28 October 2014

Jejak Sejarah: Taiping Bandar Warisan, Perak- Part 2

Assalamualaikum semua....

Saya sambung lagi kisah menjejaki sejarah di daerah Taiping Perak..pagi lepas check out hotel, saya teruskan misi yang seterusnya...

Okey terus terang saya cakap, sebenarnya saya tak sempat lansung nak jalan-jalan kat Taiping ni..masa tu kejar masa sangat-sangat nak singgah tempat lain..tapi bila fikir balik, padahal kalau singgah 15 minit kat tasik apa salahnya...huhuhu..menyesal la jugak..

Tapi alang-alang dah sampai sana, saya citer la jugak sket-sket  pasal daerah Taiping ni...hasil cerita ni saya kumpul-kumpul dari google..dan gambar pun bukan hak milik saya...

Selama ni kan kita cuma banyak didedahkan dengan kisah-kisah bersejarah di Melaka contoh macam Kota A-Famosa, Bangunan Stadhuys dan Perigi Hang Tuah..

Tapi sebenarnya Perak ni pun tak kurang banyaknya tempat-tempat bersejarah dan menarik yang perlu kita tau..salah satu bandar yang menyimpan kisah-kisah sejarah negara adalah Taiping..sehingga diberi nama Taiping Bandar Warisan...



Korang tau tak Taiping ni merupakan antara bandar yang tertua di Malaysia..di sini lah pusat pentadbiran terawal di negeri Perak..

1) BANDAR TAIPING



Taiping yang bermaksud "Aman" atau "Damai..atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina..Taiping tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap kaum Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di Larut..puak tersebut dikenali sebagai puak Ghee Hin dan puak Hai San.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut.. sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar..


1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

Tahun 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak..Ipoh telah dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak. 

Dengan tertubuhnya Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu, banyak kemudahan telah dibina..kebanyakan kemudahan yang terbina ini adalah yang pertama di Tanah Melayu (Malaysia) sehingga bandar Taiping ini sering diberi jolokan "yang pertama"..
 
2) STESEN KERETAPI TAIPING

Landasan keretapi yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) dibina bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885. Kos pembinaan sebanyak ₤7000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu..

Landasan sepanjang 12km itu adalah LANDASAN KERETAPI PERTAMA di Tanah Melayu yang dibuka pada tahun 1885 dan beroperasi selama 58 tahun..malangnya landasan itu ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. 


3) PENJARA TAIPING



Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Goal" dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu...

Pada 1881, warden Punjabi dibawa masuk dan pada 1880, warden Eropah dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara.. 

Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan.  


4) HOSPITAL TAIPING

Pada tahun 1880, Hospital Taiping dibina dan merupakan hospital tertua di negara Malaysia. Hospital ini juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah..malah turut mencatat sejarah menjadi hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan x-ray..


5) MUZIUM TAIPING


Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia..Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. 

Kurator atau dikenali sebagai penjaga muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  

6) TAMAN TASIK TAIPING



Dalam banyak-banyak tempat di Taiping, tempat ini lah yang paling saya ralat sekali sebab tak sempat nak singgah hari tu..padahal jarak dari hotel cuma 1km sahaja..

Walaupun pernah sampai sau ketika dulu masa umur 14 tahun, tapi masa tu macam tak pandai sangat nak nilai keindahan alam flora dan fauna..


Taman tasik yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-buku sejarah.


Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Deretan pokok Angsana yang berusia ratusan tahun dan dahannya memanjang dari jalan ke air, merupakan latar belakang indah bagi setiap pencinta alam..


Taman seluas 62 hektar ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Taiping. Taman ini merupakan taman tasik yang paling awal dijadikan taman rekreasi di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai taman awam yang terindah di Malaysia.


7 ) ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI


Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultna Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. 


Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmikan pada 15 Jun 2003 oleh Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah. 

Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar.


8 ) BUKIT LARUT / MAXWELL HILL



Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Bukit Maxwell merupakan tanah tinggi yang paling lembap di Malaysia. Kini menjadi kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. 

Ia diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak ketika itu.

Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, kawasan ini merupakan tempat tadahan hujan tahunan paling tinggi di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.


Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.


Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga..walaupun tempat ini tidak sepopular Cameron Highlands ataupun Bukit Fraser tetapi ia mempunyai identiti yang tersendiri.



Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Begitulah sedikit sebanyak tempat-tempat bersejarah dan menarik yang terdapat di Taiping.

Sejarah itu fakta dan tidak menipu sesiapa..jika ia dilupakan atau dibiarkan, maka tamatlah kisah manusia dan kelompok masyaraat didalamnya..dari sejarah juga kita belajar tentang sesuatu, tentang jatuh bangun seseorang, kita amik sebagai pengajaran dan teladan...

