19 June 2015

Tak Semua Orang Tahu, Tak Semua Orang Faham..

Assalamualaikum....

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30 am..dan aku masih lagi di depan laptop mengerah kepala otak siapkan kerja ofis....

Sebelum aku terlupa, aku nak ucapakan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dariNya..

Ah...rindunya aku pada blog sendiri...rindu untuk berceloteh..rindu untuk berkongsi cerita...berkongsi rasa..tapi aku kini tak punya masa dan kesempatan seperti dulu..

Di pejabat, tak usah cerita la...kiri kanan tanggungjawab yang harus aku selesaikan...sehinggakan aku rasa waktu 24 jam tu terlalu pendek..kalau la dalam satu hari ada 40 jam...

Rutin harian aku...seperti biasa pagi-pagi lepas aku dah bersiap baru kejutkan si kecik..mandikan dia dalam keadaan aku dah bertudung dan berbaju kemas untuk ke pejabat bukan satu perkara mudah...air terpercik pada baju, tudung dah elok-elok jadi senget benget...dengan nak pujuk dia gosok gigi lagi..memang betul-betul menguji kesabaran aku...

Kenapa aku tak siapkan dia dulu lepas tu baru aku bersiap? sebabnya nanti time tengah tunggu aku bersiap, Khasif dah berada dalam keadaan sedar..masa tu dia akan ingat segala mainan dan buku dia..masa tu la nak main, nak color2...nak tengok kartun dulu la...makanya makin bertambah lambat la aku ke pejabat..so better aku bersiap dulu.

Dah hantar anak ke sekolah, aku bergegas ke ofis...boleh dikira dengan jari aku sampai sebelum 8.30 pagi...selalunya 8.40- 8.45...tapi takpela...aku ganti balik waktu petang 15 minit yang aku dah ambil dari majikan...mungkin pada sesetengah orang, aku selalu sampai lambat..

Yang itu orang nampak..TAPI YANG ORANG TAK TAU...malam-malam aku tidor lambat sebab siapkan kerja ofis...almost every week aku bawak balik kerja lagi-lagi kalau ada tender masuk...yes..korang faham-faham sendiri la kalau kerja tender ni ada dateline...kalau tak sempat siap sape nak jawab? entah-entah tak sempat nak jawab ko kena buang kerja...so nak taknak kena bawak balik kerja...

Kalau time husband takde..aku kesian kat Khasif...kalau aku tengah mengadap laptop tak layan dia, dia datang....

"Ibu buat apa tu?"

"Ibu tengah work..."

"Ooo..ibu tengah work..."

Itu kalau time dia faham...tapi kalau dia dah bosan untuk faham dia akan cakap..


"Ibu..jomla duduk sini..." ajak aku duduk depan tv temankan dia..

Takpun dia ajak..

"Ibu..jomla main horse...."

"Ibu..jomla color-color.."

Kalau aku buat-buat tak dengar.....

"Ibu...oooo ibu.......cakapla........"

Bayangkan anak sebesar tu, seusia 2 tahun 7 bulan dah boleh rasa terabai...so nak taknak aku teman dia dulu...lepas dah tidorkan dia pukul 10.30 - 11.00 malam, baru aku sambung kerja balik...

Kalau time babah dia ada, ok alhamdulillah sebab dia ada teman kat rumah..babah akan layan apa saja kehendak dia...tapi masa aku dengan husband camne plak?

Selalu je aku buat kerja lewat malam kat bawah..husband offerkan diri nak teman aku...dia tengok tv sampai tertidor...last-last aku suruh dia naik dulu tidor kat atas..aku sambung buat kerja sorang-sorang....

Husband memahami? erm.......ada jugak time-time dia tak faham...

"Hari ni sayang balik lambat lagi ke?"

"Hujung minggu ni sayang nak gi ofis jugak ke?"

"Bawak balik kerja ofis lagi hari ni?"

