15 March 2013

Jauhi 15 Bahaya Lidah

 Assalamualaikum..

Hari ni turn saya bagi tazkirah jumaat kat ofis....terjumpa satu artikel menarik untuk kita sama-sama baca dan muhasabbah diri...

Jauhi 15 Bahaya Lidah Yang Boleh Mencampakkan Seseorang ke Neraka Jahanam

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang tetapi lidah boleh mendatangkan dua akibat (kesan) yang besar iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Jika digunakan dengan baik dan jujur maka lidah akan membawa pelakunya insya Allah ke syurga atau sebaliknya lidah yang disalah gunakan akan membawa pelakunya ke neraka. Nabi SAW pernah memberi isyarak kepada sahabat bahawa dua anggota manusia yang banyak membawa ke neraka iaitu lidah dan kemaluan.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)


Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnya lah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".

Terdapat 15 bahaya yang timbul akibat ucapan (lidah) yang membawa pelakunya ke neraka, perkara tersebut adalah seperti berikut :

(1) Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu

Kita hendaklah menahan lidah daripada mengucapkan perkataan yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan dosa. Lidah perlu dibasahkan dengan zikir kepada Allah SWT

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sebahagian daripada bukti keelokan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

(2) Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa)

Bermegah-megah dan menceritakan pada orang lain perbuatan maksiat yang dia lakukan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya , terdapat orang yang disebabkan ucapannyalah ia tergelincir ke dalam neraka yang luasnya antara masyrik dengan maghrib"

Termasuk juga suka berbantah-bantahan dengan orang alim dan tidak mahu menerima teguran dan mempertahankan pendapatnya yang jahil.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Lelaki yang paling dibenci Allah ialah lelaki yang suka perbantahan dan permusuhan".

(3) Bercakap membuta tuli (tidak ikut hukum Islam dan bercakap tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya)

Nabi SAW telah menyatakan bahawa orang yang paling dibenci dan jauh tempatnya dari baginda pada hari kiamat nanti, ialah orang yang banyak bercakap tapi tidak tentu arah kerana ia tidak berfikir sebelum bercakap.

(4) Memaki hamun dan cakap kotor

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Bukanlah beriman orang yang suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor".

Nabi SAW berpesan kepada Sayidina Ali k.wj. maksudnya :

"Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri."

"Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya."

"Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

(5) Nyanyian

Nabi SAW telah memperingatkannya melalui sebuah hadis yang bermaksud : "Nyanyian akan menumbuhkan kemunafikan di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan sayur-sayuran". (Hadis Riwayat Baihaqi dan Ibnu Abu Dunya)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Selagi akan ada di kalangan umatku orang-orang yang memakai (menghalalkan) kain sutera dan nyanyian"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 6 yang bermaksud : "Dan sebahagian manusia ada yang membeli percakapan kosong (lahwal hadis) untuk menyesatkan (orang lain) daripada Allah."

Apabila ditanya Ibnu Mas'ud makna 'lahwal hadis' dalam ayat tersebut, beliau mengatakan 'nyanyian' bukan yang lain.

Nyanyian yang dimaksudkan di sini adalah nyanyian yang melekakan daripada mengingati Allah SWT. Senikata lagunya membenarkan perbuatan maksiat. Penyanyinya pula seorang wanita yang mendedahkan aurat, berhias , menggunakan suara yang merdu dan mempersonakan.

Tetapi sekiranya nyanyian tersebut berunsur dakwah, tidak melalaikan kewajipan, tidak menghalalkan yang haram dan nyanyian itu dilakukan oleh lelaki atau mahram kaum lelaki dan tidak nyaring serta tidak diiringi dengan sesuatu yang haram.

(6) Bergurau
Bergurau tidak berdosa selagi gurauan itu tidak melampau batas, kerana Nabi SAW sendiri pernah bergurau tapi tidak pernah terkeluar daripada memperkatakan yang benar. Itu pun jarang dilakukan Nabi. Pada umumnya , banyak bergurau akan mengurangkan ketenangan dan boleh menumbuhkan kedengkian, tapi gurauan yang sedikit atau sekadar menghilangkan kebosanan, tidak mengapa.