So jom terokai sejarah..wah...dah boleh jadi cikgu sejarah ni...hehehe....

Bersambung...

27 October 2014

Jejak Sejarah: Hotel Beverly Taiping, Perak - Part 1

Assalamualaikum semua...


Saya nak ucap selamat menyambut awal muharram kepada semua umat Islam baik di Malaysia mahupun di luar negara...semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah...dan juga semoga perjalanan  hidup kita di tahun baru ini akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah hendaknya..SALAM MAAL HIJRAH...

Hari ni saya nak sambung lagi kisah percutian tempoh hari....dah berkurun dah ni..ada lagi ke? yer...ada lagi adik-adik....hehehe..maklumlah usia dah meningkat..ada hari idea laju..ada hari idea kelaut..hehehe...

So destinasi seterusnya adalah Perak...sebenarnya tak plan pun balik dari Penang nak singgah Perak..encik husband la  yang plan last minit..masa hari last kat Penang tu husband cakap nak singgah Perak, nak gi beberapa tempat yang dia tak pernah sampai..lagipun otw balik, satu jalan jugak...baiklah tuan..saya ikut aje...lagipun saya memang amik cuti 2 hari, isnin dan selasa...bolehlah berjimba dulu sebelum balik Shah Alam....

Sebenarnya husband nak menuju ke Kuala Kangsar tapi memandangkan masa  kat highway hari dah gelap..badan pun dah penat...so kami exit ke Taiping menuju ke pusat bandar Taiping dulu..nak cari hotel, nak rehatkan badan dulu sebelum sambung perjalanan esok harinya...

Konon-konon bila dah sampai bandar nak walk in je mana-mana hotel yang jumpa..lagipun bukan hari minggu..confirm banyak hotel yang kosong...sekali bila dah sampai bandar Taiping, bukan setakat kosong..sunyi, sepi, lengang...baru pukul 8 malam kebanyakan kedai dah tutup..cuma beberapa buah kedai je yang masih beroperasi...

Ish...betul ke nak stay hotel kat area sini..macam takut je...pusing-pusing jumpa la hotel tapi hotel bajet sangat..takut la plak nak stay hotel macam tu...selamat ke? kalau jadi apa-apa ada orang datang tolong ke? sampai macam tu sekali saya fikir..hehehe...

Kalau boleh nak cari hotel yang selesa sket, dapat tidor dengan aman......stop kereta kejap, google senarai hotel kat area Taiping..nasib baik jumpa terus booking siap-siap..dah booking terus gerak ke hotel yang terletak di Jalan Istana Larut..

Oleh kerana hari dah gelap, konon-konon nak memudahkan perjalanan saya minta bantuan dari Mr.Waze tolong tunjukkan jalan...sekali dibawaknya masuk ke jalan kampung mana, hutan belantara mana tak taulah...rasa nak hempuk je..GRRR...padahal jalan utama senang giler straight je..apa hal yang ko bagi jalan susah benor ni?


Beverly Hotel Taiping...gambar dari google...

Pukul 9 malam sampai kat lobby hotel...penat giler..nasib baik staff hotel yang menyambut ketibaan kami malam tu baik dan sweet je...check in tak lama pun, dapat kunci terus naik bilik..

Hotel ni hotel baru..so memang bersih..kawasan persekitaran pun baru dan happening..takdela sunyi sepi macam kat bandar tadi...

Kemudahan lain macam bisasa WIFI free dan jugak parking free kat bawah bangunan...so takyah risau bayaran parking...kat depan hotel ada banyak kedai makan tapi semuanya non halal...tapi takpe...kat bangunan sebelah ada Pappa Rich..kat seberang jalan ada Tesco Mall, Taiping Centrall Mall..banyak kedai makan kat situ..ada Nasi Kandar Pelita, mc Donalds, Kenny Rogers, Old Town pun ada..pendek kata tempat makan tak susah.. 

Sebenarnya sederet kat bangunan sebelah tu ada Tune Hotel..hotel tu pun baru dan selesa tapi memandangkan pernah stay kat Tune Hotel Johor, semua benda nak berkira...nak guna air cond, nak bukak TV pun berkira kena bayar harga lain..terima kasih je lah..


Suasana malam kedai kat bawah hotel...semuanya pun non muslim tengah minum air kuning..so kepada yang muslim sila cari kedai lain yer...


Standard Double Room yang besar dan luas...bukan setakat nak solat, nak berguling-guling pun lebih daripada muat..

Simple je furniture yang ada dalam bilik..tapi takpe...yang penting bersih...


TV kecik tergantung di dinding bilik..percaya atau tak..selama percutian kali ni, dari Penang ke Taiping..kami lansung tak sempat nak tengok TV walau 5 minit sekalipun...apa taknya, siang penat berjalan dan layan kerenah Khasif..malam naik je katil terus lena...^_^



Sebab dah penat sangat, beg pun main campak-campak gitu jer...tak kuasa dah nak menyusun...
Almari takde tapi nasib baik ada tempat gantung baju...