Itula soalan-soalan husband yang kerap aku dengar dan aku rasa macam sindiran...kadang-kadang aku cakap kat dia, bukan saja-saja aku nak buat semua tu...aku buat semua ni untuk company..untuk job dia jugak...dan aku rasa setiap orang dalam company masing-masing ada peranan penting...

Gitulah aku nak citer keadaan aku sekarang...kekangan masa...untuk diri sendiri dan untuk family...

Tapi aku tak menyesal dengan kerja aku sekarang..no regret..sebab aku rasa makin hari makin aku belajar benda baru...timba pengalaman dan cabaran baru...

Aku bukan nak jadi hamba kerja...aku cuma nak buat sesuatu yang terbaik untuk company..selagi aku mampu aku akan berusaha...tipula kalau aku cakap tak penat, tak letih...mestila ada..tapi aku percaya dan aku cuba tanam dalam diri, kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengeluh, InsyaAllah ada ganjarannya nanti... 

Beri aku sedikit masa lagi...sampai masanya aku akan move on dalam kerjaya aku... InsyaAllah doakan yang terbaik untuk aku dan family...

Sekian, wassalam...

# Selamat Bersahur....

# Bulan puasa kena banyakkan sikap sabar yer...apa guna berpuasa tapi gelojoh yang amat..sabarlah....orang lain pun puasa....bukan awak sorang je puasa....

# Jaga mulut, jaga hati, jaga pandangan... 


04 June 2015

Bila Anak Demam..

Assalamualaikum...

Semalam aku EL sebab Khasif demam..

Actually hari Isnin pagi dia gi school cam biasa..tup-tup tengahari Teacher call katanya suhu Khasif 39..lepas makan tengahari dia muntah-muntah..masa tu aku kat ofis tengah siapkan kerja penting yang perlu dihantar segera..

Aku kalau bab anak ni memang aku terlebih concern...yes, memang nampak aku tegas dan garang dengan anak berbanding husband...tapi kalau anak tak sihat, aku memang susah hati..aku sanggup berjaga malam semata-mata nak jaga dan monitor keadaan anak..itu perbezaan seorang ibu dan seorang ayah...^_^

Berbalik kepada keadaan Khasif...lepas Teacher dia call, aku terus jumpa bos bagitau aku half day hari ni sebab anak demam..nak bawak gi jumpa doktor...

Sampai school, tengok-tengok Khasif tengah duduk diam dengan kawan dia..rupanya kawan dia pun demam lagi 2 orang...no wonder tiba-tiba dia demam...

"Saya baru lepas mandikan Eisya kak.. suhu dah turun sket...tadi panas sangat badan dia..batuk-batuk sampai keluar semua makanan dan susu dalam perut..kesian dia kak" teacher dia inform..

Alahai anak...nampak je ibu dia terus datang peluk aku...mata dan hidung merah..hidung dah berair-air...tapi bila aku cek dahi dia tak panas sangat...maybe sebab lepas mandi..cepat-cepat bawak dia gi klinik..

Selalu aku refer Khasif ke UMRA atau DEMC sebab rekod Khasif memang ada kat sana dan Paed kat sana pun dah kenal Khasif..tapi kali ni sebab emergency aku nak sampai klinik cepat aku singgah je klinik area ofis...


Sampai-sampai, staff klinik suruh isi borang..aku isi la bagai nak rak..dah isi, baru la dia bagitau.."akak balik dulu yer..nanti kami SMS..patient ramai lagi tengah tunggu turn..rasa dalam 2 jam lagi baru boleh jumpa doktor"

Alahai tak cerdiknya klinik ni...boleh plak suruh aku balik rumah dulu dalam keadaan anak aku demam macam ni...siap nak SMS kalau dah nak sampai turn..apa benda SMS je dik...tengah emergency macam ni takde makna aku nak tunggu SMS ke apa...nak balik rumah rilek-rilek dulu...lebih baik biar je aku tunggu dalam klinik tu...at least bila ada kat klinik, apa-apa hal jadi senang dik doktor ada kat klinik...


