29 May 2014

Mereka Itu SAMPAH Sahaja...

Assalamualaikum....

Beberapa hari lepas saya ada terima mesej dari seorang relative...dia cakap dia nak RESIGN..

Dia dah tak tahan sangat tekanan kat tempat kerja...kepala serabut..kerja pun dah tak boleh fokus...yang paling buat dia tertekan dan sedih,  semua staff kat tempat kerja pulaukan dia..taknak kawan dengan dia...cuti susah nak dapat...nak tukar balik negeri sendiri pun tak dapat...

Relative saya ni kerja nurse kat sebuah hospital gov..saya ingat lagi masa awal-awal dia kerja dulu...macam-macam staff lama buat kat dia..sengaja hilangkan barang lepas tu pakat tuduh dia mentang-mentang dia budak baru..bila dah jumpa balik, takde sorang pun yang mintak maaf...

Mula-mula ingat sekejap je dia kena buli..tapi nampaknya sampai ke hari ni dah bertahun-tahun kerja pun masih dianiaya orang jugak....

Saya sendiri pun tak faham kadang-kadang dengan sikap manusia ni...lagi-lagi yang suka main politik kotor kat tempat kerja..penuh dengan sifat hasad dengki dalam hati..kurang senang tengok orang lain happy buat kerja...


Saya faham apa yang dia rasa..faham sangat-sangat..memang ianya pedih..lagi-lagi kalau kita berdepan dengan orang yang busuk hati...mintak jauh la saya jumpa orang macam ni...

Kalau yang tak kuat memang  boleh jadi tekanan perasaan.. dan secara automatik emosi akan terganggu...bila emosi terganggu kita akan buat keputusan secara drastik tanpa fikir baik dan buruk...seboleh-bolehnya kita rasa nak lari jauh-jauh dari masalah tu...dari orang yang mendatangkan masalah...

Saya memang tak setuju apa yang dia nak buat..dan saya agak marah jugaklah...mungkin dia kecik hati dengan kata-kata saya ...tapi niat saya satu je..saya nak dia SEDAR, FIKIR BALIK, FIKIR PANJANG...berbaloi ke tindakan yang dia nak amik tu? buat keputusan tanpa fikir panjang, selalunya manusia akan menyesal..bila menyesal dah takde guna...nasi dah jadi bubur...

Nasihat saya untuk kamu...setiap apa pun bidang yang kita ceburi mesti ada tekanan, mesti ada cabaran dan dugaan...kat mana-mana pun memang berlaku perkara macam tu...yang penting kita kena kuatkan hati dan jangan terlalu berlembut dengan manusia sekeliling sampai orang boleh pijak-pijak kepala kita...

Kalau orang buat apa pun kat kita...taknak kawan, sisihkan kita...biarkan saja...kita buat kerja kita...sibukkan diri...selalu tanam dalam diri aku ada ALLAH, ada MAK AYAH dan family yang sayangkan aku...jangan anggap kita bersendirian dalam hidup ni...

Allah ada untuk setiap pertolongan yang kita nak...selalu berdoa semoga diberi petunjuk..anggap saja mereka-mereka yang buat kita bersedih tu hanyalah LALAT atau SAMPAH je....abaikan mereka...bebaskan diri dari mereka..

Jadilah insan yang berlapang dada...jangan bebankan fikiran dengan perkara-perkara negatif disekeliling kita...ingat satu je...setiap yang berlaku pasti ada hikmah..yang penting SABAR...sabar itukan separuh daripada iman...


Kita hidup di dunia ni hanya untuk sementara..jadi nikmatilah hidup ini dengan seadannya..peace...^_^

Wassalam....

21 May 2014

Taska Baru..Kawan Baru...Teacher Baru...

Assalamualaikum...

Bila baca taska baru..maksudnya korang faham kan mestilah princess kecik tu yang tukar taska baru..takkan la saya kut...hehehe....(^_^)

TAPI sebelum citer tentang taska baru... saya flashback dulu citer sebelum itu....

Keputusan untuk tukar nursery ni saya dah terfikir sejak beberapa bulan yang lepas...sebelum dia masuk ward lagi..ada beberapa sebab yang mendorong saya untuk buat keputusan ini...

Salah satunya sebab saya nak Khasif lebih terdedah kepada education, terdedah dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana minda dia..belajar benda baru...

