SAYANGKU…maafkan aku atas apa yang telah berlaku..sesungguhnya apa yang terjadi amat amat aku kesali…walaupun semuanya telah kembali damai..apatah lagi kita sudah mampu bergelak ketawa…bergurau senda…tapi..hati aku masih tidak tenang selagi mana aku tidak bersua muka dengan mu sayangku…ingin ku memeluk mu..inginku luahkan segalanya apa yang terpendam..ingin ku ungkapkan…kata-kata “ABANG SAYANGKAN SAYANG”…dan tebus akan segala kesilapan aku…
Bermula dgn perselisihan faham yang amat amat kecil …mula merebak..masing-masing cuba tegak kan kebenaran…masing-masing mula mempamerkan emosi yang mengundang perbalahan…akhirnya…masing2 membisu….seketika kemudian..dirimu akui kesilapan dirimu…tapi aku..tapi aku…apa aku dah buat..aku seakan2 tidak boleh menerima kemaafan daripada dirimu..aku terus menghentam…hentam semahu-mahunya…tanpa memberi peluang dirimu utk terus memberi penjelasan…hanya kerana satu ‘kenyataan’ yang tak disengajakan oleh mu…dan ‘kenyataan’ tersebut sama sekali tidak bermaksud hendak menjatuhkan martabat aku sebagai suami…tapi..apa reaksi aku…?? Aku semakin ‘gila’ menghentam dirimu…kerana amarah..EGO sudah menguasi diri...sehingga dirimu terdiam akhirnya…mengalah...dan dirimu hanya mampu berserah pada DIA…
Aku kelu seketika…namun..kelu aku selama mana? cuma seketika..dan aku kembali dgn EGO aku…walaupun dalam jauh disudut hati..aku sedar bahawa kesalahan semakin “berpihak” pada aku..dan hati kecil hati aku memujuk supaya.."hubungilah dirinya..dan mohonla kemaafan daripada isterimu…"..namun…’nafsu’ kecil aku sungguh pandai mempengaruhi ku…”Buat apa kau nak mintak maaf dgn dia...dia yang buat salah…biar dia yang mulakan..entah..entah..dia lagi gembira kau tak ambil tahu pasal dia”…aku termakan akan hasutan itu…entah apa yang menghasut aku ketika itu pun aku tau..pada hal aku lupa yang mana dulu…yang mana lama dulu aku pernah melukakan hatinya hingga tahap yang paling teruk sekali…namun dia tenang memaafkan aku…kerana sedar apa yang berlaku itu di luar kawalan aku..namun aku lupa semua itu…semua aku lupa..aku lupa akan semua pengorbanan dirinya…lupa akan pengorbanan dirinya ketika aku susah…lupa akan pengorbanan nya ketika aku berada di tahap paling bawah sekali…lupa akan pengorbanannya ketika aku sedang sakit…semua aku lupa..LUPA….
Sehinggalah satu tahap..aku jadi semakin keliru…keliru akan tindakan ku ini..yang mana aku mula merasai bahang akan kesilapan dalam tindakan aku ini kerana mengabaikan dirimu sayang...aku semakin tak tenang…risaukan keadaan dirimu..risaukan keselamatan dirimu…aku mengadu pada DIA…aku mohon pada NYA..ampunilah aku…ampunilah juga dirinya…peliharakan la dia..lindugila dia..dan permudahkan segala urusan nya… hanya itu aku mampu lakukan ketika itu…tatkala rasa berdosa semakin menyelubungi diriku..aku cuba dapatkan kekuatan utk cuba menghubungi dirimu…kerana aku tahu..dan aku pasti dirimu sedang menanti akan panggilan dari ku walaupun hati mu sedang terluka…namun aku tidak mempunyai kekuatan itu…Allah..kejamnya diri ku…apakah penyebabnya..??adakah aku malu untuk berhadapan dgn mu..atau adakah kerana EGO masih menguasai diriku..aku tidak pasti..aku tidak pasti…
Akhirnya…dirimu yang terpaksa mengalah…kau utuskan kata-kata yang membuka hatiku yang ‘sekeras batu kelikir' ini…air mataku mula bergenang…kejamnya aku…berdosanya aku…pada saat itu..seolah-olah seperti tiada lagi penyelesaian antara kita..segala penjelasan aku ibarat mencurah air ke daun keladi..dirimu seperti sudah berputus asa..aku terus memujuk…terus memberi penjelasan..aku menceritakan segala2 nya…aku menyesal…namun bukan mudah untuk menawan hatimu semula…dan aku berhak terima atas semua ini…memang padan muka aku!!!...dirimu menyepi kembali..aku pasrah..sehingga segala2 nya kelihatan sudah tidak berhasil…satu mesej di email ku muncul.. ”Abang…”… Allah…alhamdulillah…akhirnya…aku terus menghubungi dirimu..aku sekali lagi memohon kemaafan darimu…dan dirimu memaafkan aku…syukur ya Allah…dan aku berjanji tidak akan lukakan hati mu lagi..dan juga berjanji akan membuang segala EGO ku sebagai seorang lelaki dan juga suami..kerana aku sedar dirimu adalah amanah paling berharga dalam hidupku...maafkan abang sayang..akhirnya..DIRIMU AKUR….
p/s: Sayang…buat sekelian kalinya..maafkan abang yer…dan maafkan juga kata2 abang yang telah mematikan mood sayang terhadap ‘hobi’ sayang yang satu ini…sayang teruskanla…hidup abang tiada seri rasanya tanpa membaca celoteh sayang di sini…sayang teruskan yer..pliss…demi abang..nantikan kepulangan abang.. –LOVE-
Sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yang paling indah..
ReplyDeleteHas...sweetnya... duduk berjauhan dengan suami ke?
ReplyDeletememohon maaf adalah lbh mulia dpd memberi kemaafan....
ReplyDeleteHas; np ni Has?
ReplyDeleteAlahaiiii..sayu je baca entry ni..
ReplyDeletesweetnye.... ;)
ReplyDelete