Mana-mana parents yang ada anak kecil memang suka sangat kalau time travel, hotel sediakan kettle dalam bilik..senang nak panaskan air nak buat buat susu anak..

Tune Hotel, ko ado?? dahlah water dispenser duk kat lobby hotel..rosak plak tu...jeng kreng..


^_^

Sejarah berulang....
Khasif main-main tekan password lepas tu tak boleh bukak..
Nasib baik takde simpan apa kat dalam tu...


Toilet dan shower yang bersih...
Gabungan putih dan hitam ni menawan kan....


Amik ko selak je langsir terus terpampang pemandangan kat luar...tak main lah tingkap-tingkap kecik ni...kita bagi cermin besar terus...
Tapi bahaya gaklah...kalau tengah seksi takut orang luar nampak dalam bilik camne?

Sorry yer..gambar tak clear....


Haa..ni clear sket...
Seberang jalan sana Taiping Central Mall...dekat boleh lintas jalan jer tapi untuk safety rasanya better pergi dengan kereta...
Kat bawah sana kedai makan non halal...

Perut sebenarnya masih kenyang lagi petang tadi makan kat RNR...tapi biasalah dah ada kat tempat orang ni nak jugak lepak-lepak sambil minum-minum..

Bersiap then turun cari kedai makan...



Aney..kasi roti telur satu..tea tarik satu!!
Siap! 

Lepak kat Nasi Kandar Pelita lebih kurang 1 jam...


Husband order mee goreng mamak...
Saya order roti telur je....
Nak makan berat perut masih kenyang lagi....

Nyum..nyum...Khasif pergi mana-mana mamak pun mesti dapat kawan baru...
Cubit pipi, cium tangan dia tu biasa sangat dah tengok...
Yang mamak kat umah pernah snap picture Khasif masuk dalam FB lagi dasyat...
Nak tunjuk pada family kat kampung katanya...T_T

Dah siap makan dan lepaking kejap, balik hotel terus tidor...


Pagi sudah...bersiap-siap untuk check out...
Khasif pakai baju baru beli kat Penang...



Saya yang masih mengantuk...


Kat lobby hotel sementara menunggu urusan check out..
Saya ni jenis kalau check in hotel memang bersusun-susun beg walaupun sekadar untuk bermalam sekejap..
Tak taulah..maybe fikir senang kalau nak apa-apa semua ada dalam beg..
Beg hitam baju saya dan husband..
Beg pink baju dan pampers Khasif..
Beg hijau segala peralatan toiletries..
Beg purple untuk bekas susu dan termos air panas Khasif...
Itu baru sorang anak..kalau tiga anak agak-agak berapa beg?
Hehehe.... ^_^

Kesimpulan tentang Beverly Hotel ni saya tak banyak nak komen sangat..semuanya ok berjalan lancar...mungkin sebab check in pun time takde orang...keadaan bilik bersih dan selesa..
Walaupun bilik dilengkapi perabot basic je tapi dengan harga RM100 untuk satu malam saya rasa dah  berbaloi...lagipun memang singgah untuk bermalam sahaja...
No regrets...

Lebih kurang pukul 10.30 pagi gerak dari Taiping, kami teruskan misi menjejak sejarah...
Tunggu yer....

23 October 2014

Perkembangan Sebelum 2 Tahun..

Assalamualaikum...

Lama dah saya tak bercerita tentang Khasif kan...I mean cerita tentang perkembangan dia...

Tak lama lagi puteri saya ni dah nak masuk 2 tahun...alahai kejapnya masa berjalan..rasa tak puas lagi main-main & gaduh dengan dia time tengah kecik ni...jangan cepat sangat besar dik...huhu....

Khasif ni sejak dah besar...dia adalah seorang anak yang sangat MANJA tapi dalam masa yang sama GARANG dan SUKA MENGAMUK...huhuhu....T_T

Dia terlalu manja dengan babah sampai kan kadang-kadang saya jadi risau...risau memikirkan bila lah dia boleh jadi anak yang independent kalau macam tu sekali babah layan....

Husband saya ni kalau korang nak tau, dia terlalu manjakan si kecik ni...manja sangat-sangat sampai tak pernah marah, tak pernah jentik..apatah lagi cubit..kalau Khasif menangis buat perangai, dia rela pujuk, dia rela  bagi la main "apa-apa"...apa-apa tu maksud saya benda yang tak sepatutnya Khasif boleh main tapi sebab dia taknak dengar anak menangis,  dia bagi jugak...faham tak?

