28 January 2015

Projek Membina Rumah Idaman- Fasa 2

Assalamualaikum..

Hari tu aku dah citer tentang projek rumah FASA 1..kali ni aku sambung lagi ke FASA 2...

Seperti yang korang tau..proses nak bina rumah sendiri ni tersangatlah berbeza dengan proses nak beli rumah dengan pemaju..

Kalau nak beli rumah dengan pemaju, korang memang dah siap tengok rumah contoh..tinggal lagi cuma nak pilih je rumah mana satu yang korang nak..dari bab nak apply loan dengan bank, peguam, dan segala proses rumit semua pemaju yang akan buat..korang cuma sediakan dokumen...tunggu loan lulus..sign SNP lepas tu dah boleh tengok progress rumah..

Berbeza dengan nak buat rumah sendiri...segala-galanya kena buat keputusan sendiri..ibaratnya korang ni pengurus projek...kena plan betul-betul..tersilap buat keputusan, nanti diri sendiri jugak yang kena tanggung....

So next!!

Fasa ke 2 adalah adalah cabaran nak sediakan PELAN RUMAH dan DESIGN RUMAH..

Mula-mula nak dapat design dan pelan rumah memang mencabar...yer aku tau berlambak ada pelan kat google kan...tinggal pilih je yang mana nak..siap tu ada yang jual pelan...

Tapi semuanya tidak menepati citarasa aku dan husband...tengok design rumah cantik tapi tengok pelan rumah macam tak berkenan..tengok pelan ok, design rumah plak tak berkenan..gitula kisahnya selama mencari pelan rumah..

Dalam tengah mencari pelan tu, dipendekkan cerita kami dibawak berjumpa dengan sedara sebelah ayah mertua aku..namanya Faiz yang bekerja di salah sebuah syarikat arkitek..ayah mertua bawak jumpa kut-kut dia boleh tolong kami..kalau ikutkan hati aku sebenarnya nak cari kontraktor rumah yang siap ada pakej lukis pelan sekali..senang..2 dalam 1..

Tapi dah ayah mertua bersungguh siap bawak jumpa, takkan kami nak tolak cadangan tu..takpe...cuba dulu guna khidmat Faiz..tak cuba tak tau kan...lagipun Faiz tu memang bersungguh nak tolong lukis pelan rumah..

After discuss dengan Faiz, dia suruh kami sketch dulu camne pelan rumah yang kami nak...lepas tu email kat dia..nanti dia akan lukis pelan betul..

Maka aku dan husband pun start la perah otak..hahaha...sebenarnya kan antara aku dan husband kitaorang tak boleh discuss sekali tau...nanti last-last masam muka... >_<

So cara yang terbaik adalah buat asing-asing..mula-mula aku sketch bahagian dapur dan ruang makan..dua ruang ni sangat penting bagi aku..bukan aku je la kan..rasanya setiap perempuan yang bergelar isteri mesti rasa dapur tu paling dekat dihati korang..betul tak?? hehehehe..

Lepas tu aku bagi husband idea dapur dan ruang makan aku nak..dia setuju 100% design aku buat..terus rasa dihargai..hahaha..lepas tu husband plak amik tugas dia sketch ruang lain..bilik, toilet, store...oohh...ruang tamu dan ruang family kami discuss sama-sama..


Inilah pelan rumah hasil gabungan idea kami berdua..siang malam husband mengadap benda ni...aku siap warning kat husband, benda lain kalau nak ubah boleh tapi dapur jangan sesekali yer...hehehe..

Aku dah berangan dah nanti aku masak kat dapur tu camne...jangan sesekali musnahkan angan-angan aku tu..nasib la husband layan je la kerenah aku ni..^_^

Sorryla korang aku tak boleh tunjuk semua...bukanlah special sangat tapi sebab idea sendiri kan..so agak secret la sket...betul tak...design rumah plak aku amik idea dari sebuah blog..memang aku berkenan sangat..design rumah tak terlalu moden tapi lebih kepada konsep traditional..

Dah siap sketch betul-betul...hantar email bagi kat Faiz untuk dia lukis pelan betul plak...bagi sekali dengan design rumah yang aku berkenan tadi..tapi actually design rumah tak 100% sama jugak..ada yang kami tambah balkoni, tukar situ sini..cuma part bumbung memang aku suruh Faiz ikut sebijik macam design rumah contoh tu..yang itu memang nampak sangat traditional...

Kalau tak silap aku 2, 3 bulan jugak berbalas email dengan Faiz..ubah situ, ubah sini...kerja dengan Faiz ni takdelah cerewet sangat..kitaorang yang lagi cerewet sebenarnya..kejap tukar itu..kejap tukar ini..hehehe...cuma ada jugak Faiz tak buat apa yang macam aku nak..part bumbung especially..nak nangis aku rasa..berapa kali ubah baru la sama dengan design yang aku nak...



Schematic Drawing by Faiz..plan dan design yang ni dah final..


Dan jugak pelan tangki pembentungan...ko jangan...nak buat rumah, kalau pelan ni tak lulus, pelan rumah pun tak lulus tau...T_T


Finally hari yang ditungu-tunggu...padahal baru pelan je pun tapi excited sebab dah lama projek ni tertangguh..so bila pelan rumah sendiri dah siap terus rasa bersemangat la nak start..ni pelan rumah dah siap print kat kertas biru..so tak boleh ada perubahan lagi dah..kalau nak ubah ada charge lain plak.....