(7) Mengejek atau memperolok-olokkan

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)

Diriwayatkan bahawa ayat diatas diturunkan kerana utusan Tamim telah menghina golonqan fakir miskin dari kalangan sahabat Nabi SAW. seperti Bilal, 'Ammar, Shuhaib, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Salman Al Farisy, Salim maula Abi Huzaifah dan lain lain.

(8) Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumpah palsu termasuk perbuatan yang mendapatkan azab besar. Selanjutnya, dalam suatu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. disebutkan, sumpah palsu termasuk di antara perbuatan yang berdosa besar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Bahkan, masih menurut riwayat Abu Hurairah, termasuk dalam lima dosa besar yang tidak diampuni dengan kafarat ialah sumpah palsu dengan maksud mengambil harta orang lain.

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

(9)  Tidak mengambil undang-undang Allah SWT dalam memutuskan sesuatu perkara.

Golongan yang mengunakan lidah-lidah mereka untuk menggubal, bersetuju dan membahaskan dan meluluskan rang undang-undang ciptaan manusia walaupun bertentangan dengan  al-Quran dan sunnah dan berhukum dengan hukuman yang di cipta oleh manusia sebenarnya golongan ini meletakkan Allah dan Rasul-Nya  dibelakangnya. Al-Quran melabelkan golongan ini samaada kafir, zalim atau fasik.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir" (Surah al-Maidah ayat 44)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang zalim" (Surah al-Maidah ayat 45)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasik." (Surah al-Maidah ayat 47)

(10) Mengumpat.

Ketika Haji Widak, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya darah kamu , dan kehormatan kamu adalah haram atas kamu (mencabulinya) (Hadis Riwayat Jamaah)

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah SAW. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." 

Lalu Rasulullah SAW  di tanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).


(11) Mengadu domba (menghasut)

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba."

Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj: "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

(12)  Lidah bercabang dua

Maksud lidah bercabang dua adalah seorang yang berulang alik di antara dua orang yang bermusuhan, untuk menyampaikan ucapan salah seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi. Tujuannya adalah supaya dia disanjung oleh kedua-dua pihak dan untuk dia mendapat habuan dunia, dan supaya kedua-dua pihak sentiasa bermusuhan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Manusia paling jahat ialah sidua muka, apabila ia mendatangi kelompok  manusia maka ia membawa muka yang satu, dan apabila ia datangi kelompok manusia yang lain maka ia membawa muka yang satu lagi."

(13) Memuji

Ini juga termasuk bahaya yang timbul daripada lidah. Sebab , memuji seseorang yang tidak sepatutnya menerima pujian itu atau pujian yang berlebihan yang tidak sesuai dengan hal yang sebenarnya sehingga jatuh kepada dusta atau memuji orang yang sepatutnya dicela.

Suatu pujian sering membuat orang yang menerimanya besar diri dan ujub, sedangkan Nabi SAW melarang demikian.

Nabi SAW berwasiat kepada Sayidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, ucapkanlah : 'Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, janganlah aku disiksa tentang apa-apa yang mereka ucapkan' . "

(14) Bersumpah setia kepada selain Allah

Allah SWT telah menerangkan di dalam al-Quran bahawa kita tidak boleh bersumpah setia kepada sesuatu sebagai tandingan bagi keagungan atau kebesaran Allah. Sumpah setia seperti itu boleh menjerumuskan orang berkenaan ke dalam neraka.

(15) Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ; "Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan." (Hadis Sahih Riwayat Muslim , no: 4816)

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita menjaga lidah kita supaya sentiasa bercakap benar dan janganlah kita menyempang daripada jalan Allah SWT. Allah SWT  sentiasa bersifat benar, begitu juga para rasul bersifat sidek. Mereka memperjuangkan agama yang benar (Islam) dan mengajak manusia kepada kebenaran.Mereka berjuang melupuskan segala pendustaan, kepalsuan dan kepura-puraan dalam hidup.Mereka memperjuangkan keadilan dan nilai kemanisan hidup berteraskan kebenaran.