Sebenarnya nursery khasif yang lama dulu ada dua cawangan..cawangan pertama ada disediakan pelbagai aktiviti..tapi khasif kat cawangan kedua takde apa-apa aktiviti yang disediakan...cawangan khasif ni cuma daycare semata-mata..lebih kepada jagaan bayi...

Main, makan, minum susu, tidor...

Sebab kedua...kaki dan betis khasif dah berparut-parut hitam, merah, purpel...dia asyik menggaru sampai berdarah...memang buruk la kalau tengok lagi-lagi betis dia..kawasan tu memang kawasan yang banyak nyamuk...bukan khasif je la...bila petang-petang time amik khasif sempat sembang dengan parents yang datang amik anak...diaorang pun cakap kaki anak diaorang ada biji-biji macam kena gigit nyamuk atau semut....

So saya rasa dah sampai masanya saya cari nursery baru untuk Khasif...

Saya nak salahkan pihak nursery pun tak boleh jugak...sebab dalam kawasan nursery tu bersih je tapi kawasan luar nursery sekitar taman perumahan tu memang tak berapa bersih..rumah sebelah nursery tu siap longgok sampah kat depan pintu pagar ada yang berulat-ulat...

Tentang teacher lama khasif, mula-mula hantar tu memang la ada la sket-sket tak puas hati itu ini..tapi lama-lama ok jer...kalau khasif terhantuk ke atau ada budak gigit ke diaorang takdelah buat senyap je...memang diaorang inform dan mintak maaf..so takdelah kita rasa nak marah kan..

Macam khasif dia sangat rapat dengan teacher Ina...kalau cuti panjang pun, bila start sekolah balik nampak je teacher ina dia senyum hulur tangan...masa saya dah tak hantar khasif lepas keluar ward hari tu, teacher ina mesej...dia tanya keadaan khasif...dia cakap rindu kat khasif...

Kesian plak saya baca mesej dia...so petang masa hari teachers day saya bawak khasif gi nursey...teacher ina sebak masa nak berpisah dengan khasif...mintak maaf kalau ada salah silap selama jaga khasif...nanti selalu hantar gambar dia...sedih plak dengar...T_T

Taska baru Khasif ni terletak dalam kawasan rumah saya jugak...cuma selang 1 lorong..so senang la sket pagi-pagi saya drop dia kat nursery then terus ke ofis...dulu nursey lama kena hantar dia dulu lepas tu u-turn balik pergi ofis...boleh jimat masa lebih kurang 20 minit..

Setelah dikuarantin selama hampir 3 minggu duk rumah dengan babah..tiba lah hari pertama Khasif ke taska baru...jumpa kawan-kawan baru...teacher baru..environment baru...semuanya baru...




Register form...macam form nak mintak kerja dah dik ooii.....


Yuran taksa baru...hampir 2 kali ganda dari harga taska dulu...tapi takpe la mahal sket pun..demi kebaikan anak jangan berkira sangat...lagi pun saya dah bincang dengan husband, walaupun dia mampu untuk tanggung, tapi saya akan topup jugak separuh...saya tau husband nampak tenang, tapi dalam kepala dia banyak benda dia fikir...komitmen banyak....

Ooo yer..kat sini ada 2 option...samada parents nak hantar anak half day atau full day...yuran bulanan pun berbeza...bagi parents yang bekerja macam saya ni memang kena hantar full day la..no choice...huhuhu...


Jadual/ Aktiviti sekolah...kat nursery ni ada pelbagai range umur..start dari 1.5 hingga 6 tahun..walaupun baru 1.5 tahun macam Khasif tapi diaorang tetap dedahkan jugak dengan sesi pembelajaran...cuma yang kecik tu dia ajar cara budak kecik la..takla seserius macam budak besar...cukup sekadar pendedahan awal...


Khasif yang baru turun dari kereta...tengok kawasan sekolah baru tiba-tiba dia berubah muka...hehehe...


Dia macam dah boleh agak tau...so dia taknak jalan lansung...tarik pun tak gerak..siap nak duduk kat tanah lagi..terpaksa la ibu dukung...


Naik atas jumpa owner taska dulu..dengar dia inform tentang yuran, tentang jadual belajar dan aktiviti kat nursery...sebenarnya sebelum tu saya dah datang jumpa dah sekali sebelum buat keputusan nak pindahkan khasif...kali ni husband ada biar dia dengar jugak sekali...



