Showing posts with label kisah saya. Show all posts
Showing posts with label kisah saya. Show all posts

30 December 2013

Ketawa dan Air Mata 2013...

Assalamualaikum wbt...

Hari bersilih ganti, pejam celik dah nak masuk tahun baru....sekejap je masa berlalu...

Dua hari lagi, tahun 2013 akan melabuhkan tirai...kita semua akan masuk ke tahun baru dengan azam dan impian baru....insyaAllah kalau ada usaha, pasti azam akan terlaksana..

2013...

Tidak banyak perkara di luar jangkaan berlaku....tidak banyak juga air mata yang gugur....alhamdulillah kita semua semakin matang dan cuba menjadi manusia yang lebih baik...

Cuma beberapa perkara yang terjadi tidak dapat dielakkan...

KHASIF...

Kerap demam, selsema...lately dia batuk dah 3 minggu tak sembuh-sembuh...muntah tiap-tiap malam sebab batuk...doktor kata maybe ada jangkitan kuman kat saluran pernafasan..tapi nasib baik paru-paru ok..

Itulah ujian yang Allah bagi terhadap ibu bapa dalam membesarkan anak...kalau kita kuat, kita akan tempuh dengan tenang, sabar...tapi kalau kita tak kuat, kita akan runsing, letih, murung dan macam-macam emosi lain yang akan datang bertandang....

AYAH...

Sebelum ni ayah saya sihat...walaupun umur dah lanjut lebih 90 tahun tapi dia takde penyakit kronik untuk dirisaukan...cuma sekali dia pening, tak larat...

Tapi bulan lepas my SIS call cakap ayah tiba-tiba rebah dalam bilik dia....rupa-rupanya ayah diserang angin ahmar atau bahasa medik dipanggil strok..saya tak boleh nak balik terus sebab husband kat offshore lagi...

My SIS panggil orang datang mengurut....Alhamdulillah lepas 10 kali mengurut, ayah ada sedikit perubahan...cuma badan sebelah kanan masih lemah...

Minggu lepas saya balik kampung nak jenguk keadaan ayah....sedih....terbaring sorang-sorang dalam bilik menghabiskan sisa-sisa umur...bila tengok kami anak beranak balik, ayah tersenyum....suka tengok anak cucu ada balik...

Bila kami salam, genggaman tangan ayah dah tak kuat...dia cuba untuk raut tapak tangan ke muka tapi sangat susah...ayah dah tak boleh bangun, dah tak boleh jalan....bila papah dia untuk ke toilet, mesti dia cakap nak jatuh..nak jatuh..padahal kita dah pegang kiri kanan...

Nasib baik saya dapat suami macam husband..tak kekok nak urus ayah gi toilet..lepas tu mandikan ayah, dukung masuk bilik bagi pakai kain dan baju...kalau dapat husband yang geli, yang urban.. tak tau lah camne....tq so much abang....

ANNIVERSARY...

12/12/2013 genap 4 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah...tiada kata yang boleh diluahkan selain bersyukur ke hadrat Illahi...dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan seorang puteri yang manja...

Lumrah dalam berumahtangga ada pasang surutnya...namun dalam pahit itu ada seribu kemanisan yang menanti.....ada rindu yang sering bertamu...^__^

Anniversary kali ni masih belum celebrate lagi...mungkin ada planning tapi tunggu dan lihat dulu...hehe...

Itu saja serba sedikit kisah saya untuk tahun 2013...suka dan duka dalam kehidupan mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang...amin....

28 August 2013

Sudah Tiba Masanya Kami Berpisah...


Assalamualaikum wbt...

Okey..tajuk memang sedih..
Tapi tidaklah sesedih drama korea/ hindustan tu..
Hehe...

Actually cerita ni tentang perpisahan Khasif dan Kak Siti..
Saya tak pasti saya dah inform ke belum sebelum ni yang kak siti ialah anak sedara saya...
Yes..she is my niece..
Agak lama jugak dia jaga Khasif..
Masa mula-mula dia datang jadi BS, Khasif baru nak masuk 3 bulan..
Sampai la umur Khasif dah 9 bulan..
Lama jugak la kan...
Daripada si kecik tu tak pandai apa-apa sampai la dah boleh berdiri..


Masa mula-mula saya bawak dia jaga khasif..
Hati saya memang risau jugak la time kat ofis tu..
Yela budak baru 18 tahun kut jaga baby 3 bulan...
Boleh ke??
Tapi saya tawakkal pada Allah...mintak dijauhkan segala perkara yang tak elok..
Masa tu saya memang tak kuat dan tak sampai hati nak hantar khasif kat nursery...
Tiap kali waktu rehat saya balik jenguk mereka kat rumah..
Nasib baik la rumah dekat dengan ofis...

Masa bulan pertama saya tak bagi kak siti mandikan khasif...
Sebelum gi kerja saya mandi khasif siap-siap..
Tengahari saya balik mandikan jugak..
Petang balik kerja sayang mandikan jugak...
Dekat sebulan lebih jugak kut baru la saya 'green light' dia mandikan khasif..
Itupun lepas training betul-betul...

