26 December 2010

Azam Seorang Isteri...

Pejam celik pejam celik tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke tahun baru 2011...2010 akan berlabuh dalam masa 5 hari saja lagi..sekejap je masa berjalan kan..erm..tahun baru mestilah semua orang ada azam baru..azam tahun ni dah tercapai ke? hehe....=)..


Alhamdulillah..saya bersyukur sebab tahun 2010 semua perkara berjalan dengan lancar...walaupun ada jugak sekali sekala dugaan yang datang tapi tidaklah terlalu berat..dugaan dan halangan yang datang sebenarnya banyak memberikan saya semangat dan keyakinan diri...kalau takde dugaan, bukanlah kehidupan namanya...betul tak...


Azam saya ingin menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sekarang...bukan bermakna sebelum ni saya ni isteri yang jahat....tapi kadang-kadang tu nakal jugak...hehe..katakan husband mintak saya urut kaki ke, urut tangan ke...selalunya ada je alasan saya bagi...padahal malas...;p..teruk kan saya...tapi bila mak mertua boleh plak saya rajin urut sampai lenguh-lenguh tangan..nak ambik hati punya pasal..;D..

Saya bertuah mempunyai seorang suami yang sangat memahami..yang boleh bertahan dengan perangai saya yang macam-macam kerenah ni...cerewet, suka merengek, garang tapi manja jugak, suka diberi perhatian dan macam-macam lagi lah....tapi percayalah..walau macam mana pun sikap saya tapi saya cuba untuk menjadi isteri yang terbaik dalam masa setahun usia perkahwian kami...


Tipulah kalau saya kata setahun usia perkahwinan kami takde pergaduhan dan perselisihan faham...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri...kalau ikutkan masa awal-awal usia perkahwinan kami banyak berlaku perselisihan faham berbanding sekarang..yelah, masa tu kan masing-masing tak dapat menyesuaikan diri lagi dalam 'alam' baru...masing-masing cuba tegakkan kebenaran, masing-masing ada ego sendiri...siang beromantika, malam bergaduh besar..kalau malam beromantika, siang plak bergaduh..=)

Puncanya bukan besar pun...ada tu sebab cadar katil tak tegang..saya marah husband..husband apa lagi..tunjuklah ego seorang lelaki...maka berlakulah pertengkaran..lama kelamaan kami semakin matang...dah boleh menyesuaikan diri...takde lagi gaduh sebab perkara-perkara kecik...kalau ingat balik, kelakar pun ada..pasal cadar pun nak gaduh....=)
Saya berazam untuk menjadi isteri yang lebih banyak bersabar dan bersyukur...bersabar dengan segala ujian yang mendatang..bersyukur dengan rezeki dan pemberian dari suami...ustaz kata, kalau kita sentiasa bersyukur..Allah akan tambahkan nikmat kepada kita suami isteri...saya berdoa, saya boleh buat suami sentiasa tenang dan bahagia bila berada di sisi saya..tak kira waktu susah atau senang...itu harapan saya...

Semoga kehadiran 2011 ni bawa 'sinar baru' untuk kami berdua..diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata yang comel...insyaAllah..akhir sekali...SELAMAT DATANG 2011....

Kisah Cinta Agung Muhammad dan Aisyah..

Suka saya malam ni untuk berkongsi dengan semua pembaca..kisah tentang cinta Rasulullah dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aishah...siapakah Aishah? beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq, sahabat Rasulullah...Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w.. Aishah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah...apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai.."Aisyah" jawab Nabi...

Bagaimana hebatnya kisah cinta mereka sebagai suami isteri? Jom kita hayati bersama kisah cinta mereka...

KISAH 1
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya...
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..

Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..

"Adakah kamu merasa puas?"

"Belum ya Rasul" jawab Aishah...

Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..

Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...

KISAH 2
Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri..
"Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.."
KISAH 3
Aisyah r.a bercerita..
"Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.."
KISAH 4
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa untuk beliau..
"Ya Rasul, doakan lah aku"
Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa yang terang mahupun yang tersembunyi.."
Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah lalu Rasulullah bertanya..
"Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku tadi?"
"Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia dengan doamu ya Rasul" jawab Aisyah..
KISAH 5
Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..
"Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku.."
Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..
"bagaimana kamu boleh tahu?"
Jawab Rasulullah.."Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim"
Kemudian Aisyah berkata.."Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja.."
Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah semula..tapi dari kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin segera menghilangkan perkara yang boleh membuat Aisyah marah..
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah cinta yang berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah dan isteri tercinta, Aisyah r.a..tapi saya tak mampu nak catat kesemuanya di ruangan ini..apa yang saya boleh simpulkan..Nabi s.a.w sentiasa lemah lembut ketika bercakap dengan Aisyah, merasa tenang dan bahagia jika dekat dengannya sehingga Baginda juga mengetahui perkara yang disukai dan dibenci Aisyah..
Moga-moga kita semua dapat mengambil teladan yang baik dan contoh yang baik daripada kisah Nabi junjungan..sentiasa cambahkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga agar kekal bahagia hingga akhir hayat...insyaAllah...
#sumber dari buku "Aisyah R.A Isteri Pilihan"-Ahmad bin Salim Badawilan..

