31 January 2011

Kisah Rajuk Yang Panjang...

Assalamualaikum....

Kat mana saya nak start dulu ek..rasa canggung pun ada...maybe sebab dah lama sangat tinggalkan blog ni...mintak maaflah kepada kawan-kawan yang sudi jenguk dan bagi komen tapi saya tak reply...saya masih ada di sini seperti biasa cuma saya tak sempat nak balas, nak reply komen anda semua..(alasan klishe kan) ...=)
Saya masih dilanda perasaan malu sket sebab husband ada publish entry yang mengundang kontrovesi hari tu...hehe...sebenarnya takde masalah besar sangat pun...biasalah gaduh-gaduh sket..lepas tu merajuk panjang...tak sangka lah plak husband mintak maaf sampai mcm tu sekali dia tulis...terharu pun ada...malu pun yer jugak..hikhikhik..=p


Alkisahnya kan masa tu husband saya keje kat Vietnam, duk kat tengah laut atas pelantar...so kami selalu berhubung melalui chatting...tengah best duk layan chatting...tiba-tiba ada gangguan line internet..saya ingat husband tak reply mesej saya..dan dia pun ingat saya tak reply mesej dia....berlaku salah faham....saya pun apa lagi..merajuklah kononya..tak tau nak luah kat mana, saya gatal tangan publish entry pendek kat blog..tajuknya "Penantian di balas dengan Kekecewaan"...


Entry tu sebenarnya pendek je..tapi saya tak tulis terang-terang pun saya kecewa dengan husband...saya buat mcm puisi..bila husband baca blog tu dia tak setuju dengan tindakan saya...memang marah betul dia masa tu...ibarat saya dah jatuhkan maruah dia sebagai seorang suami...saya cuba mintak maaf dan terus delete entry 'tak guna' tu..hehe...


Bermula dari situ lah jadi berpanjangan..saya mintak maaf, saya cakap tak niat lansung nak buat dia malu...tapi yelah...silap saya jugak...husband mcm tak maafkan saya...saya pun diam jelah...tak bukak email, tak tegur..husband pun sama..tak call..tak email...husband tetap diamkan diri walaupun lebih 3 hari...huhu..saya sedih sebab sebelum ni kalau dia marah sekali pun takdelah sampai tak amik tau lansung pasal saya...


Kalau tak silap, hampir seminggu kami tak berhubung...masa tu mood nak tulis blog pun memang dah padam terus...dah "lumpuh"..sebelum ni husband yang jadi penyokong tiba-tiba jadi pembangkang...terus jatuh merudum lah mood berblogging...=)


Kat luar orang tengok saya kuat...kat ofis saya ketawa, buat kerja cam biasa..tapi dalam hati Tuhan je yang tau...satu malam saya rasa saya perlu selesaikan 'kemelut' ni...saya hantar satu mesej keramat kat husband...alhamdulillah...mesej keramat tu boleh cairkan hati husband yang tengah keras masa tu..saya menangis bukan sebab kemarahan dia tapi sebab saya 'terasa' bila dia tak amik berat pasal saya..rasa mcm diabaikan...huhu..


Akhirnya semuanya kembali normal...saya mintak maaf dan husband pun mintak maaf...kan saya dah cakap...bukan besar sangat pun masalah kami tapi rajuknya sampai seminggu...mengada-ngada..=). itulah manusia...masing-masing ada perasaan ego yang perlu dipertahankan...padahal kalau mintak maaf dan bincang dari awal takdelah jadi mcm tu kan...(^__^)


Itu saja citernyer...sekarang ni husband saya terbang lagi ke Vietnam dan saya kembali seorang diri kat rumah...25 februari nanti baru husband balik...hari tu sebulan berjauhan..sekarang ni pun sebulan jugak..sunyi tu memanglah sunyi...tapi ada kebaikan jugak mcm ni...sentiasa di buai perasaan RINDU gitu..cewah..bila dah jumpa sekali sekala tu memang berkepit 24 jam...hikhik...;p.


Rasanyer itu saja entry untuk kali ni...dah panjang sangat dah ni..hehe...terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi singgah kat sini...terima kasih banyak-banyak...lepas ni sudi-sudi lah singgah lagi...hehe...(^__^)


05 January 2011

Indahnya Kemaafan…

SAYANGKU…maafkan aku atas apa yang telah berlaku..sesungguhnya apa yang terjadi amat amat aku kesali…walaupun semuanya telah kembali damai..apatah lagi kita sudah mampu bergelak ketawa…bergurau senda…tapi..hati aku masih tidak tenang selagi mana aku tidak bersua muka dengan mu sayangku…ingin ku memeluk mu..inginku luahkan segalanya apa yang terpendam..ingin ku ungkapkan…kata-kata “ABANG SAYANGKAN SAYANG”…dan tebus akan segala kesilapan aku…