Apabila kebenaran di abaikan maka muncullah manusia yang sentiasa menjadikan lidahnya sentiasa buat pendustaan amalan kehidupan seharian. Secara tidak langsung membawa kepada kemusnahan keamanan ummat manusia.Kebenaran tergambar pada sifat ikhlas, jujur dan didikasi.Benar pada niat dan kemahuan fikiran dan tindakkan dan benar pada kata-kata pernyataanya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikkan dan kebajikan itu membawa kepada Syurga. Seorang yang sentiasa berlaku benar, nescaya akan tercatat di sisinya Allah s.w.t sebagai sidek (org yg benar) dan sesungguhnya bohong membawa keburukkan dan keburukkan itu membawa ke neraka. Seseorang yang suka berbohong, nescaya tercatat disisi Allah SWT sebagai kazab(pembohong)''

 Semoga kita semua patuh dan tunduk kepada semua yang disuruh-Nya dan sentiasa diredai-Nya  di dunia dan akhirat dan dimasukan Allah SWT kedalan syurga-Nya.

by Abu Basyer on Monday, April 18, 2011 at 12:03pm

sumber : I LOVE ALLAH ALLAH SWT & PROPHET MUHAMMAD SAW

13 March 2013

Jangan Letak Nama Anak!

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit info dengan readers...artikel ni saya jumpa kat satu forum..satu tambahan ilmu pengetahuan untuk diri saya..tapi kalau sesiapa rasa tulisan dalam artikel ni tidak tepat, tolong perbetulkan saya..

sumber : FORUM




Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!

Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.

"Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama",  kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

 

Baca beberapa contoh kes di dalam tulisan: Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

 

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas!

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

 

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun. 

 
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada. 


Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu 

12 March 2013

Dia Semakin Membesar...

Assalamualaikum...

Hari ni kita tengok ragam Khasif okey..

 Ibu...adik bosan la asyik duk main dengan teddybear kat dalam ni...bila adik tegur dia tak bagi respon pun..takde ke mainan yang best sket?boring la ibu ni....

Eh...apa ni bu? adik mintak mainan bukan tv? tapi kenapa tv ni kecik plak?

Boleh tak adik sentuh? eh..best jugak ni bu.....

Eh? kenapa dah tak nyala lampu dia bu?

 Kak siti..ibu bagi kat adik la...bagi balik adik punyer.....

 Shoh shoh...kak siti gi main jauh-jauh...adik banyak kerja nak buat ni tau....

 Ibu...apa formula untuk tenaga kinetik?

 Ish..susah jugak nak setel projek kali ni bu...kena lompat-lompat...

Adik dah taknak la ibu main dengan benda tu...boring..tengok tv besar lagi best...

Ibu..dah lama adik tak naik stroller...jom gi jalan-jalan nak? :(

 Taknank-taknak..adik taknak turun...adik nak jalan-jalan....

Erm...ibu kena janji bila babah balik nanti bawak adik jalan-jalan naik stroller okey....

BABAH...MISS U SO MUCH....
From your daughter...Khasif Aleesya...
^____^


11 March 2013

Hati Sedang Berperang

Assalamualaikum..

Saya kembali bersiaran selepas 4 hari sunyi tanpa sebarang catatan..bizi kah? hahaha...tidak la bizi sangat..cuma sibuk duk melayan keletah anak yang semakin membesar.......erm..kadang-kadang rasa nak retire awal sebab teringin sangat nak spend time dengan anak kat umah...tapi bila fikir balik, masa depan masih panjang..kerja pun bukan untuk orang lain tapi demi anak jugak...

Maybe masa ni rasa okey lagi kalau husband kerja sorang-sorang..tapi nanti mana tau dapat rezeki anak lagi...sekali dapat TWIN haa camne tu? keperluan pun makin bertambah..duit poket sendiri nak joli-joli sakan pun harus fikir jugak...