Saya memang straight sangat-sangat masa mula-mula ajar dia jaga khasif..
Takdenya lemah lembut nak cakap berlapik masa awal-awal tu..
Pada saya kalau kita tegas baru dia belajar betul-betul..
Anak sedara sendiri kut..bolehla nak garang kan..
Cuba kalau orang luar memang tak berani la takut mereka buat apa-apa plak kat anak kita..
Hehe..

Dari cara angkat, baring, dodoi, bagi susu, basuh berry, mandi...
Semua step saya ajar...
Ada yang tak kena, memang saya "tembak" je..
Dan Alhamdulillah lama-lama dia jadi pandai jaga baby...
Dan khasif pun membesar bam bam macam kena pam masa dalam jagaan kak siti..

Masa mula-mula dulu bila ada yang tanya siapa yang jaga anak saya...
Saya cakap anak sedara..
Ada yang cakap...ooo untung la ada anak sedara sendiri boleh jaga anak..takyah keluar duit...

HOHOHO..tidak sama sekali...
Walaupun dia anak sedara saya tapi saya tetap bayar gaji dia sama bayaran dengan hantar nursery..
Kat shah alam ni kalau hantar baby kat nursery bayaran dalam lingkungan RM300-RM350..
So saya bayar gaji kak siti pun lebih kurang amount tu jugak...
Saya takkan sesekali suruh dia buat kerja free..

Ingat senang ke nak jaga bayi..
Mana nak bagi susu, nak basuh berry, nak tidorkan dia...
Nak layan dia lagi..susah oo..
Perhatian kena lebih..

Sebelum tu lagi kami suami isteri dah bincang..
Siapa-siapa pun yang jaga khasif samada nursery ke  pengasuh luar atau family sendiri..
Memang kami akan bayar gaji/upah...

Even kalau mak sendiri yang jaga kami akan bagi duit..
Oppss bukanlah kami nak samakan mak tu dengan orang gaji..
Tapi duit tu ibarat saguhati untuk mak..
Sebab kami tau bukan senang nak jaga bayi..
Erm so sesiapa yang bagi kat mak jaga anak sepenuh masa tu..
Pandai-pandaila hulur duit lebih kat mak yer...
Lebih-lebih lagi kudrat orang tua tak sama dengan kudrat orang muda...
Memang mak kita tak mintak malah mungkin ada yang tolak..
Tapi sebagai anak, pandai-pandai la fikir sendiri...
Mak susah payah jaga anak kita..
Takkan kita tak bagi balasan apa-apa kat mak...
Fikir-fikirkan...=)

Okey...berbalik cerita kak siti..
Masa dia jaga khasif saya memang tak bagi dia buat kerja lain..
Tugas dia JAGA KHASIF DAN BARANG KEPERLUAN KHASIF..
Masak ke basuh baju ke kemas rumah ke semua takyah buat..
Semua saya sediakan..
Tapi dalam kata jangan buat tu dia rajin jugak menolong sidai baju, lipat baju, sapu lantai rumah..
Kata pun pompuan kan tak boleh lari dari sifat suka kemas rumah..
Selalunya saya akan masak pagi-pagi sebelum gi kerja..
Kalau tak sempat saya bungkus makanan bawak balik rumah..
Best kan dapat majikan macam saya ni..
Jimat duit makan...
So sesiapa yang nak bermajikan kan saya..
Sila la hantar CV..
Haha...

Dipendekkan cerita...
Bila khasif dah besar ni, saya pun terbukak lah hati nak hantar si kecik tu ke nursery..
Risau lagi lama takut nanti dah takde tempat plak..
Lepas tu ditambah rasa bersalah plak dengan kak siti..
Masa bulan 4 macam tu la dia dapat sambung form 6..
Tapi dia tak pergi atas sebab-sebab tertentu..

Salah satu sebab saya macam tak galakkan sangat dia ke form 6..
Saya cakap form 6 belajar susah-susah tapi lepas tu nak masuk U susah..
Sebab persaingan dengan budak asasi, diploma dan sebagainya...
Dia pun macam berat hati nak tinggalkan khasif masa tu..

Lepas tu dalam bulan 6 dia dapat offer kolej polytech mara..
Masa tu pun saya berbelah bahagi nak lepaskan dia..
Antara tak bersedia nak hantar khasif ke nursery..
Tapi kesian jugak kat dia bila dia cakap kawan-kawan ramai yang dah further study..
Lepas tu bila tengok yuran mahal dia tak jadi...
Yela nama pun kolej swasta..
Dalam family kami rasanya tak pernah ada yang further study kat kolej swasta..

Bulan 7 dia dapat offer kat Kolej Pusrawi..
Saya ok je masa tu kalau dia nak pergi..
Tapi course yang dia dapat plak tersangatlah susah..
Farmasi..
Saya yang budak sains ni pun masa belajar biology kena strugle..
Inikan plak dia bukan dari aliran sains..
So memang saya tak galakkan dan family dia pun tak galakkan jugak..
Tapi dalam masa yang sama saya kesian kat dia..

