31 July 2012

Manusia Busuk Hati

Tadi masa kat  ofis, sambil buat kerja sempat BW kejap...terjumpa artikel menarik kat satu blog ni...rasanya bulan-bulan puasa ni elok jugak kita baca sesuatu yang berguna untuk dijadikan pedoman...

*******************************************************************************
Manusia busuk hati ada dimana-mana, kalau boleh kita langsung tidak mahu mendekati mereka, bimbang dan takut kalau-kalau kita pula bakal menjadi mangsa kebusukan hatinya. Namun ada juga yang suka mendampingi mereka, tidak diketahui sama'ada akalnya pendek dan terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah yang tahu.

Ada orang cakap, "Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu." dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Tahukah kalian, betapa bahayanya manusia busuk hati? Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan perasaan cemburu dan hasad dengki, ya memang benar, manusia busuk hati memang mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik daripada insan yang dicemburuinya.

Cemburu manusia busuk hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis, dari fitnah, sabotaj, mengadu domba, melaga-lagakan orang dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan saja apa jenisnya, manusia-manusia yang busuk hatinya sanggup lakukan apa sahaja asal hatinya puas melihat orang lain susah, diaibkan, kerugian, ditimpa kecelakaan atau kemalangan.


Mengenal manusia busuk hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk atau tidak.


Antara cara paling senang nak kenal manusia busuk hati adalah dari cara pergaulan dan komunikasi mereka, kalau berbicara mereka lebih gemar berbicara tentang orang lain, si fulan itu, si anu ini, bicara tentang keburukan, kelemahan dan keaiban si fulan dan mempersendakan orang lain. Pantang nampak orang yang didengkinya, mula keluar cerita dari A sampai Z. Senang bahasa kita cakap MENGUMPAT dan MENGATA.


Orang lain rajin bekerja, kita kata mereka nak menunjuk-nunjuk, nak bodek bos, kalau nampak orang lain beli kereta baru, rumah baru, kita tidak akan dengar mereka cakap "Untung si fulan, Allah bagi rezeki kat dia, bila la turn aku pulak nak dapat rezeki macam dia..." tapi yang akan kita dengar mungkin "Si fulan tu baru tukar kereta, Honda pulak tu, pangkat sama dengan aku je tapi mampu pakai Honda, tu tak de lain, kalo tak jual tanah pusaka, menang nombor ekor entah-entah jual dadah...."

Sekiranya anda mengenali mana-mana individu sebegini, eloklah berhati-hati berkawan dengan mereka, cuba pikir, hari ini mereka mengata orang lain, esok lusa apa yang akan menghalang mereka dari mengata dan mengeji diri anda pula? Kalau anda sendiri memiliki sikap suka MENGUMPAT dan MENGATA orang dalam proses komunikasi harian, eloklah cari penawar hati dengan segera, cuba ubah sikap sedikit demi sedikit, banyak lagi topik perbualan yang boleh kita borakkan bersama rakan-rakan selain dari bercakap tentang orang lain.

Manusia busuk hati lebih percaya kepada perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat dari percaya kepada Allah. Percaya kepada bomoh atau popular masa kini ramai orang panggil 'mandrum'. Berani saya katakan, mereka amat memerlukan bomoh dalam hidup mereka, dalam keluarga mesti ada bomoh yang bertangungjawab dalam melindungi diri mereka dan keluarga mereka dan juga untuk tujuan membuat khianat atau membalas dendam. Ya memang ada bomoh hebat yang boleh santau orang, buat orang kena penyakit ganjil dan macam-macam lagi, nak tau kenapa mereka hebat? Sebab syaitan tolong jayakan usaha khianat mereka. Sejarah telah mengatakan yang syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan mereka dan salah satu salurannya ialah melalui kepecayaan manusia terhadap perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat seperti ini.


Andai kata manusia-manusia busuk hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda lain, "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa, kerena manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain, selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia-manusia busuk hati ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan sekiranya mereka pula menimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang berdendam dengan mereka walhal ia adalah dugaan dari Allah.

Ingatlah, doa insan teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah. Kita buat khianat terhadap seseorang, kita sabotaj mereka, dan bilamana mereka menimpa musibah dari apa yang kita lakukan, maka mereka dikategorikan sebagai insan yang teraniaya. Andai terdetik di hatinya yang merasakan mungkin ada orang membuat khianat terhadapnya, lalu mereka mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan doanya dimakbulkan. Apa yang anda tahu bakal menimpa diri anda? Manusia busuk hati tidak akan terfikirkan akan kemungkinan ini, mereka hanya fikir "Ini mesti kerja dia sebab nak balas dendam dengan aku..."




