23 July 2010

Perempuan Yang Bernama J..Part 5

Sikap Kak J sebelum ni saya masih mampu hadapi dengan tenang..tapi kejadian yang berlaku kali ni betul-betul menguji kesabaran saya...satu petang, sebaik saja saya sampai rumah lepas habis kerja, saya dapat mesej dari Kak J..."kat mana sekarang?"..saya balas btau dia baru je sampai kat rumah...dia terus call...Kak J cakap teman lelaki dia tak sampai lagi kat tempat dia kerja..sepatutnya masa ni dah sampai..Kak J tanya saya samada teman lelaki dia ada kat rumah ke tak? saya btau teman lelaki dia takde..kl ada saya dah lama keluar balik dari rumah tu tunggu Kak J balik rumah dulu..Kak J mintak saya masuk bilik dia tengok..GILER!! nak suruh saya buat kerja bodoh tu..saya cuma ketuk pintu panggil dari luar tapi takde jawapan..dan saya memang yakin lelaki tu takde kat rumah...


Saya btau Kak J, kat dalam bilik pun takde..tiba-tiba Kak J tinggikan suara..tak dengar pun bukak pintu?? Ya Allah...apa tujuan dia sebenarnya ni? saya cakap memang takde saya dah tengok dalam bilik, takde orang...Kak J terus putuskan panggilan..saya masih bingung...apa ni?? saya tak faham..kenapa perlu mintak saya cek sampai dalam bilik dia..


Keesokan harinya kebetulan hujung minggu ..Kak J ajak saya berbual dengan dia depan tv kat ruang tamu...saya keluar dari bilik..saya malas nak layan kerenah Kak J tapi memandangkan saya takde alasan saya turutkan saja...dalam hati, takpelah..nanti lepas 10 minit saya mintak diri..Kak J mulakan perbualan...mulanya Kak J berbual cuma topik ttg kerja dia..kemudian Kak J tanya saya..."semalam pergi kerja tak?"..saya btau Kak J mestilah kerja.. "kl pergi, pukul brp keluar dari rumah?"...saya mula pelik dengan soalan-soalan Kak J...apa sebenarnya tujuan dia ni? saya jawab jugak pertanyaak Kak J kali ni...mcm biasa, pagi pukul 7.30 saya keluar rumah...saya tanya Kak J kenapa dia tanya mcm tu..saya tak faham...


Kak J mula tinggikan suara...mungkin dia tak puas hati bila saya tanya balik soalan kat dia.. rupa-rupanya ada sesuatu yang bermain kat kepala dia.. Kak J hamburkan kata-kata kesat kat depan muka saya..."kl pergi kerja, kenapa dlm cctv takde keluar dari gate pagi semalam?!!"..apa ni...apa salah saya...saya btau Kak J, saya boleh tunjuk bukti saya pergi kerja semalam..saya boleh tunjuk tiket bas pukul brp saya naik bas, boleh call majikan saya dan satu saksi yang saya ada yang takkan menipu..cctv DI ATAS SANA..ALLAH SWT..apa yang paling saya kecewa, Kak J buat tuduhan tak berasas lansung..dia tuduh saya ada hubungan dengan teman lelaki dia..dia tuduh saya tak pergi kerja disebabkan teman lelaki dia tak datang ambik dia petang semalam.. dia tuduh kami buat sesuatu kat belakang dia kat rumah tu masa dia takde..dan paling-paling saya kecewa, saya marah bila dia tuduh saya yang goda teman lelaki dia..astaghfirullahalzim...tuduhan yang saya rasa sgt-sgt melukakan hati saya...teman lelaki dia tak datang ambil dia apa kena mengena dengan saya?kenapa tiba-tiba letak kesalahan kat saya...??


PAP!!! Seolah-olah seperti ada batu besar yang jatuh atas kepala saya pada waktu tu..ini ke balasan dia untuk kebaikan dan pertolongan yang saya berikan selama ni? ini ke cara dia balas budi? bukan dia tak tau saya sedang menghitung hari bahagia yang akan tiba tak lama lagi..saya balas tuduhan Kak J dengan hati yang remuk...


"maaf akak saya cakap..saya sekarang bersyukur sgt dikurniakan seorang bakal suami yang taat suruhan agama, kuat berusaha mencari rezeki dan penyayang terhadap saya..naikkan tangan sekali pun tak pernah..bukan saya nak burukkan teman lelaki akak tapi saya bukan perempuan murahan yang boleh jatuh hati dengan sebarang lelaki..saya dah nak kawin dah pun..tinggal berapa bulan je lagi.."


Sebenarnya saya cuba nak sindir Kak J..apa yang saya nak sgt-sgt ckp pada Kak J benda ni..

"saya bukan perempuan bodoh nak jatuh hati dengan lelaki yang dah terang-terang tido dengan perempuan lain satu rumah dengan saya! lelaki yang takde matlamat hidup, tiap-tiap hari goyang kaki harapkan duit perempuan, malam-malam keluar jadi kutu rayau dan kerja cuma pukul perempuan..cuma Kak J saja yang bodoh bercinta dengan lelaki mcm tu.."


Tapi kata-kata tu cuma dalam hati saya..Kak J masih tetap dgn tuduhan bodoh tu..alasan dia, Tok Aji yang pakai kopiah pun boleh buat kerja macam tu..tak kira alim ke jahat ke kl dah berdua lelaki dan perempuan kat dlm satu rumah, mesti akan berlaku..masalahnya saya dengan teman lelaki dia tak pernah berdua kat dalam rumah tu!!! kl tak percayakan saya..knp benarkan jantan tu tinggal kat situ...balas Kak J, dia berhak ajak sesiapa pun tinggal kat rumah tu, saya tak perlu pertikai kenapa dia ajak teman lelaki dia tinggal bersama..yer...saya memang tak berhak tapi apa hak dia nak tuduh saya?? pandang pun saya tak sudi kat jantan tu..pleaselah......setiap kali saya cuba pertahankan diri, setiap kali tu jugak Kak J tinggikan suara lawan apa yang cuba saya pertahankan...


Akhir sekali..apa yang saya mampu ckp pada Kak J...

"Tuhan tu Maha Adil, Maha Mengetahui..Dia akan tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah.."

Saya mintak diri masuk bilik..saya tak mampu tahan perasaan..saya menangis sepuas-puasnya..tunang saya masa tu kat offshore...saya tak boleh nak mengadu kat dia lagi malam tu..apa yang saya mampu buat, saya mengaji, mengadu pada DIA...saya tak tahan dengan tuduhan macam ni...tuduhan yang tak masuk akal..tuduhan yang menjatuhkan maruah saya....