Macam-macam cara saya tolong dia..
Tapi masih belum ada rezeki..
Sampai la satu masa tu nak masuk bulan 8..
My Brother yang kat sarawak call ajak dia gi duk sarawak tolong jaga ayah saya..
Kiranya atuk dia la kan..
So saya dengan rela hati lepaskan dia pergi...

Lagipun saya fikir dah tiba masanya khasif berdikari dan belajar untuk bergaul dengan orang lain plak..
Selama ni hidup dia dengan ibu, kak siti dan babah.
Itu pun babah jarang-jarang je ada kat rumah..
Khasif jadi manja dan takut kat orang yang dia tak kenal..
So hantar ke nursery adalah jalan terbaik untuk si kecik tu...


Masa bulan puasa hari tu..hari terakhir dia jaga Khasif sebelum dia balik..
Kami bawak dia berbuka puasa kat luar... 


Apalah yang Khasif duk bisik dengan babah tu...

Inilah dia juadah berbuka kami bersama kak siti...
Yang pastinya lauk dia tak sedap mana..
So takyahlah saya inform restoran mana kan..
Tak baik plak nanti jatuhkan reputasi bisnes orang...

Masa hari hantar dia pergi stesen bas tu pun saya terasa jugak..
Sedih pun ada...saya rasa kalau khasif dah faham masa tu dia pun mesti nangis..
Kalau nak compare saya dengan kak siti...
Dia lagi manja kan khasif..
Tak pernah marah dia...
Saya ni marah jugak anak..
Bukanlah marah betul-betul..
Marah-marah sayang gitu...hehe..

Hari tu terima mesej dari kak siti..
Dia tulis "menangis teringat kat adik (panggilan untuk khasif)..rindu sangat kat kat dia..tak tau nak cakap camne..tiap-tiap hari duk tengok gambar dia.."
Sebak je saya baca mesej tu...

27 June 2013

Rahsia Seorang Ibu....

Assalamualaikum...

Sebulan lebih saya menghilangkan diri kan...adakah itu petanda saya akan meninggalkan dunia blogging? jawapannya.........................................................................................................................................

_ _ _

_ _ _


_ _ _



_ _ _


_ _ _




TIDAK.........(>_<)
Sama sekali tidak...saya masih sayangkan satu-satunya blog yang saya ada ni...this is my fav hobby..I can't leave it just like that..

Cuma sejak akhir-akhir ni saya tidak berkesempatan untuk berblogging..maklumlah saya kan antara wanita yang paling BZ di atas muka bumi ni..hahaha...takdelah..just kidding...masa saya banyak dihabiskan bersama dengan my little princess...sekarang dia dah nak masuk 8 bulan...dah makin besar & dah makin aktif..tau-tau saja la kalau anak kecil yang tengah belajar benda baru, dia punya aktif dan buas adalah sangat hebat...sampai saya rasa nak pengsan dibuatnya...hehehe...

Nanti kalau ada kesempatan saya akan share perkembangan Khasif okey..bila? insyaAllah dalam masa terdekat...

Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah ke rumah saya ini....salam perkenalan buat yang baru singgah...mintak maaf banyak-banyak kepada mereka yang tinggalkan komen tapi saya belum reply..saya akan cuba balas secepat yang mungkin...

Sebelum stop, saya share gambar Khasif yang latest..

Muka sedih sebab ibu suka buli dia..
Sekian dulu buat kali ini...wassalam...

Nota kaki : Mood berubah bila setiap kali terpandang muka orang tu...rasa cm nak cuti sampai hujung tahun boleh?? okey..please stop the controversy..(^_^)

11 March 2013

Hati Sedang Berperang

Assalamualaikum..

Saya kembali bersiaran selepas 4 hari sunyi tanpa sebarang catatan..bizi kah? hahaha...tidak la bizi sangat..cuma sibuk duk melayan keletah anak yang semakin membesar.......erm..kadang-kadang rasa nak retire awal sebab teringin sangat nak spend time dengan anak kat umah...tapi bila fikir balik, masa depan masih panjang..kerja pun bukan untuk orang lain tapi demi anak jugak...

Maybe masa ni rasa okey lagi kalau husband kerja sorang-sorang..tapi nanti mana tau dapat rezeki anak lagi...sekali dapat TWIN haa camne tu? keperluan pun makin bertambah..duit poket sendiri nak joli-joli sakan pun harus fikir jugak...

Susah-susah belajar lama  perah kepala otak buat tesis bagai nak rak (perah otak ke?hehe). lagipun hutang PITIPITIPU masih belum setel ada hati nak retire awal kan...hahaha..rasanya tidak kut..hati masih boleh bersabar lagi...planning masa depan pun masih banyak yang belum tercapai....kata nak beli istana mana boleh retire awal...eh? ^_^

Ada jugak terbukak hati nak sambung study buat master...tapi mampu ke? otak rasanya berkarat dah lama tak asah...nanti kang tak pasal-pasal anak plak jadi mangsa keadaan sebab ibu stress belajar..hehehe....