Manusia busuk hati selalu takut dan tertipu dengan bayang-bayang sendiri, lebih-lebih lagi kalau mereka banyak buat khianat kepada orang lain. Contoh ringkas, kereta anda calar dan ia dicalarkan oleh manusia yang busuk hati kepada anda, paling teruk pun anda merungut " Tak guna betul, ni mesti budak-budak nakal calarkan keta aku, teruk betul la diorang ni...." dan dengan izin Allah 2-3 hari lepas tu kereta orang yang busuk hati kepada anda pula dicalarkan, cuma kali ni keretanya betul-betul dicalarkan oleh budak-budak nakal, apa yang akan keluar dari mulut mereka " Ini mesti kerja si fulan ni sebab hari tu aku calarkan kereta dia....".

Nah, sekarang anda nampak tak maksud saya yang manusia busuk hati ni selalu takut dan tertipu dengan bayang sendiri. Bila hati dah busuk, fikiran dan mental pun akan rosak dan gagal berfikiran positif, hidup siang malam tak tenang, takut ada orang nak balas dendam, sebab tu saya katakan, manusia busuk hati amat-amat memerlukan bomoh untuk melindungi diri mereka, ahli keluarga dan harta benda tanpa mereka sedar yang mereka syaitan sedang mentertawakan mereka.


Kalau kita buat banyak pemerhatian dan kajian, tambahan pula ada pengalaman menjadi mangsa atau mungkin anda sendiri pernah menjadi manusia busuk hati, mungkin banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita nampak pada manusia-manusia busuk hati ini. Tak kira dari pelbagai bangsa dan agama. Tak kira di mana-mana, di rumah atau di tempat kerja, mereka ini wujud, cuma kita sedar atau tidak sahaja, AWAS, mereka boleh menikam dari belakang dan pandai bermuka-muka, perhatikan di sekeliling anda dari jiran tetangga hingga rakan sekerja, jika ada ciri-ciri manusia busuk hati pada mereka, cubalah bantu mereka merawat hatinya, tapi anda perlu banyak bersabar dan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan kerana seperti sedia maklum, manusia busuk hati suka membuat khianat.

Perlu diingat juga, mereka pandai bersoaljawab walaupun terhadap perkara-perkara kebaikan, mereka juga suka memandang rendah, memperlekeh pandangan dan nasihat orang lain, mungkin anda pernah terbaca artikel "Kalau Allah itu Maha Baik, Mengapa buat Neraka?"Kalau anda tidak bersedia untuk membantu mereka, jauhkan diri dari mereka, tapi dengan cara yang sopan dan lembut. Kalau anda sendiri adalah manusia busuk hati, carilah penawarnya, rawatlah hati anda. Banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan mendengar ceramah agama dan muhasabahlah diri anda.


Sumber: DI SINI


Terima kasih banyak-banyak tuan blog...semoga kita semua dilindungi olehNya  dari manusia busuk hati..

30 July 2012

Kandungan Dah 24 Minggu...

Salam 10 Ramadhan buat semua...

Minggu lepas hari Jumaat pergi checkup lagi..kandungan saya cukup-cukup 24 minggu...kuar dari ofis lebih kurang pukul 9 pagi lepas habis tazkirah..sampai klinik nasib baik tak ramai orang lagi...masa register saya cakap 3 kali kat akak kaunter tu nak doc Nadirah..nasib baik akak tu baik...hehe...

Sebelum jumpa doc, as usual timbang berat, cek tekanan darah and buat urine test....berat terkini adalah 53kg..berat masih sama dengan last check up maybe sebab puasa so berat maintain lagi..harap-harap tak naik mendadak lepas raya nanti..huhu....
Tunggu lebih kurang 5 minit, dah boleh masuk jumpa doc..."Assalamualaikum..." doc Nadirah bagi salam....saya duduk then doc tanya sket-sket soalan...ada rasa baby bergerak tak? hehe...saya cakap saya tak tau apa yang saya rasa tu betul ke tak tapi memang ada rasa something dalam perut..doc cakap rasa dia macam rama-rama bergerak..pada usia kandungan 6 bulan ni, tak kuat lagi nanti bila dah nak masuk 7 memang makin kuat rasa...

Sesi dari hati ke hati dengan doc, saya bagitau masalah saya sejak puasa...saya mengalami shi shi (buang air) tak berapa nak lawas..rasa kerap nak shi shi tapi yang keluarnya sket sajo terutama pada siang hari...sebelum puasa takde pun macam tu.....so doc suruh nurse buat urine infection test..bila dapat result, memang ada sikit kotor (+1)..walaupun tak teruk tapi bahaya takut merebak pada baby..so doc akan bagi antibiotik..

Lepas tu baring nak scan baby plak...tak taulah kenapa kali ni tak berapa clear sangat...kalau sebelum ni scan boleh nampak keseluruhan badan dari kepala hingga ke kaki..kali ni tak nampak mcm tu lagi dah...nampak separuh-separuh...kalau kepala, kepala je..kalau kaki, kaki je..saya tanya doc kenapa mcm tu..doc ckp baby dah besar so tak boleh nampak keseluruhan kalau scan kat satu-satu tempat...