25 December 2010

Happy Dapat Laptop Baru....

Alhamdulillah...akhirnya hajat saya nak pakai laptop sendiri tercapai jugak...:). sebelum ni cuma guna pc kat ofis..kalau husband tak gi keje, boleh guna laptop husband..tapi bila dia takde gi offshore.. mati kutu saya di buatnya...lepas ni senang lah saya nak update blog kat umah time husband takde..hehe..=)

Dah lama sebenarnya saya nak beli...masa husband ada kat umah hari tu lagi...tapi masa tu banyak sangat halangan yang datang..lepas satu halangan, datang pulak halangan seterusnya...dah setel yang itu, yang ini plak tak setel...last-last saya pendam dulu biar setel sume halangan tu...akhirnya berkat kesabaran yang tinggi (cewah), berjaya jugak akhirnya..hehe..



Sekarang ni senang sket bila berjauhan dengan husband...kalau kat umah, saya boleh berhubung dengan dia melalui online...yelah, kat sana mana boleh bawak handset..kalau sebelum ni, nak bercakap dengan husband kena tunggu je lah dia call..kadang-kadang tu sampai menangis sebab risaukan dia..tak tau camne keadaan...sekarang dah tak risau lagi....kalau husband tak boleh call, dia boleh online..sayan pun boleh online...suka..suka....=)


Ok lah..lapo ni..tak makan pun lagi hari ni...saya nak masak dulu..apolah yang ado kat dapo tu ek..dah petang baru nak cari makanan..huhu....


22 December 2010

Cerita Tentang Saya dan Dia...

Minggu ni tiada apa-apa yang menarik berlaku dalam hidup saya...bersendirian kat rumah terasa kosong..pagi pergi kerja...petang balik kerja...sampai rumah pusing kanan pusing kiri...sunyi...(^.^)


Biasanya kalau husband ada, saya jadi seorang yang sangat suka bercakap...balik rumah jumpa husband je, pot pet pot pet cerita itu ini..masa makan pot pet pot pet mengadu itu ini..masa dalam kereta pot pet pot pet jugak...saya akan senyap masa tido je...masa tulah husband boleh tengok tv dengan aman..hehe...


Kadang-kadang kalau saya senyap...husband plak akan tanya kenapa saya senyap....dia pelik katanya... kalau saya senyap maknanya ada lah tu yang tak kena...=) tapi terus terang saya bagitau...saya cuma banyak cakap dengan husband saya je...kalau dengan orang lain...secara automatik saya jadi kekurangan idea untuk bercakap..kadang-kadang tu takde idea lansung....


Saya perasan ada perbezaan bila saya bercakap dengan husband dan bercakap dengan kawan-kawan...kalau husband, bila saya bercakap dia akan dengar dan bagi tumpuan sampai habis saya cakap..lepas tu dia bagi respon apa yang saya cakap..kalau kawan plak...bila saya bercakap..dengar tu dengar tapi tak bagi respon apa yang saya cakap tu...terus dia tukar topik..ada tu sibuk duk bermesej bila saya bercakap...yang sakit hatinya time dia bercakap boleh plak berhenti mesej kejap..sebab tulah saya malas nak cakap banyak...


Sebab tu kut tak ramai kawan rapat yang saya ada...kebanyakan tak 'masuk' dengan jiwa saya...takde kesefahaman orang kata..kalau berkawan biasa-biasa tu ramai lah ..tapi kalau yang betul-betul close tu boleh dibilang dengan jari saja...pernah saya berkawan dengan seorang yang mengaku dia ni seorang model walhal saya tak pernah tengok muka dia kat mana-mana majalah atau tv sekali pun...bila bercakap dengan dia, topiknya sama setiap hari..LELAKI...lelaki tu ganggu dia lah..lelaki ni suka dialah..kawan lelaki dia bergaduh sebab nak berebut dialah..datuk ajak keluar lah..bekas bos (lelaki) asyik call dialah...pelakon lelaki tu kawan dialah..pemain bola sepak (lelaki) tu ex-bf dia lah..ergh...BOSANNYA...MISS, YOU ARE NOT HOT AS YOU THINK OKEY..


Kalau saya bercakap dengan husband...saya boleh cakap apa saja yang saya suka...=). pasal family...husband bagi respon...pasal ofis...husband bagi respon...pasal blog..husband bagi respon..pasal rancangan tv..husband bagi respon...sebab tu saya suka bercakap, berbual, berbincang, mengadu kat husband saya apa saja...dia tak pernah tolak topik yang saya utarakan..


Tapi jangan salah faham...tak bermakna saya konker semua sampai tak bagi husband bercakap...mestilah give and take...baru harmoni rumahtangga kan...selalunya kalau saya cakap banyak..mesti ada benda atau perkataan yang saya salah sebut...bila husband dapat tangkap kesalahan tu...dia akan mengusik..lalu terhasil lah lawak jenaka dalam rumahtangga kami...maka terhasil lah gelak ketawa yang boleh menghiburkan hati...secara tak lansung rumahtangga pun jadi ceria bila selalu ada perkara lucu, ada kemesraan..betul tak..=)..


