19 December 2011

Happy Second Wedding Anniversary-12/12/11


Buat suami tercinta..terlalu cepat masa berjalan hingga tak sedar 12 Desember muncul lagi...terasa baru semalam kita diijabkabul sebagai suami isteri...masih terasa debar sebelum acara pernikahan kita bermula..masih terasa sayu di hati saat teringat lafaz sudah "SAH"..masih terasa hangat sebuah kucupan di dahi dari seorang lelaki bergelar suami...

Masih terasa segar diingatan percutian bulan madu kita di Langkawi...siang dan malam kita berdua ke sana ke mari tanpa perlu fikir pandangan orang lagi...sebab kita sudah ada ikatan yang sah...memori percutian di Langkawi takkan sesekali dilupakan sampai bila-bila..walaupun separuh daripada gambar percutian kita hilang tanpa disengajakan..tapi memori itu tetap utuh di hati dan ingatan kita....lihat pada wajah yang tersenyum itu..tak perlu di huraikan betapa kita terlalu bahagia dan gembira...

Pantang ada masa lebih, kita luangkan masa dengan bercuti...tipulah kalau tak pernah bergaduh kan..sebab tahun pertama perkahwinan adalah tahun kita saling menyesuaikan diri..pantang ada yang tak kena kita selalu berselisih faham..tapi itu tak menjadi penghalang untuk kita kecapi bahagia dalam rumahtangga...kita dengan dunia kita...dunia fantasi yang penuh dengan angan-angan...:)

Pejam celik ulangtahun pertama kita muncul...alhamdulillah ada  rezeki kita bercuti lagi..kali ni ke Pulau Pinang pulau mutiara..percutian kali ni kita penuhkan masa dengan bersantai ditepi pantai sambil melihat laut terbentang luas...


Selepas second honeymoon, besar harapan kita untuk di kurniakan seorang cahaya mata....namun apakan daya, takdir penentu segala...kita cuma manusia biasa tak mampu melawan kehendak Yang Maha Esa...tapi suamiku, ribuan terima kasih kerana tidak pernah mengeluh...


Sepanjang 2 tahun melayari hidup sebagai suami isteri, kita sudah faham isi hati dan sikap masing-masing...kita tetap gembira dengan cara kita..namun diluar sana ada mulut-mulut jahat yang pernah buat air mata ini gugur..."awak ni dah kawin setahun lebih..tak dapat anak lagi ke? kalau orang lain anak dah besar dah.."

Berdesup darah naik ke kepala...jantung terhenti seketika...saya cuma manusia biasa...ada hati dan perasaan...terima kasih untuk keprihatinan anda tapi kata-kata anda telah buat saya terluka..saya bukan Tuhan yang berkuasa boleh jadikan anak bila-bila masa yang saya nak...saya takde kuasa...

Ada juga yang ingin jadi juri dalam rumahtangga kami....pernah seorang hamba Allah berkata " kesian kat suami dapat isteri mcm awak. kat tempat kerja dia ramai yang cantik-cantik"  kenapa? kenapa isteri mcm saya...jahat ke saya ni? saya tak jaga maruah sebagai seorang isteri ke? saya buka aurat saya ke? saya tak hormat suami saya ke?

Satu nasihat saya untuk hamba Allah ni...saya sebenarnya lagi kesian kat awak..hidup terumbang ambing tanpa iman di dada..tiap-tiap malam tonggang arak awak tak kesian kat diri awak sendiri ke? jangan mudah nilai rumahtangga orang lain kalau kita sekadar kenal kulitnya...jangan sesekali tambah racun dalam rumahtangga orang...


Pada kami, cukuplah kami saja yang kenal antara satu sama lain...sehingga kini, kami terlalu bahagia dengan kehidupan kami...saya bersyukur kerana dengan keizinanNya, saya dikurniakan seorang suami yang banyak membimbing saya...jangan sesekali racuni fikiran kami dengan benda-benda yang boleh mengganggu kebahagiaan rumahtangga kami...

Buat suamiku...abang adalah suami yang terbaik...terima kasih kerana terlalu prihatin menjaga diriku..terima kasih atas apa yang abang dah buat selama perkahwinan kita..terima kasih kerana sayangi dan cintai aku tanpa berbelah bahagi..terima kasih kerana bahagiakan aku...terima kasih sebab sentiasa ada waktu aku berduka..terima kasih kerana buat aku tersenyum...terima kasih untuk segala-galanya..I LOVE YOU SO MUCH DEAR...