Cuma maybe perlu cakap macam ni..
"patient ramai kak so lambat sket kena tunggu.." gitu...takdela aku sakit hati dengar balik dulu rumah la, SMS la..ingat main-main ke....

Aku blah keluar dari klinik tu...macam-macam la...

Terus ke Klinik Menara kat area bukit jelutong..tak sampai 5 minit aku tunggu, dapat jumpa doktor...nampak tak dik?? 

Dah dapat ubat, balik umah...tapi Khasif demam pun aktif...main sana sini..malam tu baru la nampak dia tak bermaya...sebelum naik tidor, dia muntah-muntah habis keluar semua isi perut...kesian..habis baju dan seluar kena muntah...angkat gi bilik air biar dia muntah semua..

Lepas dah basuh badan dan tukar baju, aku bagi makan ubat demam dan antibiotik...mula-mula dia taknak...aku cakap best..ni aiskrim pink..ni aiskrim white...dia macam teruja la bila dengar ibu cakap aiskrim...

"Kalau adik taknak..ibu nakla..." aku buat-buat nak suap masuk mulut aku...

"No..no..eisya nak..eisya nak..." hahaha...umpan aku menjadi...alhamdulillah dia makan ubat demam dan antibiotik tu dengan senang sekali..siap cakap nak lagi tu....'ais krim' punya pasal....kih kih kih...

Malam tu dia tidor mula-mula lena..kipas pun aku bukak no 3 je..dalam pukul 1 pagi dia batuk-batuk...aku bab dia batuk ni la aku lemah sket...sebab dia ada sejarah batuk teruk malam-malam sampai kena masuk hospital...aku tepuk-tepuk belakang sampai dia lega..tinggi kan bantal...dia lena kejap...

Pukul 4 pagi berulang balik batuk-batuk...aku tepuk-tepuk, lepas tu dia lena sampai pagi...malam tu aku tak tidor sangat, tidor-tidor ayam sebab nak pantau keadaan dia..beginilah kalau jadi independent mother...tak boleh gilir-gilir dengan husband..

Pagi selasa, aku cek suhu dia panas gak sket-sket...tapi tak teruk macam malam tadi...disebabkan aku ada kerja urgent yang perlu dihantar, aku terpaksa hantar Khasif ke school jugak...aku perlu masuk ofis siapkan kerja..aku dah tanya teacher yang jaga Khasif, boleh tak aku hantar Khasif sekejap..aku takde pilihan..

Dia cakap takpe hantar je kak...saya boleh jaga..tapi kena standby ubat dia dalam beg...aku risau gak nak hantar dalam keadaan dia tak berapa sihat macam tu...owner Taska Khasif tu agak straight sket...dia kalau boleh mana-mana student yang tak sihat sangat, tak boleh datang school takut berjangkit...

Nasib baikla teacher dia memahami keadaan aku...aku mintak maaf sangat-sangat terpaksa susahkan dia..dia cakap takpe..dah jadi tanggungjawab dia untuk jaga Khasif..thank you teacher hanim...budi baikmu akan ku kenang sampai bila-bila...

Kat ofis, aku siapkan kerja...ingatkan boleh siap cepat..tapi petang jugak aku baru boleh submit pada bos...dah siap kerja, cepat-cepat balik nak amik Khasif...teacher dia inform lagi, Khasif  muntah lagi hari ni..makan pun kurang...ayooo...sedih betul la anak tak sihat ni...

Esoknya Rabu (semalamla), aku EL...walaupun Khasif dah tak demam, tapi aku nak pantau jugak keadaan dia kat rumah satu hari...aku stop bagi dia susu...aku cakap elok-elok kat dia sambil pandang mata dia...

"Eisya tak boleh minum susu hari ni..kalau minum susu, nanti eisya muntah..eisya nak muntah ke?"

"Taknak..eisya taknak untah.."

"So kalau taknak muntah, taknak batuk...hari ni tak boleh minum susu yer...minum air banyak-banyak yer"

"Aaa..ibu, eisya taknak minum susu...eisya nak minum air anyak-anyak..." 

