27 May 2015

Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Selangor - Part 2

Assalamualaikum....

Sementara aku masih dalam mood kerajinan ni, mehla aku cepat-cepat update story JJCM kat Kuala Selangor ni...harapnya si kecik Khasif Aleesya tak datang menganggu la yer....

Mulanya aku nak post semua story dalam satu part je tapi nampaknya tak berjaya..gambar banyak la plak nak share...saja aku nak tunjuk supaya mereka-mereka yang belum sampai lagi tu teruja nak ke sana...asyik jalan-jalan pusing KL, bercuti ke PD, honeymoon kat Paris...mehla sekali sekala kita bercuti ala-ala kampung tengok keindahan sawah padi plak....ngeh ngeh ngeh...

Sambungan dari kisah   


Gara-gara tak cari hotel awal-awal, tak planning awal-awal..maka aku satu family tersadai dalam kereta kat parking depan kedai mana ntah..hari dah gelap masa tu...cubaan call hotel-hotel berdekatan cari bilik kosong tidak berjaya..yang ada pun jaraknya jauh 30 km..ish...camne ni..

Tinggal satu je lagi hotel aku tak cuba call iaitu Hotel Apps..tak tau la kenapa aku tak tertarik lansung nak stay kat situ...maybe sebab sekali pandang gambar bilik kat booking.com nampak macam bilik hotel yang taraf-taraf  hotel bajet...tapi husband suruh jugak call sebab dah takde pilihan...takkan nak tidor dalam kereta..bila aku call katanya bilik kat sana masih banyak..tapi aku tak booking dulu..masih berbelah bahagi..aku cakap takpe, nanti aku call balik...

Disebabkan magrib dah dekat nak habis, kitaorang gerak menyusuri jalan utama yang suram tak berapa nak ada lampu jalan..cari masjid nak solat magrib dulu..tiba-tiba dalam tengah mencari masjid nampakla sebelah kiri Hotel Apps yang aku call tadi..

Inilah dia bangunan hotel dari luar...la..rupa-rupanya hotel baru...aku punyala mati-mati ingat hotel ni hotel lama...tapi gambar ni aku cari kat google..bukan aku snap..aku sampai dah malam masa tu...nak snap pun tak berapa nak nampak..

credit to www.kuala-selangor.com



Sementara husband tunggu dalam kereta dengan Khasif, aku ke front desk untuk urusan check in..bilik masih banyak..dah setel urusan check in, aku gi kat kereta panggil husband..angkut beg naik bilik nak mandi dansolat...badan dah melekit-lekit...


Bilik Superior Twin Room..ada dua katil single...tapi ni bukan bilik aku..


Ini lah bilik aku malam tu..Deluxe Queen Room, harga RM138 satu malam...sekali dengan breakfast..ok la...janji boleh tidor dengan selesa malam tu..


Bilik tak besar sangatla..tapi takdela sempit sangat..untuk kami bertiga aku rasa ok je..masih ada ruang untuk solat kat tepi katil..

Cuma yang tak bestnya, tiba-tiba air aircond keluar menitik-nitik tepi katil..taknakla aku tengah tidor tiba-tiba termandi air aircond plak...

Mula-mulanya aku nak mintak tukar bilik tapi memandangkan tak larat nak turun bawah gi kat receptionist, aku fikir alternative lain..aku tarik katil ke tengah sket so air direct jatuh ke lantai, tak jatuh atas tilam..nasib baik idea aku menjadi..bijak-bijak..


Toilet dan bathroom yang bersih..tapi jaga-jaga yer, lantai bilik mandi sangat licin kalau basah/ berair..Khasif tengah mandi dengan babah tak reti duduk diam..kejap ke sana kejap ke sini, last-last tergelincir dalam bilik air..nasib baik tak jatuh kepala atas lantai..kalau tak, tak taulah jadi apa malam tu...


Amenities yang disediakan pihak hotel..nak jadi cerita, aku tertinggal beg toiletries kat rumah...paling penting dalam tu ada berus gigi dan ubat gigi...pagi esoknya tiga-tiga tak gosok gigi keluar breakfast..hahaha..

Berus dan ubat gigi hotel memang ada disediakan tapi produk tu dari cina..takde tanda halal plak tu..tak berani la aku nak guna...so kita gosok gigi dengan jari je la yer...>_<

Lepas dah mandi dan solat Isyak, bersiap-siap nak keluar makan malam plak...teringat la siang tadi nampak sebuah restoran ikan bakar dan seafood kat tepi sungai..ramai plak tu orang makan kat sana...kalau ramai orang selalunya makanan mesti sedap kan...so lets go ke sana..


Nama restoran tu Restoran D'Coral..rupa-rupanya tak jauh pun dari hotel Apps ni..kalau dari Kuala Selangor, terus menuju ke Pasir Penambang..turun dari jambatan then masuk ke kiri..lorong tu tepi Giant..then terus je ke hujung jalan nanti jumpa la restoran ni berada di muara sungai..

Masuk-masuk dalam, meja dah banyak kosong....masa tu pun dah pukul 9.30 malam so ramai yang dah siap makan..duduk-duduk aku terus order makanan...sambil tunggu order sambil tengok bola Kelatan vs Lions XII..oo..aku tak tengok sebab tak minat bola..husband yang tengok...