Pernah suarakan perkara ni pada husband...you know my husband tu...semuanya dia kata

"abang tak kisah...mana sayang rasa ok abang sokong" 

Hai..semua tak kisah je bang....betul ke? takut luar je husband kata tak kisah, nanti dalam hati macam-macam dia duk fikir...orang laki faham-faham je la...susah jugak dapat husband yang terlalu jaga perasaan isteri ni...kadang-kadang saya risau dalam hati dia kata lain...

Macam masa mula-mula 'berpacaran' dulu..cewah berpacaran tu...hikhik...saya selalu tanya...


"Betul ke awak suka kat saya?saya taknak awak rasa terpaksa dalam hubungan kita.." sebenarnya ayat nak pancing dia..hehehe...

Masa nak kawin pun saya tanya jugak...masa tu panggi by (hubby)..belum abang lagi..

"By betul ke nak kawin dengan sayang? kalau rasa terpaksa by cakap la..sayang boleh terima.." sambil air mata bergenang sorang-sorang...saya kan suka mencetuskan suasana sedih..hahaha...

Heh tersasul cerita dulu-dulu plak..sebenarnya saya nak gambarkan kadang-kadang saya terpaksa pancing ayat-ayat macam tu sebab nak tau isi hati sebenar husband..dia kan jenis yang terlalu jaga perasaan orang sekeliling...so susah nak tau apa yang tersirat kat hati dia, samada dia betul-betul setuju atau sekadar nak jaga perasaan kita...becoz dia sangat susah nak sebut "NO". rasanya husband korang pun macam tu jugak kan...

Kalau sambung study, macam saya cakap tadi la..boleh ke? rasa macam dah berkarat je otak ni..tapi saya rindu jugak suasana belajar..rindu time study untuk final exam...eleh macam terer sangat nak jawab exam sampai rindu-rindu kan..hikhikhik.....memang tak terer sangat pun tapi saya tetap rindu suasana itu...tapi tak suka time duk dalam lab.. ^_^

Hmm...kalau kerja dari rumah best jugak kan? kerja apa tu? KERJA TULIS BLOG....wink wink wink...^_*
 
Dah..cukup lah saya merepek untuk hari ni...sekian terima kasih...
 

24 October 2012

Maafkan Isterimu Ini...

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi saya dah timbulkan kebimbangan kat suami dan mak mertua....huhu...takde niat lansung nak buat mereka risau tapi ianya berlaku diluar kawalan...

Citernya malam tadi nak tido kan...tengok bateri handset.."oh hijau lagi ni..sempatlah pagi esok charge" kata saya dalam hati....faham-faham sendirilah mak buyung tak larat nak bangun walaupun sejengkal semata-mata nak charge handset..

Tengok tv lepas tu tertido...macam biasa, bila dah sarat ni panggilan ke toilet time tido memang kerap..pukul 2,3 pagi tu waktu biasa ke toilet..tapi malam tadi agak lewat jugak sebab pukul 5 lebih baru rasa nak buang air..bila dah keluar toilet, nak sambung tido balik tengok handset.."alamak bateri dah habis plak"....saya pun charge lepas tu sambung tido balik..niat nak bangun solat 6.30..lupa nak tekan butang switched on...

Sambung tido, tiba-tiba terjaga "Allah...". tak perlu lah saya bagitau pukul bape saya terjaga sebab sah-sah subuh gajah...bangun terus pergi mandi..pukul 8 lebih masa nak gerak gi ofis baru teringat handset tak on..dalam hati dah agak dah, mesti husband call beribu kali ni...huhu....

Bila tekan je switched on, tet tet tet tet tet bunyi mesej masuk...You have 10 missed calls from 03-8xxxxxxxx since 7.48 am 24.10.12. ok, sah-sah nanti kena marah ni..huhu.....

Sebelum drive gerak ke ofis, saya try call husband balik tapi takde orang angkat plak..time stop kat trafic light pun try call jugak tapi takde orang angkat..lepas tu terus drive dah tak call lagi..agaknya husband takdelah risau seperti yang saya sangka...

Sebelum sampai ofis, sempat singgah beli bfast dulu kat foodcourt...sempat lagi tu padahal tau dah  lewat..bukan apa nanti baby lapar sebelum sampai waktu tengahari..(alasan biasa para ibu mengandung)..hehehe...(^_^). dah siap tapau, baru nak start kereta, bunyi telefon...oh, my husband..dah siap sedia dah nak mintak maaf guna suara paling kesian sekali...sekali tengok naik "Mak Abang" which is my mother in law...gulp..gulp....gulp...gulp.....terus telan air liur...kalau mak call maknanya there is something wrong with my husband..mesti dah sampai ke pengetahuan mak pasal saya....aduiiii......

"Hello mak".....takut sebab dah tau diri sendiri buat salah...."hello zaa..." family husband panggil saya zaa...mak terus tanya saya okey ke tak sebab abang dah risau tak dapat nak call saya...lembut je mak cakap tu tapi maksudnya mendalam sampai buat kita terkesan kat dalam hati rasa bersalah giler...macam anak dia jugak..hehe....pandai guna psikologi...:p.