Faiz suruh gi rumah dia kena sign pelan rumah..banyak jugak dokumen lain husband kena sign...berjanggut tunggu nak siap semua..

Apa step seterusnya yang perlu dibuat..berapa bayaran..nanti aku citer...aku dah kekeringan idea...

Bye...bye....

25 January 2015

Jangan Menipu Lagi...

Assalamualaikum wbt...

Korang pernah tak jumpa orang yang suka menambah-nambahkan cerita..bila bercerita tentang satu-satu perkara mesti nak ada tokok tambah..tambah gula, garam, lada sulah macam-macam la nak jadikan cerita tu best dan hot story...tak cukup dengan itu, sanggup plak menipu demi nak tarik perhatian orang...menipu sampai tahap bersumpah....

Yang kelakarnya aku tau perkara tu tak sampai tahap seteruk tu..dan aku tau dia tu suka menipu...aku tau apa yang dia cerita kat aku ada tokok tambah...kalau 100 yang aku dengar, 10-20  ye boleh percaya..yang lagi 90 tu anggap je cerita kosong...

Seriously, aku kesian sangat dengan orang macam ni...orang yang suka pompang-pompang, suka menipu, suka tokok tambah..apa yang ada dalam kepala otak dia sebenarnya? apa yang dia fikir setiap hari? apa yang dia rasa setiap hari tentang orang lain...kenapa sampai sanggup menipu...apa yang dia dapat? bukan sekali dia menipu..dah banyak kali aku tau tapi aku diam je..tak ke dia rasa at the end day, dia tipu diri sendiri...sampai bila nak hidup dengan cara macam tu....tak penat ke menipu?

Awak menipu awak ingat orang tak tau ke....orang tau tapi orang senyap sebab taknak malukan awak...kalau orang tak tau sekalipun, tapi Allah tau....ingat tu...Allah tau okey... dalam Islam pun cakap orang yang suka menipu adalah orang munafik..aku doakan orang yang suka cakap menipu dan tokok tambah cerita ni cepat-cepatlah bertaubat sebelum tabiat tu jadi sebati dalam diri sendiri...

Dan satu aku nak cakap..aku bila sekali dapat tau orang tu asyik menipu je kalau bercakap...aku dah susah dah nak percaya lepas tu..even kalau perkara tu betul sekalipun..aku jadi teragak-agak nak percaya..aku dengar, aku angguk..aku senyum..paling best aku pura-pura tak tau tapi sebenarnya awak dah KANTOI..apa yang boleh aku cakap kepercayaan terhadap kamu sudah tiada lagi..so siapa yang rugi? takde faedah pun menipu tu..orang lagi menyampah ada la..betul tak? so...sila renung-renungkan...

Kalau tak dapat jujur pada orang lain, jujurla pada diri sendiri...insyaAllah awak akan lebih tenang...itu pesanan aku...
Ya Allah..jauhkan aku dari tipu daya dan fitnah manusia...amin..

Ops satu lagi aku nak tambah..kalau nak jugak teruskan habit menipu dan suka tokok tambah cerita..nak jugak cerita buruk tentang orang lain..sila cari orang lain..sila main jauh-jauh dari aku..sebab aku tak minat nak dengar...

Orang-orang macam ni la yang akan memecah belahkan hubungan baik di antara sesama manusia...

Sekian...wassalam...


21 January 2015

Projek Membina Rumah Idaman - Fasa 1


Assalamualaikum...

Hai korang.....

Bagi yang dah lama baca blog aku, ingat lagi tak dulu aku pernah story kisah beli RUMAH 1 dan RUMAH 2

RUMAH 1 aku nak beli pada tahun 2011..sebuah rumah townhouse yang diberi nama Aristana, lokasinya di Seri Prisatana, Sungai Buloh..dah siap bayar booking 1K gara-gara tak sabar kan..lepas dah tengok kawasan rumah yang betul, tiba-tiba menyesal..hati kuat mengatakan tidak untuk rumah ini..atas beberapa faktor aku dan husband sepakat nak cancel...pasrah je la duit booking 1K burn macam tu...tapi positive thinking aku rela rugi 1K daripada rugi 300K..sob..sob..sob..


Sedikit ingatan buat korang yang nak beli rumah, tak kira la dengan pemaju ke dengan owner make sure pergi buat lawatan dulu tengok lokasi kawasan, kejiranan ok ke, sistem perparitan, facilities, jalan keluar masuk..cek betul-betul dulu..takut menyesal kemudian hari..
  
RUMAH 2 plak aku nak beli tahun yang sama jugak tapi dah hujung-hujung tahun 2011..sebuah rumah bangalow setingkat, juga masih dalam proses pembinaan..lokasi di Kemaman, Terengganu..kali ni aku amik ikhtibar pergi tengok kawasan dulu sebelum booking...masa tu progress rumah dah 70% yang siap..so memang boleh tengok besar mana rumah, besar mana bilik, besar dapur...aku berkenan...lagi sekali jumpa pemaju booking 1K jugak...

Masa dalam proses apply loan, aku pergi lagi sekali tengok rumah..kali kedua pergi, sama macam first hari tu jugak..pusing-pusing dalam rumah..tiba-tiba kali ni aku rasa semua ruang kat dalam rumah tu aku nampak kecik...aku rasa tak berbaloi dengan harga 300K..so after bincang suami isteri, nak cancel jugak rumah ni...tapi kali ni agak bernasib baik sebab duit booking dapat balik..walaupun dapat balik 700 tapi ok la kan dari tak dapat lansung..