Bila husband takde kat rumah mcm sekarang ni..memang saya terasa sangat-sangat..takde orang yang boleh dengar saya bercakap..takde orang yang nak mengusik saya...takde orang yang nak tolong selimutkan saya malam-malam...huhu..saya sunyi...('-')..

21 December 2010

Musim Cinta Yang Sudah Berlalu...

Beberapa bulan selepas berpisah dengan mu...
Saya tidak mencari apa-apa tempat untuk bergantung...
Saya lalui masa yang sangat sukar..
Selepas mengenalimu kini saya mulai faham...
Apa-apa yang berlaku di dunia ini..
Ianya tidak akan ada kaitan lagi antara saya dan dirimu..

Saya berterima kasih dan bersyukur..
Kerana dapat hidup dalam dunia ini dan mengenali mu..
Itulah tanda dalamnya saya cintakan mu..
Saya juga cintakan dunia ini yang memilikimu..

Bila terjumpa sekuntum bunga..
Saya akan teringat hari bersama kamu...
Hari di mana saya baring di atas bahu kamu...
Matahari terbenam di seberang laut...
Cinta kita begitu manis untuk diingati..

Kali ini mungkin musim bunga yang berbeza antara kita...
Mungkin musim bunga yang sedih buat saya..
Saya doakan kamu gembira..
Selamat tinggal...

p/s- tidak ada kena mengena yang hidup atau yang mati...saja hari ni nak nak bermadah jiwang sket...hehe..;p

17 December 2010

Berjauhan Untuk Kali Yang Ke ?????..Dah Banyak...

Saya ditinggalkan lagi oleh suami tercinta..kembali hidup sorang-sorang kat rumah..huhu...husband dah berangkat semalam ke Vietnam..nasib baik sebelum dia pergi saya sempat balik..itu pun nasib baik ada sebab kukuh saya boleh balik time kerja...kalau tak, jawabnya tahun depan lah kami jumpa semula...hehe..tahun depan tu bulan depanlah...kan lagi 2 minggu je lagi nak masuk tahun baru....=p.

Eh...husband bukan pergi tengok bola...takde kena mengena pun dengan bola...hehe...walaupun malam esok ada game kat sana...tapi dia tak boleh tengok pun...malam tadi husband dah sampai kat Vietnam...pagi ni dia naik chopper pergi rig kat tengah laut plak..so, takde dah dia nak fikir bola kat tengah-tengah laut tu...hehe...mesti dia tengah frust menonggeng....

Hari tu masa lawan kat Bukit Jalil pun tak gi tengok..padahal bukannya jauh pun dari rumah..lebih kurang 15 minit aje pun..tapi sebab isteri dia ni tak sanggup nak bersesak-sesak kat stadium, husband rela dalam terpaksa tengok kat tv je...hehe...

Saya tak sangguplah nak berhimpit-himpit dengan orang masa nak keluar masuk stadium tu..lepas tu nak balik satu hal plak..jalan wajib trafic jem...tak tau pukul berapa boleh sampai rumah..esoknya nak bangun awal nak gi kerja plak..takpelah...saya surrender awal-awal...nasib baik husband cool..tak tarik muka..=)

Bercakap pasal bola...rasa-rasanya Malaysia boleh menang tak main tempat orang? menurut husband saya...Vietnam ni antara pasukan yang kuat kalau nak compare dengan Malaysia...pasukan Malaysia plak selalunya tak konsisten...selalu sangat jadi mcm tu...nak-nak lagi Vietnam main kat tempat sendiri nanti...confirm diaorang ni dapat 'taring' balik...so buat pasukan Malaysia, kukuhkan corak permainan anda dan tingkatkan prestasi supaya pasukan Malaysia boleh menang lagi..jangan stress dan paling penting sentiasa fokus..=)..

Harus husband saya terkejut giler kalau dia baca entry ni..yelah, tiba-tiba isteri dia cakap pasal bola...haha...anyway, for you dear..please take care of yourself ..and always remember you have a wife, a bestfriend who care for you..dont you worry about me..Allah will look after me...amin..:)

15 December 2010

Sakit Orang Pompuan...

Pagi tadi saya gi kerja cam biasa...ceria dan bersemangat..cewah..tiba-tiba dalam pukul 10 lebih perut tak stabil..biasalah sakit orang pompuan datang sebulan sekali...mula-mula tak layan sangat..cuba jalan-jalan dalam ofis nak bagi kurang sakit...tapi makin lama makin menjadi-jadi nampaknya...

Ish..camne ni...pukul 12.00 tghari ada meeting...pukul 1.30 baru habis..boleh ke bertahan..dahlah asyik berulang keluar masuk toilet..pukul 11.30 saya dah tak boleh tahan...dah sakit tahap gaban dah..muka dah pucat...

Terus jumpa dengan GM..bagitau nak gi klinik jumpa doktor..

Lepas tu ambil beg, terus keluar ofis...pergi klinik..nasib baik husband masih lagi bercuti...kalau tak 'sakit' jugak nak drive tengah sakit macam tu...lepas tu dah sampai klinik nak cari parking lagi..husband cari parking, saya masuk jumpa doktor sorang-sorang je...baik nyer doktor tadi...