Contohnya kalau kat rumah..time makan saya memang tak ajar Khasif guna garfu besi yang orang dewasa guna tu..risau kut..kang salah pegang kena mata sape nak jawab? tapi kalau dengan husband..Khasif merengek berkeras nak garfu, nanti dia amik lah bagi....grrr....

Bila saya bebel, husband cakap habis takkan sentiasa kena garang dengan anak? bukan...saya tak suruh pun dia garang...saya tau dia tu jenis ayah yang penyayang, lemah lembut dengan anak..tapi dalam beberapa part, kena lah tegas sket..benda yang tak boleh main jangan la bagi...kalau nak ikut semua kehendak Khasif tu, rasanya semua benda pun dia anggap mainan....

Hari tu masa tengah makan malam, mula-mula eloklah...makan-makan...Khasif pun makan sekali...tup-tup Khasif nampak husband minum air sejuk...saya dah pesan dah, tengah makan sorok air..jangan bagi dia nampak...tau lah budak kan...kalau dah minum air mana dia nak makan lagi dah...

Saya tak bagi..lagi-lagi minuman berais..NO WAY...lagipun saya nak ajar dia, makan dulu..lepas dah habis makan baru minum air...macam saya di ajar dari kecik..tapi husband tak...tengah-tengah makan tu, dia bangun buat air milo suam..dah siap dia bagi Khasif..saya tengok air tu banyak setengah gelas..nanti Khasif minum mesti tumpah punyer...so saya amikla tuang separuh dalam gelas lain dulu...

Apa lagi semek ni...mengamuk la...even dah bagi air TU, dia tau tadi air dia banyak...gelas kat depan, dia tolak gelas habis tumpah air atas meja makan....saya apa lagi...terus berubah lah jadi SINGA...paling saya pantang orang buat perangai kat meja makan....

Khasif tau saya marah dan nak mengamuk..tiba-tiba terus berubah jadi behave, tunduk tengok pinggan..suap-suap makanan tak berani nakangkat kepala...

Okey..sebagai pengajaran kena lah bagi habuan, bukan banyak pun...nak bagi sket, husband terus cakap...NO, DONT TOUCH HER.

OKEY. AMIK KO...saya plak yang kena amaran?? bukan orang yang buat perangai tu...hebat tak pengaruh Khasif pada babah dia...huhuhu....

Besar kecik, besar kecik je saya tengok budak kecik ni...eeeiii...siap la ko..nanti babah gi kerja jangan harap nak over macam tu...'~'

Dan malam tu saya merajuk....tidor bilik lain.....huhuhu...T_T


Ni masa Khasif kat school...


Alhamdulillah dah boleh join kawan-kawan main sekali...


Teacher dia yang snap and wasap saya...saya wasap husband...
Terus dia cakap..kesian anak babah main sorang-sorang....muka macam tak happy...

T_T

Babah Khasif suka fikir yang negatif jer...bila la anak tu nak independent....

Betul..Khasif kat rumah lain..kat school dia lain...kat school dia nampak macam blurr, senyap, pemalu, tak banyak cakap..tapi bila kat rumah totally 100% berbeza...dia lah manusia paling suka bercakap...paling panjang akal..suka tiru apa saja gaya yang ibu dan babah dia buat...aktif..suka menari...macam-macam lagi la perangai dia...

Bagi saya benda tu normal..biasala budak...jangankan budak...orang tua macam kita pun...selagi kita belum dapat adapt dengan suasana dan persekitaran baru, selagi tu lah kita akan pasif..betul tak? 

Ni pun saya tengok dah ok..dia nak main-main...teacher dia cakap kalau teacher duk jauh, dia tak perasan teacher tengah tengok...dia memang girang main dengan kakak-kakak...nanti kalau dia perasan teacher tengah pandang, terus tiba-tiba jadi pemalu...gitu...

Adik bukan tak happy bang...tapi dia rasa masih belum selamat...

Perkara yang paling mengganu fikiran husband bila pagi-pagi naik kereta nak gi school Khasif akan menangis, meraung nak duduk rumah dengan babah...sampai school pun dia akan nangis...air mata takyah cakap la...taknak..taknak...

TAPI benda ni berlaku bila time husband ada kat rumah je..time husband kerja lama takde kat rumah, saya hantar dia gi school okey je...cuma dia senyap je la...

Disebabkan sikap Khasif begitu setiap kali nak gi school, husband beranggapan Khasif tak happy kat school baru...macam-macam dia fikir...Khasif kena buli la...teacher tak pedulikan Khasif la...

Hari tu 2 kali Khasif kena gigit dengan kawan dia, Caring tu...lebam teruk jugak...sekali tu pernah kena cakar kat bawah mata..tapi 3 hari lepas tu ok je...husband memang bengang giler la...hehehe...nak cakap apa..budak-budak kan..