Selepas cancel nak beli RUMAH 2 tu, aku ada citer tentang PROJEK RUMAH TERGANTUNG..sekarang dah tak tergantung dah kut.... 


Tada!!
Rumah dah siap....^_^

Hahahaha....okey...korang sila jangan percaya...itu bukan rumah aku...hehehe...dulu masa aku tak duduk rumah 2 tingkat, selalu berangan bestnya kalau dapat rumah 2 tingkat....dapat plak bangalow macam ni kan...

Tapi itu dulu..sekarang ni tidak lagi...sejak aku pindah menyewa duduk rumah 2 tingkat sekarang ni...aku rasa tak sabar sangat nak duduk rumah setingkat balik...huhuhu....

Penat wei...bayangkan dah siap-siap nak keluar, dah nak keluar pintu rumah dah ni...phone plak tertinggal kat atas...satu hal nak panjat tangga...malam-malam tengah tidor, pukul 2-3 pagi Khasif nangis nak susu...kena turun bawah buat susu....stress..itu satu bab..bab nak mengemas, nak lap habuk....tak campur lagi bab anak dah pandai turun naik tangga sendiri..risau takut tergolek..

So aku berazam kalau duduk rumah sendiri lepas ni aku nak rumah satu tingkat je...kalau ada tangga pun cukuplah 4 anak tangga je...kalau korang nak cakap aku pemalas pun takpe...aku tak kisah...hahaha....

Okey..aku dah melalut dari topik asal nampaknya....back to the story...

Lepas dah cancel nak beli RUMAH 2...husband bawak mak dan aku sekali pergi tengok tanah..tanah tu seperti yang aku pernah citer dulu tanah ayah (FIL) nak bagi kat husband....mula-mula MASA ayah cakap nak bagi tanah tu untuk buat rumah, husband menolak dengan cara baik...kalau boleh kami nak usaha cari rumah sendiri la kononnya...tapi nampaknya dua-dua usaha pun tak berhasil dan tidak memuaskan hati...akhirnya husband terima pemberian ayah...

Sebelum ni memang tak pernah jejak kaki pun kat situ...so ini first time nak tengok tapak....

Sampai-sampai.....


Tapak tanah yang dipenuhi semak samun....


Bukan setakat semak samun, dah dipenuhi air jadi paya dah..


Tanah ni betul-betul kat tengah kawasan rumah orang...maksud aku kiri, kanan, depan belakang semua dah ada rumah orang...so lepas ni kalau buat rumah takde apa yang nak takut...kiri kanan depan belakang pun dah ada jiran...


Hutan belantara di tengah taman...

Lepas dah tengok tanah..husband pun setuju lah nak terima offer dari ayah...tapi tanah tu sebelum nak start projek rumah, banyak proses lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.....

Fasa pertama kena hapuskan semak-samun dan hutan belantara tu dulu..kemudian nak kena tambun tanah bagi betul-betul rata dan padat...

Aku dan husband boleh dikatakan sangat beruntung dan bernasib baik masa tu..kalau tak sebab ayah (FIL), aku rasa tak tau la kat mana nak cari orang nak tambun tanah..tapi ayah mertua aku ni walaupun tak ramah dengan orang, tapi ayah ada banyak contact..

Ayah call sorang sedara..sedara ayah ni  memang ada company sendiri untuk buat kerja-kerja tambun tanah ni..berapa lori nak kena tambun dan costnya, dia perlu tengok besar dan keadaan tanah dulu...lepas tu baru dia boleh bagitau berapa cost semua sekali....

Lepas dah kira-kira, cost tambun tanah ni semua sekali RM8K...phewww...murah ke mahal? tapi ok la kut sebab diaorang kena cabut tunggul kayu besar dan akar pun boleh tahan dalamnya..kena sewa jentera nak cabut tunggul besar tu..so aku rasa bayaran tu dah ok kan...

So after bayar lumpsum 8K,  barulah kerja-kerja tambun tanah berjalan....bayar cepat, diaorang pun buat kerja tu cepatla...alhamdulillah takde isu apa-apa..tanah yang diaorang guna pun jenis tanah yang tak berselut...



Tapak rumah sudah bertukar wajah..

Sudah bersih dan tiada lagi semak samun dan paya..masa ni dah setel tambun tanah...tapi tak boleh buat rumah lagi...kalau nak bagi tanah yang ditambun tu betul-betul mampat kena tunggu sekurang-kurangnya setengah hingga satu tahun....kalau tak nanti struktur umah tak stabil..



Selepas setahun lebih, baru berkesempatan tengok balik tapak nak buat rumah...rumput-rumput dah start nak naik balik...hujung sana pun macam ada pokok yang dah tumbuh...

Bahaya ni..sebelum semak samun naik balik..kena la cepat-cepat ambil tindakan ke fasa seterusnya...

Seperti yang aku cakap cakap awal tadi, tanah ni tanah milik ayah (mertua) kan..so sebelum nak buat rumah kena tukar nama pemilik geran tanah dahulu...kalau tak tukar nanti fasa-fasa seterusnya tak berjalan lancar..macam-macam masalah lebih-lebih lagi kalau nak apply loan dengan bank..

Alhamdulillah proses tukar nama geran tanah pun berjalan dengan lancar...lagi sekali ayah mertua aku ada contact...bagus kan ayah mertua aku ni...semua pun ada contact..ayah ada kawan kerja sebagai pegawai kat pejabat tanah..so proses nak tukar nama tu taklah serumit macam orang lain...bagi je segala dokumen kat kawan ayah, dia tolong uruskan..tak payah nak kena tunggu giliran, keluar masuk banyak kali kat pejabat tanah... 