22 July 2010

Perempuan Yang Bernama J..part 4

Saya boleh baca apa tujuan Kak J paksa beli karpet tu..demi kerana duit...dengan cara tu saya seolah-olah berhutang dengan dia dan bila-bila masa saja dia boleh mintak duit dengan saya...bijak kan..tapi saya tak sebodoh tu...bukan saya yang beria-ia nak beli jadi tiada istilah hutang dalam keadaan jual beli mcm tu...Kak J yang terhegeh-hegeh paksa saya beli...jadi kl dia nak bayaran tu, dia kena ikut permintaan dan syarat saya...jangan minta bayaran dari saya dan tunggu saja bila saya rasa nak bayar, saya akan bayar..adil kan...


Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa...kadangkala saya sengaja balik kerja lambat sebab taknak bersua muka dengan Kak J dan teman lelaki dia..tapi tak semudah yang saya sangka..Kak J memang berani orangnya...satu malam waktu saya sedang berehat dalam bilik..tiba-tiba bunyi ketukan pintu..dari luar saya dengar Kak J panggil nama saya..apa lagi yang saya boleh buat selain bukakan pintu...Kak J masuk ke dalam bilik..saya boleh agak apa sebenarnya yang tersirat kat hati dia..


Kak J btau saya dia dapat interview kerja kat satu tempat..dia perlukan duit untuk tambang jadi dia perlukan pertolongan saya..kata Kak J lagi, dia ada duit dalam bank tapi kad atm dia hilang..saya tak terkejut lansung sebab dari awal Kak J masuk bilik, saya dah boleh agak apa tujuan dia...saya tanya Kak J dia nak pinjam berapa? saya tak mampu nak tolong dia banyak...dengan senang hati Kak J tanya saya balik berapa cash yang saya ada sekarang? bodohlah saya kl btau jumlah duit yang saya ada dalam beg..saya cuma cakap saya boleh bagi dia sikit je..Kak J cakap dia nak pinjam RM50 dan dia janji akan bayar sekali dgn duit yang dia pinjam hari tu selepas 2 hari..menakutkan bila Kak J cakap dia sanggup teman saya ke bank malam tu untuk keluarkan duit...


Saya tak pernah jumpa manusia mcm Kak J sebelum ni...sungguh tak pernah..ini kali pertama dan saya sangat rimas berada dlm situasi begitu...baiklah..saya pegang janji Kak J bahawasanya dia akan bayar duit saya balik dalam masa 2 hari...saya tetap bagi dalam keadaan tanpa rela...takpelah...mana tau berkat dari pinjam duit tu, Kak J dapat kerja..lepas tu dia dah tak susahkan saya lagi...tunang saya memang bengang bila dapat tau Kak J pinjam duit lagi tapi apa saya boleh ckp lagi...saya bukan jenis perempuan yang berani..saya takde kekuatan untuk berkata 'tidak' pada Kak J..


Tiga hari berlalu Kak J masih tak tunaikan janji dia..tiada tanda-tanda Kak J akan bayar duit yang dia pinjam..saya memang tak letak harapan tinggi sebab saya tau Kak J takde duit..kad atm hilang tu cuma rekaan semata-mata..seminggu lepas tu Kak J btau saya dia dapat kerja kat Maybank sebagai telemarketer...kerja tu perlu jual produk dan capai target sales baru dapat gaji...tak kisahlah apa kerja Kak J asalkan jangan menyusahkan saya lagi kemudian hari..tempat kerja Kak J agak jauh dari rumah..setiap hari Kak J keluar pukul 5.30 pagi tunggu bas dan balik kerja sampai rumah pukul 8 malam..baguslah Kak J dah berubah...tak goyang kaki lagi seperti sebelum ni..


Apa yang merimaskan saya, teman lelaki Kak J masih tak bekerja dan masih tinggal kat rumah tu..senangnya hidup dia tak perlu keluarkan duit satu sen pun untuk makan, tempat tinggal dan sebagainya..selama saya tinggal bersama mereka, pandang lelaki tu pun saya taknak jauh sekali nak bertegur sapa atau bercakap...pernah mereka bergaduh waktu malam pukul 1-2 pagi, menjerit-jerit waktu orang lain tidur...banyak kejadian yang saya tak boleh lupa bila Kak J bergaduh dengan teman lelaki dia..pintu bilik pecah..tombol pintu rumah rosak..meja kaca kat ruang tamu pecah..rak kasut hancur..kabinet dapur rosak.bukan sekali berlaku tapi banyak kali..sampaikan saya menangis ketakutan kat dalam bilik...saya takut pintu bilik saya dipecahkan jugak..cacian-cacian yang saya dengar tak perlu nak ceritalah..terlalu banyak yang saya dengar dari mulut mereka..saya sendiri hairan apa lagi yang mereka nak dalam hubungan mcm tu..


Cerita Kak J belum tamat di situ rupanya...saya sangka panas hingga ke petang...tapi hujan di tengahari..bunga yang saya bagi tapi dibalas tahi..saya akan sambung di entry seterusnya kisah Kak J...

21 July 2010

Perempuan Yang Bernama J...part 3

Keesokan harinya...lepas balik dari keje saya cuba tengok kat dapur beras yang Kak J cakap nak tolong belikan tu..saya lega sebab beras tu ada..walaupun dah dibuka dan digunakan sedikit tanpa kebenaran saya terlebih dahulu, tapi sekurang-kurangnya Kak J beli jugak...lepas kejadian tu, saya agak sibuk di ofis sampai kadang-kadang malam baru sampai rumah...agak lama jugak saya tak masuk jenguk dapur..


Selang tiga hari selepas tu saya masuk dapur nak masak untuk makan tghari..kebetulan hari tu hari minggu..Kak J dah keluar dengan teman lelaki dia..bila saya masuk dapur, alangkah terkejutnya saya bila tengok barang2 dapur yang baru je beli dah licin..bawang, cili, telur semua dah takde..beras cuma tinggal lagi 2 cawan kecil...susu, nescafe, teh semua dah terbuka, dah hampir licin Kak J guna..sepatah pun takde dia cakap apa-apa kat saya tentang barang dapur tu..


Menyirap darah naik ke muka dan kepala..saya cuba kawal kemarahan yang semakin menguasai diri...sampai licin dia gunakan..?? habis sia-sia RM70 mcm tu saja untuk perempuan yang bernama janda dan teman lelaki dia...tak cukup pinjam duit, barang dapur pun habis dimakan...tak fikir ke dia makanan tu akan jadi darah daging dia...makanan yang halal tapi makan tanpa keizinan tuannya pun boleh jadi makanan haram...tak tau ke dia semua tu..saya bukan nak berkira tapi sekurang-kurangnya sebagai makhluk yang bernama manusia beradablah sikit nak guna barang-barang orang lain..kl dia berkongsi barang dia sekali, saya tak terasa sangat tapi dia cuma goyang kaki kat rumah dgn jantan tu, kerja tak, usaha tak..sewenang-wenangnya habiskan beras orang lain tanpa btau sepatah pun..mcm tu boleh dikategorikan sebagai manusia baik ke??