Mak cakap bila abang risau macam tu, mak lagi lah risau..duk sorang-sorang plak kat rumah...call tak dapat..takut jadi apa-apa kat saya malam tadi...rasa lambat sangat nak tunggu hari ahad ni sebab mak nak datang teman saya kat sini lepas raya haji...mak bagi nasihat lah handset jangan letak jauh-jauh...kalau ada apa-apa hal terus call doktor sebelah rumah tu...baik mak....saya yer kan saja sebab tengah kelam kabut nak drive masuk ofis sebab dah lewat sangat-sangat...sorry mak....

Sampai ofis masa nak makan, husband call....sebelum husband marah atau membebel, kita sebagai isteri kalau dah tau buat salah tu kan....janganlah nak bertekak...angkat je phone sebelum dia cakap apa-apa, terus mintak maaf dulu..cakap lembut-lembut...barulah hati husband sejuk je dengar..cewah...pandai lah sangat bagi nasihat kat orang...hehe....

Saya pun bagilah penjelasan apa dah terjadi sebenarnya...husband pun cakaplah, please sangat-sangat....lepas ni sayang tolonglah charge handset tiap-tiap hari walaupun bateri ada lagi...tak kisahlah bazir elektrik sekalipun abang tanggung...sekarang ni waktu genting kalau jadi apa-apa tengah bateri takde tu camne? okey....I admit it was my fault...:( . teringat husband selalu cakap dia tak boleh tido sangat malam-malam kalau teringat keadaan saya..

Lagi satu husband risau sangat-sangat sebab dia baca paper hari ni...saya tanya dia kenapa sebab saya belum baca paper lagi masa tu..dia cakap, sayang baca sendiri kenapa abang risau sangat...huhu...rupanya pasal berita IBU MUDA MAUT BERSALIN..ibu muda tu pun duk sorang-sorang kat rumah sebab husband outstation..kesiannya..yaAllah..lindungilah aku dan bayi dalam kandungan dari segala perkara-perkara buruk..

Buat suami tercinta, sayang mintak maaf sangat-sangat kalau dah buat abang risau...lepas ni sayang janji tak buat lagi...buat mak jugak...isnyaAllah lepas ni saya akan lebih berjaga-jaga..walaupun nampak isu kecik (handset takde bateri), tapi kalau berlaku kecemasan boleh jadi isu besar kan...

Wassalam...

23 September 2012

Thank You Dear..

OMG...sangat-sangat terkejut bila bukak blog hari ni dan baca mesej from my hubby...
 
To my dear and loving husband, thank you so much for the 'LOVELY BIRTHDAY GIFT'..it was so beautiful and so nice...i really appreciate it..^_^
 
Okey, today is my birthday..tak best sebab umur pun meningkat 1 tahun lagi..thanks abang sebab tak tulis umur berapa...hahaha....bukan saya malu tapi takut nak tengok angka itu...takpe yang penting masih 20 + lagi...belum 30 okey!! hehe....
 
Sepatutnya saya kena bersyukur kan sebab Allah masih panjangkan umur dan masih diberi nafas untuk bernyawa...Alhamdulillah...
 
Aku bersyukur ya Allah kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang..

 
InsyaAllah aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk suami ku.... 

 
Juga ibu yang terbaik untuk zuriat suamiku...semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran baby kami nanti...Amin... 


Terima kasih suamiku sebab sanggup layan dan bersabar dengan kerenah isteri mu yang macam-macam ragam ni....



Tiada hadiah yang lebih berharga dan bermakna selain dari perhatian dan kasih sayang abang yang tak pernah berbelah bahagi....harap nanti dah ada baby pun tak berbelah bahagi jugak okey..
(dengan anak sendiri pun nak berkira...hehehe) :p


Semoga kehadiran "orang baru" nanti memberi seribu satu rahmat dalam rumahtangga kita...

 
Tiada apa yang lebih manis selain hidup bersama mu...walaupun kita selalu berjauhan tapi ianya banyak mengajar sayang erti rindu dan sabar...^_^

 
Thank you for being my freind, my lover and my husband...

 
I thank you for all that you do for me....LOVE YOU FOREVER AND EVER.....
 
 
Entry ni bukan niat untuk menunjuk-nunjuk..cuma sekadar catatan bermakna untuk dikenang kemudian hari...maaf kalau ada yang rasa nak muntah bila baca....huhu..harap-harap takdelah macam tu....

26 July 2012

Puasa Sorang-Sorang Lagi...

Assalamualaikum....

Salam 6 Ramadhan buat semua...apa khabar hari ni? harap-harap semuanya sihat dan happy selalu..eh dah macam tulis surat pulak kan saya ni...erm, dah hampir seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini...alhamdulillah saya masih mampu berpuasa penuh walaupun ada beberapa hari tak bangun sahur...

Saya takde masalah pun kalau tak bangun sahur sebab sebelum ni pun jarang bangun sahur..tapi bila dah berbadan 2 ni, kena fikirkan baby dalam perut jugak...kadang-kadang kat ofis bila tengahari dia tendang-tendang, saya kesian sangat...saya fikir agaknya dia lapar...tapi saya takdelah berbukak selagi saya masih mampu bertahan...