Bab-bab prosedur untuk penukaran hak milik tanah ni aku tak berani nak tulis panjang lebar...yang pasti kena isi borang, then kena sediakan beberapa dokumen penting untuk dihantar bersama dengan borang tadi ke pejabat tanah..ada dikenakan bayaran chukai dan setem hasil..kalau tak silap setem hasil ikut kadar 1% daripada kadar nilaian tanah..kalau nak lebih lanjut boleh refer kat laman web pejabat tanah...

Total husband aku kena bayar hari tu kalau tak silap lebih kurang 50-60 macam tu je..tak mahal pun...

Dah selesesai tukar hak milik tanah, barulah kami boleh fikir dan planning progress seterusnya..nanti aku sambung Fasa 2 plak yer...

Bye....^_^


16 January 2015

Takziah Buat Bos..

Assalamualaikum....

Malam tadi aku dapat berita mengatakan wife bos aku dah kembali ke Rahmatullah jam 9.30 malam..


Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ


Sungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui KEMATIAN...cuma bila dan bagaimana kita tak tau...itu rahsia Allah...


Firman Allah..


"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukkannya" (Al-A'raf [5]:34)


Pagi tadi ramai staff yang bergerak ke Ipoh nak melawat sebab jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat..tapi aku tak dapat pergi..


Bukan aku taknak pergi...tapi keadaan aku betul-betul tersepit...hanya Allah yang tau aku memang nak pergi tapi dalam masa yang sama aku perlu submit tender penting..tarikh tutup hari ni sebelum pukul 12 tengahari...kalau tak hantar sebelum waktu tu, memang teruk nasib aku lepas ni kat ofis...

Lepas dah submit tender pukul 9.30 pagi, ada yang ajak tapi semua yang nak pergi time tu lelaki je naik satu kereta..takkan aku sorang-sorang perempuan dalam kereta...aku ni isteri orang...perjalanan plak jauh...dalam hal ni aku perlu mintak izin dengan suami terlebih dahulu...lagi pulak husband aku jauh sekarang..


Ini aku ambil dari facebook seorang ustaz..

HUKUM KELUAR DARI RUMAH TANPA KEIZINAN SUAMI (KECUALI BEKERJA)

Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya..

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasululllah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini makan Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

Faham kan keadaan aku? husband aku sekarang bermusafir...

Aku tau husband aku takde masalah pun kalau nak pergi ziarah kematian..dapat pahala...tapi dalam keadaan hari ini ada dua perkara yang husband tak izinkan pergi...

1. Aku sorang-sorang je perempuan dan yang lain lelaki dalam kereta...(aku sendiri pun tak selesa)

2. Perjalanan jauh..dia fikirkan keselamatan aku..

Kan senang kalau husband aku ada kat rumah..bila-bila masa je dia boleh pergi dengan aku sekali...

Aku hanya mampu hantar ucapan takziah untuk bos dan dari jauh aku doakan semoga bos tabah menghadapi ujian ini...semoga roh arwah isteri bos ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat..amin...

Al-Fatihah..

Aku harap bos faham keadaan aku...

14 January 2015

Dating Yang Tak Menjadi..


Assalamualaikum...


Aku baru lepas tidorkan Khasif...anak dah tidor ni barulah aku dapat fokus update blog..selagi dia tak tidor jangan harapla..nanti dia tengok ibu tengah bz mengadap laptop..dia datanglah..

"Bu...nak engok (tengok)..." mula lah nak menempel.

Lagi-lagi kalau dia nampak muka dia kat laptop ke kat phone ke...terlebih excited jadinya..Khasif Aleesya ni kalau korang nak tau obses dengan muka sendiri..T_T

Gambar dah berkurun tersimpan dalam draft tapi lately aku malas nak memerah otak nak menulis...agaknya sebab faktor umur kah...huhu..

Actually 12/12/2014 hari tu adalah tarikh wedding anniversary aku dengan husband yang ke-5..alhamdulillah...5 tahun melayari alam rumahtangga..biasa la adat berumahtangga.. ada suka duka, ada gaduh, ada baik...sedangkan lidah lagi tergigit..inikan plak suami isteri kan..

Ops..lately aku selalu tergigit lidah...orang tua-tua cakap kalau tergigit lidah ada orang mengumpat ek..siapa yang rajin benor mengumpat aku tu...haaa...korang mengumpat ahkak ek...tak baik tau korang...takyahlah mengumpat..buang masa je..apa kata berzikir ke dapat jugak pahala kan...ahkak ni tak kacau hidup orang pun..hahaha...takdelah..aku gurau je...

Eh...terlari topik plak yer...hari anniversary tu aku kerja cam biasa..terasa lah jugak sedihnya sebab dah lama sebelum tu lagi aku plan nak keluar berdua dengan husband..tapi sebab masa tu aku tengah bizi siapkan kerja nak kejar dateline, terpaksa la tahan dulu...jangan kata nak amik cuti 12hb, 11hb selangor cuti pun aku datang ofis jugak...dahlah husband baru sampai rumah 11hb tu..hujung minggu pun aku datang ofis...tapi takpe...tak mengeluh pun...yang penting kerja siap..

Lepas submit kerja 15hb tu, baru la aku berpeluang nak amik cuti...konon-kononya aku plan nak keluar dating berdua je dengan husband..Khasif nak hantar school...

