28 April 2013

PILIHANRAYA...Saya Cuma Bertanya, Jangan Marah Yer...

Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik. Rakyat di negara tersebut masih  menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya.

Buktinya, dalam pilihan raya untuk memilih Presiden, rakyat AS berpeluang menggunakan  kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik.

Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama.

Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya. Pentas di mana beliau berucap di situ juga Mitt Romney berpeluang berucap.

Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.

MEDIA pula tidak berpihak kepada sesiapa dan memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak.

Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.

Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihan raya yang pincang.

Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, kenapa tidak pemimpin negara belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan semua pemimpin negara boleh melihatnya sendiri.

Jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, boleh tak pemimpin negara meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada 'kerajaan sementara' bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung. boleh tak pemimpin negara kita berbuat demikian?

Boleh tak pemimpin negara kita turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukan "PM" dengan menabur janji, dan habuan?

Beranikah pemimpin negara membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?

Selain itu, boleh tak pemimpin negara kita turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.

Kenapa satu pihak sahaja yang dibenarkan 'membentangkan' manifesto di dalam media televisyen dan radio..? kenapa tidak benarkan semua pihak supaya rakyat boleh menilai dan memilih siapa mereka yang suka...PEACE...^_^

I LOVE MALAYSIA...

12 April 2013

Spageti Boleh Buat Ikat Rambut...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua..kejap giler masa berjalan kan..tup-tup dah dua kali Jumaat bulan ni..

Kali ni saya nak share HOT story okey..rasanya dah tak berapa HOT sebab citer tersimpan kat draft dah berkurun lama...type..type..lepas tu delete..type lagi...delete lagi...hehehe...

Alkisahnya, dua minggu lepas saya singgah Giant seksyen 13 shah alam nak cari makan sebab perut dah lapar sangat...masa tu otw balik ke rumah lepas pickup Kak Siti (BS Khasif) kat perhentian bas shah alam..

Mula-mula nak makan kat Subway tapi terasa jauh la plak nak menapak..padahal dalam bangunan tu je tapi disebabkan saya dukung Khasif yang seberat 7kg itu..hooiii..sakit jugak bahu ibu dik...last-last saya masuk Secret Recipe..eh, tak masuk dalam sebab kerusi kat luar kedai..waiter datang amik order..

Saya order spageti bolognese + jus fresh orange..kak siti plak order laksa singapore + jus kiwi..mula-mula spageti saya sampai, saya dah macam...EHHH..kenapa macam ni?belum rasa saya dah nampak mee tu keras kejung...saya belek bahagian bawah, ada yang lembut ada yang keras...


Saya agak kerap jugak makan spageti kat secret recipe tapi tak pernah jumpa yang keras macam ni..takpe...takpe...saya cuba rasa sikit...ya Allah...kalau saya makan jugak mee ni, mau satu bulan baru boleh hadam dalam perut..KERAS dan tak masak...

Jangan percaya pada gambar sebab masa tu saya dah gaul-gaul..so dah bercampur spageti keras dan spageti lembut sket..saya panggil waiter..saya cakap spageti keras saya tak boleh makan...dia panggil pekerja sorang lagi, rasanya tukang masak...

Saya tanya dia "rebus spageti ni berapa minit?"
Dia jawab.."eh..kami tak rebus...spageti ni kami masak guna microvave.."

Wah canggih giler cara ko masak spageti kan...terus masuk microvave spageti yang mentah dan keras tu..rasanya selama ni aku masak spageti, kena rebus dulu bagi lembut..tengok kat tv chef mat salleh masak pun rebus dengan air dulu..lepas tu letak kuah, letak cheese baru masuk microvave..tak pernah plak tengok yang mentah-mentah tu terus masuk microvave...cara dah canggih dah tapi kenapa keras jugak????

Lepas dia cakap macam tu..saya balas..
"terus masuk microvave???? masalahnya keras..selama ni saya makan spageti kat tempat lain tak pernah plak jumpa keras macam ni.."  

Boleh waiter tu jawab..."memang spageti macam ni"... 
Hotak hang..memang sakit hati giler masa tu...bukan dia nak amik masak yang lain..dia boleh nak menjawab...