Susah-susah belajar lama  perah kepala otak buat tesis bagai nak rak (perah otak ke?hehe). lagipun hutang PITIPITIPU masih belum setel ada hati nak retire awal kan...hahaha..rasanya tidak kut..hati masih boleh bersabar lagi...planning masa depan pun masih banyak yang belum tercapai....kata nak beli istana mana boleh retire awal...eh? ^_^

Ada jugak terbukak hati nak sambung study buat master...tapi mampu ke? otak rasanya berkarat dah lama tak asah...nanti kang tak pasal-pasal anak plak jadi mangsa keadaan sebab ibu stress belajar..hehehe....

Pernah suarakan perkara ni pada husband...you know my husband tu...semuanya dia kata

"abang tak kisah...mana sayang rasa ok abang sokong" 

Hai..semua tak kisah je bang....betul ke? takut luar je husband kata tak kisah, nanti dalam hati macam-macam dia duk fikir...orang laki faham-faham je la...susah jugak dapat husband yang terlalu jaga perasaan isteri ni...kadang-kadang saya risau dalam hati dia kata lain...

Macam masa mula-mula 'berpacaran' dulu..cewah berpacaran tu...hikhik...saya selalu tanya...


"Betul ke awak suka kat saya?saya taknak awak rasa terpaksa dalam hubungan kita.." sebenarnya ayat nak pancing dia..hehehe...

Masa nak kawin pun saya tanya jugak...masa tu panggi by (hubby)..belum abang lagi..

"By betul ke nak kawin dengan sayang? kalau rasa terpaksa by cakap la..sayang boleh terima.." sambil air mata bergenang sorang-sorang...saya kan suka mencetuskan suasana sedih..hahaha...

Heh tersasul cerita dulu-dulu plak..sebenarnya saya nak gambarkan kadang-kadang saya terpaksa pancing ayat-ayat macam tu sebab nak tau isi hati sebenar husband..dia kan jenis yang terlalu jaga perasaan orang sekeliling...so susah nak tau apa yang tersirat kat hati dia, samada dia betul-betul setuju atau sekadar nak jaga perasaan kita...becoz dia sangat susah nak sebut "NO". rasanya husband korang pun macam tu jugak kan...

Kalau sambung study, macam saya cakap tadi la..boleh ke? rasa macam dah berkarat je otak ni..tapi saya rindu jugak suasana belajar..rindu time study untuk final exam...eleh macam terer sangat nak jawab exam sampai rindu-rindu kan..hikhikhik.....memang tak terer sangat pun tapi saya tetap rindu suasana itu...tapi tak suka time duk dalam lab.. ^_^

Hmm...kalau kerja dari rumah best jugak kan? kerja apa tu? KERJA TULIS BLOG....wink wink wink...^_*
 
Dah..cukup lah saya merepek untuk hari ni...sekian terima kasih...
 

07 March 2013

Renovation Blog

Assalamualaikum...

Stress......

Sekarang tengah renovate blog..harap jangan ada yang pening okey..

Nak nangis....widths tak boleh adjust....huhuhu.....

06 March 2013

Anak Dara Saya Makin Lasak

Assalamualaikum...

Lagi kisah tentang Khasif...

Sebelum gi kenduri akad nikah sabtu lepas, Khasif bangun awal..macam tau-tau je ibu nak bawak dia keluar...pukul 7 dia bangun minum susu lepas tu dah tak nak tidor...terbantut hajat si ibu nak sambung tido sampai pukul 8..huhu...

Saya pun angkat turun gi tingkat bawah letak depan tv...masa tu BS Khasif tak turun lagi...saya letak elok je Khasif kat tengah-tengah tilam...lepas tu saya gi dapur kejap nak mesin baju...

Dah setel, saya gi tengok Khasif kat depan TV...OMG, tanjat BOBOY...

Tak tau macam mana dia boleh gelungsur turun dari tilam...separuh badan kat bawah dah...muka selamba je..dengan peyut memboyot terselak baju...bila saya duk bising 'bebel' kat dia, dia ketawa terkekeh-kekeh...ish..ish..budak ni..

Lepas mandi dan pakai baju untuk Khasif comel-comel baru saya gi mandi, bersiap bagai..lepas tu saya suruh BS Khasif gi mandi dan bersiap jugak...masa saya ada elok je Khasif baring atas tilam..