Doktor: "Yer Hasniza...apa yang boleh doktor bantu? sakit apa...?"
Saya: "Period pain doktor.."
Doktor: "Ooo period pain..hasniza dah kawin ke belum?"
Saya: "Dah doktor.."
Doktor: "Ada berapa orang anak....?"
Saya: "Belum ada anak lagi.."
Doktor: "Erm...nanti hasniza dah ada anak..doktor bagi jaminan period pain dah takde lagi..."
Saya: "Oo..ye ke doktor..."
Doktor: "Yer betul...ok, hari ni doktor bagi ubat,bagi mc..balik berehat..minum air masak banyak-banyak..."
Saya: "Terima kasih doktor.."

Begitulah ceritanya masa saya gi jumpa doktor baik tu...tapi betul ke kalau dah ada anak tak sakit lagi tiap-tiap bulan? alangkah syukurnya kalau betul...saya kadang-kadang dah tak sanggup nak lalui sakit tu...ada sampai satu tahap tu menangis tak tahan sakit....dulu masa belum kawin, orang cakap dah kawin mesti tak sakit dah..tapi sama je...sampai sekarang masih lagi sengugut...huhu....

Balik rumah, rehat cukup-cukup..pukul 6 petang baru bangun..melampau kan..maklumlah husband ada kat rumah..manja lebih sketlah..hehe...=)

13 December 2010

Saya Nyaris Kemalangan....

Syukur Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur saya hari ni...selama bawak kereta, inilah kali pertama saya hampir-hampir terlibat dalam satu kemalangan....

Incident tu berlaku pagi tadi masa on the way nak datang kerja...seperti kebiasaan..sebelum drive baca doa naik kenderaan dan ayat qursi dulu sebelum gerak...hantar mesej kat husband...

"abang..sayang gerak dulu.."

" ok..sayang hati-hati bawak keta..jangan buat abang risau.."husband reply mesej saya...

Drive seperti biasa...semuanya berjalan lancar sepanjang highway..dari puchong ke bukit jelutong lebih kurang 30 minit saya drive...bila keluar je dari tol terakhir kat Bukit Jelutong...ada satu kemalangan ngeri yang baru berlaku...bas dengan motosikal..polis dan ambulan pun belum sampai...


Masa tu jalan tak jem lagi...cuma ada beberapa buah kenderaan yang berhenti nak tengok keadaan mangsa...saya drive sebelah bas tu tak berhenti sebab takut nak tengok...sempat saya tengok keadaan motor yang dah separuh hancur kat bawah bas..saya tak nampak keadaan mangsa camne...wallahualam..tunggu berita malam ni keluar kat tv...


Saya teruskan perjalanan seperti biasa..selalunya bila dah sampai area bukit jelutong, dah keluar dari highway..saya lega...maksudnya dah kira selamat...tapi itulah...accident tak kira jalan besar ke jalan kecik..kat mana-mana boleh berlaku kalau pemandu tak berhati-hati....


Lebih kurang 500 meter lagi nak sampai ofis...saya jalan straight..kat selah kiri saya ada simpang masuk..banyak kereta dari sebelah kanan cuba nak cross jalan saya lalu sebab nak masuk simpang saya cakap tadi tu...dari jauh saya dah tengok ada beberapa buah kereta yang cuba cross...kalau ikutkan ofis saya memang masuk ke simpang tu jugak..tapi saya biasanya akan masuk simpang yang kat depan satu lagi sebab nak beli bfast dulu..so saya straight jelah...


Tiba-tiba ada sebuah viva warna putih yang cross jalan nak masuk simpang tadi...saya dah dekat dengan kereta dia...nasib baik saya cepat bertindak...saya mengelak ke kiri, tekan brek kaki kuat-kuat..grr..grr..gr...kereta saya langgar divider tepi jalan..terus berhenti...nasib baik takde lori atau kenderaan lain kat depan saya...


Ya Allah...aku selamat..syukur dalam hati..saya sempat pusing tengok kereta viva yang jadi punca kereta saya terbabas..ingatkan dia nak berhenti..tapi dia terus blah macam tu je..saya tau orang tu kerja kat area sini jugak tapi malangnya saya tak sempat nak catat no plat kereta dia...


Lepas kejadian tu, saya rasa di awang-awangan...separuh sedar...saya cuba drive kereta pelan-pelan..tangan masa tu dah ketar...bila dah parking kereta kat tempat yang selamat..saya keluar tengok keadaan kereta..nasib baik tak kemek apa-apa...cuma kat bahagian bumper depan kereta calar teruk...


Saya call husband btau pasal benda ni...saya tak boleh...bila dengar je suara husband..terus rasa sebak..saya ketakutan...kalaulah saya tak sempat mengelak..kalau saya tak sempat brek tadi..apa yang dah jadi kat saya..camne keadaan saya sekarang ni...Syukur Ya Allah..Kau masih panjangkan umur ku..Kau selamatkan aku dari malapetaka buruk ni...syukur alhamdulillah..


Saya agak kecewa dengan pemandu kereta viva tadi...takde peri kemanusiaan lansung nak berhentikan kereta...datang tengok keadaan saya...camne dia boleh buat bodoh pergi macam tu je...takde ke perasaan belas kasihan, perasaan bersalah...takpe...kita tak jumpa kat sini..tapi kita akan jumpa kat SANA nanti....