So BOY ke GIRL? doc cakap dia tak boleh nak confirm sebab tak berapa clear tapi kalau teka (sebab tak nampak burung), doc boleh cakap GIRL...takpe-takpe...anak ibu pemalu sebab tu masih menyorok lagi ek..sepatutnya saya ada appointment buat 4D scan pada 4 Aug ni tapi memandangkan husband tak balik lagi masa tu...saya tukar ke tarikh 12 Aug..hopefully semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan...berat terkini my baby adalah 560 gram.

Sebelum menamatkan sesi consultant itu, doc tanya saya ada makan apa-apa suplemen tak? of course lah tak...nak makan ubat pun payah...cuma obimin yang doc bagi dulu jelah..itupun susah giler ok nak makan tiap-tiap hari...doc sarankan saya amik Obimin Pluz which is baik untuk perkembangan otak baby...saya pun ok jelah sebab doc yang suruh...kalau sales girl yang suruh takde maknanya saya nak ok..hehehe...

Sebelum balik, haruslah pergi kaunter bayaran kan..semua sekali RM205...dalam purse cuma ada RM160....fuh nasib baik ada kad kredit jadi penyelamat...itulah bergunanya kad kredit bila ada kes kecemasan macam ni...kalau untuk suka-suka shopping, NEHIII  HEY! kad kredit sila duk diam-diam...
So inilah dia ubat-ubat yang dibekalkan oleh doc..yang warna putih tulah  antibiotik kena habiskan dalam masa 5 hari...lagi satu U-Lite bungkusan warna oren..dua benda tu kena makan dan minum untuk bersihkan my urine..huhu....

Dalam kotak besar tu ada 2 suplemen. yang pertama Obimin Pluz..doc cakap ada minyak ikan kod, DHA & EPA..fungsinya seperti yang saya cakap tadi membantu perkembangan otak baby dalam kandungan..

Suplemen kedua namanya Obical..fungsi adalah untuk menambahkan kalsium dalam badan...
Mohlah kita sama-sama telan semua ubat-ubat ini..yang lain ok tapi Obical warna oren tu buatkan saya nak muntah tiap kali masuk mulut...kuat sangat rasa kalsium..tau tak rasa kalsium tu camne? entah...nak terangkan pun payah...huhu....
Bukak puasa takde selera ok nak makan nasi..singgah Pizza Hut cari spaghetti...agak tak sedar diri jugaklah kan...
SAMPINGAN nya plak, pizza size regular JER...............2 keping habis time berbukak..2 keping lagi sahur..2 keping lagi masuk tong sampah keesokan harinya...membazir kan...mana saya larat habiskan sorang-sorang...

P/S# Mesej buat suami tercinta  "Abang..jangan risau sayang tak makan nanas tu..nanti abang balik kita gi makan pizza lagi ek...hehe..."
Mak buyung gambar pagi tadi masa sampai kat ofis...baju kurung boleh pakai lagi tapi punggung dah ketat sket dah...hari ni pakai selipar je datang ofis sebab malas nak pakai kasut...

Wassalam....

26 July 2012

Puasa Sorang-Sorang Lagi...

Assalamualaikum....

Salam 6 Ramadhan buat semua...apa khabar hari ni? harap-harap semuanya sihat dan happy selalu..eh dah macam tulis surat pulak kan saya ni...erm, dah hampir seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini...alhamdulillah saya masih mampu berpuasa penuh walaupun ada beberapa hari tak bangun sahur...

Saya takde masalah pun kalau tak bangun sahur sebab sebelum ni pun jarang bangun sahur..tapi bila dah berbadan 2 ni, kena fikirkan baby dalam perut jugak...kadang-kadang kat ofis bila tengahari dia tendang-tendang, saya kesian sangat...saya fikir agaknya dia lapar...tapi saya takdelah berbukak selagi saya masih mampu bertahan...

Sebelum-sebelum ni kan kita selalu terbaca dalam paper..ada manusia sanggup menyorok-nyorok beli makanan, tapau nasi siang-siang hari di bulan puasa sebab tak dapat tahan nafsu makan...ada yang pakai helmet nak tutup muka, ada yang masuk pintu belakang kedai...itu tak citer lagi masak magee kat rumah kalau yang bujang-bujang...

Saya peliklah...takkan setakat menahan lapar dan dahaga di siang hari tu tak boleh...susah sangat ke nak puasa ni? takde rasa malu kat diri sendiri ke bila tengok anak-anak kecil yang sekolah rendah pun boleh puasa penuh satu hari...sebenarnya saya rasa mereka ni bukan tak tahan lapar, tapi antara NAK PUASA dengan TAKNAK PUASA...betul tak? ibaratnya bila dengar je bulan puasa dah hampir tiba, alahai rasa beban sangat-sangat dalam diri...rasa susah hati sebab tak dapat makan tengahari..tapi yang lagi pelik, bila orang pergi bazar ramadhan diaorang pun sibuk jugak berpusu-pusu nak cari juadah berbuka...pelik-peliklah manusia zaman sekarang ni...