Lepas tu saya masuk dapur kejap buat susu untuk dia...dapur bukan jauh pun...sebelah tu je...masa saya tengok dari dapur okey lagi dia duk atas tilam..behave lagi...eh bila datang balik dah setel buat susu...

BOLEH TAK??? Khasif dah turun bawah...best je dia duk landing macam tu sambil tengok TV citer Upin dan Ipin...yang tak tahan tu, kepala siap lentok kat tilam...nampak dia rilek tak nangis tu maknanya tak sakit la kan..so sempat la snap gambar...hehehe...

Saya panggil...."Adik...." dia pun toleh sambil angkat kepala sket...amboi....belajar dari mana ni?

Lepas tu baru la sibuk nak alihkan badan lepas dah nampak ibu...kejap senget ke kanan..kejap senget ke kiri...takut ibu marah la tu..hehehe....

Hai...lasak sungguh lah Khasif sekarang ni yer..pantang kita tinggal sekejap dah berubah kedudukan...itu belum boleh mengesot lagi tu...agaknya kalau dah boleh mengesot, dia dah tunggu ibu kat depan pintu kut...(^_^)

Kisah Isi Dengan Kuku...Lepas Tu Tercalar...

Assalamualaikum...

Sejak ada anak ni, banyak pengalaman pertama yang saya kena belajar buat..ada part yang saya suka dan ada part yang saya ngeri bila time nak kena buat..tapi kalau saya tak buat, sape lagi yang nak buat kalau bukan ibu sendiri kan...

Salah satunya adalah time nak potong kuku...sejak Khasif lahir sampai sekarang baru berapa kali saya potong kuku dia sebab NGERI...


Potong kuku Khasif sangat mencabar okey...lebih mencabar dari cuci berry dia...hahaha....kalau nak tau, kuku anak dara saya sorang ni kecik-kecik dah runcing macam jari model you...OH OVER SUNGGUH IBU PUJI ANAK SENDIRI..kihkihkih...


Bila potong tak boleh banyak-banyak sebab isi rapat sangat dengan kuku..lepas tu tak boleh potong straight..kena potong ikut bentuk kuku...satu jari amik masa 5 minit..5 jari dah setengah jam...10 jari??? dah la kuku dia jenis cepat panjang...kalau 3 hari tak potong dah panjang macam 2 minggu tak potong kuku...stress mak...(@_@)

Gambar kat atas adalah hasil selepas dah potong..nampak still panjang kan? dah memang takat tu je boleh..kalau pendek lagi habis kena isi...


Jari kaki pulak kecik tenonet...nasib baik kuku tak cepat panjang...kalau tak harus ibu nangis setiap kali nak potong kuku jari kaki...sejak Khasif lahir baru 2 kali saya potong kuku kaki dia...


Inilah kesan nya bila kuku tak boleh potong pendek...bangun tidor pagi ada calar-calar..fresh lagi luka berdarah..siapa yang harus dipersalahkan...ibu atau anak? hehehe....

Lepas kejadian dahi Khasif dah calar balar tu, saya bagi pakai mitten balik..tapi waktu tidor malam je la..waktu siang dah tak pakai metten..tapi still kena pantau..risau gak takut dia tercucuk mata jadi kes lain plak... 

Apa kaitan dengan tajuk???...pffftt.....hehehehe.....

05 March 2013

Happy Birthday My Dear Hubby-4 March 2013

Warkah buat suami tercinta...

~ 4 March 2013 ~


Selamat Hari Lahir buat suamiku insan yang paling dicintai, dikasihi dan disayangi....abang adalah suami, pasangan dan sahabat terbaik yang pernah sayang ada..sayang doakan abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya...

Jutaan terima kasih diucapkan kerana perhatian dan kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi untuk kami berdua...walaupun kita selalu berjauhan, tapi abang tak pernah lupa untuk bertanya khabar setiap hari..perhatian abang terhadap sayang tak pernah berubah baik sebelum kawin ataupun selepas kawin..malah semakin bertambah-tambah...terima kasih abang..