Kepada semua yang baca entry kali ni...berhati-hatilah semasa memandu..sentiasa peka dengan keadaan sekeliling..kita mungkin dah drive elok tapi pemandu lain boleh mendatangkan bahaya pada kita jugak....ramai sangat pemandu kat Malaysia ni yang takde etika semasa memandu...sebab mereka,dah ramai orang yang tak bersalah jadi mangsa..ingat!! jangan sesekali kita lupa untuk baca doa setiap kali nak drive....

11 December 2010

Jalan-Jalan Cari Makan kat Penang...

Seperti yang saya janjikan sebelum ini..saya nak buat satu entry khas untuk makan-makan kat Penang...kalau pergi tempat orang tapi tak rasa makanan kat tempat orang..memang rugi..bak kata ayah saya, bab makan ni jangan kedekut sangat duit...nanti lapo..hehe...

Meh saya tunjuk roti canai telur yang paling best sekali pernah saya makan..perh..rasa dia kan..tak tau nak cakap camne kesedapan dia tu...lembut sangat-sangat...serius, saya tak pernah lagi jumpa selama saya makan roti canai selembut itu..bila makan rasa cam tak puas..nak lagi! nak lagi! tengok-tengok dah habis sebijik...kena plak dengan kuah kari pekat..terangkat...

Kalau ada siapa-siapa yang gi Penang, try gi makan roti canai restoran KASSIM MUSTAFFA...alamat dia kat Lebuh Chulia, Georgetown..tak rugi..sedap yang amat..sampai sekarang ni saya masih lagi duk terbayang kelembutan roti canai dia...huhu...nyesal tak tapau hari tu...

Itu bab makan untuk bkfast...tengahari plak pekena nasi kandar...kat Penang ni memang banyak restoran nasi kandar yang kita boleh jumpa...tapi saya try nasi kandar kat restoran KASSIM MUSTAFFA jugak...kat restoran saya bfast roti canai tadi tu...

Tengoklah dia punya periuk tu..besar kan..macam-macam kari yang ada..kari ayam, kari ayam kampung, ikan, daging lembu, kambing...tinggal kita pilih aje nak yang mana...ayam dia memang tip top besau-besau...puas hati makan...

Itu yang dalam periuk...yang kat atas rak plak..macam-macam jugak...pendek kata memang boleh rambang mata tengok lauk-lauk dia...dapat je makanan terus ngap masuk mulut sampai lupa nak snap gambar...=)


Kalau datang Penang..orang kata rugi tak makan pasembur Padang Kota Lama..so, saya dengan husband ke Kompleks Medan Renong Padang Kota Lama...buat apa lagi...nak rasa pasembur lah...wah...kita baru je duduk, berpusu-pusu datang bagitau menu kedai masing-masing..


Nasib baik saya dah set kat kepala nak makan pasembur..kalau cepat bagitau, maka cepatlah diaorang blah dari meja kita..kalau tak kita yang pening kepala nak dengar pujuk rayu diaorang ramai-ramai ni...

Kat medan makan tu ada banyak jugak kedai pasembur..saya lupa apa nama kedai tu...saya pilih isi pasembur tu takdelah banyak sangat tapi nak tau harga satu pinggan ni berapa? satu pinggan ni adalah 28 HINGGIT..terkejut eden...rupanya yang jadi mahal sebab saya ambil ketam seekor..huhu..takpelah kali ni aje... pujuk diri sendiri....




Mahal pun tetap senyum..nak sangat makan pasembur kan...cik ketam nilah punya pasal ni...kalau eden tau, eden tak ambik awak masuk dalam pinggan eden tau...huhu..terus terang cakap, pasembur kat kedai saya makan ni takdelah sedap sangat..biasa-biasa sahaja....maybe saya salah pilih kedai..huhu...


Lepas habis makan pasembur, pekena plak ABC..sikit giler kan...selalu kalau ABC kat kedai, orang isi sampai penuh..tapi kedekut punya pasal, separuh bekas je dia letak...ni kes nak untung cepat la ni...

Makan malam yang paling best sekali ialah ikan siakap tiga rasa kat Tanjung Bungah...sedap sangat!! ikan siakap tu dia goreng garing lepas tu siram dengan sos tiga rasa...tambah plak ada tomyam, kerabu sotong dengan kangkung, kailan ikan masin dan sambal belacan..sedap sampai habis licin saya makan nasi malam tu...


Nama kedai ni Restoran Aman kat tanjung bungah...senang je kalau nak cari kedai ni sebab lokasi dia kat tepi jalan menuju ke batu feringgi..


Lagi satu makanan yang paling terkenal kat Penang ialah Laksa...memang saya suka makan laksa penang....yang tak syoknya, kami dah nak balik, dah sampai kat Perai baru boleh jumpa laksa ni...itupun dekat RNR..masa kat pulau tak jumpa sebab susah nak cari kedai makan melayu..kedai cina banyaklah saya jumpa jual laksa tapi HALAL ke..itu yang penting kalau nak makan...



Sebelum balik..sempat cari jeruk kat Chowrasta Market..macam-macam jeruk ada..yang paling utama mestilah buah pala..sekilo harga dia RM14..kalau jeruk mangga dengan jeruk pauh murah sket..sekilo tak silap saya RM10..memang telan air liur masa tengah pilih tu..hehe..

