ni tido kat sini ke....lepas check in, terus ke surau untuk solat subuh...elok je saya keluar dari surau, husband cakap kami dah lewat...saya tengok jam.."eh...lambat lagi lah...apa yang lewatnya". Sekali tengok-tengok orang dah takde..kami adalah antara orang yang last..fuh nasib baik tak kena tinggal...inilah muka orang yang baru sihat sket...muka excited nak bercuti...hehe...
So pada tanggal 3 March 2012, tepat jam 7.30 pagi berlepas lah kami suami isteri menuju ke Pulau Langkawi, pulau yang penuh dengan kenangan masa honeymoon pertama kali dulu...seperti biasa, dalam flight saya lebih suka pandang ke luar tingkap dari pandang husband sendiri...jahat kan..:p. .kalau tak nampak apa-apa kat luar baru lah cari husband kat sebelah kan...hehe....

Finally, setelah lebih kurang 1 jam berada di atas awan...lebih kurang pukul 8.30 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi..ketibaan kami disambut hujan renyai-renyai seolah-olah tidak merestui kedatangan kami...cewah..pandai je kan...agaknya baru lepas hujan lebat...nasib baik Air Asia ada sediakan payung untuk para penumpang..tapi ada orang tu kan dia pi amik payung kecik untuk budak-budak tu...adoiii....nasib baik hujan rintik-rintik je....:)

Sementara tunggu beg, husband setel pasal kereta sewa..jangan risau sebab kat dalam airport ada banyak kaunter....kami pergi bukan musim cuti sekolah so tak risau sangatlah pasal kereta sewa ni...kereta memang banyak dan kami siap dapat harga promosi lagi...kami cuma mintak saga BLM, tapi  masa gi amik kereta dapat nissan sentra..bayar untuk 3 hari RM200 sahaja.memang berbaloi-baloilah....

Tapi kalau musim cuti sekolah atau Peak Season jangan sesekali buat mcm ni...harga kereta kancil saja pun RM100 untuk satu hari...make sure kena booking awal-awal...nanti tak pasal-pasal gi jalan-jalan naik basikal je...:)

Cerita pengembaraan seterusnya akan bersambung di entry yang akan datang....wassalam...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...