Tapi itu semua angan-angan...hari aku amik cuti tu la Khasif bangun tidor lambat...eh bukan Khasif je..dengan aku sekali terjaga lambat..malas la plak nak terkejar-kejar mandikan dia, nak siapkan dia lagi, nak hantar gi school plak..since masa tu pun dah dekat pukul 10 pagi..tak kuasa aku nak hantar anak gi school pukul 10..malu la kat teacher...hehehe..

Terpaksa la angkut Khasif sekali...so planning nak dating berdua adalah GAGAL...T_T

Pukul 11 pagi baru keluar dari rumah gerak ke Setia City Mall..husband beria sangat nak bawak Khasif tengok wayang...nak tengok The Penguin of Magadascar..babah Khasif ni confius agaknya dia dating dengan aku ke dengan anak..

Dulu-dulu kalau tengok wayang selalu jugak tanya aku nak tengok movie apa..tapi sejak ada anak ni nak tengok wayang pun mesti utamakan anak dulu...huhuhu...sedih...

Tapi malangya masa dah sampai nak beli tiket, citer tu cuma ada pukul 9 malam je...takde makna aku nak tunggu sampai malam kat situ...gigih husband google kat mana lagi wayang ada citer penguin tu...jumpa la kat TGV Sunway Piramid pukul 2 petang...oohh...sempat ni...

Pecutla kami ke Sunway Piramid...eh..tak pecut pun...drive dengan kadar kelajuan biasa je..cuma takde lengah-lengah singgah mana-mana..hehehe...begitu berusaha si ayah nak puaskan hati anak kan...

Sampai-sampai Sunway Piramid, dipendekkan cerita dah sampai kat kaunter, tengok-tengok yang tinggal cuma seat depan sekali....huhu...taknak aku tengok wayang kena dongak kepala...

TERIMA KASIH....next time la nampaknya..

So alang-alang dah tengahari, jomlah aku belanja makan sebagai tanda mintak maaf sebab terlalu bz dengan kerja..tanya husband dia nak makan apa...ni satu lagi kelemahan husband aku...susah nak buat decision...tak tau nak makan apa...boleh?

Lepas survey, aku bagi dia beberapa pilihan..husband cakap nak makan kat Secret Recipe je...ok jugak kat sana tak crowded sangat..Khasif pun masa tu dah lena tidor kat bahu babah...wah...best ni boleh la kami suami isteri makan dengan tenang...^_^

Baru je aku duduk, baru nak baringkan Khasif kat kerusi...sekali dia terjaga plak...tepuk-tepuk bagi susu tapi tak berjaya..Khasif bangun dengan mata bercahaya..lagi dia excited bila tengok meja..

"Nak maken....."

T_T


Aku order spageti bolognese untuk Khasif..
Kalau mee ke, spageti ke memang dia laju makan...


Tengok ibu makan dengan chopstick, dia pun nak jugak..


Berjaya!!
Walaupun seurat je tapi ok la ada jugak hasil...
Babah lansung takde skill..hehehe....


Husband order mee sup daging Vietnam..


Aku punya mee kari seafood...
Sedap jugak..tapi tak habis sebab banyak sangat..
Muak pun yer jugak..


Tadi dia makan dengn chopstick sebab tengok aku pegang chopstick..lepas tu tengok babah pegang sudu bulat ni, dia pun nak try jugak...


Last-last makan dengan tangan..lagi senang...
Apa-apa lah dik..janji makan yer...


Like father, like daughter kan...


Banyak jugak dia makan...tak cukup ada dalam pinggan sendiri, mintak nak telur..bagi fish cake 3 ketul habis dia makan sorang..
Mulut comot, meja sepah jangan citerla...
Orang yang ada anak kecik mesti faham kan..^_^

Begitulah alkisahnya dating aku dan husband yang tak menjadi..
Tapi takpelah..next time pun boleh..
Kali ni tak berjaya dating, tak berjaya tengok wayang tapi dapat jalan-jalan cari makan okeyla kan... 


Beberapa hari lepas tu weekend lagi sekali husband ajak tengok wayang..


Pingu..pingu..
Citer ni la husband nak bagi Khasif tengok sangat..
Mula-mula dalam 15 minit Khasif layan lagi..
Lepas tu start la bosan..kejap fokus..kejap buat hal sendiri..
Last-last dia bukak tab layan upin-ipin...
Ibu dan babah plak yang kena layan citer kartun...
T_T

Pendapat peribadi aku citer ni tak best sangat...
Ice Age lagi best..

Okeylah..itu je kut aku merapu kali ni..
Next time aku merapu lagi...
Bye..bye.... 
^_^

07 January 2015

Lima Beradik Berkongsi Satu Isteri..


Assalamualaikum...

Hai korang...jom kali ni aku nak share satu story tentang perkahwinan..kalau kat Malaysia kan,  kita biasa dengar lelaki Islam boleh berkahwin lebih daripada satu..ada dua, tiga dan empat isteri..

Tapi korang pernah dengar tak seorang isteri ada 5 suami...waduh-waduh....gimana tu? 

Dan yang lagi pelik..semua lelaki yang jadi suami dia tu adalah adik beradik...

Kita rasa pelik kan..tapi perkara ni memang betul-betul berlaku di India...



NEW DELHI, (MLP) – Seorang wanita yang dikenali sebagai Rajo Verma mendedahkan bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak terhenti setakat itu, kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian adik-beradik kandung.

Suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.


Perkongsian rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.

