04 June 2015

Bila Anak Demam..

Assalamualaikum...

Semalam aku EL sebab Khasif demam..

Actually hari Isnin pagi dia gi school cam biasa..tup-tup tengahari Teacher call katanya suhu Khasif 39..lepas makan tengahari dia muntah-muntah..masa tu aku kat ofis tengah siapkan kerja penting yang perlu dihantar segera..

Aku kalau bab anak ni memang aku terlebih concern...yes, memang nampak aku tegas dan garang dengan anak berbanding husband...tapi kalau anak tak sihat, aku memang susah hati..aku sanggup berjaga malam semata-mata nak jaga dan monitor keadaan anak..itu perbezaan seorang ibu dan seorang ayah...^_^

Berbalik kepada keadaan Khasif...lepas Teacher dia call, aku terus jumpa bos bagitau aku half day hari ni sebab anak demam..nak bawak gi jumpa doktor...

Sampai school, tengok-tengok Khasif tengah duduk diam dengan kawan dia..rupanya kawan dia pun demam lagi 2 orang...no wonder tiba-tiba dia demam...

"Saya baru lepas mandikan Eisya kak.. suhu dah turun sket...tadi panas sangat badan dia..batuk-batuk sampai keluar semua makanan dan susu dalam perut..kesian dia kak" teacher dia inform..

Alahai anak...nampak je ibu dia terus datang peluk aku...mata dan hidung merah..hidung dah berair-air...tapi bila aku cek dahi dia tak panas sangat...maybe sebab lepas mandi..cepat-cepat bawak dia gi klinik..

Selalu aku refer Khasif ke UMRA atau DEMC sebab rekod Khasif memang ada kat sana dan Paed kat sana pun dah kenal Khasif..tapi kali ni sebab emergency aku nak sampai klinik cepat aku singgah je klinik area ofis...


Sampai-sampai, staff klinik suruh isi borang..aku isi la bagai nak rak..dah isi, baru la dia bagitau.."akak balik dulu yer..nanti kami SMS..patient ramai lagi tengah tunggu turn..rasa dalam 2 jam lagi baru boleh jumpa doktor"

Alahai tak cerdiknya klinik ni...boleh plak suruh aku balik rumah dulu dalam keadaan anak aku demam macam ni...siap nak SMS kalau dah nak sampai turn..apa benda SMS je dik...tengah emergency macam ni takde makna aku nak tunggu SMS ke apa...nak balik rumah rilek-rilek dulu...lebih baik biar je aku tunggu dalam klinik tu...at least bila ada kat klinik, apa-apa hal jadi senang dik doktor ada kat klinik...


Cuma maybe perlu cakap macam ni..
"patient ramai kak so lambat sket kena tunggu.." gitu...takdela aku sakit hati dengar balik dulu rumah la, SMS la..ingat main-main ke....

Aku blah keluar dari klinik tu...macam-macam la...

Terus ke Klinik Menara kat area bukit jelutong..tak sampai 5 minit aku tunggu, dapat jumpa doktor...nampak tak dik?? 

Dah dapat ubat, balik umah...tapi Khasif demam pun aktif...main sana sini..malam tu baru la nampak dia tak bermaya...sebelum naik tidor, dia muntah-muntah habis keluar semua isi perut...kesian..habis baju dan seluar kena muntah...angkat gi bilik air biar dia muntah semua..

Lepas dah basuh badan dan tukar baju, aku bagi makan ubat demam dan antibiotik...mula-mula dia taknak...aku cakap best..ni aiskrim pink..ni aiskrim white...dia macam teruja la bila dengar ibu cakap aiskrim...

"Kalau adik taknak..ibu nakla..." aku buat-buat nak suap masuk mulut aku...

"No..no..eisya nak..eisya nak..." hahaha...umpan aku menjadi...alhamdulillah dia makan ubat demam dan antibiotik tu dengan senang sekali..siap cakap nak lagi tu....'ais krim' punya pasal....kih kih kih...

Malam tu dia tidor mula-mula lena..kipas pun aku bukak no 3 je..dalam pukul 1 pagi dia batuk-batuk...aku bab dia batuk ni la aku lemah sket...sebab dia ada sejarah batuk teruk malam-malam sampai kena masuk hospital...aku tepuk-tepuk belakang sampai dia lega..tinggi kan bantal...dia lena kejap...

Pukul 4 pagi berulang balik batuk-batuk...aku tepuk-tepuk, lepas tu dia lena sampai pagi...malam tu aku tak tidor sangat, tidor-tidor ayam sebab nak pantau keadaan dia..beginilah kalau jadi independent mother...tak boleh gilir-gilir dengan husband..