Harap-harap bila dah besar sket, dia akan berubah...nak sangat tengok dia happy gi school...isnyaAllah..amin...


Khasif dah boleh sebut banyak  perkataan dah...
Taknak...adik..babah...jatuh...atas...nasik...mandi...tutup...air..ball..banyak lagi la...

Kalau tengok tv kat bawah...tiba-tiba dia nak naik atas...dia ajak babah..

"Babah...jom ar..."
"Jomlah? Nak gi mana?"
"Jom ar....atas...."

^_^

"Babah...nak maiiiiin.."
"Nak main apa?"
"Nak maiiiiiin..." nanti dia tunjuk la benda yang dia nak main...

Kalau dia lapar tengok saya tengah masak kat dapur...
Nanti dia tarik kerusi..naik duduk kat kerusi tu...mintak nasi...

"Aci..nak ashi.." aci tu panggilan untuk saya...dia boleh sebut ibu tapi malas..nak senang dia sebut aci..T_T

Kalau bilang nombor....

Kita sebut satu...dia terus sambung dua...kita sebut tiga...dia sebut empat....mengelat....T_T 

Kalau nak tengok upin-ipin...dia tunjuk kat tv.."ipin-ipin..." jangan harap ibu nak tengok korea ke..babah nak tengok bola...berita ke....upin-upin yang menang...

"Adik nak gi school tak?"
"Taknak shool..."
Adik nak jumpa caring tak?"
"Taknak aying.."
"Adik mana lizard?
"Tuuu lijard...." kepala dongak ke atas tangan tunjuk siling...
"Mana lizard?"
"Tuuuuu......................." padahal takde pun...
Hehehehe.....

Seronok bila dengar dia dah pandai cakap sket-sket ni...nanti kalau dah pandai cakap banyak..tak tau lah camne nak melayan....

Khasif suka baca buku....nanti dia amik buku bawak gi kat babah atau ibu....mesti ajak kita belajar sekali....
Kalau dia rajin...dia sebut sebijik-sebijik..apple..nanana (banana)...sary (strawbery)..
Kalau dia tak rajin..dia sebut setiap buah tu sama je....cacayi..cacayi...cacayi...cacayi....
Kalau buku animal dia sebut lepas tu nak sekali dengan bunyi....contoh...lion..aum....tiger...aum....


Si kecik yang masih suka minum susu....benda lain takde takpe lagi..boleh countim lagi..tapi kalau susu takde atau lambat sket je....MERAUNG MACAM NAK KELUAR AIR MATA DARAH....T_T

Khasif waktu siang, kalau babah ada kat rumah..semua benda dia nak dengan babah...mandi, basuh yak, main apatah lagi...

TAPI malam time nak tidor dia wajib cari ibu...masa tu la dia anggap babah musuh dia..hehehe...dia nak saya baring sebelah dia time nak tidor..dia tarik tangan saya suruh tepuk...

Kalau babah tepuk dia taknak...pelik kan...siang gaduh, malam cari ibu...kenapa ek? 

Sejak akhir-akhir ni Khasif tidor tersangatlah ganas..tiap-tiap malam dia tidor tendang babah...kang nanti pukul 2, 3 pagi dengar la babah meraung...
"ADUH!"
Tengok-tengok kena tendang mata...kena tendang lengan..tendang belakang...kena tendang bawah pun pernah...hahaha...

Saya pernah jugak kena..Khasif tendang perut..rasa macam nak sepak je dia balik..huhuhu...sakit tu....


Anak kesayangan babah ni...
Takde orang lain boleh lawan kedudukan dia dalam hati babah...termasuklah ibu Khasif...T_T



Dah pandai ikut ibu dan babah solat...tengok mood dia jugak...
Kalau ok, sampai habis dia ikut..kalau tak ok,  separuh jalan jer...lepas tu dia hilang fokus, keluar saf main benda lain....

Kalau kami keluar jalan-jalan, time solat saya tak risau Khasif ikut sekali...
Tak perlu gilir-gilir dengan husband nak jaga dia...saya bawak Khasif sekali masuk surau...boleh jimat masa...time solat dia duduk diam je kat depan sejadah sambil tengok ibu solat...
Alhamdulillah setakat ni Khasif behave kalau kat surau atau masjid...takde lagi la nak gi main merata-rata time ibu solat...harap-harap sampai ke besar dia macam tu..amin...

Kalau dengan babah, pantang tengok babah wuduk..nak jugak wuduk...nanti dia tiru la satu-satu..basuh lengan, pusing-pusing lengan..basuh kaki..sebijik macam orang amik wuduk...kuat peniru budak kecik ni...