Itu saja antara makanan kat Penang yang sempat saya cuba...yang lain banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak rasa...pendek kata semuanya sedap-sedap makanan kat Penang ni..=)

 

Our Second Honeymoon..part-5-Bersantai Di Tepi Pantai

Masih lagi citer tentang honeymoon saya kat Penang..haruslah marathon..=).

Tapi nak mencelah sket citer lain kat sini..malam tadi kan keluar tengok wayang...citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...kelakar wey..haha....hantu dia pun boleh tahan gak..pendek kata tak rugi beli tiket..

Okey...kita sambung plak ke topik asal ek..aktiviti petang hari cuma kat sekitar kawasan hotel sahaja...saya dah mati-mati berangan nak mandi kolam...sekali bila turun bawah kecewa sangat sebab kena pakai swimming sut...adoila..mano lah makcik tau...huk aloh...

So, husband pun ajak jalan-jalan tepi pantai nak gembirakan hati isteri tercinta ni..nak jalan tepi pantai haruslah pakai topi..padahal takdelah panas sangat pun..bergaya je lebih...;p

 
My husband yang bergaya dengan seluar batik bunga-bunga..berangan bercuti kat Hawaii la tu..



Dah puas jalan-jalan tepi pantai main air...berehat kat kerusi plak...tau kenapa saya termenung? sebab tak boleh mandi kolam..huhu..sedih lagi tu...

Masa ni dah tak sedih dah...kembali ceria.."macam tulah isteri abang.."=)


Always be mine...kata honeymoon...mestilah romantik sket...hehe...



Dah dekat maghrib kami naik bilik..mandi, solat then keluar cari makan plak...kat area tanjung bungah ni senang je nak cari kedai makan melayu...kat tepi jalan dah boleh nampak...so takyah risau pasal nak cari kedai halal mcm kat pulau tikus hari tu...

Hari keempat esoknya, check out then gerak ke bandar georgetown kejap sebab nak cari cenderamata sket...lebih kurang pukul 2 kami gerak ke terminal ferry..alhamdulillah walaupun sepanjang perjalanan balik ke rumah cuaca tak menentu, tapi kami sampai dengan selamat...=)

Itu saja citer tentang aktiviti kat Penang hari tu...banyak tempat menarik yang saya tak pergi..sebabnya kan masa pergi bukit bendera, kereta kabel tengah renovation...tak boleh naik ke atas..agak kecewa jugak...

Lepas tu cuba plak cari snake temple...geram sangat sebab susah nak cari tempat dia..sampai kitaorang sesat sekali..last-last bila dah jumpa, tengok macam tokong cina je..takut plak nak berhenti...so lepas tu decide dah taknak lagi buang masa kat jalan..tak perlu gi mana-mana lagi-lagi..boleh tak camtu? hehe...


Satu lagi entry saya nak tunjuk makanan kat Penang..tunggu..........=)

10 December 2010

Our Second Honeymoon..part-4-Flamingo Hotel

Assalamualaikum...
Jumpa lagi..=). actually hari ni saya cuti sempena Birthday Sultan Selangor..suka lah sebab minggu ni banyak cuti..hehe...

Okey..kali ni saya nak citer hari ketiga saya kat Penang...tak habis-habis lagi kan citer tentang honeymoon..;p. takpelah..yang penting saya tak kacau orang...

Hari ketiga saya check out dari Berjaya Hotel then check in kat Hotel Flamingo..kali ni nak rasa suasana hotel kat tepi pantai plak...

Hotel Flamingo ni tempat dia kat Tanjung Bungah..berhampiran dengan Batu Feringgi..kalau drive, lebih kurang 20 minit je dari bandar Georgetown.



Okey..jom saya ikut saya tengok keadaan bilik plak...mana tau sape-sape nak cari hotel kat Penang, boleh dapat info kat sini sket-sket kan...hehe..










Gambar ni kat balkoni...syok boleh tengok view kat luar...tengok laut...cantik...=)


So far, saya suka masa stay kat Hotel Flamingo ni...servis CEPAT, senang nak cari, bilik dia luas, bathroom pun bersih..dan yang paling penting ada balkoni..=)

Nanti saya sambung lagi citer tentang aktiviti kami kat Tanjung Bungah ni...tak boleh main sekali harung je...tak cukup masa...hehe....

09 December 2010

Our Second Honeymoon-part 3..Padang Kota Lama..

Selamat tengahari...

Entry kali ni saya nak sambung lagi citer honeymoon kami kat Penang hari tu..banyak lagi ni..hehe...

Masih lagi hari kedua tapi ni sebelah petang plak..lepas keluar dari rumah p.ramlee, kami gi makan dulu..haruslah cari nasi kandar kalau dah sampai Penang kan...

Dah habis makan, kami gerak ke Padang Kota Lama...dah parking keta, kami jalan kaki menuju ke salah satu tempat bersejarah yang berhampiran padang kota lama ni...nama tempat tu ialah FORT CORNWALIS...kalau dalam bahasa melayu plak di panggil Kota Cornwalis..