Bercerita pasal puasa, tahun ni adalah tahun ke-3 saya berpuasa sebagai seorang isteri...dan tahun ini jugak adalah tahun pertama saya berpuasa sebagai ibu mengandung..(^_^). seperti tahun-tahun sudah, puasa kali ni takde beza jugak..banyak hari saya berbuka dan sahur sorang-sorang kat rumah...untuk tahun ni, terus terang saya cakap nikmat berbuka puasa belum saya rasai lagi..apa yang nak rasa bila berbuka sorang tanpa kehadiran suami tercinta...kalau family dekat, boleh jugak balik berbukak dengan family kan..ini family pun jauh...apa nak dikato..pasrah sajo...takpe, tahun ni baby ada teman saya berbuka dan bersahur tapi dia duk dalam perut jelah...hehe....oh yer, sejak puasa berat pun dah turun 2kg..camne tu? orang pregnant berat naik tapi saya berat turun...

Husband balik lambat lagi...2 minggu lagi barulah boleh berbuka sama-sama...sedih...sob sob sob..(; ;)

Sekian dulu untuk entry merapu hari ini...mood tiba-tiba menurun tak taulah kenapa...maybe sebab seseorang..bulan puasa ni tapi tak ubah-ubah perangai...ah, biarkanlah dia....wassalam....

24 July 2012

Baby Girl ke Baby Boy...

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapakan SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA di bulan Ramadhan yang mulia ini..ditujukan kepada suami tercinta yang jauh nun di perantauan, family di kampung, kawan-kawan dan semua sekali lah yang sudi baca blog buruk ni..(kalau ada lah).

Minggu lepas my husband travel lagi setelah 2 minggu cuti..rasa sekejap sangat kali ni dia ada kat rumah...tak puas lagi nak manja-manja..baby dalam perut pun tak puas jugak kan nak manja dengan abah...it's ok dear...lama-lama nanti baby akan terbiasa dengan keadaan macam ni..

Alhamdulillah..minggu ni kandungan saya dah masuk 24 minggu atau dengan kata lain dah 6 bulan...tapi kalau ikut hari belum lagi, hari jumaat ni baru ngam-ngam 6 bulan...macam tak percaya tapi memang ianya kenyataan... (^_^). sekarang ni rasa sekejap sangat kandungan membesar..tak macam awal trimester dulu, rasa lambat sangat masa berlalu sebab letih menahan loya dan pening..sekarang tidak lagi...

Perkembangan terbaru, baby makin banyak bergerak..lebih-lebih lagi kalau time saya lambat makan. .hari tu sebelum masuk bulan puasa,  saya ganti puasa 2 hari..rancaklah dia bergerak-gerak kat dalam ni sebab tak dapat makan...selalu kena gosok perut bagi dia bertenang sket...bila dah bukak puasa, amboi diam tak terkata dia...dah kenyang lah tu.. hehe..sekarang ni dah masuk bulan puasa lagilah rancak dia bergerak. cuma semalam je saya tak bangun sahur, dah dekat pukul 4 petang perut rasa senak masuk angin...ya Allah, nasib baik tak teruk sangat..risau jugak takut kena gastrik..

Pernah jugak time baring tengok tv, dia bergerak-gerak...masa tu husband ada kat rumah..cepat-cepat bagitau husband baby bergerak..excited abah dia nak rasa jugak pergerakan tu..bila husband letak tangan kat perut, terus dia senyap tak bergerak...kesian suami ku kecewa tak dapat nak rasa..pernahlah sekali dia letak tangan kat perut boleh rasa tapi sangat jarang...takpe by, orang kata tunggu 7 bulan nanti makin rancak lah dia bergerak-gerak and tendang-tendang..(^_^)

Yang tak bestnya, saya belum tau lagi my baby ni boy atau girl...3 minggu lepas pergi scan tapi tak nampak sebab doc kata tali pusat block..masa tu pun baby macam tengah tidor kut sebab tak bergerak sangat..tapi denyutan jantung dia alhamdulillah ok...

Nak citernya...masa register awal-awal lagi  saya dah request nak doc Nadirah sebab dia yang selalu check up kandungan saya ni..dia dah tau history apa masalah masa early pregnant, dah tau perkembangan kandungan saya..so mcm dah selesa lah dengan doc ni..lagipun kita bayar untuk consultant mestilah kita nak guna hak yang kita bayar tu...sekali lepas dah check urine, timbang berat, tekanan darah, nurse panggil nama..saya dah tau dah doc Nadirah selalu kat bilik mana...tapi kali ni kena masuk bilik lain..dah rasa lain lain dah..masuk-masuk memang sah dapat doc lain..