Ada hari tu sekali, dia tak sedar saya tengah perhati..dia berdiri depan cermin...dia colek-colek tudung vicks, lepas tu colek-colek letak kat muka..rupa-rupanya di tiru saya pakai cream muka...time bila dia tengok saya pun tak tau...lepas tu dia amik botol minyak wangi attar babah (pakai time nak gi solat jumaat)..dia bukak penutup minyak attar lepas tu tenyeh kat bibir konon-konon pakai lipstick...

Ptuih..tuihhh...tuiihh...wek....dia ludah..hahaha...nak marah pun jadi ketawa...rasa tak sedap la tu kat mulut...^_^

Khasif jangan okey..kalau salam dengan orang dia bau something kat tangan orang tu...time tu jugak dia bunyi UWEK...hari tu balik kampung salam dengan tokki dia buat macam tu..sakit perut kami duk gelak kat dia...


Begitulah sikit sebanyak citer my Khasif...kalau nak citer semua kerenah dia memang takkan habis...^_^

Dalam pada gaduh-gaduh tak setuju dengan cara husband..tapi saya bersyukur jugak sebab dapat husband yang jenis ambil peduli tentang anak...yang jenis tak perlu disuruh..kalau anak berak dia tolong basuh..kalau dia nak mandi, bawak anak mandi sekali..lepas mandi bagi pakai pampers dan baju...jenis yang rajin layan kerenah anak...


Kalau time husband takde, setiap malam saya tidor dalam kepenatan..mana tak letih semua benda atas bahu kita..pagi-pagi dah bergaduh dengan Khasif time nak mandi..tapi time husband ada, alhamdulillah tak penat sangat nak handle rumahtangga..tugas boleh bahagi dua..thank you Allah..love you my dear..love you too adik...^_^

02 October 2014

Catatan Perjalalan: Nasi Kandar Line Clear, Penang - FINAL PART

Assalamualaikum wbt....

Harga minyak naik lagi? hmm...tak tau dah nak cakap apa dah...lantak deme la....

Sebelum tu nak ucap takziah kepada kedua ibu bapa bayi berusia 3 bulan yang meninggal kat taska di putrajaya 2 hari lepas...sedih sangat baca...lagi-lagi terbayangkan perasaan seorang ibu...bukan senang mengandung 9 bulan bawak kandungan ke mana saja pergi..lepas tu bertarung nyawa nak bersalin..dah selamat bersalin, di jaga, dibelai, diberi susu...nyamuk seekor pun tak bagi singgah...

Hantar kat orang elok-elok, tup-tup masa amik anak dah tak bernyawa...yang lagi sedih anak tu terbiar keras dan kaku macam takde orang peduli...ayah kepada arwah bayi tu cakap masa ambil, bayi tu dah dikelilingi semut...ya Allah kenapa la sampai macam tu sekali..kesiannya...

InsyAllah syurga tempat bayi tersebut...Al Fatihah..

Hari ni nak sambung balik kisah percutian ke Penang...FINAL PART sudah...maksudnya hari dan jam-jam terakhir berada di pulau tersebut...huhuhu...sedih..dah nak kena balik..tak puas lagi jalan-jalan kat Penang ni..tapi apakan daya setiap permulaan harus ada pengakhiran...wah..begitu sastera bunyinya..hehehe....

Pukul 12pm checkout hotel di Batu Feringghi menuju ke....


Persiaran Gurney a.k.a Gurney Drive...


Yer..saya singgah kat sini sebab nak rasa pasembur yang paling femes di Penang tu...pasembur menari.. orang cakap pernah masuk paper ek? dah ada kat Penang ni nak la jugak rasa...

Tak dapat tengok mamak tu menari pun takpe..janji dapat rasa pasembur yang orang cakap sedap sangat tu...
Kalau dapat tengok dia menari tu kira satu bonus la kan....^_^

Usyar-usyar..rupa-rupanya pasembur menari bukak kedai pukul 4pm...

T_T
Alahai...lagi sekali sejarah berulang...kami selalu macam tu..
Mesti salah timing...tu la sebelum datang tak check awal-awal...dah sampai baru la menyesal....

Ada je kedai lain dah jual pasembur tengahari tu...tapi husband taknak..dia cakap alang-alang baik makan nasi terus...tadi tu ingat nak rasa je kalau jumpa pasembur femes tu...

Ala...tau..sebenarnya husband saya tu nak makan nasi kandar yang paling femes kat Penang...hari pertama kat sana lagi dia dah berzikir kat telinga saya tapi hari tu kan tak jumpa..

So kali ni jom la kita cari betul-betul kedai nasi kandar tu....
Let's go waze...

Menuju ke Georgetown...



Tada!!
Restoran Nasi Kandar Line Clear..
Sentiasa meniti di bibir penggemar nasi kandar...

Restoran Line Clear ni bukanlah macam kedai mamak yang gah-gah ada aircond...
Kedai ni berada di celah lorong antara 2 bangunan je...
Tak taula kenapa diaorang tak tukar lokasi..padahal berniaga untung..customer takyah cakaplah...
Kalau hujung minggu tu padat orang kat dalam kedai...