Tu dia makanan dah sampai...tomyam campur, ikan siakap, kailan ikan masin, kerabu mangga dan telur dadar..korang nampak macam sket kan tapi sebenarnya nak bagitau pinggan-pinggan tu semua size besar..tomyam tu kalau makan 4 orang pun cukup..dia punya besar setiap portion hidangan tu macam nak makan 5 orang...


Ikan siakap masak patong nama hidangan ini..sebelum order aku tanya adik tu apa yang best kat restoran ni..dia la yang bagitau ikan siakap masak patong paling femes..so inilah dia...nak tau besar mana size ikan tu korang compare dengan sudu putih tu..besar nko...husband aku mula-mula tengok pun terkejut takut tak habis..


Kerabu mangga..sedap..selalunya aku jarang makan kerabu mangga sebab ada restoran buat kerabu dengan mangga yang dah lembik..tapi kat sini aku makan banyak sebab sedap..mangga tu tak masak sangat, ada rasa masam-masam...kat tepi tu bukan sudu tapi senduk..bayangkan banyak mana kerabu tu sampai diaorang letak senduk...


Aku order tomyam campur tapi datang tomyam seafood..tapi takpe..puas hati jugak sebab seafood kat dalam tu berlambak-lambak...cuma aku tak berapa umph sangat tomyam kat sini sebab diaorang campur santan rasanya..tomyam rasa berlemak..aku lebih prefer tomyam biasa...


Mula-mula nak order nasi 2 je tapi husband cakap order 3 untuk Khasif sekali..nanti dia habiskan nasi Khasif separuh...


Start makan sambil-sambil tengok bola...tapi si kecik ni makan telur dadar je...nasi makan 2 suap...T_T

Dah separuh makan, aku tengok nasi tak gerak-gerak dalam pinggan aku..lauk pun banyak lagi...ooh..kenyang giler...maybe sebab makan tadi perut tak lapar sangat dah makan mee udang siang tadi...husband plak perut tiba-tiba masuk angin..terganggu la selera nak makan...lauk banyak lagi ni...paksa-paksa, last-last tomyam tak habis jugak..ikan nasib baik habis sebab sedap...makan - makan jugak walaupun makanan dah sampai ke dada...tak pernah kami makan lauk lebih kurang macam ni tapi terseksa nak boleh habis..banyak tu...

Lepas tu husband tanya aku ada duit backup tak...dalam wallet dia ada cuma 250 je...aku plak lupa nak cash out duit so memang ada beberapa ringgit je dalam purse..husband dah risau takut tak cukup duit nak bayar..siap dia nak gi cari atm nak keluarkan duit..aku cakap tak payah..kalau atm sebelah restoran je takpe..ini ntah kat mana duduk atm pun aku tak tau...

Aku yakin tak mungkin la makan sampai RM300 lebih...dia siap cakap kalau tak cukup duit, nanti kena basuh pinggan la...tergelak aku dengar...amboi sampai ke situ..

Dah habis makan (ada jugak baki tak habis), husband gi kaunter nak bayar plak...rupa-rupanya total makan malam tu cuma RM93 termasuk GST..ceh...bukan main nak gi cari atm la...basuh pinggan la..hahaha...bagi aku harga tu tak mahal dah sebab portion setiap hidangan tu memang banyak boleh makan 5 orang...dahla bahan-bahan tak kedekut...recommended.

Dah kenyang perut, terus balik hotel..layan TV sekejap terus tidor...


Pagi dah bersiap-siap, baru kejutkan Khasif...lebih kurang pukul 9 pagi check out hotel..


Aku tak breakfast kat hotel walaupun dapat free breakfast..ntahlah..bagi aku restoran hotel ni terlalu kecinaan sangat...walaupun makanan kat situ seafood je ada tapi aku tak berani..ada je guest melayu yang breakfast tapi takpela...aku nak cari breakfast kat luar je..


Promotion Restoran..

Sebelum ke aktiviti seterusnya, singgah breakfast dulu kat mamak..planning nak cari warung melayu tapi dalam perjalan tak jumpa..last-last mamak jugak jadi pilihan...aku order mee hoon goreng ayam..husband mee goreng mamak...cam biasa, aku  makan tak habis sebab perut masih kenyang makan malam tadi..dah tau kenyang lagi kenapa ko order? huhuhu...nafsu...


Kenapa Khasif terganga mulut tu....nanti aku citer...

Bersambung....

2 comments:

  1. assalam...singah sini pulak....meleleh ailio tengok lauk pauk kat restoren D'coral tu =)

    ReplyDelete
  2. Haii.... nak komen ckit pasal restorant tu.. awal thn ni prnh pergi, mknn mmg sedap n servise pun cpt.. harga pun murah.. kami order, sup sayur, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, tepung 2 ekor, ikan siakap, udang butter.. 6 gelas air buah, mkn 4 dewasa, 2 kanak2
    total baru 190.00, saya fikir kena smpi 200++ ker haper kan sebab ketam tu besar, jenis ketam nipah tu.. cuak gak memula tu.. hihi

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...