Takpelah..redha je sebab dah masuk dalam..doc pompuan jugak tapi mcm muda lagi...saya kena repeat balik history awal pregnant saya..saya bagi buku merah supaya dia catat jugak kat dalam buku tu...boleh dia belek-belek je buku tu tak catat apa-apa..bukan main panjang lebar kita ni bagi penjelasan kenapa saya bawak jugak buku merah tu tapi dia tak buat apa kat buku tu...

Bila scan, dia tak macam doc Nadirah..scan sekejap je..lepas tu syok sendiri..ukur itu ini tapi tak cakap apa-apa..saya cuma teringat nak tanya baby boy ke girl ke? sebabnya selalu kalau dengan doc Nadirah, dia scan teliti lepas tu bagitau kat kita apa-apa information yang terkini mengenai baby...geram betul lah..

Setakat hari ni, saya masih belum tau lagi jantina my baby..tapi hari tu kan saya mimpi nak jual cincin emas..tapi tak sempat nak jual lagi...husband bagitau kat MIL...mak cakap kalau cincin selalu tanda anak lelaki, kalau gelang tanda anak pompuan..alah...sekadar hiburan hati takpe..tapi janganlah terlalu taksub terus percaya mimpi tu bulat-bulat kan..saya sebenarnya kalau boleh harap dapat baby GIRL tapi kalau Allah bagi baby BOY pun saya terima dengan hati yang terbuka...asalkan baby sihat dan selamat itu sudah lebih dari nikmat buat kami berdua...

17 July 2012

Jalan-Jalan di Bandar Melaka

Assalamualaikum...

Citer hujung minggu hari tu sudah, so hari ni nak tulis plak citer tentang hujung minggu lepas..terlebih dulu, nak mintak maaf lah yer...entry kali ni memang banyak gambar...kalau ada yang nak muntoh, sila rehat sekejap lepas tu boleh tengok balik..hehe...saya malas nak buat part by part..kita sekali harung senang..

Alkisahnya, hari ahad minggu lepas saya dan husband bercuti ke Melaka selama 2 hari 1 malam...husband 5 minggu kerja takde kat rumah, so dia ajak bercuti tempat dekat-dekat je kali ni...kejap je sekadar cuci-cuci mata kat bandar orang...boleh release tension kerja...

Hari sabtu tak boleh gerak lagi sebab kena servis kereta..kebetulan dah sampai waktu servis, kenalah servis dulu sebelum jadi apa-apa kat tempat orang...ahad pagi baru gerak ke Melaka..turun dari rumah lebih kurang pukul 7 pagi, sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi...kejap je kalau dari Puchong..kalau mereka yang suka drive pecut, pukul 8.30 dah boleh sampai dah...kami bawak keta relax je, bukan lari pun tempat tu nak pecut laju-laju...(^_^)

Masuk bandar melaka terus ke dataran pahlawan parking kereta kat sana...ramai jugak orang walaupun bukan musim cuti sekolah...macam biasa, sampai melaka kena beli  kupon parking kereta dulu kalau taknak kena saman...saya beli yang satu hari terus RM5 sebab senang nak parking kat area mana pun guna kupon yang sama...

Sebelum ni datang melaka, tengok je menara taming sari tak terbukak hati nak naik...kali ni, husband terbukak hati tak taulah kenapa...hehe...beli tiket RM20 untuk 2 orang..masa beli tiket org kaunter tanya saya  dari mana? so kami jawablah dari selangor...itu yang agaknya ada "Selangor" kat tiket tu...

Tunggu turn dalam 10-15 minit...kalau cikgu bawak murid-murid sekolah datang lawatan, memang seronoklah tempat macam ni...

Turn kami sudah tiba..satu, dua cheese...!!! kat sebelah saya ada family dari utara sangatlah riuh rendah sebab boleh naik menara ni...takpe makcik, saya faham...excited yer..(^_^)

Mak buyung usap perut kejutkan baby suruh bangun...nanti bila dia kuar, cakap kat dia baby dah naik dah menara taming sari dengan ibu..tapi duk dalam perut jelah...(^_^)

Pemandangan biasa yang boleh dilihat kalau ke bandar melaka...beca-beca yang dihias dengan pelbagai jenis bunga..itu tak dengar lagi mereka pasang lagu, rock kapak tangkap leleh beb....

Pemandangan dari atas menara taming sari..Dataran Pahlawan...

Muzium kapal..kali ni ke melaka, saya dah tak masuk dah...cukuplah pernah masuk sekali..

Jalan-jalan kat area Gereja Christ...matahari dah mula terpacak atas kepala...

My husband jadi model jam kejap...