Saya tak tau nak buat apa cuma hanya mampu bersabar dan mengadu pada tunang...bila kemarahan dah reda..saya maafkan dia walaupun dia tak pernah bertanya pasal tu apatah lagi nak mintak maaf...memaafkan lebih baik dari simpan dalam hati...saya lupakan hal tu..entahlah..mungkin saya jenis mudah memaafkan atau mungkin keadaan yang memaksa saya terima apa yang berlaku..anggap saja sedekah...tapi pengajaran yang saya dapat dari kejadian tu..pertama,apa2 makanan yang saya beli saya dah tak simpan kat dapur..saya simpan dalam bilik..kedua, tak perlu lagi masak kat rumah..samada makan kat kedai atau bungkus sahaja...itu lebih baik daripada sakit hati..



Kak J masih berlagak biasa dengan saya..satu hari, saya tengok ada karpet berbulu lembut kat ruang tamu..karpet tu tak besar pun..terpacul dari mulut saya lepas terpandang karpet tu.."cantik karpet tu"..takde niat apa-apa pun kat hati saya cuma reaksi spontan selepas tengok karpet berbulu lembut tu..tiba-tiba Kak J bagi reaksi.."cantik kan..RM 400..Has nak ke?". saya terkejut...sumpah takde sikit pun saya nak karpet tu...hanya memuji..Kak J mula memujuk saya agar beli karpet tu dgn dia..saya menolak sebab saya memang takde hati lansung nak beli..lagipun karpet tu dia dah pakai..kl saya nak beli, saya boleh beli kat kedai karpet yang jauh lagi cantik dan lagi murah dari tu..


Saya menolak dengan cara baik...memang terus terang saya ckp saya taknak..lagipun saya tengah kumpul duit untuk majlis kawin yang tinggal beberapa bulan je lagi masa tu..Kak J tetap merayu minta saya beli karpet tu dgn harga RM 400..sampaikan saya dah habis idea dan alasan menolak permintaan Kak J..tapi Kak J bukan manusia yang mudah faham org..atau memang jenis tak faham bahasa kut.dia gulung karpet tu terus masukkan dalam bilik saya dengan muka tersenyum lebar.."takpe..bayar sikit-sikit pun akak tak kisah"..ya Allah..demi nak dapat duit dia sanggup buat apa saja..RM400 saya kena bayar pada dia..tapi saya tak bayar lansung..saya ckp saya bayar ansur-ansur sampai bulan terakhir kat rumah ni baru saya akan bayar habis...Kak J tersenyum setuju penuh makna...
# sambungan cerita akan menyusul di entry seterusnya..:)

Perempuan Yang Bernama J..part 2

Saya agak serba salah sebelum reply mesej Kak J sebenarnya..yelah..manusia ni kita memang tengok luaran rambut sama hitam tapi hati lain-lain..marah ke dia kl saya cakap saya tak boleh tolong dia...apa reaksi dia bila saya dah sampai rumah nanti..camne dgn hubungan kami yang baru nak kenal lebih rapat antara satu sama lain...saya berperang dgn perasaan..ada jugak terlintas kat hati saya masa tu..berani nya dia ni baru je kenal, tak sampai 2 minggu dah nak pinjam duit..saya sendiri dengan kawan-kawan yang dah bertahun-tahun kenal rapat pun tak berani nak pinjam duit...kl saya bagi, boleh ke saya percaya kat dia...??



Dengan berat hati, saya balas jugak mesej Kak J harap dia faham keadaan saya yang memang tak dapat tolong dia...tak lama lepas tu Kak J reply mesej saya..dia kata dia faham..TAPI dia tukar ayat plak..harap dapat pinjam sikit RM50 pun jadilah..dia perlukan duit sangat-sangat...sebagai manusia biasa, kita memang tak boleh lari dari rasa simpati..bila orang merayu mcm tu timbul rasa kesian..



Dengan rela hati saya setuju untuk tolong dan sepantas kilat jugak Kak J mesej saya no akaun maybank..dia mintak saya masukkan duit secepat yang mungkin dan dia janji dengan saya akan ganti balik duit tu minggu depan..tanpa banyak soal saya masukkan duit dalam akaun Kak J...apalah sangat dengan duit RM50 jika nak dibandingkan dengan pahala yang kita dapat kl tolong orang yang dalam kesusahan..itulah yang sayang sematkan dalam hati pada masa tu..



Hari berganti hari..hubungan Kak J dengan saya berjalan dengan baik..walaupun saya tak senang dengan kehadiran teman lelaki dia kat rumah tu tapi saya cuma diamkan saja..Kak J masih lagi goyang kaki kat rumah bersama lelaki tu tanpa buat apa2 perkerjaan..makan, tido, tengok tv..itu saja aktiviti mereka tiap2 hari..banyak ke duit Kak J sampai tak perlu kerja?kl banyak duit kenapa pinjam duit dgn saya hari tu dan masih tak bayar2 lagi walaupun dah cukup seminggu..?persoalan yang tiada jawapan...



Satu hari, saya berbual dgn Kak J..saya btau dia saya ingat nak beli beras dan barang dapur sikit untuk kegunaan saya kat rumah tu...saya nak sgt makan lauk kari ikan...tapi nak masak sendiri tak pandai sangat..Kak J dengan rela hati tawarkan diri nak tolong saya masak kari ikan..tapi bukan setakat itu saja..dia tawarkan diri nak tolong saya beli beras dengan barang-barang dapur yang lain..katanya kesian nanti saya nak bawak beras tak larat balik rumah..teman lelaki dia ada motosikal boleh angkut barang2 tu semua..dia beria sgt nak tolong belikan..



Tanpa syak apa-apa, saya setuju dgn tawaran Kak J..rasa senang jugak sebab dpt housemate sebaik dia..pagi esoknya sebelum saya keluar rumah, Kak J tanya saya duit untuk beli brg-brg dapur tu..saya ingatkan Kak J akan faham bila saya tak bagi duit, maknanya saya nak dia guna duit yang dia pinjam dari saya sebelum ni..tapi dia manusia yang susah nak faham mungkin..saya hulur jgk duit RM20 dan mintak Kak J beli beras size 5kg dgn ikan sahaja..barang2 dapur lain saya boleh beli sendiri sebab memang saya nak cari barang jugak nanti..Kak J tanya saya..cukup ke RM20 beli beras? saya ckp cukup sebab size 5kg cuma lebih kurang RM12 je..yang lebih tu boleh beli ikan..Kak J tak boleh nak cakap apa lagi bila saya btau camtu...saya tau...Kak J nak duit lebih dari tu...tapi saya sikit sebanyak pada masa tu dah boleh nilai siapa sebenarnya Kak J....