Sekarang kami berdiri kat depan pintu gate..bayaran masuk RM2.00 seorang..jom tengok apa yang ada kat dalam...saya pun first time jugak nak masuk ni..hehe...


Bila melangkah masuk je dah nampak benda alah ni...agak-agak kenal tak apa benda ni? =)

Yer betul !! ini adalah patung Francis Light iaitu pengasas Pulau Pinang moden...dialah yang bina kota cornwalis ni bertujuan sebagai kubu pertahanan dari serangan musuh..nak tau lebih lanjut sila baca kat sini...

http://en.wikipedia.org/wiki/Fort_Cornwallis

Eh..eh..jadi cikgu sejarah lah plak...=). ok, dah habis posing kat sebelah patung tu, jom kita masuk ke dalam lagi..bangunan putih kat belakang husband saya tu kalau tak silap bekas penjara..sekarang dah jadi galeri sejarah..kalau salah sorry lah yer..hehe...saya masuk sekejap sahaja sebab tak tahan bau yang agak 'kureng' sket kat dalam tu...so tak sempat nak baca info..;p


Kami panjat tangga naik atas bumbung bangunan penjara tadi...(betul ke penjara ek)..so kat belakang kami tu, boleh nampak kawasan persekitaran dalam kota ni...ada sepasang couple tengah 'beromantika' kat bawah..tapi saya tak snap gambarlah..hehe....

Seperti biasa, kalau kubu pertahanan wajib jumpa meriam..sebab orang dulu kan perang-perang ni guna meriam..so kat kota ni memang ada banyak meriam..."sape kat belakang tu bang?anak abang ke?ish..ish..ish...=)"

Kena tunggu turn baru boleh posing dekat dengan meriam ni tau...ada satu je dia letak kat penjuru kota tu...maybe special sket dari meriam lain kut...(nampak sangat malas baca info..;p)


Okey yang ni gambar terakhir sebelum keluar...bangunan ni adalah tempat simpan senjata untuk perang...

Dah habis pusing-pusing dalam kota ni, kami keluar jalan-jalan kat padang kota lama..ramai orang datang bawak family ambil angin kat situ..saya dengan husband cari kedai pasembur sebab orang kata pasembur kat sini sedap..so nak try lah jugak...

Yang itu kene tunggu entry seterusnya..hehe...=)

p/s- kena sambung buat keje plak......

08 December 2010

Our Second Honeymoon-part 2-rumah P.Ramlee

Saya kat ofis sekarang..tapi cuba curi-curi masuk blog nak sambung citer honeymoon kami suami isteri..harap-harap takde orang nampak..hehe...

Okey..sambungan seterusnya saya start pada hari kedua kami di Penang...lepas subuh tak sambung tidor sebab perut dah lapor...bersiap then masuk kereta, bukak map besar-besar cari kedai makan...pasal makan nanti saya akan publish khas untuk entry makan ek..=)

Oh yer..saya booking bilik without bfast sebab tu tak bfast kat hotel...saja kami nak rasa suasana bfast pagi-pagi kat kedai Penang ni..chewah...


Lebih kurang pukul 10 pagi bersiap nak gi jalan-jalan..sempat lagi snap gambar kat lobi hotel..tak kisahlah orang nak pandang pun..hehe..


Tempat pertama yang saya tuju ialah rumah kelahiran P.Ramlee...kenapa? sebab bila saya tengok dalam map, rumah P.Ramlee ni mudah nak cari..lagipun excited nak pergi sebelum ni lagi..yelah...rumah lagenda tu..


Tada!! dah sampai dah..masa ni kat depan pintu gate...nampak tak tugu bertulis RUMAH P.RAMLEE...akhirnya tercapai jugak hasrat saya nak tengok sendiri depan mata...=)


Ini kat depan laman rumah...pihak pengurusan hias dengan macam-macam pokok bunga..cantik..



Sepatutnya tak boleh pegang basikal tu..tapi lepas snap gambar baru husband terbaca..hehe...basikal ni ada kat bawah rumah..bukan basikal asal p.ramlee..tapi dia tulis kat situ 'basikal seperti ini' yang digunakan oleh p.ramlee masa kat kampung... 



Masa ni plak kat depan tangga rumah..ramai yang duduk kat beranda tu sebab dengar citer sorang pakcik tu tentang p.ramlee..dia tu orang kampung situ..maybe dia kenal arwah kut...
 

Dah naik tangga jumpa ruang tamu...sejuk je bila masuk dalam..rumah ni memang rumah asal cuma dibaiki dan dibaik pulih sket supaya nampak lebih baru...tapi bentuk asal masih dikekalkan.. 

Tau tak saya berdiri kat mana? dalam bilik p.ramlee.. meja tu bukan meja asal tapi 'seperti meja asal'...


Tempat husband saya berdiri ni plak bahagian dapur...barang kat dapur bukan yang asal tapi lebih kurang mcm tulah kut keadaan asal dia...

Sebenarnya kan tak boleh snap gambar dalam rumah ni..tapi kitaorang tak tau...dah keluar rumah barulah terbaca kat pintu masuk..dah rezeki kami kut...sorry yer..hehe...