“Ramai yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.


Rajo berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.


“Kami semua melakukan hubungan seks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.


Suami-suami Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.

Sebagai suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.


“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.
 

Tradisi yang diamalkan Rajo sekeluarga ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba ini pada zaman dahulu diamalkan bagi mempertahankan tanah pertanian keluarga.

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. Tiada perasaan iri hati timbul malah saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang berbanding kebanyakan isteri lain,” tambahnya lagi.


T_T


06 January 2015

Selamat Tinggal Suka Duka 2014..

Assalamualaikum....

Tahun 2014, Malaysia diuji dengan kisah yang menyayat hati untuk dikenang...bermula dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum dapat dijejak dan dikesan..tiada ucapan selamat tinggal buat kita semua...perginya hilang begitu sahaja ibarat sebuah kisah misteri...kehilangannya begitu terasa dalam setiap jiwa rakyat Malaysia..hanya Allah yang tahu dimana dan apa yang telah berlaku... 

Kemudian beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri, sekali lagi Malaysia diuji dengan berita sedih..kali ini pesawat MH17 terhempas dan meragut seluruh nyawa yang berada di dalamnya..ya Allah...ujian demi ujian..apa yang menyedihkan bila dikhabarkan pesawat tersebut ditembak sebelum terjunam jatuh menyembah bumi...siapa punya angkara? siapa yang harus bertanggungjawab? sehingga ke hari ini tiada siapa yang bangun membela nasib MH17..

Dan yang terbaru, penutup tahun 2014 sebuah lagi pesawat Air Asia Indonesia terhempas ke dalam laut..sehingga ke hari ini operasi mencari masih lagi berjalan..walaupun bukan pesawat Malaysia tapi berita-berita begini  sudah cukup membuatkan aku terasa sebak, sedih, takut dan macam-macam lagi perasaan..

Orang yang paling hampir, husband aku sendiri..pergi dan balik kerja every month perlu naik flight dan helikopter...every month...bayangkan perasaan aku setiap kali dia nak fly..dibayangi berita-berita begini...aku selalu pesan kat dia...jangan lupa baca doa...jangan lupa baca doa..setiap kali dia mesej dah semalat mendarat, baru hati aku lega...every time...
 
Dalam kehidupan aku sendiri, tahun 2014 berlalu pergi meninggalkan 1001 kenangan..semestinya ada kenangan indah untuk dikenang dan tak kurang juga kenangan pahit yang terpaksa ditelan...

Aku nak imbas sedikit kenangan yang berlaku dalam tahun 2014...

#throwback

JANUARY 2014

Pembuka tahun 2014...sempat bercuti ke PD 2 hari 1 malam sempena Anniversary yang ke 4...Alhamdulillah..masa happy bersama family..gambar sudah cukup untuk menceritakan segalanya...


Khasif waktu ni berusia 1 tahun 2 bulan..Alhamdulillah dia seorang anak kecil yang comel dan tak banyak ragam pada usia itu..matilah aku dikutuk sebab puji anak sendiri..hahaha......


FEBRUARY 2014


Memenuhi hajat husband nak bawak Khasif melawat Zoo negara...nak ajar Khasif kenal dan bermesra dengan binatang kat dalam zoo kekdahnya...


Malamnya lepas makan sempat singgah Dataran Merdeka tengok lampu-lampu neon..rupanya ramai yang datang bawak family bersantai kat sini..

MARCH 2014


Diberi kesempatan bawak mak (MIL) jalan-jalan ke Johor melawat adik-adik mak kat sana...apa pun nasi beriyani batu pahat memang terbaik...



Namun begitu hajat husband nak jalan-jalan dengan mak, ayah dan semua adik beradik masih belum tercapai...insyaAllah jika dipanjangkan umur, diberi kesempatan dan dimurahkan rezeki satu hari pasti akan terlaksana...amin...


APRIL 2014


Dalam banyak-banyak perkara, aku rasa inilah dugaan paling hebat untuk aku sepanjang tahun 2014..Khasif batuk malam-malam time tidor bermula hujung tahun 2013..batuk dan muntah almost every night..bayangkan betapa seksanya aku tengok dia batuk-batuk..3 hingga 4 jam batuk sampai termuntah semua isi perut...dah dekat subuh baru dia dapat tidor lena...
Akibatnya bulan 4 Khasif jatuh sakit, demam teruk dan disahkan terkena jangkitan kuman kat paru-paru...kena tahan kat ward selama seminggu lebih...kahak dah banyak masuk dalam paru-paru..kahak plak hijau pekat...


Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok keadaan anak  yang lemah terbaring macam ni...ditambah lagi ketiadaan husband lagi aku terasa..tapi nak taknak,demi anak aku kuatkan semangat dan bertabah...

Aku ingatkan diri sendiri..istighfar banyak-banyak...anak orang lain lagi teruk ujian yang Allah bagi..aku ni cuma sket je..

Cuma yang sedih waktu tu tiada tempat bergantung harap..jauh dari ahli keluarga...tiada susu, tiada baju, tiada pampers...nasib baik esoknya kakak kembar datang....

Alhamdulillah selepas dirawat seminggu lebih oleh pakar, kesihatan Khasif bertambah baik...ya Allah...Kau berikanlah kesihatan yang berpanjangan untuk anak aku ya Allah...

MAY 2014


Khasif masuk school baru..actually sebelum Khasif masuk ward lagi aku dah buat keputusan..dah fikir banyak kali, dah fikir masak-masak tentang perkara ni...