Saya sebenarnya bukan nak argue sangat pun...cuma nak tunggu dia cakap.."takpe kak, saya boleh masak balik.." tapi takde pun..ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..whatever you punya alasan pun, client is always right..dia ni jenis ego kut..tak jugak terdetik kat hati nak buat balik...

Dia tanya saya.."akak nak ke tak nak? kalau tak nak saya ambik..."
Ikutkan hati nak je bangun dan blah dari situ...tapi kesian plak Kak Siti masa tu tengah makan..dengan Khasif plak masa tu merengek nak susu...saya cakap dengan muka masih tak berpuas hati.. "takpelah"...

Dia pun blah masuk dalam..sakit hati giler..rasa masa tu nak je suruh panggil manager...tapi sebab ada anak kecik, saya tak larat nak panjangkan isu...

Nak sejukkan hati saya minum jus fresh orange...dah masuk dalam tekak, rasa macam nak nangis..orange lansung tak fresh..rasa orange yang dah lemau...adoilah...kenapa nasib tak begitu baik...rasanya aku bukan makan kat gerai tepi jalan....sabor...sabor...

Saya tak makan lasnung spageti tu...cuma rasa sesuap yang mula-mula tadi je..bila kak siti habis makan saya gi bayar..malas nak panggil waiter datang amik duit..nanti kata saya ni berlagak mak datin plak..tapi sepatutnya itulah layanan yang kita kena terima kalau restoran ada service charge + tax..lepas bayar saya blah, tak tengok lansung muka cashier..sakit hati..dalam hati, patutlah tak ramai orang makan kat secret recipe sini...makanan tak sedap...tak macam kat tempat lain...

Dalam kereta, Kak Siti cakap..sebenarnya mee dia pun keras..tapi dia makan jugak takut membazir...LAAA...saya dah tepuk kepala...kenapa tak cakap tadi? kenapa paksa diri makan benda yang tak masak...kalau tau tadi memang saya tak bagi dia makan dan saya takkan bayar satu sen pun...

Saya memang pantang kalau gi makan mana-mana kedai makan tak kira kedai biasa atau restoran...bayar MAHAL tapi makanan HAZAB...kalau mahal tapi sedap takpe..dulu dah berapa kali masuk kedai makan saya tak puas hati..makan nasi lauk biasa-biasa tup-tup harga macam nak potong leher customer...saya tanya satu persatu lauk kat makcik kedai "yang ini berapa ringgit, yang itu berapa ringgit?" terkial-kial dia nak bagitau harga one by one...ok, nampak sangat menipu....

Balik rumah, saya rebus mee magee makan laju-laju....rebus je dik ooiii..takde nak masuk masuk microvave pun...sedap 10 kali ganda dari spageti yang awak masak guna microvave tu.....

10 April 2013

Review Tentang Hospital Bersalin UMRA..

Assalamualaikum...

Sepanjang saya 'berehat' tanpa catatan dalam blog hari tu...saya ada terima beberapa email dari pembaca yang bertanyakan tentang Hospital Umra...bila saya tengok traffic source pun ramai readers yang cari info tentang hospital bersalin umra...

Eh ada jugak cari CERITA SEKS LEPAS BERSALIN???? ko apahal dik? ingat blog akak ni blog lucah ke? kalau nak cari citer tentang seks..sila cari kat blog lain okey....(+_+)

Erm...berbalik ke topik asal, salah satu email yang saya terima adalah dari Pn Adawiyah Zain...mintak maaf banyak-banyak yer Adawiyah sebab saya lambat menjawab soalan..hari ni saya akan cuba jawab yang mana saya boleh jawab...


  
Salam Has, 
Saya pregnant 2 bulan dan baru saja pindah ke shah alam awal april hari tu..sekarang ni tengah survey private hospital kat shah alam untuk deliver baby hujung tahun ni..so saya nak tanya tentang check up pregnant di hospital umra.berapa kos check up bulan-bulan dan kos deliver kat sana? bagus tak servis doktor dan nurse kat sana?