"Ok, good girl...esok baru minum susu yer..."  nasib baik Khasif dah reti apa yang aku cakap..^_^

Alhamdulillah..cara aku buat tu berkesan tanpa perlu makan ubat batuk..
  1.  Satu hari, satu malam aku tak bagi dia minum susu.....
  2.  Aku bagi dia makan aiskrim Vanilla tapi jangan banyak..setengah batang je...Vanilla bagus untuk legakan batuk..tapi ingat...jangan berlebih-lebih...bagi makan aiskrim berlebih-lebihan keadaan akan jadi lebih teruk..
  3. Aku bagi dia minum air kosong berbotol-botol...lepas refill, refill, refill...
  4. Tidor malam aku perlahankan kipas..no aircond..
So hari ni dia dah tak batuk..malam tadi tidor pun dah tak batuk..tak demam..dia lena sampai pagi...dah boleh balik school macam biasa...cuma selsema ada la sket-sket lagi...

Begitula cerita tentang anak demam dan batuk-batuk...aku tak kisahla kalau ada tanggapan..alah..anak demam sket pun nak cuti ke...yang memahami je tau camne kalau anak demam..tanyala mana-mana ibu pun, kalau anak demam mesti susah hati..demam memang bagus untuk kuatkan antibodi anak, tapi kalau tak pantau suhu, anak boleh jadi sawan...itu yang parents risau..

Aku taknak sejarah berulang macam tahun lepas...Khasif demam on and off, batuk berbulan-bulan..tapi aku hantar jugak pergi taska...aku pantau pun waktu malam je...siang aku kerja..so dia susah nak recover betul-betul...

At the end, keadaan makin teruk terus kena masuk ward seminggu...pakej dengan penyakit lain sekali..keluar-keluar bill RM10k untuk rawatan Khasif sahaja..fuh...nasib baik Khasif ada insurans..so parents sila amik insurans untuk kebaikan anak-anak kita yer...

Kalau anak demam sket-sket ke, anak demam teruk ke...make sure kena pantau betul-betul...aku ni nak dapat seorang anak bukannya senang...bila Allah dah bagi, kena la jaga elok-elok..apa pun terjadi kat dia, memang aku amik serius...isnyaAllah akan buat yang terbaik menjaga amanah dari Allah ni...

Amin...

03 June 2015

Jalan - Jalan Cari Makan di Kuala Selangor - Part 3 (FINAL)

Assalamualaikum...


Jom aku sambung lagi kisah di Kuala Selangor yang tertangguh hampir seminggu dah..tabahkan hati yer sebab final part ni aku letak banyak gambar....

Sambungan dari 

Sebenarnya petang hari fisrt masa sampai kat area sawah padi Tanjung Karang tu, aku agak kecewa gak la sebab harapan nak tengok sawah padi yang hijau terbentang luas tak tercapai..apa yang ada depan mata cuma sawah padi yang kering, sawah yang dah dituai..dah takde padi..so ingatnya tak perlu datang lagi dah..

Tapi pagi tu sebelum check out hotel, tiba-tiba husband ajak pergi balik kat area sawah padi tu..tak putus asa kekdahnya..alang-alang dah sampai sini, sekurang-kurangnya biarla ada jugak gambar sekeping dua..

So lepas breakfast kat kedai mamak tu, lets go to paddy field...kali ni aku tak masuk ikut jalan semalam...kali ni masuk ikut Jalan Parit 1 Sungai Sireh...dengan harapan dapat jumpa sesuatu yang menarik untuk dilihat..

Drive jauh masuk ke dalam..kiri kanan nampak la rumah-rumah kat sebelah sawah padi...wah..seronoknya kalau tinggal kat sini..kalau kampung aku kat sini, tiap-tiap minggu aku balik kampung agaknya..

Lepas tu husband drive kereta belok ke kiri.. cuba masuk ke lorong yang lebih kecil...tiba-tiba...kami jumpa petak sawah yang masih hijau, masih ada pokok padi yang masih belum dituai...alhamdulillah..harapan termakbul..