Cubaan untuk memujuk khasif supaya mood dia happy main kat situ...mula-mula malu nak pegang lepas dah 5 minit baru start main..


Dah habis sesi register kat atas, turun bawah join budak-budak tengah belajar kat bawah...diaorang tengah ada group circle time...tema hari tu ialah pasal buah..kat tengah-tengah tu teacher tengah tunjuk buah yang diaorang tak pernah tengok...teacher bagi rasa...

Yang kelakar ada yang taknak rasa lansung..ada yang nak rasa cakap sedap..ada yang cakap tak sedap la..biasa la budak mana pandai menipu..apa yang diaorang rasa itu lah yang akan keluar dari mulut...(^_^)

Bahasa yang digunakan adalah english dan malay..sambil belajar tentang buah, belajar bahasa jugak...


Khasif yang tengah takut..taknak berenggang dengan ibu dan babah...

Lepas duduk beberapa minit, saya mintak diri sebab kena masuk ofis plak...

Dan sampai lah masanya saya serahkan khasif kepada pn hamiza, owner nursery...khasif meraung, meronta takyah cakaplah....dia kan takut kat orang yang dia tak kenal...

Saya masuk kereta.. walaupun berat hati tapi cool jer...tapi husband memang ketara nampak kat muka dia tengah susah hati...maklumlah puteri kesayangan manja dengan dia...kejap-kejap mengeluh "camnelah adik kat sekolah...ish....."

Lebih kurang pukul 10 pn. hamiza mesej khasif dah ok tak nangis dah...tengah main ball dengan kawan-kawan...lepas tu dia wasap gambar...


La...seronoknya tengah main..tadi menangis punya la kuat ingatkan susah nak stop...sekali dapat kakak baru terus lupa ibu dan babah...


Salah satu fav dia main ball..nasib baik ada ball sebagai penyelamat...


Bersama kakak angkat baru.. yang penting ball tak lepas.....(^_^)


Aktiviti baru dengan sape tu dik...main elok-elok yer..jangan nangis-nangis....

Hari pertama saya hantar half day je...so lebih kurang pukul 12 tengahari kami gi nursery nak amik dia...


Tengok-tengok khasif tengah duk kat kerusi main dengan abang-abang dan kakak-kakak...nampak dari cara dia sandar tu, husband cakap dia macam letih campur ngantuk nak tidor...kesian anak ibu...



Tak sedar lagi ibu dan babah ada kat belakang...dia tengok apa ntah....


Masa ni dah sedar ibu dan babah ada kat belakang...meleret dia senyum...sempatla husband sembang dengan budak-budak lain..diaorang ni dah besar 3, 4 tahun dah boleh cakap...

"Dia nangis tak?"
"Nangis..."

Apa ntah lagi husband sembang dengan budak-budak ni...siap tunjuk ada pedang kat dalam baju...hahaha....habislah adik..jangan ikut perangai lelaki tau..

Hari kedua dan ketiga hantar pagi-pagi khasif still nangis jugak lagi..cuma makin slow...macam hari ni hari ketiga nangis bila teacher dia amik..tapi bila sebut nak tengok bird dia terus senyap...hopefully minggu depan dia dah tak nangis dah...

Tengahari tadi pn hamiza mesej inform kat saya khasif dah minum susu, dah makan kek dan muffin tapi taknak makan mee hoon sup...then dia inform lagi khasif suka dengan budak-budak besar especially girls...

Hehehe...ok good girl...anak ibu kena kawan dengan girl ok...

Itu sahaja cerita tentang khasif kat nursery baru...harap-harap dia cepat adapt dengan environment baru, dengan jadual baru....dapat belajar pengetahuan baru..biar babah balik nanti, babah terganga mulut.. (^_^)

Babai....

Hadiah Selepas Keluar Ward..

Assalamualaikum...

Hai korang...bertemu kembali....

Kali ni nak citer tentang Khasif Aleesya lagi....my princess yang semakin membesar dengan macam-macam ragam.. (^_^)

Sebelum discharge, doktor datang cek Khasif dulu pagi tu..then doktor ada bagi beberapa nasihat..