 Tak beli apa pun sekadar cuci-cuci mata dan feeling-feeling as a pelancong...

Sebelum ni datang melaka tak pernah masuk ke Jonker Walk..kali ni try masuk nak tengok apa yang bestnya kat area sini...tengah jalan tiba-tiba tengok ramai tengah beratur dan semuanya CHA.YA.NUN.ALIF..ingatkan apalah rupanya tengah beratur tunggu turn nak makan kat kedai ap ntah...sampai mcm tu sekali yer...sedap ke..? jalan masuk ke dalam lagi semuanya kedai chinese jual macam-macam barang..selipar, kasut, baju, cenderamata..separuh jalan je saya dah tak larat, lepas tu keluar sebab TERASA ASING di bumi sendiri..hehe...takdelah, actually sebab perut dah lapar..

Teringat blog-blog yang tulis tentang Restoran Asam Pedas Selera Kampung..katanya kat area dataran pahlawan..tapi saya ni lupa nak tengok betul-betul alamat dia...pusing punya pusing cari sampai berpeluh ketiak tapi tak jumpa...habis satu bandar pusing by walking mana tak berpeluh...kebetulan hari ahad banyak kedai makan melayu tutup...last-last masuk Dataran Pahlawan Megamall, makan kat food court je...walaupun tak sedap tapi habis lah jugak sebab dah lapar sangat-sangat...huhu....

Lepas dah habis makan, terus menuju ke hotel untuk check in..tak larat dah nak jalan sebab badan dah bermandi peluh tadi...pasal hotel nanti saya buat entry lain yer...petang lepas rehat, mandi dan solat, keluar pusing-pusing dalam Dataran Pahlawan Megamall...sempatlah shopping beberapa barang and as usual my husband pantang tengok kedai kasut..."dah lama lah yang abang tak beli kasut"..herm....yelah tu....tiap kali pergi bercuti mesti bawak balik kasut baru...terbalik pulak dengan isterinya ini yang jarang-jarang beli kasut.....

Sempat jugak singgah bazar herritage shopping dodol, kerepek dan cincalok..saya tak makan cincalok tapi husband suka mencuba...2 botol dia beli, cincalok udang dan cincalok sotong...oo..dah lupakan budu yer by...hehe....

Malamnya cari makan lagi...nak makan ikan bakar...saya tanyalah pekerja kat Big Apple kat mana area bandar melaka ada restoran ikan bakar best...dia cakap kat area bandar takde....tapi kat area muara sungai duyung best..nak cari tempatnya akak follow jalan ke ujung pasir je..lepas tu nanti jumpa signboard restoran tu..begitulah menurut adik tu..saya pun ikut direction seperti yang diinform nasib baik jumpa...

Bila masuk je kedai, semerbak bau ikan bakar memang memang dah tertarik dah..tapi bila tengok semua orang makan nasi lemak, takde nasi putih ke kat sini? tomyam? alamak...saya tak lalu sangat nak makan nasi lemak malam-malam...saya nak nasi putih, ada tomyam ke sup ke macam selalu makan kat kedai ikan bakar...

So kami decide, makan kat kedai lain...rupa-rupanya kat melaka ni memang makan ikan bakar cara macam ni..makan dengan nasi lemak...duduk je masa tengah tunggu order, diletak depan kita nasi lemak dan otak-otak...memang nasi lemak wajib ada yer..manalah saya tau...tapi hati ku tidak tertarik lansung, tetap nak makan nasi putih....


Husband keletihan melayan kerenah isteri tercinta lagi-lagi dengan feel mengidam macam-macam ni...sabar yer by...hehe....
Order sudah sampai..ini baru makan malam kami...tomyam campur dengan kalilan ikan masin...nasi lemak malam-malam tak main yer...hehe..tomyam dia so-so aje...agak masam sket tapi ok lah...

                     
Mulanya nak makan ikan pari bakar tapi pari yang ada besar sangat takut dah tua nanti masak isi keras..so terpaksa pilih ikan siakap bakar...yang pasti rasanya tak recommended sebab sambalnya tak sedap..


Keesokan harinya pukul 11.30 pagi baru check out hotel...pusing-pusing cari kedai makan asam pedas akhirnya jumpa restoran asam pedas selera kampung...tapi malangnya tutup lah pulak..
Nasib baik ada restoran hajja ruhana, bertentangan je dengan restoran tadi. asam pedas dia pun banyak pilihan dan sedap...tak snap gambar sebab ramai orang...2 orang makan RM20, boleh tahanlah...
Sebelum gerak balik, singgah area A Famosa husband nak snap gambar..beria sungguh dia...saya kalau ikut tak larat sebab panas matahari atas kepala...tapi takpelah, ikut je nanti berdosa plak...hehe...


Mana ada orang snap gambar tengahari kat sini by..abang sorang je yang bersemangat...hehe...