Yang bagusnya Line Clear ada sediakan tempat parking kereta kat belakang kedai...
Tapi kena pusing bangunan sket nak cari parking... 
Tapi parking berbayarla..mana ada benda free sekarang kan..^_^


Masuk dalam meja agak penuh jugak..maklumlah hari Isnin orang bekerja keluar lunch.tapi nasib baik saya dapat jugak tempat duduk.....
Amik nasi gilir-gilir yer...maklumla ada anak...
Nampak tuan blog pakai tudung hijau kat hujung sana? hehehe....

Tengah-tengah saya beratur nak amik nasi tu dengar la mamak-mamak pekerja ni sembang..

 "Ada budak kecik korea..duduk sana sama ayah dia..."

Saya pandangla...

Khasif? Korea? HAHAHAHA...
Dey mamak..itu anak melayu lah....


Ini budak korea itu....korea kah? 
 Tengah pandangnasi kandar yang terhidang di depan mata...


Nasi kandar line clear...
Macam biasa wajib kuah campur-campur baru namanya nasi kandar...

Dah makan...dah rasa sendiri....
Setiap orang punya rasa berbeza bukan?
Tak semestinya apa yang orang suka, kita akan suka jugak..dan begitu jugak sebaliknya....

Okey...ini pendapat peribadi saya...kalau pendapat kita tak sama korang jangan marah-marah okey...^_^
Rasa nasi kandar line clear ni BIASA-BIASA SAJA...
Yer..ayam dia memang besar TIP TOP besar puas hati..
Eh tapi bukan tak sedap tau...SEDAP JUGAK..

Tapi my expected sebelum makan tu...bila masuk mulut....
WAAAHHH..nak lagi...nak lagi...gitu...
Tapi bila makan sendiri....okeyla...sedap..tapi tak seperti yang macam digambarkan...saya ingat rasa special lain dari yang lain..

For me nasi kandar kat rumah saya, AL-FAIROS lagi marvelous...
Begitu saya komen jujur ikhlas dari hati nurani...
PEACE...\./


Dah siap makan...it's shopping time!!
Sederet dengan line clear tu ada kedai india jual baju..so singgah kejap nak cari baju penang untuk anak-anak buah husband...

Saya suka sangat masa beli baju kat sini...pekerja dia memang bagus..bayangkan ek...
Anak buah husband termasuk adik bongsu ada  7 orang..
Paling besar form 3 sampai kecik sekali baby umur 2 bulan...
So memang macam-macam size kena cari...lepas tu warna pun nak cari yang berbeza senang tak tertukar nanti...

Kitaorang ni kejap nak size itu..nak size ini..kalau size ini ada tak warna ni..ada tak warna lain? kalau yang besar ni ada tak baju sekali dengan seluar...
Pekerja tu layan je....bawak kami masuk dalam kedai selongkar bungkusan dalam kotak cari size yang kitaorang nak..

"Ada..ada...kakak tunggu sekejap..saya cari.."

Saya ada jugak berkenan satu baju blouse tu..sutera harga almost 200..mula-mula macam nak tapi fikir-fikir macam tak berbaloi je blouse 200..huhuhu...letak balik...pekerja tu takde la nak paksa-paksa saya amik...

Suka berurusan dengan kedai macam ni...tak memaksa orang...ada je yang suka paksa..nanti ek depan lagi saya citer...

Dah habis shopping baju, drive kereta ke area chowrasta market...
Nasib baik dapat parking kat tepi-tepi kedai..
Kalau tak kena parking kat tapak parking jauh jugak nak menapak...


Kat area Chowrasta market tu ada banyak kedai jual jeruk...
Tapi wajibla saya nak beli Jeruk Madu Pak Ali...sebenarnya Jeruk Madu Pak Ali ni banyak je cawangan dia bukak...kat mana-mana saja dalam area Penang ni....kalau tak datang georgetown, kat batu feringghi, balik pulau, gelugor pun ada..banyakla..so takyah risau..


Hari tu saya beli untuk rasa sket-sket je...kali ni nak borong banyak-banyak...
Nak bagi family sorang satu bungkus...nak bawak ofis jugak sket....untuk stock kat dalam peti ais kat rumah sendiri jugak...hehehe....

Yang best makan jeruk madu pak ali ni kita tak rasa perit tekak macam makan sesetengah jeruk lain...
Cuma yang tak best kat kedai saya singgah ni dia dah bungkus siap-siap...nak jugak mintak yang fresh yang masih dalam tabung tu, tapi tuan kedai macam tak mesra pelanggan je...
Takpela..amik jela yang dah siap bungkus...borong 7 bungkus besar...makan la puas-puas....