Teruja ko dapat tengok sawah padi hijau macam ni...cepat-cepat cari port parking kereta..risau gak takut menghalang laluan orang..jalan kat tengah-tengah sawah padi tu kecik muat-muat untuk sebuah kereta je..kalau bertembung dengan kereta lain, pandai-pandai la adjust jangan bagi kereta jatuh dalam parit..hehehe...


Happy dan teruja dia bila dapat tengok keindahan panorama sawah padi....maklumla tak pernah jumpa...




Babah nak snap gambar pun tak boleh..dia sibuk nak pegang kamera nak snap gambar jugak...



Photographer tak bertauliah...


Gambar ni Khasif yang snap...senyum je pakcik tu tengok gelagat anak aku...nak gi mana tu pakcik?

Kat belakang sana tu la sawah yang dah dituai..mostly kawasan kat sini rupa macam tu la..dah tak menarik kan..tu yang semalam aku tak jadi nak stay kat homestay tengah sawah padi..


Nah lagi aku belanja tengok gambar sawah padi fresh dari ladang...rasa tenang dan damai je...


Tuan blog dan anak tuan blog..ops..jangan komen apa-apa... T_T



Sawah yang dah dituai..zaman sekarang tuai padi dengan mesin padi yang gedabak besar tu..so cepatla proses menuai berjalan...

Lepas tu naik kereta masuk lorong lain plak...


Jumpa lagi sawah padi yang tengah menghijau...meroyan kejap aku turun snap gambar...macam la tak pernah tengok sawah..padahal asal pun kampung yang ada sawah padi jugak..hehehe...

Tapi sawah padi kampung aku dah tinggal sejarah dah sekarang..semua pakat tambun tanah buat rumah...asal aku balik kampung je mesti ada rumah baru yang akan naik kat tapak sawah padi tu..mana tak meroyan aku bila tengok sawah padi camni...


Batas padi dan tali air..

Masa aku dalam kereta nak sampai kat kawasan ni..nampakla sebuah family pakat turun ramai-ramai dalam bendang..tapi bendang tu takde padi..diaorang macam nak tangkap sesuatu kat dalam bendang tu..siap bawak baldi..tak tau nak tangkap ikan ke siput ke atau apa..cam best jer..aktiviti santai sekeluarga nenek atuk, mak, ayah, adik beradik semua turun bendang..



Pegawai Pertanian tengah cek kualiti padi...hahaha...just kidding..

Kalau nak tau, sawah padi kat sini juga dikenali sebagai Jelapang Padi Selangor..bukan kat Kedah je ada jelapang padi yer..


Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan...

Layan gambar...


Khasif dan ibu..




Khasif dan babah..


Tali air..


Senyum tak perlu kata apa-apa..

Dah habis layan keindahan sawah padi, lagi sekali husband aku mengidam..katanya pernah baca kat blog pasal mentarang bakar kat Kuala Selangor..dia nak makan mentarang plak dah.....layan jela orang tengah berbadan dua tu..eh!

Jujurnya aku tak pernah tengok rupa mentarang tu camne..apatah lagi rasa pun aku tak tau camne....tapi aku pernah dengar gakla pasal benda alah ni..husband cakap nak makan kat Faridah mentarang bakar..amboi entah bila dia google pasal faridah ni yer...entah-entah alasan nak makan mentarang bakar tu saja je kut..padahal nak jumpa faridah tu kan..faridah ke fareeda bang?

Mintak tolong waze cari kan...oo..senang je...kedai dia kat sekinchan..straight je dari tanjung karang tu menuju ke sekinchan melalui jalan utama...jom kita ke sana..siap la kalau faridah tu muda bergetah, tau la nasib abang yer....


Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Tanjung Karang, maka kami sampai la di lokasi berikutnya Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan. kedai makan dia besar gakla..siap ada sampan dalam kolam..nak lagi best sambil makan sambil kayuh sampan..


