10 September 2012

Darah Keluar Kandungan Dah 30 Minggu...

Assalamualaikum...

Saya tak tau nak mulakan camne...kepala ni risau sangat-sangat...ingatkan semuanya berjalan dengan lancar...tapi dugaan tetap ada walaupun usia kandungan dah masuk trimester ke 3 (trimester akhir). bukan mengeluh cuma saya risau takut jadi apa-apa pada baby kat dalam..

Minggu lepas kandungan saya cukup 30 minggu...minggu lepas saya datang kerja cam biasa..setakat rasa letih-letih, sakit pinggang biasalah kan..pernah saya tertido kat surau sebab letih..minggu lepas bila waktu malam je sakit gigi menjadi-jadi..listerine jadi peneman setia..tapi malam Jumaat minggu lepas saya sakit gigi sangat-sangat..bila tak tak tahan saya makan ubat sakit gigi yang doktor bagi..lepas makan ubat tu dia jadi makin sakit sampai nangis-nangis saya dibuatnya..tak sedar masa bila tertido...huhu...

Keesokan gi kerja pagi Jumaat rasa baby kerap sangat mengeras..saya risau takut effect apa-apa kat dia disebabkan ubat yang saya makan tu...menyesal pun yer jugak....lepas habis tazkirah, masa bfast pun baby asyik mengeras...saya rasa betul-betul tak selesa...kesian kat dia pun ada jugak..lebih kurang pukul 10.30 saya mintak diri balik sebab dah tak tahan..sesekali rasa senak perut...

Balik rumah saya baring dan rehat....nasib baik husband ada lagi kat rumah..jadual kerja dia postpone ke minggu ni..lega jugak bila husband tak jadi lagi travel, boleh teman saya time sakit...hari sabtu saya datang ofis sambung buat kerja yang banyak bertangguh....perut kerap jugak mengeras tapi saya cuba fikir positif...lagipun baby aktif bergerak, tendang-tendang...agaknya dia mengeras sebab tak cukup ruang nak berpusing kut..dia kan dah besar kat dalam ni...

Semalam tengahari keluar makan dengan husband...lepas makan, cari barang kat giant kejap lepas tu balik umah...rasa nak shi shi...masa tu lah ada ketulan lendir coklat seketul keluar bersama dengan air kencing...terus cakap kat husband nak minum susu...risau takut jadi apa-apa kat baby...huhu....

Lepas tu dah takde apa dah keluar...so saya tak gi klinik...pagi tadi saya nak mandi time buang air sekali lagi ada ketulan lendir coklat seketul...ya Allah saya risau sangat-sangat...perut tak sakit pun cuma memang saya akui perut saya banyak angin...sejak semalam asyik buang angin je kat umah...tapi takkan sebab tu kut boleh jadi bleeding...tak mungkin...

Husband ikut datang ofis pagi ni sebab nak bawak saya gi klinik..tapi saya kena gi ofis dulu nak setel report takut client bising..sampai-sampai ofis, bukak email tengok ada email minggu lepas yang saya tak sempat nak baca...bos ada mintak saya fax surat penting ke Petronas sebelum pukul 12 tengahari..tapi malangnya saya tak tengok email lansung hari jumaat tu...matilah aku kalau sebab aku ada effect apa-apa kat tender atau projek company...terus tak jadi nak gi klinik...

Saya suruh husband balik je...tengok perkembangan petang ni atau esok camne..kalau ada bleeding lagi lepas ni memang saya terus gi jumpa doktor..sekarang kat ofis tengah setel kerja..nasib baik yang kes email tu bos dah setelkan minggu lepas...

Sekarang ni dalam hati tak tenang lagi sebenarnya..tapi saya cuba buat-buat tak fikir sangat...saya cuba google punca-punca pendarahan di trimester ke-3..

Pendarahan di akhir kandungan


Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.

1. Uri pada pintu rahim

Uri pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak..kadangkala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Dengan ujian ultrasound yang dilakukan ketika ibu melawat doktor, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samada ditempat biasa iaitu dibahagian atas rahim..uri luar biasa berada di bawah atau di pangkal rahim.

Last check up saya 2 minggu lepas doktor kata uri ok dan berada di atas rahim..pendarahan saya tak banyak cuma ketulan lencir warna coklat..hopefully ini bukan puncanya..

2. Accidental haemorrhage

Ini bermakna pendarahan berlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah merbahaya kerana pendarahan diluar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim..ini menyebabkan rahim itu sangat keras dan membesar..keadaan ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu..

Seriously keadaan ini buat saya risau dan takut sebab bleeding yang keluar adalah sikit...ya Allah aku pohon padaMu agar selamatkan dan sihat sejahterakanlah kandunganku ini..

3. Incidental bleeding
Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj.Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga memerlukan perhatian. Perlu dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta previa' dan 'abruptio placenta' tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat.

Sumber: google

Bila saya punca-punca pendarahan ni buat saya jadi makin bimbang..saya nekad kalau bleeding dah stop sekalipun lepas ni, esok saya nak gi jumpa doktor jugak..saya taknak jadi apa-apa pada bayi dalam kandungan..saya nak dia selamat dilahirkan bila dah cukup masanya nanti...amin ya rabbal alamin....

3 comments:

  1. salam, sy alami bleeding yg sama dengan puan...dr. pun xtahu dari mana datangnya bleeding tu...kedudukan uri elok..risau sngt dgn bb kat dalam ...

    ReplyDelete
  2. Mcm mane keadaan sis dan baby slps tu sis..apa kate doktor dan ade effect ape2 tak?

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...