Sebelum-sebelum ni kan kita selalu terbaca dalam paper..ada manusia sanggup menyorok-nyorok beli makanan, tapau nasi siang-siang hari di bulan puasa sebab tak dapat tahan nafsu makan...ada yang pakai helmet nak tutup muka, ada yang masuk pintu belakang kedai...itu tak citer lagi masak magee kat rumah kalau yang bujang-bujang...

Saya peliklah...takkan setakat menahan lapar dan dahaga di siang hari tu tak boleh...susah sangat ke nak puasa ni? takde rasa malu kat diri sendiri ke bila tengok anak-anak kecil yang sekolah rendah pun boleh puasa penuh satu hari...sebenarnya saya rasa mereka ni bukan tak tahan lapar, tapi antara NAK PUASA dengan TAKNAK PUASA...betul tak? ibaratnya bila dengar je bulan puasa dah hampir tiba, alahai rasa beban sangat-sangat dalam diri...rasa susah hati sebab tak dapat makan tengahari..tapi yang lagi pelik, bila orang pergi bazar ramadhan diaorang pun sibuk jugak berpusu-pusu nak cari juadah berbuka...pelik-peliklah manusia zaman sekarang ni...

Bercerita pasal puasa, tahun ni adalah tahun ke-3 saya berpuasa sebagai seorang isteri...dan tahun ini jugak adalah tahun pertama saya berpuasa sebagai ibu mengandung..(^_^). seperti tahun-tahun sudah, puasa kali ni takde beza jugak..banyak hari saya berbuka dan sahur sorang-sorang kat rumah...untuk tahun ni, terus terang saya cakap nikmat berbuka puasa belum saya rasai lagi..apa yang nak rasa bila berbuka sorang tanpa kehadiran suami tercinta...kalau family dekat, boleh jugak balik berbukak dengan family kan..ini family pun jauh...apa nak dikato..pasrah sajo...takpe, tahun ni baby ada teman saya berbuka dan bersahur tapi dia duk dalam perut jelah...hehe....oh yer, sejak puasa berat pun dah turun 2kg..camne tu? orang pregnant berat naik tapi saya berat turun...

Husband balik lambat lagi...2 minggu lagi barulah boleh berbuka sama-sama...sedih...sob sob sob..(; ;)

Sekian dulu untuk entry merapu hari ini...mood tiba-tiba menurun tak taulah kenapa...maybe sebab seseorang..bulan puasa ni tapi tak ubah-ubah perangai...ah, biarkanlah dia....wassalam....

28 February 2012

Cerita Di Hujung Minggu..

Assalamualaikum wbt...

Entry kali ni saya cuma buat summary tentang cerita terkini..

  • Husband dah balik minggu lepas..khamis malam dia sampai umah...esoknya saya half day..haruslah amik cuti kalau husband ada balik...4 minggu tak jumpa tu...

  • Cuti hujung minggu hari tu kami balik kampung sebab ada kenduri kawin anak sepupu MIL..mulanya berat hati nak balik sebab tak larat tapi memandangkan nak jaga hati MIL, saya ikut saja...kalau ikutkan tak larat nak balik sebenarnya sebab bukan cuti lama...itupun balik dengan bas sebab husband tak larat nak drive...

  •  Sempat jugak balik rumah jenguk ayah saya...hiba sangat bila tengok ayah yang semakin hari semakin tak berapa sihat dimamah usia...tapi apakan daya, saya juga ada komitmen kerja disini...insyAllah, kalau ada masa nak balik jenguk ayah lagi..

  • Sembang-sembang dengan Yani, my SIL yang tengah sarat tu...dia sarankan saya pergi berurut dengan sorang makcik yang tinggal kat kampung husband dia..balik pun sekejap manalah sempat..nantilah bulan 4 balik kampung lagi dengan husband cuba pergi berurut plak...sebelum tawakkal, kita kena usaha dulu kan...

  • Cuaca kat Terengganu terlalu panas sampai husband demam...olor kecian...dia panggil saya nurse garang..huh..yelah, sape suruh degil..saya suruh dia rehat betul-betul, selimut tebal-tebal biar peluh keluar..tapi dia kejap selimut, kejap bukak...habis tu camne nak ok cepat....nasib baik rajin makan ubat..(^_^)

  • Hujung minggu ni IsnyaAllah kami akan pergi bercuti...ke mana tu nanti saya citer...tiket semua dah booking termasuk hotel...baju nak travel pun dah shopping sket-sket..yang selebihnya cari lepas balik kerja esok-lusa...

  • Kerja kat ofis seperti biasa...memang tak pernah habis tapi masih under control...tak serabut macam 2 bulan lepas...sebelum bercuti, harus siapkan secepat yang mungkin..fighting!!

  • Oh yer..zakat dah bayar belum? zakat pendapatan dan zakat wang simpanan...kami pun belum lagi...InsyaAllah dalam minggu ni cuba untuk bereskan...