Salah satunya doktor tak bagi bawak Khasif gi tempat yang crowded, yang ramai orang..kenduri-kendara pun tak boleh pergi..pun tak boleh hantar Khasif ke nursery lagi...dalam kata lain Khasif perlu dikuarantin untuk tempoh beberapa minggu sehingga kesihatan dia pulih sepenuhnya...

TAPI masa on the way balik rumah....kami singgah jugak Plaza Masalam..hahahaha......okey, ibu bapa Khasif yang degil tak dengar cakap doktor... :p

Alasan...kesian kat Khasif..bosan seminggu dalam ward takde hiburan...*_*

Saya singgah tak lama pun sebenarnya....cuma untuk tunaikan satu hajat kami pada Khasif...


Sebelum tu ibu belanja Khasif makan takoyaki dulu....dia sangat suka makan tako. sambil makan sambil tengok running man...tengok GAG concert...maklumlah anak korea....* perasan lagi....hehehe....

Lepas makan tako, baru gerak ke misi utama kami...


Yei...!! Ini lah dia hajat babah..nak beli hadiah untuk Khasif tanda mintak maaf sebab lambat balik tengok dia sakit...boleh dikira hadiah 1st birthday yang tertangguh jugak..

Mula-mula husband cam berbelah bahagi jugak nak beli kereta  ke nak beli basikal..tapi saya tak bagi...beli basikal je..kereta sekejap je boleh main...

So pilih basikal..saya nak warna pink tapi dah habis...yang tinggal warna biru dan oren...last-last pilih biru sebab oren tak menarik sangat...

Pon Pon Pon !!!!


Hadiah dari ibu plak building block...sebelum ni pernah beli tapi dah banyak yang hilang..kali ni ibu beli yang ala-ala princess sket....tanda mintak maaf dari ibu jugak...

Mula-mula saya cam nak beli laptop khas untuk budak belajar ABC tu...yang ada gambar animal gerak-gerak...tapi tak jadi...khasif sekejap je main benda macam tu...hadiah tu postpone dulu okey..

Kalau building block ni  dia tak boring dan dia boleh fokus main dalam masa yang agak lama....

Sebenarnya building block ni bagus tau untuk anak...toys ni boleh kembangkan daya kreativiti anak, tingkatkan koordinasi mata dan tangan, kembangkan daya berfikir dan logik akal anak....

Kalau kita main sama-sama dengan dia, lagi dia seronok....macam Khasif dia banyak belajar dari pemerhatian...segala benda pergerakan ibu dan babah, atau dia tengok kat tv, dia perhati je..lepas tu dia akan cuba tiru...

So bila main building block ni, kalau ibu cuba letak macam tu, macam ni..dia akan tiru...so dari situ la dia belajar cipta dan kembangkan kreativiti..


Esoknya babah belanja makan Pizza Hut..lepas keluar ward selera makan khasif sangatlah berbeza..pantang nampak makanan laju je nganga mulut...walaupun makanan itu cuma sekadar ROTI... T_T


Saya tak bagi pun Khasif makan pizza...cuma bagi dia makan garlic bread..


Amboi..bersungguh betul bila dapat makan....babah kan kalau anak makan mesti dia cakap:
"sikit-sikit je"...

Maksudnya gigit sikit, kunyah, telan...lepas tu gigit sket lagi, kunyah, telan...dia takut khasif tercekik...

Hai la babah...anak tu dah besar,,dah ada gigi geraham dah..tak perlu sikit-sikit pun takpe... T_T


Khasif  sejak keluar ward, bila babah ada memang dia taknak lansung dengan ibu....so time makan pun nak dengan babah jugak....thank you adik...seronok ibu nak makan dengan tenang..hehehe...

Masa ni dia dah start bosan, dah start merengek....nak sleep la tu... (^_^)


Perasmian basikal baru kat depan rumah....anak memanglah excited kan..tapi nak citer...babah pun terlebih excited nak bawak anak naik basikal baru kat luar...

Sebelum keluar petang tu, setiap setengah jam babah asyik tengok cuaca kat luar panas lagi ke tak...pukul berapa dah....tak sabar katakan.... (^_^)


Adik nak gi mana ni? Jalan-jalan kat taman yer....jangan balik lambat sangat ok...


Orang naik basikal pegang handle...khasif pegang side mirror..hahaha....babah tak ajar ke dik...kesian....