Petang bila saya sampai rumah lepas habis kerja..saya tengok Kak J takde..masa tu saya ada beli barang-barang dapur seperti bawang, telur, santan, susu, gula, cili dan barang-barang lain..jumlah barang dapur yang saya beli hari tu lebih kurang RM50..saya simpan barang-barang tu kat dapur..lagipun nanti saya nak masak kari ikan dengan Kak J..saya cari beras yang Kak J cakap nak tolong belikan untuk saya tapi takde..erm..mungkin Kak J keluar beli beras tak balik lagi..tunggu punya tunggu malam baru Kak J balik rumah dengan teman lelaki dia...tapi Kak J cuma bawak balik ikan sahaja itupun 6 ekor yang bersaiz sederhana (saya sempat kira)...mana beras?? saya tanya Kak J mana beras sebab saya nak masak nasi...



Terkejut saya bila Kak J keluarkan sedikit beras dalam plastik 'kecik'..Kak J cakap boleh guna beras ni dulu sebab tadi dia tak sempat nak beli lagi..beras ni dia ambil kat rumah adik dia...astaghfirullahalzim...semalam dia beria nak belikan beras untuk saya..tiba2 hari ni dia bagi alasan lain...apa Kak J buat sebenarnya duit yang saya dah bagi kat dia...takpelah...saya masak dulu apa yang ada bersama dengan Kak J..walaupun dalam hati ada sedikit perasaan jengkel dengan sikap Kak J, saya cuma pendamkan...



Malam tu saya cuma makan seekor ikan masak kari, dan sepinggan nasi...barang-barang yang saya baru beli saya masih simpan kat dapur...takpelah..kl Kak J nak guna sket-sket pun saya tak kisah...keesokan harinya...

#bersambung di entry seterusnya....:)

20 July 2010

Perempuan Yang Bernama J..part 1

Macam2 ragam manusia saya jumpa selama saya hidup kat muka bumi ni..tapi saya tak boleh lupa kenangan saya mengenali seorang wanita yang berstatus janda...bila sebut janda ni, saya tak pernah letak persepsi apa2 pun kat mereka sebenarnya..bagi saya mereka sama seperti saya dan wanita2 lain..cuma 'kak janda' yang saya pernah kenal ni mempunyai sikap yang sangat2 teruk pada pandangan saya..


Camne saya kenal kak janda ni? eh...biar saya kenalkan dia dgn panggilan Kak J dahlah yer..ceritanya mcm ni..dulu kan..sebelum kawin, saya sewa bilik je kat sebuah rumah kat Puchong...masa mula2 saya dpt sewa bilik kat rumah tu, saya happy sgt-sgt..happy sebabnya saya dapat housemate yang baik, peramah, berbudi bahasa dan ikhlas terima saya sebagai housemate dia...kedua saya happy sebab saya dpt sewa bilik kt rumah kondo..dia punya safety sgt2 terjamin jika nak compare dgn rumah2 sebelum ni yang pernah saya sewa..yang ketiga sebabnya ialah cuma saya dan Kak J saja yang tinggal kat umah tu..bila berdua saya dah dpt bayangkan aman damainya tinggal kat situ...


Lepas dah dapat permission dari tunang saya masa tu (my husband)..saya pun pindah masuk lepas bayar deposit dan sewa bilik 2+1..mula2 saya tinggal kat situ memang happy..petang2 bila balik dari ofis, sampai je kat rumah ada teman berbual..tak bosan mcm sebelum2 ni...nak dating pun tunang saya masa tu tinggal jauh..selalu lah saya berbual dgn Kak J ni..


Dia selalu cerita ttg kehidupan dia...saya tak pernah tanya pasal penceraian dia dgn bekas husband sebab saya tau kebanyakan wanita tak suka bila ditanya ttg kegagalan rumahtangga..tapi satu hari dia bercerita semuanya pada saya..katanya bekas husband dia ada hubungan dgn org gaji dia, selalu buat perangai, ada pompuan lain masa dia bersalin anak ke dua...lagi apa yang dia cerita, dia pernah rujuk dgn bekas husband tapi tak lama bertahan sebab bekas husband dia buat lagi kesilapan lama selepas anak2 mereka dah besar..bila dengar cerita dia, saya pun tumpang simpati dgn apa yang berlaku terhadap Kak J ni...kita sendiri pun tak tau nasib kita di masa hadapan camne kan...


Hari berganti hari..saya dah mula rasa sedikit pelik dengan Kak J ni lepas beberapa hari..dia sewa rumah kondo tapi tak bekerja...sewa rumah kat situ bukan murah..tapi saya just abaikan dan saya fikir tak kisahlah..saya tak perlu amik tau tentang tu sume..yang penting cukup bulan saya bayar sewa bilik...hari seterusnya saya makin terkejut..Kak J ajak teman lelaki dia tinggal satu rumah dgn kami..agak terkejut jugak bila dia btau saya teman lelaki dia berusia 20 tahun..Kak J masa tu berusia 36 tahun...saya taknak campur hubungan sosial mereka sebab saya taknak jadi masalah lain...


Yer..lelaki tu tinggal bersama kami kat rumah tu...sama seperti Kak J, lelaki tu pun tak bekerja..muda lagi..remaja yang suka enjoy dan tak tau kesusahan untuk mencari rezeki...satu hari, sebelum saya keluar dari ofis..Kak J mesej saya nak pinjam duit RM 150..katanya nak pergi mahkamah nak selesaikan masalah dgn bekas husband dia kat mahkamah...saya syak Kak J tak jujur..dia bukan perlukan duit untuk pergi mahkamah..setau saya mengikut apa yang dia cerita sebelum tu kes dia dengan bekas suami dah lama selesai...lagipun untuk apa duit sebanyak tu pergi mahkamah syariah?kebetulan saya masa tu tgh saving duit untuk kawin..so saya reply mesej Kak J saya tak dapat tolong dia...saya sendiri pun takde banyak duit...


#saya akan sambung di entry seterusnya...:)

Kekeliruan Size Sedang Melanda...

Dah banyak hari jugak saya tak tulis apa2 dlm blog ni..bz, takde mood, takde idea pun yer jugak..hmm...susah kan kl idea tak datang ni..pusing kanan, pusing kiri tapi no idea...kang tulis pasal keburukan org jadi mengumpat plak...


Petang semalam, lepas habis keje tak rasa nak balik umah dulu...balik awal pun rasa cm bosan gak takde org kat umah...lagipun semalam merajuk dgn husband, konon nak tunjuk proteslah..padahal bukan dia tau pun saya tgh tunjuk protes semalam..agaknya dia happy je kat sana dgn kawan2..huhu...


Saya pergi IOI mall, dekat je dgn ofis..jalan-jalan dalam jusco, saya berkenanlah beberapa helai baju kemeja..lagipun dah lama tak shopping kemeja untuk kerja..saya dgn happynya amik beberapa helai then masuk fitting room...saya amik baju sama tapi size yg berbeza...satu S, satu M..