Bermula dgn perselisihan faham yang amat amat kecil …mula merebak..masing-masing cuba tegak kan kebenaran…masing-masing mula mempamerkan emosi yang mengundang perbalahan…akhirnya…masing2 membisu….seketika kemudian..dirimu akui kesilapan dirimu…tapi aku..tapi aku…apa aku dah buat..aku seakan2 tidak boleh menerima kemaafan daripada dirimu..aku terus menghentam…hentam semahu-mahunya…tanpa memberi peluang dirimu utk terus memberi penjelasan…hanya kerana satu ‘kenyataan’ yang tak disengajakan oleh mu…dan ‘kenyataan’ tersebut sama sekali tidak bermaksud hendak menjatuhkan martabat aku sebagai suami…tapi..apa reaksi aku…?? Aku semakin ‘gila’ menghentam dirimu…kerana amarah..EGO sudah menguasi diri...sehingga dirimu terdiam akhirnya…mengalah...dan dirimu hanya mampu berserah pada DIA…

Aku kelu seketika…namun..kelu aku selama mana? cuma seketika..dan aku kembali dgn EGO aku…walaupun dalam jauh disudut hati..aku sedar bahawa kesalahan semakin “berpihak” pada aku..dan hati kecil hati aku memujuk supaya.."hubungilah dirinya..dan mohonla kemaafan daripada isterimu…"..namun…’nafsu’ kecil aku sungguh pandai mempengaruhi ku…”Buat apa kau nak mintak maaf dgn dia...dia yang buat salah…biar dia yang mulakan..entah..entah..dia lagi gembira kau tak ambil tahu pasal dia”…aku termakan akan hasutan itu…entah apa yang menghasut aku ketika itu pun aku tau..pada hal aku lupa yang mana dulu…yang mana lama dulu aku pernah melukakan hatinya hingga tahap yang paling teruk sekali…namun dia tenang memaafkan aku…kerana sedar apa yang berlaku itu di luar kawalan aku..namun aku lupa semua itu…semua aku lupa..aku lupa akan semua pengorbanan dirinya…lupa akan pengorbanan dirinya ketika aku susah…lupa akan pengorbanan nya ketika aku berada di tahap paling bawah sekali…lupa akan pengorbanannya ketika aku sedang sakit…semua aku lupa..LUPA….

Sehinggalah satu tahap..aku jadi semakin keliru…keliru akan tindakan ku ini..yang mana aku mula merasai bahang akan kesilapan dalam tindakan aku ini kerana mengabaikan dirimu sayang...aku semakin tak tenang…risaukan keadaan dirimu..risaukan keselamatan dirimu…aku mengadu pada DIA…aku mohon pada NYA..ampunilah aku…ampunilah juga dirinya…peliharakan la dia..lindugila dia..dan permudahkan segala urusan nya… hanya itu aku mampu lakukan ketika itu…tatkala rasa berdosa semakin menyelubungi diriku..aku cuba dapatkan kekuatan utk cuba menghubungi dirimu…kerana aku tahu..dan aku pasti dirimu sedang menanti akan panggilan dari ku walaupun hati mu sedang terluka…namun aku tidak mempunyai kekuatan itu…Allah..kejamnya diri ku…apakah penyebabnya..??adakah aku malu untuk berhadapan dgn mu..atau adakah kerana EGO masih menguasai diriku..aku tidak pasti..aku tidak pasti…

Akhirnya…dirimu yang terpaksa mengalah…kau utuskan kata-kata yang membuka hatiku yang ‘sekeras batu kelikir' ini…air mataku mula bergenang…kejamnya aku…berdosanya aku…pada saat itu..seolah-olah seperti tiada lagi penyelesaian antara kita..segala penjelasan aku ibarat mencurah air ke daun keladi..dirimu seperti sudah berputus asa..aku terus memujuk…terus memberi penjelasan..aku menceritakan segala2 nya…aku menyesal…namun bukan mudah untuk menawan hatimu semula…dan aku berhak terima atas semua ini…memang padan muka aku!!!...dirimu menyepi kembali..aku pasrah..sehingga segala2 nya kelihatan sudah tidak berhasil…satu mesej di email ku muncul.. ”Abang…”… Allah…alhamdulillah…akhirnya…aku terus menghubungi dirimu..aku sekali lagi memohon kemaafan darimu…dan dirimu memaafkan aku…syukur ya Allah…dan aku berjanji tidak akan lukakan hati mu lagi..dan juga berjanji akan membuang segala EGO ku sebagai seorang lelaki dan juga suami..kerana aku sedar dirimu adalah amanah paling berharga dalam hidupku...maafkan abang sayang..akhirnya..DIRIMU AKUR….

p/s: Sayang…buat sekelian kalinya..maafkan abang yer…dan maafkan juga kata2 abang yang telah mematikan mood sayang terhadap ‘hobi’ sayang yang satu ini…sayang teruskanla…hidup abang tiada seri rasanya tanpa membaca celoteh sayang di sini…sayang teruskan yer..pliss…demi abang..nantikan kepulangan abang.. –LOVE-
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...