Sekarang ni dah pandai la pegang handle..cuma kaki je tak sampai lagi nak kayuh basikal...tunggu besar sket,  dah tinggi sket, boleh la kayuh basikal sendiri kat depan rumah okey..

Sekarang ni alhamdulillah kesihatan Khasif pun dah makin pulih...tidor malam pun dah tak batuk...khamis ni ada appointment lagi dengan dr.Fadzilah...hopefully kali ni follow up terakhir dengan doktor...

Wassalam...

07 May 2014

Khasif Masuk Ward Seminggu...

Assalamualaikum wbt....

Dua minggu lebih saya menyepi...masa sangat terhad untuk catat sesuatu yang sangat penting di ruangan ini...

Menyingkap semula entry terakhir saya yang lepas, MINGGU YANG PENUH DUGAAN ..cerita tidak habis di situ...rupanya itu cuma satu permulaan....

Alkisahnya........

Petang habis kerja, saya terus ke nursery amik Khasif..kali ni bila nampak je saya dia hulur tangan mintak dukung..teacher dia cakap dia tak berapa aktif, taknak makan, selalu meragam..tak macam selalu happy main dengan kawan-kawan....badan pun panas walaupun dah makan ubat...

Bila saya dukung, dia peluk...lentok kepala kat  bahu..kesian sangat tengok badan dia lemah...bila letak kat baby seat, Khasif start menangis...tanpa fikir panjang, saya terus drive ke DEMC Specialist...tak sedap hati la bila keadaan anak macam ni....malam-malam batuk, muntah..demam kejap ok, kejap teruk...

Hari tu plak hari Jumaat...jalan memang jem teruk waktu balik kerja..sepanjang perjalanan Khasif menangis non stop...bila kereta stop kat trafic light lagi kuat dia meraung, meragam..habis basah kuyup baju kena air mata...

Sampai DEMC, terus refer ke emergency...masa tengah menunggu turn, Khasif dah ok, dah tak nangis macam tadi....kali ni takde la lama sangat menunggu..lebih kurang setengah jam dh boleh jumpa doktor...

Masuk-masuk, belum duduk pun lagi...doktor tengok dari jauh doktor cakap nafas dia tak lancar..lepas cek, doktor suruh saya ikut nurse buat neb (nebulizer) untuk Khasif...

First time kena buat neb...so faham-faham jelah...Khasif meronta-ronta, meraung, melawan...nurse suruh saya peluk kuat-kuat..tapi tak berkesan..tenaga dia sangat kuat okey...nurse bedung...

Bila bedung, lagi lah kuat dia meraung dan menangis...rasanya satu hospital dengar kut...dia cuba nak keluar dari bedung...merah muka takyah cakaplah..berpeluh-beluh macam dah kena jirus dengan air...

Lepas dah buat neb sekali..tunggu doktor datang cek...bila doktor cek, doktor cakap nafas dia tak lancar lagi...

Di pendekkan cerita..doktor tu panggil doktor pakar (PAED) untuk cek Khasif...Doktor Fadzillah namanya..bila Doktor Fadzillah cek, Khasif suspect kena jangkitan kuman kat paru-paru..kahak sangat banyak masuk paru-paru dia...

Dada Khasif masa tu pun dah berlekuk dan nafas tak lancar...dia macam susah bernafas...nurse bagi pakai tiub oksigen...masa tu kadar oksigen dia < 90..memang rendah...


Dan masa tu jugak doktor cakap Khasif kena tahan kat ward...tapi ward kanak-kanak dah penuh..ada ward lain yang  kosong tapi kat HDU (ward rawatan separa rapi). doktor cakap elok Khasif masuk ward HDU supaya senang nurse nak monitor oksigen dia setiap masa...


Masa tu saya dah tak fikir panjang dah...saya setuju apa saja asalkan anak dapat rawatan yang sebaik mungkin...

Lepas tu Khasif kena X-Ray dada, amik darah, drip air..badan dia start panas balik nak demam..nurse masukkan ubat ikut buntut...Khasif menangis, menangis dan menangis sampai keletihan...


Disebabkan letih menangis, dia tertidor...saya masa tu BUNTU, FIKIRAN KOSONG SKJP....barang-barang keperluan takde..nak harap pada siapa...family jauh..husband dah tau masa tu tapi dia kan kat offshore...tak boleh balik on the sport..kena arrange chopper, flight, crew change semua...