First saya try baju saiz M..alamak !! besarlah pulak size M..dah happy sakan ni..:D. maknanya kl size M besar, mestilah saya boleh pakai size S lagi...wah..senyum2 sorang gitu dlm fitting room tu..:). .lepas kawin ni saya tak yakin nak try baju size S..berat dah naik 2 kg okey..dgn senyum simpul saya try plak baju size S. alamak!! dah agak ketat...ada beberapa part yang dah over menonjol terutama part perut..waaa!!! tak sanggup mcm ni.:(.

Saya tak puas hati..saya round2 pilih baju lain plak..saya amik lagi kemeja size S dan M..try lagi..hasilnya sama jugak mcm tadi..saya dah badmood..:(. cmne ni..nak beli baju tapi size takde plak..S kecik, M plak besar...mana satu yang saya nak amik ni...huhuhu...susahlah mcm ni kl saya nak cari baju lain kali..size apa yang saya perlu pakai sekarang ni...saya tak tau..:(


Finally saya tak jadi beli kemeja, saya sambar handbeg satu...ok lah tu dari balik tgn kosong kan...kepada promoter jusco tempat saya beli handbeg semalam tu...saya nak bagi nasihatlah sket kat sini..don't judge a book by it's cover..don't you judge people by their appearance.. faham tak? faham kan...tak kisahlah org tu pakai baju kurung ke, baju blous cantik ke, selipar jepun ke, high heels ke, pakaian dia selekeh ke...bila customer nak beli brg tu pleaselah layan customer dgn adil tak kira apa jua penampilan dia...org pakai selipar jepun tu tak semetinya dia takde duit..kl cek purse awak, banyak ke duit yang awak ada nak berlagak sgt dgn customer kan...belajar banyak lagi yer dik..;p.


Apa yang saya dapat buat kesimpulan ttg size baju semalam..saya kena usaha gigih untuk kembalikan berat badan kepada keadaan seperti sebelum kawin dulu..yes!! saya kena kerja keras lagi exersice lepas ni...abang..i need your support..huhuhu...:(


# gambar tu cuma nak tunjuk simbolik mana satu size saya ni...

15 July 2010

Tikar dari Nilai..

Balik holiday dari Melaka hari tu..saya ada ckp nak singgah Nilai kan..tujuannya ialah nak cari tikar nak letak kat ruang tamu...


Inilah dia tikar saya beli kat sana...satu tikar besar dan satu lagi tikar kecik...harga pun tak mahal sgt..yang besar tu RM 50, yang kecik dpt harga RM 20..mestilah husband saya yang bayar sebab dia yang plan nak cari tikar tu..:). saya dgn husband memang ckp awal2..kami tak pandai nak tawar menawar..sekali je kami tawar kat tauke kedai tu..dia sebut harga tu kami pun amik..tak taulah kenapa..mungkin takut kut.. ada ke ek org kena pukul kl tawar harga lebih-lebih ??? hehehe..:D.


Saya tambah tikar kecik satu lagi beli untuk mak mertua..baik tak menantu mak ni? :p. mula2 saya ingat nak cari benda lain untuk mak mertua saya..tapi pusing2 takde barang lain yang berkenan..beli jelah tikar sama dgn umah saya..nak beli yang besar dah tak muat kereta..amik yang kecik je..lain kali ek mak..:)


Kl datang umah saya..mesti org perasan...semua perabot sama warna..saya sendiri pun tak perasan sebenarnya..mak mertua lah yang tegur masa dia datang umah kami dulu..hehehe...kebetulan je mak terambil warna sama...:). nanti kl ada masa ingat nak cari kain buat langsir kat nilai jugak..org ckp kain langsir kat sana murah2..betul ke?

Nantilah saya cuba usyar2 dulu..lagipun nak buat langsir kena ada bajet jugak..kira bajet betul2 dulu ok..:)

Aktiviti kat rumah saya...

Sekarang ni saya keseorangan lagi kat umah..suami dah pergi 'berlayar" balik...huhu...sunyi je kat umah tu..bunyi suara pun dalam tv jelah..suara saya pun tak bunyi kat umah tu tau..yelah, camne nak bunyi.. takde orang lain kat umah cuma saya sorang2 je..hehe...kl ckp sorang2 kang jadi lain plak..:p.


Masa husband saya ada kat umah lebih kurang 2 minggu hari tu...sempatlah jugak saya masak untuk dia 3,4 kali..selebihnya banyak makan kat luar..:). masak pun tak banyak..2 lauk mcm tu je..masak simple2 asalkan husband kita boleh jugak rasa masakan air tangan isteri tercinta kan...hehehe...

Saya pernah btau dulu suami saya ni suka makan ulam2...senang keje, tak payah goreng sayur..saya beli ulam2 kat pasar...lepas tu saya masak rendang ayam (rupa tak mcm rendang sgt tp rasa ada..hehe), goreng ikan cencaru sumbat & hidang budu sekali.. licinlah dia makan kl ada budu dgn ulam2 ni. :)

Hari berikutnya plak, saya masak ikan asam pedas, ikan goreng, hidang dgn ulam2 dan budu... punyalah selera husband saya makan sampai kuah asam pedas tu dia hirup2 mcm kuah sup...rahsianya? masak biar ikhlas untuk suami kita..:p

Berselera dia makan..hehehe..sedap ke tak sedap tetap makan..kl tak makan nanti takut kena marah kan by..:)

Kekenyangan selepas makan...tutup perut nampak..? :). tengok!! dia tgh makan ais rupanya..camne saya boleh tak perasan ni..kl saya nampak masa tu jugak saya suruh dia muntahkan balik..degil dia sorang ni..dah banyak kali duk larang jangan makan ais..makan jugak..eeii..siap nanti dia balik...

Olor-olor...tau org marah dia...buat muka baik, muka kesian plak..:) tak jadilah marah...hehehe.. tgh tunggu waktu isyak ek bang... keje rajin2 tau kat sana...jadi budak baik okey.. :).


Selalu kl husband saya ada kat umah..lepas makan malam kami tengok tv je..kl malam minggu keluar pusing2 kat KL kejap lepas tu balik umah tido..kdg2 keluar tengok wayang tapi sekarang jarang dah tengok wayang..itu jelah aktiviti saya dan husband kat umah malam2..:).

09 July 2010

Trip ke Melaka-cerita 3

Saya sambung lagi cerita tentang trip ke melaka untuk bahagian terakhir...pagi cm besa pukul 8 turun bfast kat bawah...saya tengok ada mee kari (pelik sebenarnya pagi2 makan mee kari), bee hoon goreng (kosong), roti, sosej (tak goreng), ayam goreng, teh & kopi panas...saya masih tak boleh lupa...bila saya tuang kuah kari kat atas mee...mee tiba2 tukar jadi merah..oh my God..asid borik!!. boleh mandul suami2 kita kl makan asid borik tau tak.....isu ni pernah keluar dlm paper kenapa masih ada lagi mee mcm ni..????