Alhamdulillah lepas keluar ward, rehat dan kena kuarantin kat rumah lebih kurang 2 minggu..Khasif jumpa kawan-kawan baru...persekitaran baru..


Okey..yang kelakar ada seseorang datang bagitau aku..kononya taska Khasif yang lama dulu tu sebenarnya lebih bagus ..cikgu ajar one by one...ada orang cakap kat dia tak setuju dengan tindakan aku sebab nak hantar anak kat school yang ada education..budak sebesar Khasif nak dibebankan dengan belajar..kesian kat budak kecik lagi...hahaha....

Aku nak tergelak tapi aku tak sampai hati nak gelak....okey macam ni...bila kita tak tau keadaan dan situasi sebenar, tak perlu kut cakap macam tu..setiap ibu bapa lebih tau apa yang terbaik untuk anak dia..rasanya aku lebih tau tempat tu berbanding kamu...

Macam ni....let me explain...aku tukar Khasif ke school baru bukanlah aku nak dia wajib belajar ABC, 123...wajib pandai baca buku padahal hakikatnya umur anak aku pun masa tu baru 1 tahun 6 bulan...aku taklah sekejam itu..

Aku tukar school sebab aku nak Khasif lebih berdikari..lebih terdedah dengan pelbagai aktiviti yang boleh kembangkan otak dia..boleh belajar berinteraksi dan berkawan dengan budak-budak yang sebaya dia..kat school lama dia takde itu semua..kamu faham tak..TAK ADA..

Sebelum buat keputusan, aku dah survey scool baru dia tu...apa aktiviti dia kat sana...persekitaran dan tahap keselamatan dia..tahap kebersihan..jarak dengan rumah 10 kali ganda lebih dekat dari school lama..bukan aku main gamble je hantar...memangla setiap perkara tu ada pro and kontra..aku tak nafikan...tapi mestilah kita akan pilih yang lebih bagus kan... 

Okey..nak cakap pasal pandai belajar ABC, 123...itu tak perlu harap school pun takpe..kalau nak tau,  aku sendiri kat rumah pun memang mengajar Khasif tiap-tiap hari...yes..every day..

Sambil dia main..aku selit apa yang boleh dia belajar...contoh kenal nama haiwan..cat, elephant, lizard, dog, etc..bunyi haiwan camne....mengira..susun-susun ABC..mewarna..banyak lagi la aku ajar kat rumah...

Macam-macam exercise aku bagi kat Khasif...tapi bukan dalam keadaan formal la...aku ajar dia dalam keadaan santai-santai..sambil sembang-sembang aku ajar sebut perkataan..sambil turun tangga aku ajar mengira...gitu...ada faham? 

JUNE 2014

Sebelum puasa..aku tiba-tiba kena chicken pox...waaaaaa.....tua-tua kena chicken pox memang hazab sangat-sangat..masa tu la baru aku tau betapa nikmatnya dapat makan...masa kena chicken pox tu jangan kata nak makan nasi atau bubur, nak minum air pun tak boleh...sakitnya ibarat ada jarum dalam tekak...

3 minggu aku dapat MC (bersambung-sambung)...aku angkut Khasif balik kampung standby takut dia terkena sekali..at least kat kampung ada family tolong jaga kalau dua-dua kena...

Dari atas kepala, muka, badan sampai la ke kaki naik bintik-bintik chicken pox...meh aku tunjuk sket...

Jeng..jeng...jeng....

-
-
-
-
-
-





Waa lari..ada hantu.....!!
Tak baik tau..jangan ketawa...aku nak tunjuk betapa teruknya aku kena chicken pox hari tu..huhu...ini part muka je..yang lain takyah citerlah....sedih...T_T

Mula-mula nak jumpa husband pun malu....huhuhu...


JULY 2014

Tahun ke 2 berpuasa dan beraya sebagai seorang ibu...tahun ni persiapan raya pun ala kadar..


Anak..


Ibu...
Hehehe..sama tak? 
Masa ni parut chicken pox hitam-hitam tu masih terserlah..
Redha je la...takkan nak kikis..hahaha...
Nak kata aku tak pantang, lebih dari pantang dah rasanya..
Masa kena chicken pox 4 minggu aku tak berani cuci muka masa..basuh dengan air je..ko mampu?
Muka berminyak-minyak takyah cakaplah....sedih...
Tak kena hujan..tak makan kicap..
Now aku rasa dah ada perubahan sket parut kat muka..dah makin kurang..

SEPT 2014


Percutian ke Penang selama 3 hari 2 malam...bonding time with my family...percutian yang penuh cabaran..pew...*kesat peluh..


Percutian terakhir untuk tahun 2014..
Kami dari awal kahwin lagi memang tiap-tiap tahun wajib at least ada sekali percutian ke mana-mana...tak kisah dekat ke jauh tapi mesti ada...kalau takde rasa macam tak lengkap...

Bercuti tak semestinya kena duk hotel mewah-mewah...hotel bajet pun ok je...yang penting masa bersama family itu ada...betul tak...^_^


Sempat jugak bawak Khasif  ke Sunway Lagoon..okey yang ni idea husband..nak bawak anak swimming puas-puas katanya...
Takde makna okey...Khasif asyik meragam je...tension aku...
Dan yang paling sedih sesuatu telah terjadi kat kamera kami..
Ops..citer ni aku tak update lagi kat blog kan...nanti ada masa aku story mory okey...