Parking kereta kat dalam kawasan kedai...banner untuk MH370 masih tergantung..semoga kamu aman di sana..

Masa aku sampai tu takde ramai customer pun dalam kedai..cuma 2 orang pakcik dan makcik tengah makan..pukul 12 tengahari siapa la nak makan mentarang bakar yer dok..kalau petang tu lain la...aku ni pun sebab dah nak balik Shah Alam tu yang singgah tengahari tu..kalau malam tu stay sana lagi, aku singgah petang je...


Nak duduk kat bangsal sambil makan bersila pun boleh..tapi aku masuk duduk dalam kedai je...

Dah duduk, datang la pelayan kedai lelaki nak amik order...taraf adik la dengan aku..baru je husband bukak mulut nak order mentarang, adik tu terus cakap mentarang takde hari ni..mentarang dah habis semalam katanya..apakah?? kedai mentarang tapi takde mentarang...kesian hajat en husband nak makan mentarang tak kesampaian..

So tanya adik tu apa yang ada...dia cakap kerang, lokan dan apa ntah satu lagi..husband order kerang + lokan bakar...takkan nak makan tu je? so aku order la satu mangkuk laksa..itu je...cukupla untuk alas perut...perut takde la lapar sangat sebab dah makan banyak time breakfast..singgah sini pun cuma nak rasa mentarang bakar tapi apakan daya...takde rezeki....


Kat atas meja ada air botol warna warni ni..aku tak tau la air gas ke tak..husband minum air hijau tu..dia cakap sedap..aku cam biasala order nescafe ais..


Servis adalah slow...ok takpe...janji laksa sampai dulu...tanpa rasa was-was aku terus ngap masuk mulut...

WHAT THE.....????

Serius aku tak tak tau nak cakap camne...terus tolak mangkuk laksa tu bagi husband...husband aku ingat aku ni "macam-macam la"..dia tau aku cerewet sket kalau kat kedai makan..kalau tak sedap aku memang pot pet pot pet..."hmm...takpela abang habiskan laksa ni.." sambil dia suap laksa masuk dalam mulut..

Sebaik sahaja laksa tu dah dalam mulut dia, dia terus pandang aku...aku pandang dia...hahahaha.....baru tau..serta merta dia stop makan...aku tak tau nak huraikan camne rasa laksa tu....serius rasa laksa ni paling teruk yang pernah aku makan..bukan takat tak sedap tapi macam kuah laksa yang tak siap..

Daun kantan takde, daun kesum takde..asam keping takde..masam, manis, masin, pedas semua takde...aku tak tau apa kejadian sebenar kat dalam dapur...samada tukang masak ni tak ingat kuah dia tak siap lagi ke..atau maybe tukang masak tu pergi toilet, dia lupa nak bagitau kat orang lain kuah tak siap lagi ke..atau tukang masak baru..I don't know what exactly happened..

Tapi memang laksa paling dasyat yang pernah aku rasa...nak je aku panggil adik tadi tapi tak tergamak la plak..so biarkan je kat tengah meja tu...husband baik hati la sangat bagi cadangan nak tapau konon-konon nak jaga hati tuan kedai...takde makna okey..takpe...nanti aku setel...  

Tunggu kerang bakar tak sampai-sampai...air aku dah separuh baru nampak diaorang bakar kerang..


Kerang dan lokan sedang dibakar..


Tak tau la sebab aku datang snap gambar adik ni tengah bakar kerang..so dia tak fokus ke apa..


Hasilnya..tidak begitu memberansangkan..ada yang kurang masak...aku cuma makan kerang je..husband makan kerang dan lokan bakar...bagi tekak aku, rasa dia biasa-biasa nothing special...kat Shah Alam banyak lagi kedai kerang bakar best..tapi tu la macam aku cakap tadi..tak taula sebab aku dah ganggu dia buat kerja tadi ke apa...tapi habisla jugak husband makan...


Sos pun biasa-biasa je...maybe perlu ubah suai resepi supaya jadi lebih sedap..