Saya cuba call beberapa orang kawan tapi tak dapat...call kakak twin...dia cuba nak datang secepat yang mungkin tapi masalah husband dia balik kerja lewat malam...dia nak datang drive sendiri tak berani sebab dah lewat malam..rumah pun agak jauh kat Saujana Putra..saya pun faham la keadaan dia masa tu..lagipun dia tengah early pregnant...hari tu pun dia bleeding...saya cakap takpe, datang esok pun takpe..nanti saya usaha cara lain....

Kalau boleh saya taknak susahkan sesiapa...tak datang melawat anak saya pun takpe...cuma keadaan masa tu  memang saya perlukan bantuan untuk dapatkan susu, pampers dan baju Khasif..baju saya tak bertukar pun takpe yang penting barang-barang Khasif ada...sedih giler masa tu...

Nasib baik botol susu ada dalam beg school dia...dan kebetulan dalam beg ada baju spare sepasang yang masih tak pakai...alhamdulillah boleh pakai untuk esok..

Mak (MIL) bila dapat tau je Khasif masuk ward, terus call saya...menangis-nangis memikirkan cucu...dengan keadaan kami yang takde tempat bergantung masa tu...saya memang sebak tak tau nak cakap..cuma saya jenis taknak tunjuk...saya cakap kat mak, takpe mak...jangan risau..insyAllah Khasif ok kat sini di bawah jagaan doktor dan nurse..


Lebih kurang pukul 10 malam baru boleh naik ward...Khasif jaga sekejap bila sampai kat ward...lepas nurse bagi ubat, pukul 11 malam baru dia tidor...dan masa tu jugaklah saya mintak tolong nurse tengok-tengokkan Khasif sekejap..saya perlu turun ke kedai bawah cari pampers dan susu..

Harap-harap adalah....

Sampai bawah...pekerja kedai tu cakap tak jual susu kat situ..ya Allah...mana aku nak cari susu dalam keadaan sekarang...hari pun dah jauh malam...kesiannya anak aku tak minum susu dari petang lagi...

Naik ward jumpa nurse kat kaunter dulu...tanya nurse boleh tak pinjam susu kat ward baby..tak kisah susu jenis apa...janji susu yang boleh budak minum...

Tak lama nurse call, susu ada tapi stage 1 je ada..untuk umur bayi 1-12 bulan..saya cakap takpe, boleh..janji bukan susu budak besar...lebih kurang 10 minit nurse bawak susu masuk bilik...

Alhamdulillah..baru lah hati saya lega, tenang sket.....


Khasif malam pertama tidor di dalam ward...kesian anak ibu....

Pukul 12 lebih badan saya dah penat..tapi mata masih tak boleh tidor....fikirkan keadaan Khasif...fikirkan barang-barang keperluan takde...fikirkan husband....


Perut tiba-tiba berkeroncong mintak untuk di isi..baru teringat hari tu makan pagi je...tengahari tak makan...nasib baik beli roti...cicah dengan nescafe panas..

Nurse masuk bilik setiap 2 jam sekali untuk bagi neb pada Khasif..kebetulan plak malam tu nurse lelaki yang bertugas...so saya tido pakai tudung..baju masih pakai baju kerja siang hari tadi...takde baju lain lagi..

Malam tu jugak, tengah-tengah tidor Khasif batuk lagi..habis muntah atas tilam..baju yang dia pakai pun terkena muntah jugak...nurse tukar cadar dan sarung bantal..baju Khasif saya lap macam tu je tak tukar baju lain pun...baju spare ada cuma sehelai untuk pakai esok hari... :(



Tempat tidor saya malam pertama dalam ward...nasib baik ada bantal dan selimut lebih..kalau tak tidor dalam kesejukanlah saya malam tu...



Pagi keesokan hari Khasif bangun tapi mood tak ceria..kaki, tangan, hidung masih berwayar...pergerakan dia sangat limited..lepas makan ubat pagi, dia sambung tidor...

Alat untuk monitor oksigen..bacaan tidak begitu memberansangkan...masih dibawah kadar yang sepatutnya..so masih perlu pakai oksigen...

