20 March 2014

Tragedi 1977 Pesawat MAS Terhempas Di Tanjung Kupang

Assalamualaikum wbt....

Sebelum kehilangan MH370, saya tak pernah tau pun kat Malaysia ni sebenarnya pernah terjadi tragedi pesawat MAS terhempas. 


Tragedi yang mendukacitakan itu berlaku pada 4 Desember 1977 di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. oo..patutla saya tak tau...masa tu saya pun takde lagi kat dunia ni...

Penerbangan MAS MH653 ini membawa seramai 93 orang penumpang dan 7 orang anak kapal berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Airport Subang.


Sedikit kronologi MH653.

7.21 pm   : MH653 berlepas dari Pulau Pinang
7.46 pm   : Berada di ruang udara Batu Arang, 4000 kaki
7.47 pm   : Pilot melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara  "653 around".
                  Kemudian dijawab "653 is cleared to land, surface wind calm"

Pilot : " Overshooting"
Pusat pengawalan : " What's your problem?"
Pilot : "We have emergency on board. Maintaining 3000feet coming over KL  (Beacon) in two minutes, hijacker on board" 
Pusat pengawalan : " Cleared to runaway 33 with no delay"
Pilot : " We are now proceeding to Singapore"

8.30 pm   : Pesawat kelihatan terbakar, menjunam tetapi naik semula dan meletup sekali lagi sebelum terhempas di kawasan paya.

Pesawat Boeing 737 ini dikendalikan oleh Kapten G.K Ganjoor dan pembantunya Kamarul Zaman Jalil.



Sebelum sempat melakukan pendaratan di Airport Subang, Kapten Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan terdapat pengganas di dalam pesawat. Kemudian pihak berkuasa Airport Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat MH653 mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan sebaliknya Kapten Ganjoor bertindak terbang semula ke awan. Kapten memberitahu menawara kawalan bahawa dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.



Tidak lama kemudian, pesawat tersebut hilang dari radar dan kemudian dilaporkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang.

 

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula yang berani bergegas ke tempat kejadian.


"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar." ujar seorang warga kampung, Ahmad Puteh yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

“Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.

“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.



Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn turut hiba kerana kehilangan anak saudaranya, Onn Jaafar yang bertugas sebagai pramugara di dalam pesawat tersebut.

Tempat tragedi itu adalah sebahagian daripada kawasan seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini di letakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.


 


Dua hari selepas kejadian hanya 10 tangan berjaya dikumpulkan dan tiada sebarang tengkorak ditemui di kawasan kejadian. Yang lain hanya berbeg-beg cebisan daging mayat yang mereput dijumpai. 

Tangan pramugari, Sharifah Sidah Syed Syed AlSagoff dikenal pasti oleh keluarganya melalui cincin yang masih tersarung di jari.


Pelbagai peralatan daripada pesawat bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi malah cebisan jasad juga dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan tembakau.


Antara kenamaan yang terkorban di dalam nahas ini adalah 
1. Menteri Pertanian - Datuk Sri Haji Ali Haji Ahmad
2. Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya - Tan Sri Mahfuz Khalid
3. Pengarah Kerjaraya Bahagian Tentera - Datuk Haji Khalid Mohamad
4. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan - Encik Abu Bakar Othman Merican
5. Duta Cuba ke Malaysia - Mario Garcia dan isteri




Mayat - mayat mangsa nahas pesawat dikebumikan di dalam kawasan khas yang disediakan kerajaan negeri di Jalan Kebun Teh, Johor Bharu.


Tugu peringatan dibina bagi memperingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH653.

Masa tu pun dah ada spekulasi dan teori tentang rampasan pesawat ini..tapi spekualsi yang timbul tidaklah sehebat zaman FB, wasap dan blog macam zaman sekarang ni...

Antara teori rampasan pesawat...
1. Tentera Merah Jepun
2. Pemberontak Cuba
3. Militan Vietnam


sumber :  
 
Ohh...spekulasi yang berkaitan dengan politik dan konspirasi kerajaan takde kut masa tu... T_T

Terdapat juga pelbagai kisah misteri yang diceritakan oleh penduduk setempat tentang insiden MH653 ini...betul atau tidak, wallahualam..hanya Allah yang lebih mengetahui..


Al-Fatihah buat mangsa terkorban yang beragama Islam.

Sama-sama kita doakan agar MH370 dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...