Husband suruh saya posing tapi tidaklah ku layan sebab panas...duduk boleh?
Gambar terakhir kami berdua di melaka sebelum bergerak pulang ke Puchong...datang ke melaka kali ni tak macam dulu semua tempat nak pergi...kali ni just untuk relax-relax habiskan masa kami berdua je...perut dah makin besar ni nak jalan-jalan macam dulu memang taklah kan...nanti baby dah keluar baru jalan-jalan jadi lebih seronok...InsyaAllah...(^_^)

16 July 2012

Kuih Cek Mek Molek Suam-Suam Kuku..

Sebenarnya malu nak post kat blog tapi takpelah alang-alang dah snap gambar kan...at least ada jugak hasil pertama walaupun hasilnya tidaklah memuaskan hati...hahaha...

Dalam banyak-banyak kuih traditional, antara yang menjadi feveret saya ialah kuih cek mek molek..lebih-lebih lagi bulan puasa dah tinggal berapa hari je lagi dah maka keinginan nak makan tu makin hari makin membuak-buak (yelah tu..). kebetulan semalam shopping barang dapur dengan husband, sempatlah sambar 3 ketul ubi keledek oren untuk dibuat kuihnya itu....

Petang semalam projek bermula...masa potong-potong ubi, husband tanya "nak buat apa yang?". hehe...lupa nak bagitau kat dia saya nak masak cek mek molek...sebabnya dia bukanlah penggemar kuih muih jadi secara otomatik tak terbagitau....

Sambil-sambil layan TV, kita rebus ubi sampai empuk...jangan lupa tambah garam..bila dah empuk, lenyek-lenyek ubi sampai hancur...masa ni confident level tinggi lagi...
Lepas tu gaulkan ubi tadi dengan tepung gandum sket-sket...nak jadi citer, saya tak tau sukatan yang betul..main hentam dan agak-agak saja..mula lah masa nak menggetel doh tu, tangan melekit-lekit....cukup ke idak ni tepung..nanti kalau letak banyak sangat tepung jadi tak sedap plak...

Yang husband plak, sambil main game kat sebelah sambil menyampuk.."tambah air yang". ish dia ni...mana ada orang tambah air nak buat kuih ni. ingat nak masak cekodok ke...hentam saja lah labu....

Seterusnya isikan gula kat tengah-tengah kuih..kita gentel asal boleh gentel kuih tu sampai jadi bujur..agak-agak melekit sangat, saya tabur gandum...lepas tu goreng sampai kuih jadi kuning...



TADA!! Inilah hasilnya bila buat kuih tak tau teknik...hehe....kuih Cek Mek Molek pelbagai bentuk dan saiz...yang hampir nak hangus pun ada jugak sebab terleka duk tengok tv..boleh? isi dia dah ok cuma gula kat dalam tak tau dia hilang ke mana...rasanya saya dah isi banyak...untuk percubaan kali pertama ni, bolehlah..tapi kalau nak bagi mak mertua makan, baik jangan dulu..kena berlatih banyak kali dulu..hehe....

Masak-Masak di Island BBQ Steamboat & Grill

Assalamualaikum...

Dah 10 hari yer blog ni tak berasap...maklumlah bila husband ada, aktiviti saya ni jadi banyak sampai nak tulis blog pun tak terkejar...takpe-takpe...lepas ni blog akan menyusul seperti biasa sebab ada banyak citer dan gambar tak publish lagi...hehe..

Memandangkan dah lama saya dan suami tak "bersteamboat", kali ni kami dengan jayanya mencari satu restoran yang agak best jugak...dah lama mengidam nak makan steamboat yang ada sekali dengan grill (terpengaruh tengok citer korea), maka saya pun buatlah research kat internet kat mana yer ada restoran steamboat sekali dengan grill...cari punya cari, terjumpalah tentang Restoran Island BBQ Steamboat  ni...

Hari jumaat saya call buat reservation..mula-mula dia cakap dah full...tapi bila saya cakap 2 orang, terus dia cakap ada tempat kosong lagi...oo..begitu plak citernya...takpelah, asalkan ada tempat kira dah cukup baik..maka hari sabtu lepas asar, lebih kurang pukul 5.30 kami turun dari rumah menuju ke Kampung Melayu Subang di mana terletaknya restoran ni...jarak dia dari ofis saya dekat je dalam 10 minit (kalau tak sesat).

Lebih kurang pukul 6.30 petang sampailah kami depan restoran ni (sebabnya sesat nasib baik tak sampai rawang)...tempat dia saya ingat kat kawasan luas rupa-rupanya dalam taman perumahan..tapi takpe sebab tempat parking kereta ada disediakan so tak perlu risau tentang itu..