Sayang doakan abang sentiasa menjadi hamba yang beriman kepada Allah, jadi anak yang solleh kepada mak dan ayah, jadi suami dan babah yang mithali..semoga abang berjaya di dunia mahupun di akhirat..semoga abang terus jadi babah yang terbaik untuk Khasif dan suami yang terbaik untuk sayang...

Jika ditakdirkan sayang yang pergi dulu, sayang harap abang jaga lah Khasif kita sebaik mungkin..sayangi Khasif seperti mana abang sayangkan sayang...dekatkan Khasif dengan kedua-dua keluarga, baik keluarga abang mahupun keluarga sayang..

Ya Allah, 
Sekiranya suami ku ini pilihan mu di Arash,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkan lah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu
Peliaharalah tingkah laku ku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya
Amin....

04 March 2013

Si Manja Yang Semakin Manja

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu hari tu saya tak sempat lansung nak update blog...alkisahnya sebab ada majlis akad nikah belah family saya kat shah alam...rombongan bertolak dari Terengganu hari Jumaat..pagi sabtu saya bawak Khasif ke Batu Tiga untuk memeriahkan majlis...hehehe...

Inilah dia pengantin baru kita..majlis akad nikah diadakan di dalam masjid lebih kurang pukul 11 pagi...tahniah Mr.Pezo dan isteri..saya terpaksa sorokkan wajah-wajah mereka sebab tak mintak izin pun post gambar ni kat blog...nanti tak pasal-pasal kena saman plak..hehe....


Sebenarnya entry ni bertujuan untuk berkongsi gambar Khasif yang latest..hehe...sampai je dalam masjid aunty Khasif, SU terus terkam..patut la sebelum saya sampai, berapa kali dia call tanya dah sampai mana..rupanya tak sabar nak jumpa si kecik...maklumlah dah lama tak jumpa...


Rupnya Khasif dah kenal orang sekarang..bila tengok ramai orang @ orang yang dia tak biasa..dia cebik bibir sedih nak nangis..


Tengoklah tu...bersungguh-sungguh dia cebik bibir sedih..


Kenapa adik?? olor-olor..sedih yer...ibu kan ada ni....takmo la nangis....


See..kan saya dah cakap dia ratu air mata...air mata bergenang lebih daripada orang tua..padahal dia tak menangis lagi tu..baru cebik bibir....


Sedih lagi sambil mata perhati tengok orang..siapa la yang ramai sangat ni...selama ni kan cuma tengok ibu dengan Kak Siti kat rumah..babah pun jarang jumpa...hai...nanti adik jangan nangis plak bila tengok babah balik..kecik hati babah...


Dah tak sedih dah...oh yer, baju Khasif saya tak beli yang baru..cuma recycle baju masa kenduri SIL kat Terengganu hari tu..takpe la baju cantik dia sehelai dua je dulu  buat masa sekarang...beli banyak-banyak bukan boleh pakai lama..nanti dah besar baru beli baju cantik-cantik...elakkan pembaziran..^_^

Khasif dapat jumpa sepupu dia, Batrisya..Batrisya ni anak kakak twin saya...dah besar dah pun isya sekarang...

Khasif bersama ibu no 2....kakak twin saya la tu...bila isya nak dapat adik plak? hehe....

Khasif bersama dengan orang yang dia tak kenal...so spontaneously air mata akan bergenang...manja lah sungguh anak ku itu...


Cuaca kat luar sangatlah panas...maka bercampur baur la mood si kecik bila duduk dengan orang yang dia tak biasa...sedih je memanjang...tapi satu je yang saya lega..dia tak terus meraung..dia akan tunjuk muka sedih dulu...kalau saya tak amik jugak, air mata akan berjurai...kalau biar lama sket baru dia start nangis betul-betul...

Petang balik rumah tukar baju sebab cuaca tersangat la panas...sampai berpeluh-peluh si kecik..kelakar tengok Khasif bila letak je sebela Tokki dia (my father)..Khasif cebik bibir nak nangis...alahai anak...bukan orang lain, tokki adik tu..kesian tokki datang jauh-jauh nak main dengan adik...

Itulah dia citer anak dara saya sorang ni...baru nak masuk 4 bulan dah pandai kenal orang...camne nak hantar nursery ni...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...