Nak tak nak, kami bfast jugaklah..tapi tak habis pun saya makan mee kari tu..tk sedp..huhu..lebih kurang pukul 10.30 saya check out hotel...memang dah plan dari awal, tghari nak keluar dari bandar melaka sebab balik nak singgah nilai..so, tak banyak tempat yang boleh kami pergi last day tu..

Saya singgah di muzium samudera kjp...muzium ni merupakan replika kapal portugis Flor de La Mar yang dibina pada tahun 1990. bayaran masuk dalam muzium ni RM 3 seorang..kanak2 pulak RM1..

Saya paksa husband naik atas dulu sebab nak snap gambar...hehehe...kena paksa pun, sempat jugak bergaya ala2 model..:D



Masa ni saya dah naik atas dah...sebelum sampai kat dalam kapal tu..ada satu ruang macam anjung rumah2 lama gitu..duk kat sini boleh rasa tiupan angin kuat..best..:)



Ni masa kt dlm bahaian kapal..nak masuk dlm pun kena tanggalkan kasut jugak tau..sape2 yang nak tau sejarah pasal Alfonso de Alburquerque, laksamana tentera laut Portugis tu...silalah datang ke muzium ni...dialah yang jd penyebab keruntuhan Kesultanan Melaka dulu..


Patung Alfonso pun ada kat dalam muzium ni...dlm sejarah Portugis jugak ada tercatat, Alfonso ni jugak pernah cuba untuk MENCURI MAYAT NABI MUHAMMAD sebanyak tiga kali tapi tak berjaya sebab ada ribut taufan...wah..tiba2 saya jadi cikgu sejarah la plak..;).


Dah selesai pusing2 kat dlm replika kapal a.k.a muzium samudera ni, kami pun gerak nak balik dah..dlm perjalanan balik tu, saya singgah nilai sekejap nak cari tikar...pasal tikar tu, nanti saya post kat entry seterusnya...:)


Lebih kurang pukul 7.30 mlm, kami selamat sampai umah...itu sj cerita ceritu trip saya dn husband di melaka selama 2 hari...:). 

Trip ke Melaka- cerita 2

Saya akan sambung cerita trip ke melaka lagi kali ni...walaupun cuaca agak panas, tapi saya dan husband tetap teruskan jalan2 kat kota bersejarah ni...sebelum turun dari bukit St.Paul, sempat beli cenderamata sket untuk dibuat kenang-kenangan...

Seterusnya kami masuk ke muzium istana kesultanan melayu melaka..lokasi cuma bersebelahan dengan kota A'Famosa..bayaran RM2 je..dapat beg plastik sorang satu untuk simpan kasut sebab nak masuk dalam istana tu kena tanggalkan kasut...

Muzium ni dibina mengikut senibina Istana Melayu di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah pada era 1456-1477 dulu..kt dalam muzium ni kita boleh tengok Balairong Seri, Balai Beradu, institusi raja2..juga sejarah pertikaman hang tuah dgn hang jebat pun ada jugak..pendek kata kat dalam muzium ni pamer macam2 sejarah istana melaka..

Lepas tu saya singgah kejap snap gambar kat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan negara kita...dekat je dengan A'Famosa..dalam memorial ni tersimpan pelbagai dokumen2 ttg perjuangan utk mencapai kemerdekaan negara kita....

Sempat posing gedik kejap kat laluan org jalan kaki..sebelah tu pintu masuk ke muzium islam melaka..



Sebelum gi makan tghari...saya jalan2 dulu kat salah satu tempat wajib pergi kl dtg melaka...ramai org dtg sini..yang ada menara jam warna merah tu dipanggil bangunan Stadhuys..terletak bersebelahan dengan gereja Christ tinggalan belanda...banyak beca2 kat sini tunggu pelancong..satu jam harga naik beca RM40..kayolah pakcik..:). banyak kedai2 jual cenderamata kt situ..


Lepas lunch, kami balik hotel rehat..ingat nak rehat2 je..tapi tertido sampailah petang..huhuhu..apa barang melancong cuma tido kat hotel je kan..tapi nak buat camne..sama2 terlelap..:)


Lepas asar kami keluar...jalan2 gi Dataran Pahlawan Mall..jalan2 sambil tengok kut ada baju cantik2 nak shopping gak sehelai dua...lepas dah puas pusing, shopping sket2..scr tk sengaja kami lalu depan kedai LOVEY TRADING...husband pun cakap.."jom yang, kita snap gambar 'ala2 comel' kat sini...buat kenangan..hahaha..saya pun setujulah...apa salahnya kan sekali sekala buang tebiat..:D

Tada!!! inilah hasilnya...;). bukan senang tau nak posing loving2 mcm tu..kena reka sendiri plak tu..nasib baik boleh tekan sendiri kat dlm tempat posing tu..lama jugaklah kami buat bising dlm tu..gelak2 tengok aksi 'ala2 comel' tu..hahaha..agak2 tak comel sgt, delete..snap balik..untuk kenangan anak cucu kami nanti apa slhnya..hehehe...:). 4 keping gambar 'ala2 comel' ni harga RM15..tapi ada jugak yang murah sket..RM10 tapi gambar kecik2....

Dah siap berposing bagai..perut dah lapo..nak cari tempat makan plak..taknaklah makan kt food court dlm mall tu..kl boleh nak rasalah suasana malam kat melaka ni kan...sambil makan tengok org jalan2 ke, tengok bintang bulan ke...hehe..susahnya nak jumpa kedai makan kt bandar melaka ni....last2 jumpa jugak satu tempat tu..tapi org ramai,penuh meja..terpaksa tunggu jugak sampai ada meja kosong..kl tak tido perut kosonglah malam tu...nasib baik tunggu dlm 10 minit ada mj kosong..wah...order mcm2 siap dgn ikan bakar lagi..bila sampai bil amik ko..RM63 untuk 2 org makan..:p.


Masing2 dah kenyang, balik hotel tidolah pulak....esok satu hari lagi kat melaka...:)

08 July 2010

Trip ke Melaka-cerita 1

Hujung minggu hari tu, saya dan husband gi jalan2 Melaka...dah lama kami tak pg bercuti berdua..konon2nya nak habiskan masa berdua sambil jalan2 tempat org...hehehe....


Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 5.30 pagi...berhenti kat R&R nilai smyg subuh then sambung balik perjalanan...sampai bandar Melaka lebih kurang pukul 8 kut..mula2 sampai tu agak terkejut jugaklah sebab jalan kat bandar melaka tu sempit..risau takut berselisih dgn kereta lain..nak cari tempat bfast punyalah susah..nak jumpa kedai melayu pusing bape kali barulah jumpa...nasib baik jumpa...