Apa yang bagus, dia punya servis memang saya kagum...bila kita melangkah masuk je dalam kawasan dia, pekerja akan datang tanya ada buat reservation ke tak...lepas tu bagitau nama, terus dia bawak kita ke meja...tempat lain pun macam tu jugak tapi antara cepat dan lambat jelah..

Perut dah lapar sangat-sangat sebab makan cuma time bfast je (melampau makan 2 keping roti canai alasan takut baby lapar)...dah dapat tempat, apa lagi pilih makanan lah kita...pilihan makanan dia not bad, banyak jugak..sayur pun ada macam-macam jenis..cuma seafood ada sotong dan udang jer...ketam, kerang, kepah takde...

 Bebola macam-macam pilihan..yang comel, yang bulat, yang segi..

Daging dan ayam untuk dipanggang...ada 3 portion, black pepper, halia (if I'm not mistaken) dan daging kosong..

Sayur pun ada banyak pilihan tapi kami cuma amik cendawan dan kangkung...my husband gilerkan cendawan..yang lain ada sawi, park choy dan etc...

 Seafood yang ada..walaupun ada 2 pilihan je tapi sangat fresh...udang dia besar...puas hati makan..

Boleh pilih kuah tomyam atau sup tapi kami pilih tomyam...rasa sedap dan memang recommended sangat-sangat..tak masam sangat, tak pedas sangat, cukup-cukup rasa...

Antara makanan berat yang disediakan nasi goreng, kuew tiaw goreng dan mee hoon goreng..bubur cacar pun ada tapi saya amik sket je sekadar untuk rasa... 

Husband tengah pilih sos dan bahan-bahan untuk memanggang...kat depan dia tu staff tengah refill bahan-bahan mentah..memang cepat dia punya servis...

Memperkenalkan chef kita hari ni, Mr Shahrul yang excited sanga-sangat nak masak dan makan steamboat...maklumlah dah lama tak bersteamboat...

Kerja-kerja memanggang bagi sama husband..dia suka mencuba..masa tengah memanggang dia letak black pepper lah, letak asam limau lah, letak sos..lepas tu makan kena lah puji.."sedap lah by"...maka dia pun bersemangat lagi untuk memanggang..hehe...

 Mula-mula masak, bersih je lagi...
Bila dah banyak kali topup, tengok sendiri lah yer...hehe...disebabkan excited makan grill, bebola steamboat kurang mendapat sambutan..tapi kuah memang banyak kali topup sebab sedap....

 Chef pun nak makan jugak...piring kat sebelah khas untuk letak kulit udang..

 Seriusnya muka...hehe...muka dah berpeluh sebab banyak asap masa memanggang....

Mak buyung makan banyak...kat belakang sana gerai tempat cendol, abc dan ais blended..tapi tak syok bila nak, kena bayar harga lain...satu mangkuk ais cendol RM3...aiskrim pun ada cuma kena request kalau nak makan..harga termasuk dalam harga buffet...air sejuk dan air panas ada semuanya free...

 Topup lagi selagi perut masih boleh diisi...rugi makan sket-sket kalau makan buffet...

Makan-makan sampai malam...solat magrib jangan risau sebab surau ada disediakan..agak besar dan ok sket kalau nak compare surau Maeps...orang pun tak ramai maybe sebab ramai yang datang lepas magrib...

Pukul 8 malam orang dah ramai datang..petang tadi kami makan dengan tenang sebab orang tak ramai..bila malam agak riuh tapi happening jugak...8.30 lebih-lebih sket, kami beransur-ansur pulang...dah tak boleh nak isi dalam perut lagi dah...

Gambar di atas sumber dari blog Island BBQ Steamboat...harga seperti yang tertera di dalam gambar tapi tidak termasuk abc, ais cendol dan ais blended...so far, saya berpuas hati dengan makanan dan servis kat restoran ni cuma ada beberapa item yang perlu di perbaiki...

1. Buah tak disediakan..saya rasa buah perlu ada at least 2 jenis pun dah ok..
2. Meja yang kat luar takde bumbung mcm saya...kalau hujan camne ek? ok..kami boleh masuk berteduh
    kat bawah bumbung tapi dapur dan makanan mesti kena hujan...so nak makan lepas tu mesti dah tak
    best...

Perut dah kenyang tapi malam masih muda...hehe...on the way balik, singgah IOI mall layan movie Ice Age 4..nasib baik best..kalau citer boring rasanya saya dah tertidor sebab perut terlampau kenyang dan agak tak selesa..faham-faham sendirilah yer perut mak buyung duduk tegak kat kerusi mana boleh lama-lama... sekejap pusing kanan, sekejap pusing kiri...(^__^)

Itu saja citer malam minggu kami...malam minggu depan dah tak boleh berjimba lagi dah...satu sebab husband dah pergi kerja balik..dua sebab dah puasa...malam-malam bulan puasa tak reti-reti lagi ke nak tambah amal ibadah...kan? hehe....

Wassalam....

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...