Buat suami tercinta..terlalu cepat masa berjalan hingga tak sedar 12 Desember muncul lagi...terasa baru semalam kita diijabkabul sebagai suami isteri...masih terasa debar sebelum acara pernikahan kita bermula..masih terasa sayu di hati saat teringat lafaz sudah "SAH"..masih terasa hangat sebuah kucupan di dahi dari seorang lelaki bergelar suami...
Masih terasa segar diingatan percutian bulan madu kita di Langkawi...siang dan malam kita berdua ke sana ke mari tanpa perlu fikir pandangan orang lagi...sebab kita sudah ada ikatan yang sah...memori percutian di Langkawi takkan sesekali dilupakan sampai bila-bila..walaupun separuh daripada gambar percutian kita hilang tanpa disengajakan..tapi memori itu tetap utuh di hati dan ingatan kita....lihat pada wajah yang tersenyum itu..tak perlu di huraikan betapa kita terlalu bahagia dan gembira...
Pantang ada masa lebih, kita luangkan masa dengan bercuti...tipulah kalau tak pernah bergaduh kan..sebab tahun pertama perkahwinan adalah tahun kita saling menyesuaikan diri..pantang ada yang tak kena kita selalu berselisih faham..tapi itu tak menjadi penghalang untuk kita kecapi bahagia dalam rumahtangga...kita dengan dunia kita...dunia fantasi yang penuh dengan angan-angan...:)
Pejam celik ulangtahun pertama kita muncul...alhamdulillah ada rezeki kita bercuti lagi..kali ni ke Pulau Pinang pulau mutiara..percutian kali ni kita penuhkan masa dengan bersantai ditepi pantai sambil melihat laut terbentang luas...
Selepas second honeymoon, besar harapan kita untuk di kurniakan seorang cahaya mata....namun apakan daya, takdir penentu segala...kita cuma manusia biasa tak mampu melawan kehendak Yang Maha Esa...tapi suamiku, ribuan terima kasih kerana tidak pernah mengeluh...
Sepanjang 2 tahun melayari hidup sebagai suami isteri, kita sudah faham isi hati dan sikap masing-masing...kita tetap gembira dengan cara kita..namun diluar sana ada mulut-mulut jahat yang pernah buat air mata ini gugur..."awak ni dah kawin setahun lebih..tak dapat anak lagi ke? kalau orang lain anak dah besar dah.."
Berdesup darah naik ke kepala...jantung terhenti seketika...saya cuma manusia biasa...ada hati dan perasaan...terima kasih untuk keprihatinan anda tapi kata-kata anda telah buat saya terluka..saya bukan Tuhan yang berkuasa boleh jadikan anak bila-bila masa yang saya nak...saya takde kuasa...
Ada juga yang ingin jadi juri dalam rumahtangga kami....pernah seorang hamba Allah berkata " kesian kat suami dapat isteri mcm awak. kat tempat kerja dia ramai yang cantik-cantik" kenapa? kenapa isteri mcm saya...jahat ke saya ni? saya tak jaga maruah sebagai seorang isteri ke? saya buka aurat saya ke? saya tak hormat suami saya ke?
Satu nasihat saya untuk hamba Allah ni...saya sebenarnya lagi kesian kat awak..hidup terumbang ambing tanpa iman di dada..tiap-tiap malam tonggang arak awak tak kesian kat diri awak sendiri ke? jangan mudah nilai rumahtangga orang lain kalau kita sekadar kenal kulitnya...jangan sesekali tambah racun dalam rumahtangga orang...
Pada kami, cukuplah kami saja yang kenal antara satu sama lain...sehingga kini, kami terlalu bahagia dengan kehidupan kami...saya bersyukur kerana dengan keizinanNya, saya dikurniakan seorang suami yang banyak membimbing saya...jangan sesekali racuni fikiran kami dengan benda-benda yang boleh mengganggu kebahagiaan rumahtangga kami...
Buat suamiku...abang adalah suami yang terbaik...terima kasih kerana terlalu prihatin menjaga diriku..terima kasih atas apa yang abang dah buat selama perkahwinan kita..terima kasih kerana sayangi dan cintai aku tanpa berbelah bahagi..terima kasih kerana bahagiakan aku...terima kasih sebab sentiasa ada waktu aku berduka..terima kasih kerana buat aku tersenyum...terima kasih untuk segala-galanya..I LOVE YOU SO MUCH DEAR...
hepi anniversary... persetankan kata2 org...yg penting uols bahagia.. semoga cinta awk berdua kekal hingga ke syurga :)
ReplyDeleteHappy anniversary to us...:)..LOVE U SO MUCH DEAR..Sayang adalah anugerah terbaik dalam hidup abang...terima kasih juga kerana sentiasa di sisi abang ..terutama dengan dugaan Allah yang menimpa abang sekarang ni...thanks dear...
ReplyDelete