Itu saja cerita terkini tanpa gambar...wassalam......

08 July 2011

Hari Berganti Hari...

Assalamualaikum w.b.t...


Dua bulan lebih saya tak catat apa-apa dalam blog kesayangan ni...rindu memang rindu tapi apakan daya...masa tak mengizinkan dan mood pun tak berapa nak ada..tapi abaikan saja pasal tu...:)


Hari tu ada terbaca komen dari seorang blogger muda...amboi...dia tulis "tak besh lowh". tergelak jugaklah saya baca komen tu kan...adik ooo adik...adik ni muda lagi..adik belum kawin lagi kan...sebab tu adik anggap biasa je dialog tu sebab adik tak faham makna yang tersirat disebaliknya...


Lepas tu bila akak bukak blog adik....apa yang akak tengok blog adik tu lagi tak best..:). dahlah adik perasan mcm adik ni comel sangat...akak komen balik kat blog adik..saja je akak nak testing..eh..tiba-tiba adik menggelupur tak puas hati sebab ada komen negatif...tau plak yer adik nak marah bila baca komen negatif dari blogger lain..masa adik komen negatif kat blog orang lain takpe plak ek..:)


Inilah sikap manusia...bila dia buat kat orang takpe..tapi bila orang balas balik dia marah...bukanlah niat saya nak balas balik cuma saja nak testing blogger tu..nak tengok dia reaksi dia...tersenyum jelah bila tengok dia "melatah"..kui kui..kui..


Ok..abaikan kisah adik manja tu...sekarang ni saya tengah menghitung waktu...no...no..bukan dah mengandung...tapi tunggu waktu nak balik lagi setengah jam je lagi...sebabnya malam nanti husband saya akan sampai..yahooo!!!! :D


Dah sebulan tak jumpa my buah hati sorang tu...almaklumlah demi kerja terpaksalah berjauhan..hari tu masa husband cuti 2 minggu pun tak banyak habiskan masa bersama sebab kami balik kampung sempena adik ipar kawin...so masa untuk berdua adalah terhad...takkanlah tengah-tengah sibuk buat persiapan kawin & hari kenduri tu kami nak berkepit je kan...nanti apa plak kata orang...


So husband balik kali ni kami dah rancang nak gi bercuti ke satu tempat yang penuh dengan kenangan kami masa bercinta dulu. :) kat mana? itu kena tunggu entry lain ek..hehe..sebenarnya percutian ni husband yang ajak sebab dia dah stress keje sebulan kat tengah laut..itu yang tiba-tiba buat keputusan..hopefully rancangan kami ni berjalan dengan lancar hendaknya...amin...


Oh yer...dalam masa yang sama..saya ada perkembangan terbaru untuk dikongsi..erm..camne nak citer ek..takut jugak dikata nak menunjuk-nunjuk..tapi itu bukan niat saya...ianya sekadar berkongsi cerita...harap-harap takde yang salah faham...


Sebenarnya saya dan husband dalam proses nak beli rumah...Alhamdulillah sebab loan dah lulus 100%....:) .sekarang kami masih lagi tinggal kat rumah sewa...tapi yelah..sampai bila kita nak duk rumah sewa kan..mestilah nak tinggal kat rumah sendiri yang lebih selesa dari sekarang..InsyaAllah minggu depan kami akan jumpa banker dan lawyer untuk proses-proses pembelian...nanti saya update ek..:)


Rasanya setakat ni je kut untuk entry kali ni...lain kali saya update lagi..itu pun kalau ada yang sudi baca lah...hehe...dah nak balik dh...nak tunggu ketibaan husband plak...WINDUUUUU..;p


17 April 2011

Penyakit Lupa Sedang Melanda..

Salam petang ahad semua....=)

Tengahari tadi saya kuar kejap gi isi minyak keta...menonong je keluar rumah..sampai kat kereta, sakit kepala duk cari kunci kereta tak jumpa..rupanya saya terlupa nak amik sebelum turun..huh..!!! kena naik balik amik kat rumah...dahlah nak amik kunci rumah dalam beg satu hal punya susah..hehe...

Dah balik rumah masuk dapur plak nak masak...walaupun sorang je kat rumah tapi tetap masak..ala masak lauk simple je..ayam masak kunyit dan sayur lemak kobis bukan susah pun kan...main campak-campak je..hehe...dah masak, hidang kat atas meja nak makan..amik pinggan nak letak nasi...Allah!! nasi plak lupa nak masak...boleh macam tu????


Hari tu masa husband ada kat rumah pun lupa jugak...lupa tutup paip air dalam toilet..lepas dah guna, menonong je keluar bilik air pergi masuk tidor...pagi esok husband masuk tengok paip tak tutup..kan dah membazir air kat situ....nasib baik husband bukan jenis membebel...hehe....


Tulah..kepala asyik berangan je kan...semua benda boleh lupa..itu belum ada anak lagi..jangan sampai lupa tutup suis dapur gas sudah..bahaya tu...huhu....sebenarnya nyaris jugak hari tu..:(

25 December 2010

Happy Dapat Laptop Baru....