Pagi selasa, aku cek suhu dia panas gak sket-sket...tapi tak teruk macam malam tadi...disebabkan aku ada kerja urgent yang perlu dihantar, aku terpaksa hantar Khasif ke school jugak...aku perlu masuk ofis siapkan kerja..aku dah tanya teacher yang jaga Khasif, boleh tak aku hantar Khasif sekejap..aku takde pilihan..

Dia cakap takpe hantar je kak...saya boleh jaga..tapi kena standby ubat dia dalam beg...aku risau gak nak hantar dalam keadaan dia tak berapa sihat macam tu...owner Taska Khasif tu agak straight sket...dia kalau boleh mana-mana student yang tak sihat sangat, tak boleh datang school takut berjangkit...

Nasib baikla teacher dia memahami keadaan aku...aku mintak maaf sangat-sangat terpaksa susahkan dia..dia cakap takpe..dah jadi tanggungjawab dia untuk jaga Khasif..thank you teacher hanim...budi baikmu akan ku kenang sampai bila-bila...

Kat ofis, aku siapkan kerja...ingatkan boleh siap cepat..tapi petang jugak aku baru boleh submit pada bos...dah siap kerja, cepat-cepat balik nak amik Khasif...teacher dia inform lagi, Khasif  muntah lagi hari ni..makan pun kurang...ayooo...sedih betul la anak tak sihat ni...

Esoknya Rabu (semalamla), aku EL...walaupun Khasif dah tak demam, tapi aku nak pantau jugak keadaan dia kat rumah satu hari...aku stop bagi dia susu...aku cakap elok-elok kat dia sambil pandang mata dia...

"Eisya tak boleh minum susu hari ni..kalau minum susu, nanti eisya muntah..eisya nak muntah ke?"

"Taknak..eisya taknak untah.."

"So kalau taknak muntah, taknak batuk...hari ni tak boleh minum susu yer...minum air banyak-banyak yer"

"Aaa..ibu, eisya taknak minum susu...eisya nak minum air anyak-anyak..." 

"Ok, good girl...esok baru minum susu yer..."  nasib baik Khasif dah reti apa yang aku cakap..^_^

Alhamdulillah..cara aku buat tu berkesan tanpa perlu makan ubat batuk..
  1.  Satu hari, satu malam aku tak bagi dia minum susu.....
  2.  Aku bagi dia makan aiskrim Vanilla tapi jangan banyak..setengah batang je...Vanilla bagus untuk legakan batuk..tapi ingat...jangan berlebih-lebih...bagi makan aiskrim berlebih-lebihan keadaan akan jadi lebih teruk..
  3. Aku bagi dia minum air kosong berbotol-botol...lepas refill, refill, refill...
  4. Tidor malam aku perlahankan kipas..no aircond..
So hari ni dia dah tak batuk..malam tadi tidor pun dah tak batuk..tak demam..dia lena sampai pagi...dah boleh balik school macam biasa...cuma selsema ada la sket-sket lagi...

Begitula cerita tentang anak demam dan batuk-batuk...aku tak kisahla kalau ada tanggapan..alah..anak demam sket pun nak cuti ke...yang memahami je tau camne kalau anak demam..tanyala mana-mana ibu pun, kalau anak demam mesti susah hati..demam memang bagus untuk kuatkan antibodi anak, tapi kalau tak pantau suhu, anak boleh jadi sawan...itu yang parents risau..

Aku taknak sejarah berulang macam tahun lepas...Khasif demam on and off, batuk berbulan-bulan..tapi aku hantar jugak pergi taska...aku pantau pun waktu malam je...siang aku kerja..so dia susah nak recover betul-betul...

At the end, keadaan makin teruk terus kena masuk ward seminggu...pakej dengan penyakit lain sekali..keluar-keluar bill RM10k untuk rawatan Khasif sahaja..fuh...nasib baik Khasif ada insurans..so parents sila amik insurans untuk kebaikan anak-anak kita yer...

Kalau anak demam sket-sket ke, anak demam teruk ke...make sure kena pantau betul-betul...aku ni nak dapat seorang anak bukannya senang...bila Allah dah bagi, kena la jaga elok-elok..apa pun terjadi kat dia, memang aku amik serius...isnyaAllah akan buat yang terbaik menjaga amanah dari Allah ni...

Amin...

1 comment:

  1. bebudak kalau demam memang kesian...moga khasif cepat sembuh membesar dengan sehat dan kuat...

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...