Dah habis makan, aku panggil adik tadi suruh kira...total semua dalam RM24 kalau tak silap..aku ingat-ingat lupa..tapi yang pasti RM20++..masa adik tu pulangkan baki duit, aku sempat la cakap...

"Adik..sorry yer laksa ni bukan akak taknak makan..tapi tak boleh nak makan...nak tanya la sket..tadi kuah tak sempat siap ke dik?"

Hahahaha.....jahat ke soalan aku...aku dah cakap susun berlapik-lapik dah tu takut dia terasa hati...adik tu terkejut aku tanya macam tu...

Dia pandang kat makcik-makcik tukang masak tengah duduk berbual kat meja tak jauh dari situ..."tak pastila kak....." lambat-lambat dia jawab...

Sebelum aku keluar kedai, adik tu sempat cakap..
"maaf yer kak....."
"Takpe...." aku jawab sambil senyum berlalu masuk kereta...

Aku nak marah pun bukan salah dia...dia cuma amik order je...takpela..at least bila aku dah cakap macam tu, sekurang-kurangnya dia akan bagitau tukang masak untuk tindakan selanjutnya..

Lepas tu terus gerak menuju ke Shah Alam...tapi sebelum tu sempat singgah dulu kat satu tempat yang awesome! sebenarnya masa on the way nak gi makan tadi dah nampak tempat ni..tapi tahan dulu...


Oh yeei! pemandangan sawah padi yang kuning seluas mata memandang...ramai yang singgah sini nak snap gambar..termasuk la aku..walaupun pukul 12.30 tengahari sanggup okey..tapi nasib baik la cuaca tak panas, mendung je..kalau tak, aku fikir dua kali jugakla nak berjemur kat tengah sawah padi tu...


Nampak kat belakang sana? ramai kan...mostly chinese...

Gambar kat atas tadi tu sawah padi area Tanjung Karang..yang ni plak sawah padi area Sekinchan..mostly kat tepi-tepi ni  petak sawah padi milik Chinese...aku perasan kat area sini takde rumah orang cuma ada sarang burung yang besar gedabak belakang sana tu...

Tapi pemandangan kat sini memang terbaik!


Kasut Khasif tercabut plak..


Ultraman..bertukar....sesekali layan anak apa salahnya...^_^


Bertiga di tengah sawah padi...


Padi kat area sini tunggu masa je ni nak kena tuai....


Gigih betul diaorang ramai-ramai jalan masuk ke dalam semata-mata nak shoot gambat cantik...aku main kat tepi-tepi ni je...


Layan....


Sawah padi kekuningan...


Tak lama sangat la aku bergambar kat sini..walaupun takde terik matahari, tapi terasa la jugak bahang kepanasan...tapi aku puas hati..


Sepanjang jalan utama kat area Sekinchan ni jugak terdapat banyak gerai buah-buahan..


Boleh tahan besar buah mangga kat sana...tapi aku tak beli pun...husband cuma singgah beli air mangga dan rojak buah...tapi air mangga tu tak fresh sangat sebab dibuat dengan mangga yang terlebih masak..kena pandai pilih gerai jugakla kat sini..

Kalau nak fresh dan puas hati, beli je buah mangga banyak-banyak balik blend sendiri kat umah..lepas tu aku teruskan perjalanan ke Shah Alam tak singgah mana-mana pun...

Overall aku suka datang ke Kuala Selangor...dan aku rasa aku akan repeat lagi ke sini..banyak lagi tempat makan best yang tak sempat aku nak try..masa aku on the way balik tu, jumpa satu lagi kedai mee udang..rasanya macam kena try sebab ramai jugak makan kat situ...


Aku nak try coconut shake, cendol bakar, lempeng pisang bakar, satay hut..nak try jugak makan kedai seafood yang lain..of course seafood kat Kuala Selangor ni fresh-fresh...dan yang paling penting aku nak bermalam kat homestay tengah sawah padi...insyaAllah kalau panjang umur...

Jumpa lagi kawan-kawan..bye-bye..

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...