Sebelum citer tempat2 yang kami pergi, nak citer dulu pasal hotel yang kami book sebelum dtg tu...masa tengok dlm internet, bukan main cantik sgt bilik dia..mula2 bincang dgn husband nak stay kat Hotel Seri Costa..tapi ntah camne saya ni godek2 lagi nama hotel lain...jumpa lah Beuford Hotel..saya punyalah excited booking sebab tengok bilik dia cantik kt internet..lepas tu saya dpt maklumat kata hotel tu hotel baru...so faham2 jelah kl hotel baru mesti kita imagine yang bagus2 kan...


Sekali bila check in..adoi....sedih tengok...memanglah hotel baru...tapi tilam keras, bantal cuma bagi 2 biji itupun nipis..almari kayu kecik yang macam kat rumah kampung tu..lantai takde carpet (camne nak semayang)..ion baju takde...bilik mandi plak takde tmpat macam meja tu...tub mandi lagilah takde..miskin yang amat hotel ni...serius ckp..tak padan dengan harga...bayar 200 tapi dpt servis mcm hotel 80..husband saya sakit hati...saya senyap je sebab saya yang gtl sgt nak stay kat hotel tu..huhuhu..tapi dlm hati merungut banyak jugak..hehehe...:p. sebelum ni hotel yang prnah kami pergi, tak pernah lagi bayar 200 tapi dpt mcm ni...bfast pun alahai...:(. malas nak citer lagi pasal hotel ni...pendek citer, JANGAN STAY KAT BEUFORD HOTEL MELAKA ok!!


Ok..saya masuk part pergi jalan2 plak...sebelum tu, kena beli kupon keta dulu..kat Melaka ni pakai sistem kupon (sama mcm Langkawi)..so, utk memudahkan jalan2 tanpa perlu fikir pasal parking keta bape jam lagi tinggal..saya beli kupon untuk satu hari..bayaran RM5. nak pergi mana2 pun just pakai kupon tu je letak kat dashboard..tak payah nak gores2 lima enam kali kl beli yang ikut jam tu...(macam peraduan gores dan menang je sistem kupon ni)..ops..sorry org Melaka..hehehe..saya tak bisa sistem mcm ni..:)


Lepas parking, dah letak kupon kat dashbooard..kami jalan2 kat area Menara Taming Sari..masa tu dah ramai yang menunggu nak naik...bayaran untuk dewasa RM20, kanak2 RM 10, warga emas RM17..memandangkan husband saya ni tak boleh naik benda2 berpusing ni, dia mudah pening...so, kami tak naik..lagipun takpelah..saya pun tak tau nak buat apa kat atas nanti..(alasan org kedekut...lalala)...:D.

So, jalan ke destinasi seterusnya...masuk muzium rakyat tak silap..bayaran masuk muzium ni cuma RM 2. kat melaka ni banyak sgt muzium...bagus untuk tahu sejarah...nama pun Bandaraya Bersejarah..:). 


Yang ni plak depan muzium umno..tak masuk dalam pun..cuma snap gmbr kat luar..nampak kan bendera umno kat belakang saya tu...
 
Masa ni dah sampai depan Porte de Santiago..ataupun lebih dikenali sebagai Kota A'Famosa..terkejut jugak masa mula2 sampai kat area situ..dulu masa kecik2 datang ada padang luas ke kat depan ni..tapi sekarang dah takde...dataran pahlawan pun dah dibina Dataran Pahlawan Mall...

Masa ni tgh mendaki tangga nak naik ke atas bukit..kat atas ada tinggalan gereja lama Portugis iaitu Gereja St.Paul..


Pemandangan dari atas...dataran pahlawan dlm proses ubahsuai dan pembangunan...


Pemandangan kat dalam gereja St.Paul...


Batu ni ialah batu penutup kubur2 lama yang ada dalam gereja ni dulu...setiap batu tu ada ukiran nama bangsawan2 belanda yang ditanam kat dalam gereja tu...

Di luar kawasan gereja...dari atas ni boleh nampak pemandangan ke selat melaka..cantik sangat..

Seterusnya saya akan sambung lagi cerita ttg trip kami ke Melaka di entry seterusnya..tunggu....:)

02 July 2010

Honeymoon di Langkawi....

Setiap kali teringat ttg honeymoon...feeling saya mesti terganggu...bukan sebab tak best tapi bila teringt gambar2 yang ambil masa honeymoon dulu tak smpt diselamatkan...:(. sedih...


Masa honeymoon saya tk bwk kamera..sebab masa tu saya cm tak puas hati sket gmbar yang di ambil dgn kamera tu...so, saya just bawak hs jelah..kat sana snap gmbar pun dgn hs jelah...snap punya snap..balik umah saya tak transfer terus dlm gajet lain...cuma ada lah saya transfer sket2 dlm laptop sebab rasa cm mls nk transfer byk2 terus...nak dijadikan citer, satu hari hs saya buat hal...sume gmbar2, video2 kt dalam tiba2 hilang..:(


Sedih masa tu..husband pun cm agak marah sketlah lps gmbar2 sume tu hilang..kenangan berharga tu...:(. saya pun tak tau knp boleh jadi camtu...mybe memory card problem kut...nasib baiklah saya smpt jugak tranfer beberapa kpg....


Oklah nak citer masa kat sana ni...kami gi honeymoon kat Langkawi je..kami decide gi sana sebab Langkawi ada byk tmpat yang boleh dilawati...konon2 lah..takdelah asyik duk je kt bilik je kn...hehehe..boleh jalan2...lagi satu kat sana boleh gk shopping brg2 dapur..kuali, periuk, pinggan mangkuk..murah2 kat sana....


Kami bertolak dari KL ke Kuala Perlis naik bas je...sampai Kuala Perlis pukul 5 lebih..lepas smyg subuh, terus naik ferry..tak mandi pun..:p. masa naik ferry tu gelap lagi..muka pun ngantuk je lagi..:)

Tengoklah muka org yang tak mandi lagi ni..hehehe...masa ni gelap lagi..org lain sibuk cari tmpt duduk..kami dah snap gambar dah..excited punya pasal..;p. tapi tak bestnya, ferry yang kami dapat tu ferry kecik je...tak dpt ferry yang besar. tak kisahlah..janji selamat sampai sana..


Sampai kat terminal...kami bfast dulu kat restoran mamak...punyalah ramai org kat situ...boleh tahan jugaklah nak menunggu air sampai..dah siap bfast tu, gi atm dulu amik duit..hehehe..itu yang paling penting okey..lepas tu keluar dari terminal...blur blur lagi masa tu..mana nak pergi ni...nak gi hotel pun awal lagi..pukul 2 baru boleh check in..