Bulan 9 jugak family aku kehilangan abang sulung...setelah bertahun-tahun berulang alik ke hospital terima rawatan, akhirnya arwah pergi meninggalkan kami..Allah lebih menyayanginya...dan yang paling sebak, ayah aku tak tau anak sulung dia dah tiada...ayah pergi masa hari pengkebumian..ayah turut sama bacakan Yassin..tapi esoknya bila ditanya ayah tak tau siapa yang meninggal...

Ayah aku ada masalah pendengaran...bila cuba diberitahu ayah tak dengar sangat..sampaikan abang dengan kakak aku terpaksa tinggikan suara..satu persatu kami suruh ayah kira nama anak-anak dia...dan bila ayah tau...air mata dia bergenang...senyap seketika...Allahuakbar...itu sahaja yang keluar dari mulut ayah...


OCTOBER & NOVEMBER 2014

Di ofis, lagi sekali aku diuji...aku rasa tersisih...rasa tak dihargai...mujur husband ada kat rumah waktu tu...aku menangis sepuas-puasnya..bayangkan setiap kali aku teringat, aku mesti menangis..aku bawak diri balik kampung...aku tenangkan hati bersama family...lepas bercuti aku masuk ofis...aku kumpul kekuatan untuk jumpa bos...aku luah apa yang aku rasa....aku ingat balik apa yang bos cakap pada aku dulu..

"Jangan berhenti selagi dia tak berhenti"

So disebabkan aku pegang permintaan tu, aku stay kat company sekarang dah nak masuk 6 tahun..tapi makin hari aku rasa makin tersisih...rasa terbuang...

Dan alhamdulillah ada berita gembira buat aku...terima kasih pada bos yang sudi mendengar dan memahami....terima kasih jugak sebab bagi peluang aku perbaiki diri aku...aku penuhkan azam di dada, aku nak kerja sungguh-sunggu..aku taknak sia-siakan kepercayaan yang dah diberi pada aku...

Aku sangka habis sampai disitu cerita sedih....tapi tak...seseorang  yang mengaku dia faham situasi aku, dia faham perasaan aku...rupa-rupanya ada cerita dibelakang aku....seseorang yang aku sangka ikhlas berkawan dengan aku...aarghhhh...cukuplah..aku taknak buat dosa kering...biarlah perkara tu berlalu pergi tanpa perlu aku kenang...


Ada perkara terjadi memang seperti yang aku rancang..dan ada juga perkara terjadi lansung tak pernah terfikir dalam otak fikiran aku...kita manusia biasa hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segala-galanya..

Yang pasti segala kenangan manis akan kekal dalam ingatan..yang pahit akan aku jadikan sempadan untuk diri sendiri sebagai panduan dalam menempuh hari-hari yang akan mendatang...

Selamat tinggal 2014....Annyeong..Goodbye...

Tahun baru aku nak perbaiki hubungan aku dengan Allah..aku nak perbaiki hubungan aku dengan insan yang aku sayang...aku nak perbaiki hubungan aku dengan kedua-dua family aku...aku nak perbaiki hubungan aku dengan orang yang ikhlas terima aku seadanya...

Orang yang tak ikhlas dengan aku, pergilah...aku dengan hati terbuka lepaskan ikatan perhubungan itu...aku taknak menyakitkan hati sesiapa lebih-lebih lagi mereka yang tak sukakan aku...so...sila main jauh-jauh...

Selamat Datang 2015.....

01 January 2015

Terima Kasih Untuk Segala-Galanya...


Seorang demi seorang yang datang..
 Satu persatu perkara terbongkar..
Di depan manis tapi di belakang umpat keji..
Astagfirullahalazim...hati aku benar-benar terluka...

Aku DIAM..
 Diam tidak bermakna aku sombong..
Diam tidak bermakna aku bisu..
Diam tidak bermakna aku benci..
Tapi diam aku kerana tiada lagi kata hendak diucapkan..


Diam bukan bermakna aku lupa..
Diam bukan bermakna aku kalah..
Diam juga bukan bermakna aku sudah memaafkan..
Untuk berdebat itu bukan aku..
Maka diam itu adalah yang terbaik..
Berserah PADA YANG ESA itu cara ku..
Aku tiada hati untuk berdebat dengan manusia yang sukakan sengketa..

Diam tidak bermakna aku menyerah...
Diam juga tidak bermakna aku berundur..
Diam aku berfikir sejenak..
Diam aku bertafakur..
Diam aku cuba untuk muhasabah diri..
Diam aku mengatur langkah seterusnya...

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia...
Diam itu lebih indah..


Satu pesanan aku untuk diri kamu...
JANGAN RISAU, JANGAN BIMBANG..
Aku bukan manusia yang kejar nama, kejar kedudukan, kejar harta...
Aku di sini cuma ingin menjalankan tanggungjawab aku...
Nama, kedudukan, pangkat, harta, kata pujian..
Itu hanya sementara..
 

Jangan risau tentang ganjaran "mendapat nama"..
Sekelumit pun tak pernah ada dalam istilah hidup aku...
Cukuplah buruk-burukkan aku dibelakang..
Cukuplah buruk sangka terhadap aku.. 
Sentiasa ikhlas dalam setiap perkara...
InsyaAllah satu hari akan dapat jua...

Sabarlah...
Sampai masa aku akan pergi dari sini...
Beri aku sedikit masa lagi untuk aku selesaikan tanggungjawab di sini...
Selepas itu tiada lagi manusia hina ini di depan kamu..

Terima kasih untuk segala-galanya...


Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...