01 December 2011

Steamboat Restoran Nelayan Titiwangsa Yang Mengecewakan...

Salam 1 Desember..tup-tup hari ni dah masuk bulan terakhir untuk tahun 2011 kalendar Masihi..masa berjalan cepat giler kan..so, kita ada lagi 30 hari untuk menikmati tahun ni sebelum tahun baru..mana-mana azam yang masih belum terlaksana tu cepat-cepatlah yer capai...:)

Hari ni nak citer tentang makan-makan plak..tapi sebelum saya tu saya nak mintak maaf terlebih dululah kepada pihak yang berkenaan termasuk pelanggan setia mereka...entry ni bukan niat nak menjatuhkan tempat makan anda tapi hanya sekadar bercerita kisah betul...maaf ek kalau ada yang tak puas hati..huhu....

Sebelum ni saya dan husband pernah makan steamboat kat MAEPS serdang..so lepas dari hari tu kami mula berjinak-jinak dengan steamboat..asal ada peluang je mesti cari restoran steamboat nak try...bila google kat internet, ramai yang puji steamboat Restoran Nelayan kat titiwangsa tu best...ada yang bagi 4, 5 bintang...bila tengok ramai yang memuji kami plan nak bawak mak makan steamboat lagi...dulu pernah bawak jugak tapi kat MAEPS...

Kebetulan saya pernah berbuka puasa dengan kawan-kawan satu ketika dulu..masa tu tahun 2008 kalau tak silap...masa tu memang banyak juadah disediakan..dan seingat saya banyak jugaklah pilihan yang ada sampai tak termakan dibuatnya...

Sampai kat restoran awal jugaklah dalam 6 kut..masa tu perut dah lapar giler dah sebab skip makan tengahari...yelah..nak makan buffet steamboat kena simpan ruang banyak sketkan...kalau tak rugilah bayar lebih tapi makan sket...

Masuk-masuk tak ramai lagi yang datang...bila nak gi amik makanan untuk masak steamboat..INI JE KE????
Udang, salad, sayur pak choy & ikan pari


Ketam, salad lagi, sayur batang tu tak tau sayur apa & ayam.



Lepas tu beberapa "ball" seperti yang anda tengok gambar kat atas ni...sebelah ada mee, yee me, magee and buah...itu je ke????????????????

Air memang saya tau kena bayar harga lain...yang diberi cuma air kosong....nak minum air yang best sila order nanti akan ditambah lagi harga...
Angkut jelah ketam dan udang...kerang?lala? kepah? daging? yilek....

Pengakuan jujur dari my husband masa tengah makan...memang mengecewakan...memanglah ada nasi, lauk-lauk dan beberapa jenis kuih..tapi kata buffet steamboat...kami datang nak makan steamboat..takkan itu je pilihan yang ada...baik tak payah buat steamboat.....baik kami makan kat restoran biasa, bukan restoran steamboat kalau ini je yang diberi pilihan...

Seriously saya memang tak makan banyak malam tu sebab kecewa, tak banyak pilihan dan layan pun hampeh....pinggan kotor pun susah nak datang amik..kena tunggu meja penuh dulu barulah terhegeh-hegeh nak datang...saya ada tanya pelayan dia masa tengah topup sup (itupun kena mintak sendiri)...kenapa tak banyak pilihan..malam ni je ke mcm ni...

Dengan berlagaknya dia jawab.."eh takdelah..memang tiap2 malam pun mcm ni". ok..fine...ko berlagak dgn aku ek...lepas ni no way sudah aku nak makan kat sana okey...walaupun steamboat MAEPS tu orang letak level-level biasa tapi bagi saya Steamboat MAEPS better than Steamboat Restoran Nelayan...pilihan banyak, sayur macam-macam ada, air free, abc free, aiskrim ada, makanan berat pun ada walaupun tak banyak tapi boleh kenyang jugak..

Saya tak tau kalau saya datang salah time tapi ada ke restoran steamboat diorang buat malam ni kita banyak variety..malam esok kurang...malam lusa banyak balik....takde kan...

Err..sorrylah kalau ada yang tak setuju..tapi saya cuma cerita tentang apa yang berlaku masa saya gi makan kat sana...sket pun takde tokok tambah....lepas ni nak try steamboat kat lain plak....peace...:)
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...