Dari mana saya nak mula kan ek...mula-mula saya nak cakap, apa yang saya inform kat sini berdasarkan pengalaman saya sendiri..tiada niat untuk menaikkan atau menjatuhkan nama sesiapa..sekadar berkongsi dan menjawab soalan pembaca...mungkin ada yang berbeza pendapat dengan saya..tapi sejujurnya apa yang diceritakan disini ikhlas dari hati nurani..^_^ 

Okey, KENAPA SAYA PILIH HOSPITAL BERSALIN UMRA? kenapa tak PRINCE COURT MEDICAL CENTRE? oh...sape taknak bersalin kat PCMC..hospital bertaraf hotel 7 bintang tu kan...kos normal delivery start from RM6K..itu tidak termasuk charge2 tambahan..silap-silap boleh cecah RM10K..gulp gulp gulp....telan air liur...ayat nak sedapkan telinga sendiri.."ooo...hospital tu jauh dari rumah...sebab tu tak pilih PCMC..".ekekeke....

Dulu masa tinggal kat puchong mula-mula saya decide untuk check up pregnancy kat KPMC puchong..dekat dengan rumah..tapi bila saya ke sana, saya menerima servis yang tidak berapa memuaskan hati...nak jumpa doktor kena buat appoinment dulu..lepas dah buat appointment, nurse asyik call bagitau doktor nak tunda appointment..3 kali tunda...so saya cancel terus..

Memandangkan ofis saya kat shah alam, saya cari klinik berdekatan dengan ofis untuk check up bulan-bulan...senang saya check up lepas tu masuk ofis kerja tak perlu amik cuti...bila cek memang UMRA paling dekat dengan ofis..lepas dah pindah rumah ke shah alam pun, still UMRA yang paling dekat..

Kebetulan masa awal pregnant saya bleeding teruk...apa lagi terus ke UMRA untuk refer dengan pakar..owner hospital ni adalah pasangan suami isteri Dr. Mohamed Rafi dan Dr Ummul Wahiy..kedua-duanya pakar Obstetrics & Gynaecology..so tak perlu risau kalau ada apa-apa hal boleh rujuk dengan doktor pakar..doktor Rafi kan famous selalu masuk majalah dan newspaper...^_^

Tapi saya check up tiap-tiap bulan bukan dengan Dr.Rafi mahupun Dr. Ummul...seboleh-bolehnya saya nak check up dengan doktor perempuan...memandangkan Dr.Ummul kena buat appointment dulu dan ada waktu malam je, saya pilih doktor lain...so far doktor yang lain pun saya tetap berpuas hati dengan servis mereka terutama Dr. Nadira dan Dr Sumitra  yang cantik itu...^_^

Selama saya check up kat UMRA,scan kat situ very details..segala ukur lilit, panjang anggota badan semua doktor tunjuk dan bagi informasi...dr nadira suka bagi nasihat makan supplement apa untuk kebaikan baby dalam perut..kalau dr. sumitra plak dia terlebih caring..nurse dan staff lain pun okey takde yang sombong-sombong...

Kos chek up bulan-bulan berbeza harga mengikut rawatan yang kita terima...kalau check up biasa + consultation + scan 2d harga RM70++..tapi masa awal pregnancy saya ni terlalu banyak ujian yang berlaku...BLEEDING DAN KELUAR KETULAN DARAH..so doktor inject ubat kuat rahim, bagi ubat makan untuk kuat rahim jugak harga almost RM200. masa awal-awal pregnant saya 2 kali kena inject kuat rahim sebab bleeding tak stop dan ketulan darah keluar banyak..masa tu duit keluar macam air...tiap-tiap minggu jumpa doktor...tapi husband dah tak kisah tentang duit..duit boleh dicari..anak bukan senang nak dapat..dan alhamdulillah berkat doa semua orang disekeliling dan hasil rawatan doktor kat UMRA, kandungan saya sihat dan selamat..

Kalau nak buat scan 3D/ 4D kat klinik UMRA pun boleh jugak...saya buat masa kandungan 26 minggu...tapi kena buat appointment dulu..tak boleh la terus datang macam tu je...so far saya berpuas hati jugaklah scan 4D kat UMRA..harga scan + CD + consultation ialah RM120++..saya lupa ada video ke tak...