Alhamdulillah...akhirnya hajat saya nak pakai laptop sendiri tercapai jugak...:). sebelum ni cuma guna pc kat ofis..kalau husband tak gi keje, boleh guna laptop husband..tapi bila dia takde gi offshore.. mati kutu saya di buatnya...lepas ni senang lah saya nak update blog kat umah time husband takde..hehe..=)

Dah lama sebenarnya saya nak beli...masa husband ada kat umah hari tu lagi...tapi masa tu banyak sangat halangan yang datang..lepas satu halangan, datang pulak halangan seterusnya...dah setel yang itu, yang ini plak tak setel...last-last saya pendam dulu biar setel sume halangan tu...akhirnya berkat kesabaran yang tinggi (cewah), berjaya jugak akhirnya..hehe..



Sekarang ni senang sket bila berjauhan dengan husband...kalau kat umah, saya boleh berhubung dengan dia melalui online...yelah, kat sana mana boleh bawak handset..kalau sebelum ni, nak bercakap dengan husband kena tunggu je lah dia call..kadang-kadang tu sampai menangis sebab risaukan dia..tak tau camne keadaan...sekarang dah tak risau lagi....kalau husband tak boleh call, dia boleh online..sayan pun boleh online...suka..suka....=)


Ok lah..lapo ni..tak makan pun lagi hari ni...saya nak masak dulu..apolah yang ado kat dapo tu ek..dah petang baru nak cari makanan..huhu....


28 October 2010

Nasib Baik Dapat Jugak....


Ehem..ehem.... saya dah dapat broadband dah....;p Mula-mula nak try connect tadi tension giler..huhu.... 3 jam duk godek-godek barulah dapat... Rasa nak baling-baling je benda alah ni tadi.. Nasib baiklah berjaya jugak akhirnya... Suka..suka...:D. Saja je ni..nak testing.. Malam ni takde idea lagi nak tulis apa.. Lagipun husband baru balik.. Kena layan husband dulu biar dia happy baru boleh buat keje lain.. Hahaha....

27 September 2010

Rindu Yang Semakin Menjadi-Jadi...

Dah dua minggu cuti weekend sorang-sorang kat rumah..huhu...RINDUnyer kat dia...:(.. bangun pagi kelip-kelip fikir dulu kat atas katil...nak buat apa hari ni? tengok tv? sorang-sorang? nak masak sedap-sedap..tapi nak masak apa? sape nak makan? ah...bosannya....nak keluar tapi nak gi mana? apa kata pergi mall..nak buat apa? jalan-jalan cuci mata..boleh window shopping...tapi baru je gi window shopping semalam kan? habis nak buat apa..?????
Waa....itulah yang terjadi kat saya tiap-tiap kali cuti hujung minggu bila husband takde kat rumah...setengah jam duk berperang dengan perasaan sendiri baru boleh bangun...terkelip-kelip tengok ke arah tingkap..kejap-kejap pusing tengok kipas kat syiling...bosannya....:(. kadang-kadang time nak tido, tiba-tiba perasaan sebak datang...tak sedar air mata dah keluar..sunyi..rindu..semua ada..

Bestnya bila abang ada kat rumah...boleh keluar gi jalan-jalan..makan-makan kat luar...tengok wayang..apa barang jalan sorang-sorang..lansung takde feel...lagi sedih adalah..huhu...makan mcD?? bestnya...makan sana pun boleh..drive thru pun boleh...pendek kata bila dapat luangkan masa bersama yang tersayang..semuanya best...tak kisahlah makan banyak sampai pipi pun dah jadi macam apam...janji happy...:)
Aiskrim..yummy!!..chocolate-my favorite..vanila-my husband's favorite...campur dua...lagi delicious...yum yum yum...:)
Bubur ayam..one of my favorite jugak..makan panas-panas...tambah black pepper..sodap!! kl husband plak, suka tambah sos tomato..erk...saya tak suka..nanti rasa bubur tak original..
Bigmac..of course husband saya punya... kalau bagi saya bigmac, 3 jam baru siap makan kut..besor..huhu...
And..this is my favorite burger from mcD..Spicy Chicken McDeluxe...sedap..:)..sekejap je boleh habis kl bagi saya burger ni..
Bersemangat abang makan..:)..mcm tulah...makan banyak-banyak..gemuk pun takpe..isteri abang ni tetap sayang jugak..hehe..
Tapi masa ni kami gi makan sebelum puasa hari tu...saya kembali ke alam nyata..huhu..yang pasti sekarang ni saya terpaksa jalani hidup sorang-sorang kat rumah berjauhan dengan suami...2 minggu lagi baru husband saya balik..itu pun paling cepat.kl nasib tak baik, mungkin 3 minggu..huhuhu..
Apo nak dikato..saya terima dengan hati terbuka...bukan mengeluh..cuma sejak 3,4 bulan ni husband cuti kejap-kejap je..tak sempat nak luang masa berdua betul-betul...itu aje...huhu...hujung minggu ni nak buat apa????...:(
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...