Neb masih setiap 2 jam..masa ni kahak masih banyak..batuk masih kerap...

Oh yer...abang nurse ni baik sangat-sangat dengan Khasif...maybe dia suka budak...mula-mula Khasif ok je dengan abang nurse...tapi....



Lepas buat fisioterapi untuk keluarkan kahak, Khasif jadi fobia...takut dengan orang....prosedur terapi ni pukul-pukul belakang..mestila budak takut... (^_^)

Mula-mula saya tengok orang fisioterapi buat prosedur ni rasa macam sedih giler.."kesian anak aku.."

Tapi sebab tiap-tiap hari Khasif buat terapi dan ada perubahan positif, rasa macam dah tak kisah...hahaha....

Hari keempat kat ward baru babah sampai...happy sangat dia bila dapat tengok babah..hari keempat Khasif dah tak perlu pakai oksigen waktu siang..malam waktu tidor je kena pakai...


Sementara husband ada, saya sempat balik rumah kejap amik baju dan peralatan lain...bawak sekali block lego Khasif..takdela dia boring sangat duk kat ward...

Tengoklah.....masa ni tak mandi pun lagi....bangun-bangun nak main lego..tangan masih berbungkus pun boleh main susun-susun.



Drip air dah tanggal..lagi seronok dia bebas dalam bilik...masih bizi dengan lego..


Bosan kat katil, nak turun main kat bawah...walaupun dah cakap tak boleh, dah pasang pagar tepi katil...dia ada je idea camne nak turun...


Takde hal...janji nak turun bawah...



Yes, berjaya turun dari katil...babah dan geleng-geleng kepala....


Boleh babah dia beli topeng bagi anak main usik-usik..? ish..ish..layan je la anak...nasib baik beli buku sekali...

Khasif masa ni macam orang dah sihat kan..

Tapi masih tak boleh discharge lagi..doktor cakap kahak masih ada lagi...


Hari ke-5 baru dapat tukar ke ward kanak-kanak...bukan main berseri-seri lagi ward kanak-kanak ni...


Hari-hari terakhir dalam ward, neb dah tak kerap sangat dah macam awal-awal hari tu..hari tu setiap 2 jam..lepas tu hari ke empat setiap 4 jam .masa ni dah 6 jam sekali....

Khasif pun dah boleh terima dah kalau nurse datang buat neb..dah tak melawan..pasrah je sedut gas sambil main-main...(^_^)


Lunch terakhir kat ward sebelum discharge...ikan tenggiri masak apa ntah..rasa macam kuah ayam percik..sedap...


Alhamdulillah 7 hari bermastautin dalam ward..tibalah masa yang ditunggu-tunggu...1 May Khasif dah boleh discharge...badan pun dah gemuk sebab makan banyak masa dalam ward..

Sebelum masuk ward berat 11.4 kg...hari discharge berat jadi 12.5 kg....hohoho....patutlah ibu dah tak larat nak dukung dia sekarang...

Balik rumah, Khasif masih kena sambung makan antibiotik (2 hari) dan ubat-ubatan lain...nak pitam tengok banyak sangat ubat kena bagi dia makan...

Alhamdulillah selama Khasif menerima rawatan di DEMC Specialist, PAED doktor Fadzilah dan PAED doktor Roliza telah bagi servis dan layanan yang terbaik..tak tau nak explain camne tapi memang recomended!!

Tak lupa jugak nurse kat ward HDU yang telah bagi servis dan layanan yang bagus..walaupun setiap 2 jam kena masuk check Khasif, siang hari ke, tengah-tengah malam ke... diaorang datang memang on time...kalau nurse kat ward kanak-kanak tak berapa on time sangat...

Terima kasih juga kepada family dan sahabat handai yang tak putus-putus bertanya khabar, yang mendoakan kesihatan Khasif supaya cepat sembuh, yang datang ziarah kat ward..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

Alhamdulillah, keadaan Khasif sekarang dah makin pulih..walaupun batuk lagi waktu malam tapi tidaklah sekerap dulu...bila dia batuk, muntah sekali lepas tu terus lena...semoga dalam beberapa hari lagi ada perubahan positif yer sayang...

Ya Allah..sembuhkanlah penyakit anak ku ya Allah..amin....

# minggu depan ada follow up lagi dengan PAED...harap-harap semuanya ok....

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...