Kalau ikutkan saya sebenarnya nak balik bersalin kat Terengganu..dalam kepala dah set samada bersalin kat KTS atau Hospital KT..cuma kat KTS saya tak booking lagi sebab masih dalam pertimbangan..saya dapat tau doktor yang sambut baby kat KTS adalah lelaki...Allah lebih mengetahui, ditakdirkan baby nak keluar awal 2 minggu dan saya tak sempat balik Terengganu...masa hari last check up tu Dr.Rafi amik kes saya...ingatkan Dr.Rafi bergurau saya dah nak bersalin rupanya betul...CITER KAT SINI

Start saya masuk labour room sampai saya selamat bersalin...layanan doktor dan nurse sangat baik dan saya sangat berpuas hati..doktor Yus banyak membantu masa proses kelahiran berlaku...dia bagi tunjuk ajar dan kata-kata semangat..nurse pun tak banyak kerenah..terberry ke terkencing ke mereka tak bising..lepas bersalin nurse siap mandikan, bagi pakai pad, panties dan baju..lepas tu tolak masuk wad...memang layanan sangat bagus..

Kos bersalin plak berbeza mengikut harga bilik...kalau normal delivery harga start RM1399 bilik 4 katil..hari tu saya bersalin normal dengan pakej bilik exclusive untuk family dengan kos RM1900++..sepatutnya harga RM1699 tapi charge ubat dan rawatan tambahan jadi RM 1900++..Alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin tanpa induce, tanpa vakum dan tanpa ada komplikasi..masa bukaan 5-7 cm tak sakit..masa 8-9 cm sakit sikit-sikit je..masa bukaan dah 10cm baru sakit yang teramat sangat tapi itupun sekejap..lepas  push 2 kali dah selamat bersalin..sebab tu kut harga tak mahal sangat..

Kos bersalin C-Zer plak kalau tak silap saya start from RM2999..tapi tak mungkin bil keluar 2999 jugak..of course ada charge tambahan lain..itu kena refer kat UMRA...

Cuma yang tak tahan masa dalam wad lepas bersalin saya tak boleh rehat sepenuhnya sebab selalu diganggu oleh nurse..asyik suruh sayang buang air...huhu..masa tu kan tengah sakit mana la tahan kalau asyik kena turun naik katil...nasib baik toilet tak share dengan pesakit lain...lagi satu saya kurang puas hati sket makanan tidak disediakan..saya tak tau kalau orang lain ada disediakan makanan tapi time saya memang takde..lapor tu...huhu...

Ops..ada sedikit tambahan...sebelum saya bersalin, saya selalu baca kat forum yang UMRA ni suka C-Zer...erm...I dont think so...masa saya kat labour room tengah menunggu bukaan, pesakit kat labour room sebelah tengah berjuang untuk lahirkan baby...masa tu ada komplikasi dimana tali pusat baby terbelit..tapi takde plak doktor terus nak buat C-Zer..doktor usahakan jugak pesakit tu bersalin normal dan alhamdulillah selepas bertungkus lumus akhirnya baby selamat dilahirkan secara normal...time saya pun takde plak doktor cakap awak kena C-Zer..

Kesimpulannya proses kelahiran tu samada normal atau C-Zer bergantung kepada keadaan ibu dan bayi...kalau semuanya ok tak mungkin doktor saja-saja nak C-Zer..salah satu punca mungkin nyawa bayi dan ibu dalam keadaan bahaya..

Rasanya saya dah jawab semua soalan Puan Adawiyah kut...hehe...kalau ada soalan lagi dipersilakan untuk bertanya...kat sini saya bagi senarai private hospital bersalin kat shah alam..so takyah risau sebab ada banyak pilihan yang boleh dibuat...

Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA (64227-4)
No. 14-18, Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel:   603 5518 4319
Email :  umra@umra.com.my

SALAM Shah Alam Specialist Hospital
(Salam Medical Centre Sdn. Bhd. 610596-X)
2-14 Jalan Nelayan 19/B, Section 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5548 5161 Fax : 03-5541 0503
Email :  cust.care@salam.com.my


DEMC Specialist Hospital
No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 - 5515 1894 - office hours only
Fax: 603 - 5515 1815


KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20
40300 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-55431111
Fax: +603-55431722
Email : kpjselangor@kpjselangor.kpjhealth.com.my

KLINIK BERSALIN ANNUR 
1G-2 PUSAT DAERAH JALAN CENDERAWASIH 6/7
40000 SHAH ALAM
Tel : 03 55199354



09 April 2013

Main-Main Photoshoot

Assalamualaikum...

Dah lama tak update gambar anak dara saya sorang ni kan...kali ni saya nak share photo kami berdua..konon-kononnya photoshoot..tapi bukan photoshoot sangat pun..jurufoto tak bertauliah main snap-snap je..hehe..masa tu babah Khasif tak balik rumah lagi kerja jauh di perantauan...so yang ada Khasif dan ibu sahaja...sorry babah..next time kita photoshoot yang betul-betul okey..^_^

Snap gambar kat depan rumah je..masa tu saya balik kerja..baru lepas hujan cuaca sejuk..itu yang berani bawak Khasif keluar..kalau cuaca panas tak berani sangat takut dia demam...
 
Itu puan besar bagi arahan okey...jangan main-main...hehe...


One..two..three...piece....
Muka Khasif takde perasaan okey..bukan main ibu senyum dia buat tak tau...




Sayang anak ibu sangat-sangat...muuuaaahhh...muaahhh....*untuk babah sekali...^_^


Saya masih dalam proses turunkan berat badan selepas bersalin...tapi makan tetap banyak..ekeke....berat sebelum pregnant 47kg..sekarang 50kg..ada lagi 3kg lebihan lemak yang sangat susah untuk dibuang...huhu...



Sudah Lama Tak Berjumpa...


Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum wbt...

Tak tau saya nak start dari mana...lama giler kut tak update blog sendu ni......mesti dah lari pembaca ku yang setia...sob sob sob..(T_T) dah la readers &  followers tak berapa ramai..buat hal plak tak update blog, berapa kerap la tinggal yer....oh please...come back to me ..!!!!! 

Walaupun takde yang bertanya, tapi saya nak story jugak kenapa blog ni sunyi sepi selama hampir 1 bulan...last update pada 15 March kan...16 March husband saya balik...bila husband ada harus la kami spend masa together SEMAKSIMUM yang mungkin dengan baby..memang takde ke mana pun husband balik kali ni..paling jauh pun ke Puchong bawak MIL jalan-jalan, lepas tu kuar makan kat area rumah..selebihnya aktiviti kat rumah main dengan anak...

Prinsip saya macam ni..bila husband ada kat rumah, segala 'kerja sampingan' wajib tolak tepi dulu..bila dah ada  masa free, dah tak tau nak buat apa lagi..baru lah saya buat kerja lain..tapi hari tu masa husband ada..jangan kata nak update blog, nak bukak laptop pun tak sempat...

Eh jangan fikir yang bukan-bukan ek...husband ada tu bukanlah maksudnya 24 jam berkepit dengan dia..siang saya kerja...malam la kami spend masa nak main dengan anak, nak makan sama-sama, nak tengok tv sama-sama, nak urus segala kerja rumah..hari minggu plak keluar cari barang rumah...lepas tu saya amik cuti 1 hari sebab husband kena setel zakat, income tax, road tax dan segala mak nenek TAX yang ada kat malaysia ni sebelum dia travel gi kerja balik.....so masa untuk saya update blog itu tersangatlah terhad...

Walaupun dah lama tak update blog..terharu jugak la bila ada yang sudi singgah dan tinggalkan komen...terima kasih banyak-banyak....tapi ada satu komen yang buat saya ketawa...(^_^)


Bukan main panjang giler saya story tentang holiday kat Sunway Lagoon..sekali 'ANI MULYANI' boleh komen pasal keputihan da..adoi....emangnya kamu kenapa sih? bisa ya salah topik begini...apa pun terima kasih ya atas nasihat itu..^_^

Rasanya cukup dulu untuk kali ni...kita bagi warm up je dulu okey...tunggu hot-hot story plak lepas ni okey...heheh...

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...