Cuaca panas best gak dapat minum ais cendol kan..nak lagi sedap ada pulut..


Order 2 cup ais cendol pulut....


Bagilah si kecik ni rasa sket ais cendol...
Nanti kang dia nangis mengamuk susah jugak nak pujuk....



Slurp...slurp.....


Sedap....
Kalau travel jalan-jalan negeri orang..takyahla malu-malu nak duduk tepi-tepi gerai macam ni...
Seronok apa...barulah feel pelancong kan..^_^

Ops..kalau rasa tak layan gerai-gerai macam ni..nak minum dalam kedai aircond..sila main jauh-jauh....


Sedap sangatla tu bila ibu bagi peluang dia minum air sejuk...
Sila minum puas-puas yer..balik rumah no more ice okey...


Satu lagi cawangan kedai jeruk madu pak ali...
Kan dah cakap memang banyak..tak susah nak cari....

Lepas tu saya try la masuk kedai CHA.YA.NUN.ALIF...
Kedai jual baju macam tadi jugak...nak usyar-usyar maxi dress...
Saya berkenanla satu helai tu..pegang-pegang ukur kat badan sendiri...macam labuh je...
Tauke kedai pun datang..

"Cantik..cantik.."
"Macam labuh je..saya nak try dulu.."
"Tak payah try ma..angkat satu la..dah cantik dah..free size"
"Tak boleh..saya kena try..kalau labuh sangat pun tak cantik ma.."

Muka ketat je...apahal dia ni..salah ke customer nak try dulu sebelum beli..pelik betul..lepas tu nak paksa-paksa orang...

"Saya nak try jugak la tauke.."
"Okeyla..pergi belakang sana..boleh try kat situ.."

Rupa-rupanya bukan fitting room...tempat tu terbukak hujung kat belakang kedai...
So sarung macam tu jela..besar dan labuh..dah macam orang pregnant...pergi depan...

"Tak jadi nak angkat tauke...besar...labuh.."
"Besar la bagus..pakai kecik-kecik tak cantik.."
"Tak boleh..labuh nanti pakai kotor kat bawah saya nak solat susah.."

Muka dia bengang je bilasaya letak baju tu balik...saya keluar cepat-cepat...
Pelik kan..nak paksa-paksa orang plak...tak suka okey..

Dah siap shopping sket-sket..sampai la masa keluar dari pulau...
Masa tu dah dekat pukul 4pm...
So kena keluar cepat-cepat sebelum petang..


Terus menuju ke Terminal Ferry di Penang's Weld Quay..kali ni keluar dari pulau naik ferry plak, old school gitu...bukan selalu dapat naik ferry..


Beratur tunggu giliran...
Yang bagusnya naik ferry dari Terminal Penang ke Terminal Butterwoth tak perlu bayar..free of charge...
Tapi kalau dari Terminal Butterwoth ke Terminal Penang kena bayar RM7 untuk satu kereta..



Kerusi gergasi....
Dulu-dulu masa kecik datang penang saya selalu tengok..wah..kat sini ada kerusi gergasi...sape yang duduk? tertanya-tanya masa tu..

Rupa-rupanya dah besar baru tau..situ ialah pelabuhan...
Besi yang berbentuk kerusi tu rasanya kren untuk angkat kontena berat...betul tak tekaan saya..hehehe...

Tengah-tengah menunggu giliran nak masuk ferry...
Tiba-tiba...

"Aci..aci...yak...." Khasif bersuara...

Adoila adik...takde waktu lain ke...huhuhu....
T_T



Nampak tak gelembung besar tu?
^_^
Kat atas ferry ni mana nak cuci..toilet ada pun tapi tak sesuai...
Sabarla kejap sementara nak tunggu sampai ke darat.....
Baunya sungguh menikam kalbu...
Hahahaha.....

Dah sampai Butterworth, terus drive menuju ke PLUS highway...
Nak kena singgah RNR, nak solat dulu..lepas tu nak cuci dan mandikan Khasif terus sebelum teruskan perjalanan...


Alang-alang masa tu dah pukul 6.30pm..lepas setelkan Khasif, kami makan malam kat situ jugak...
Dapat jugak rasa laksa penang kat RNR...huhuhu....
Sedap..kuah dia pekat...saya suka..saya suka...^_^

Siap makan, teruskan perjalanan meninggalkan Butterwoth..
Begitulah kisah saya selama 3 hari 2 malam di Penang...
Holiday kali ni ada misi yang berjaya dan ada juga yang kecewa hampa....
Harapnya satu hari nanti dapat jejak lagi kaki ke sini...
 Selamat Tinggal Penang....

Korang..nanti ada lagi kisah sambungan..tapi bukan di Penang lagi...ada tempat lain yang saya singgah selepas itu...
Tunggu.....
^_^

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...