Sempat jugaklah saya snap dua keping gambar lama yang tergantung kat dalam rumah...gambar masa p.ramlee muda remaja zaman sekolah dulu...kalau pandai carilah yang mana satu p.ramlee....=)



Itu saja untuk entry kali ni..nanti saya sambung lagi untuk bahagian seterusnya...wink wink wink..;)

07 December 2010

Our Second Honeymoon..Part 1

Entry sebelum ni saya ada sebut tentang anniversary kan...so kali ni saya nak citer lebih lanjut tentang anniversary tu...

Sebenarnya tarikh wedding anniversary saya ialah pada 12 December nanti..tapi memandangkan jadual kerja husband tak tetap..so kami decide pergi second honeymoon awal sket dari tarikh wedding sebenar...hehe...

Honeymoon kali ni saya tak pergi jauh pun..masih lagi cuti-cuti Malaysia..luar negara tu nanti dululah..belum tiba masanya lagi...bercuti dalam negara tak perlukan kos yang tinggi..betul tak?? okey..jom ikut saya bercuti di Penang...=)



Honeymoon saya bermula pada 27 Nov hari tu..saya gerak dari rumah lebih kurang pukul 6.30 pagi dari rumah...first time husband drive sendiri ke Utara..risau jugak sebab tak pernah guna highway ke sana...kalau ke Pantai Timur kami tau kat area mana jalan yang agak bahaya...

Masa ni dah sampai kat Penang..tengah beratur nak bayar tol masuk ke Jambatan Pulau Pinang...husband punyalah excited sebab dia tak pernah sampai lagi.."ambil gambar cepat yang.."..hehe..


Sampai kat 'pulau' lebih kurang pukul 11 pagi...terus masuk ba
ndar nak tengok jalan and cari hotel..mula-mula terkezut sangat sebab tak sangka dia punya bandar crowded giler..

Cari punya cari hotel tak jumpa...ish!!...dah bengang dah wey
..kata kat Georgetown, dekat dengan bandar..tapi bangunan hotel pun tak nampak lansung kat area bandar tu...agaknya laman web kat Malaysia ni suka bagi info palsu..

Kebetulan plak nak isi minyak..cari stesen minyak Petronas...satu bandar pusing tak jumpa gak...last-last keluar dari bandar cuba cari Petronas tapi tetap jumpa stesen minyak Shell..terpaksalah isi jugak walaupun berat hati nak campur-campur minyak ni..

Lepas dah isi minyak, search kat internet map ke Hotel Berjaya Penang...husband try call hotel nak confirm betul-betul area mana..rupa-rupanya kat Pulau Tikus...alahai..kenapa tak tulis awal-awal kat address hotel tu..takdelah kitaorang ni pening kepala...map yang dia bagi pun tak boleh pakai sebab tak betul...isk..isk..isk..nak nangis...

Akhirnya bila ikut jalan ke Pulau Tikus barulah nampak Hotel Berjaya...dalam internet nampak baru rupanya hotel ni hotel lama..isk..isk...pukul 2 tepat kami sampai kat hotel..nak check in satu bab plak..servis dia adalah LEMBAB..lepas tu ada plak adegan gaduh mulut customer tak puas hati tak dapat bilik yang diaorang nak...hampir setengah jam jugaklah saya beratur baru boleh check in...


Kita lupakan pasal isu tak best tu..jom ikut saya tengok bilik plak...=)


Bukak pintu terus nampak meja....

Masuk dalam lagi...jumpa ruang tamu...ada tv...:)

Jom kita masuk ke dalam lagi...ada bilik tidor...katil dia besar walaupun agak 'old school' tapi okeylah..tak teruk sangat...


Dalam bilik tidor pun ada tv jugak..=). betul-betul mengadap katil...sambil landing tu boleh tengok tv...


Dah habis tengok bilik, kita tengok bathroom plak....

So far keadaan bilik memuaskan hati saya..rate markah saya bagi 7/10....
Dah solat, baru turun cari kedai makan...perut dah lapo, dah bunyi mcm-mcm lagu dah..kat sebelah hotel ni ada shopping complex..hati dah riang berbunga sebab dah terbayang macam-macam ada kat dalam tu..sekali bila masuk tak seperti yang di bayangkan...

Takpelah pasal tu..yang penting nak cari kedai makan kat mana..kat dalam shopping complex tu memang takde kedai makan melayu..keluar kut ada kat luar pun takde jugak..pusing kanan, pusing kiri memang takde kedai makan halal...terpaksalah lunch kat KFC walaupun tak berapa nak boleh nak terima ..huhu...

Lepas makan, start kereta nak keluar pusing-pusing kat area bandar...sampai kat pertengahan jalan..hujan turun lebat sangat sampai husband nak drive tak nampak jalan..kat tepi jalan plak banyak pokok..risau jugak hujan-hujan ni takut tiba-tiba pokok tumbang...

So saya suruh husband parking kereta dulu tepi kedai...tunggu hujan reda....masa tu pun dah lewat petang dah...saya ubah fikiran...tak jadi jalan-jalan kat bandar tapi singgah kat Gurney Plaza..

Lebih kurang pukul 8.30 malam balik hotel..takde apa yang best pun hari pertama kat Penang..semuanya 'sakit kepala'...nak cari itu tak jumpa, nak cari ini tak jumpa...hehe..

Tunggu sambungan citer hari kedua plak....=)


Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...