Kebetulan masa kami pergi sana, time cuti sekolah...keta sewa pun susahlah nak dpt yang murah2 ni..setakat berdua, membazir je sewa keta yang besar2 kan...nasib kami agak baik..mula2 kami nak cari kancil je...tapi kancil dah habis..yang ada keta kecik cuma kelisa je sebuah..kami pun amik tanpa banyak soal..sewa keta kelisa untuk 4 hari...harganya?lupalah..tapi satu hari kelisa RM 90 tak silap..

Dah dapat keta apa lagi..ronda2lah dulu kenal jalan...bukak map besar2, melilau cari jalan.:) mula2 tu agak kelam kabut jugaklah...tapi lama2 terer takyah tengok map dah..:). bangga jugaklah dengan diri sendiri..hahahaha...

Tengahari kami pun check in kat Bayview Hotel...stay kat sana 3 hari 2 malam...not badlah dia punya bilik...besar..saya amik view laut..cantik sgt2...rehat kejap, mandi, semayang..lps tu bersiap nak gerak keluar jalan2...

Destinasi pertama yang kami tuju ialah makam mahsuri...

Hai..belum apa2 dah berangan nak dodoi buai anak ke...hehehe...inai kat jari pun merah lagi...honeymoon puas2 dulu okey..:).


Kat bahagian dapur rumah mahsuri...masa ni adalah couple omputih depan saya tu...takut2 nak pijak lantai kat bahagian dapur tu..takut runtuh kut...tau2 jelah dapur & anjung rumah2 melayu lama kayu dia camne kan...jarang2...macam kayu buluh pun yer jugak..saya senyum jelah tengok gelagat diaorang tu..:)

Mintak tolong dgn kakak sorang tu snap gambar kami berdua...kesian muka husband saya nampak gelap...apa da kakak ni snap gmbar cm tu..hehehe...masa ni kat telaga mahsuri...cantik kan pemandangan sawah kat belakang tu...teringat suasana kampung masa kecik2 dulu..:)

Dah habis pusing2 kat sana..nak balik dah..sempat snap dulu kat kawasan depan rumah..:)

Sampai kat dataran helang ni dah lewat petang..hari pun dah nak gelap..malam plak gi makan kat restoran apa ntah..lupa nama...restoran tu kat tepi laut..tapi serius saya cakap, kami fail cari tempat makan yang sedap2..:(. semua mcm tak best je..maybe ada tmpat yang best cuma kami tak tau kut...

Hari kedua sebelum turun bfast...sempat snap gambar dulu..hehehe...mata pun bengkak lagi...teringin sgt nak gi mandi kolam kat bawah tu..tapi berangan je lah..ramai sgt minah2 salleh yang mandi kat situ...tak rela u biarkan suami i tengok diaorang pakai bikini sexy2 mcm tu..hehehe...:p


Makanan untuk bkfast dia sedap jugak...tamak haloba jugaklah kami amik..hehehe...saya amik 2 pinggan (nafsu makan mengalahkan org pregnant je..hehehe..), husband pun 2 pinggan gak...tapi last2 tak habis jugak..lapo mata je lebih..:)

Dah siap bfast..sempat pusing jalan2 dulu kat lobi hotel..tapi gambar ni je yang sempat diselamatkan...:(. 


Masa ni kat dalam keta kabel nak naik ke Gunung Machincang...masa kami sampai kat sana, susah yang amat nak dpt parking...ramai sgt org..pusing banyak kali jugaklah..last2 dpt parking jauh sgt...dah selamat parking keta, nak naik keta kabel plak kena beratur...barisan dia takyah ckplah kan...satu jam jugak beratur baru boleh naik...kl tak naik, rasa rugi plak..bukannya selalu dtg Langkawi kan...dah alang2 sampai....beratur jelah...


Tapi sayangnya gambar2 lain dah takde, hilang dlm memory card...:(. sayang sgt2....banyak tempat yang kami pegi...huhuhu...takpelah..lepas ni kena gi Honeymoon baliklah untuk kali kedua plak..hehehe....:).


Sebelah siang kami jalan2 makan angin..sebelah malam plak kami shopping !! :D. lepas check out kat Hotel Bayview hari ketiga, kami check in plak Hotel Citin...cantik jugak hotel tu cuma kurg satu bintang jelah kl nak compare Hotel Bayview..tapi oklah..bersih pun bersih cuma bilik agak kecik sket...


Hari keempat petang, last day hantar kereta sewa...masuk terminal, tunggu kejap ferry pun sampai...sampailah masa berangkt pulang...itu saja kisah honeymoon pertama saya dan husband...antara kenangan yang paling manis, paling berharga & sgt2 bermakna buat kami...:)


InsyaAllah, ada peluang lagi...honeymoon kedua akan menyusul di lain hari...jumpa lagi..wassalam...

01 July 2010

Cowboy oh cowboy...

Ngantuknya saya hari ni kat ofis...kl dapat jumpa bantal ni best sgt2...
Mcm2 cr saya buat nak bagi hilang ngantuk..nasib baik skrg dah ok sket...huhuhu....



My hubby dah sampai petang semalam..:)..dah dekat nak maghrib jugaklah dia sampai umah...nasib baik flight tak delay mcm bulan lepas..kl tak, malam baru sampai..:(...lepas maghrib kami gerak kuar ....kononnya nak makan kat kedai makan Cowboy sebab dah lama tk makan kat sana...tapi aisey man...slh timing la plak...jln jem giler...1 jam baru sampai kedai..pdhl bukan jauh sgt pun...



Sampai Cowboy, ramai plak customer tgh tunggu...:(..selalunya kedai ni tak ramai customer pun..agaknya org dah boleh detect kut kedai yang selalu kami makan tu agak sedap makanan dia....tunggu punya tunggu order..setengah jam baru sampai makanan..huhuhu..air dah habis setengah gelas baru dpt makan...



Saya makan bee hoon tomyam dgn nescafe o panas...husband lak makan nasi goreng paprik dgn air kopi jantan..kopi jantan tu!!!...kenapa by tiba2 order air tu?! ;)..hahaha....



Erm....selalu ok je makanan dia..best je..tapi malam tadi mcm agak kurenglah..tak tau knp..saya punya tomyam pun pedas, rasa perencah dia pun kuat..tak rasa tomyam original dah..dan disebabkan agak pedas, saya tak habis makan...saya tk boleh mkn pedas2 sgt..nanti pedih perut..huhuhu...maklumlah perut tak normal mcm org lain..:(..saya tak snap gmbar pun malam tadi..amik gmbr ni kat intnet je...sory sape2 yang empunya gmbar..takpe kan share gmbr makanan sama2...;p



Lepas habis makan..lbh kurg pukul 10.15 gerak balik umah terus...kesian kt abang penat travel tak hilang lagi..sampai umah tak bukak tv dah...gosok gigi, smbyg isyak dulu...lepas tu terus masuk tido......:)...tapi kenapa pagi ni ngantuk jugak padahal dah masuk tido awal malam tadi...isk..isk.isk...confius betul...:D...

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...