30 November 2014

Jejak Sejarah: Kuala Kangsar Bandar Diraja, Perak - Part 3

Assalamualaikum semua...

Waaaaa rindunya kat blog sendiri....disebabkan terlalu bz kerja di ofis tak sempat lansung aku nak jenguk dan spend masa kat sini...hari ni akan ku cuba jugak catat sesuatu..

Kali ni nak sambung lagi kisah yang dah berkempam lama dalam blog...hahaha...tak habis lagi ni kisah perjalanan di Perak...bukan setakat citer di Perak, citer-citer lain pun masih banyak yang belum cover...takpe-takpe...apa pun yang akan jadi akan ku cuba sedaya upaya untuk update story yang ada...hehehe...


Dari Taiping terus gerak ke Kuala Kangsar melalui PLUS Highway..perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit...tak jauh sangat pun...


Sampai-sampai terus cari kedai makan sebab perut dah lapar...nak makan tengahari dulu..mulanya cari kat google konon-konon nak cari tempat makan best kat Kuala Kangsar ni..banyak je jumpa orang review kat blog tapi pusing-pusing tak jumpa...tak boleh jadi ni..


Masa adalah limited..so aku berhenti makan kat sebuah kedai..tak ingat dah nama kedai tapi lauk not bad banyak jugak...tengah-tengah makan tiba-tiba Khasif buat perangai...makin di pujuk makin dia mengamuk...grrr..stress giler....orang dalam kedai tengah makan semua pakat tengok...T_T


Takpe..korang tengokla puas-puas....nanti dah ada anak tau la kena kat batang hidung sendiri...pujuk-pujuk dalam 10 minit lepas tu okey la......apak ko sket lagi nak badmood tau tak...nasib bai...dah habis makan kena menapak sket gi kat parking kereta...




Gelagat Khasif masa nak lintas besi penutup longkang..


Ini budak very penakut dan penggayat...hahaha...bila pegang tangan dia baru berani nak jalan..itu pun dia bukak langkah besar..takut punya pasal...hehehe...

Tengah-tengah berjalan tu...bertembung dengan sorang aunty india ni....dari jauh dia dah senyum...datang berjalan kat kami yang dah nak sampai kat kereta...

"Comel la anak kamu ni...putih gebu..."
Aku dan husband ketawa jer hehehe....rasanya takdelah gebu sangat Khasif time dah besar ni..masa kecik dulu adalah jugak sket gebunya...
" Ikut siapa ni?" aunty tu tanya
"Ikut husband kut.." aku cakap..yela orang selalu cakap muka Khasif macam husband..walaupun hakikatnya aku rasa tak..hahaha....
"Eh...taklah..lebih iras muka isteri kamu..." aunty tu tunjuk aku..
"Ye ke? tak kut..." 
"Betul...macam kamu.."

Wah...rasa kembang semangkuk la kejap....hahaha....sesekali nak jugaklah dengar orang cakap anak yang kita kandung 9 bulan, susah-susah kita bertarung nyawa lahirkan dia..macam muka kita kan..betul tak wahai ibu-ibu sekalian...^_^

"Comel betul...erm...adik...ini aunty nak cakap sketla...aunty cakap jangan marah aaa...."

"Aa? cakap apa?" suspen sangat aunty ni..

"Jangan marah aa...anty nak cakap aunty ni orang susah...anak ramai yang sekolah...aunty nak mintak sumbangan sket..tak kisah adik nak bagi berapa..ikhlas adik boleh bagi berapa aunty terima..kesian anak-anak sekolah takde duit nak makan...." dia buat muka sedih bukak cerita sambil goyang-goyang kepala....

AYOO YANADDEIII...PADAYAPPA..rupa-rupanya aunty pujian mu tadi ada maksud yang tersirat....huwaaaa.....!!!
Sempat lagi tu dia berdrama dulu...

Aku jalan kedepan dengan senyuman sambil bawak Khasif masuk kereta...hohoho..malas nak layan aunty...aku tinggal je husband menangani masalah tersebut....kui kui kui...

Husband masuk kereta...."Ceh!! ada udang di sebalik mee rupanya..."

"Abang bagi tak?"
"Bagila jugak sket..dah agak dah bila dengar dia sebut aunty nak cakap sket"

Hahaha....begitulah kisah seorang aunty yang memuji anak kami...berhati-hati yer korang...zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak duit..yang guna cara baik ok lah...kita pun ada la jugak perikemanusiaan..tapi kalau yang guna cara salah tu yang patut kena lebih berhati-hati...

Start kereta terus gerak ke tempat yang ingin dituju...bila sampai je kawasan tersebut, rasa macam...wah bestnya kalau dapat duk sini...kawasan ni terjaga, bersih dan cantik sangat...


Mana taknya..wajiblah bersih sebab sini  dekat dengan istana diraja, galeri dan tempat persemayam Sultan Perak..nampak tu  pintu pagar belakang Istana Iskandariah...


Inilah dia Istana Iskandariah yang terletak di atas Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.



Pintu pagar utama laluan keluar masuk Istana...

Istana Iskandariah ni adalah tempat pertabalan, tempat penyerahan anugerah, tempat keraian raja-raja dan lambang kekuasaan raja-raja Melayu.




Opsss..tak boleh masuk sesuka hati yer...orang ramai boleh datang melawat Istana ini dari luar sahaja..Istana Iskandariah akan dibuka kepada orang ramai pada hari-hari tertentu sahaja contohnya hari perkahwinan diraja ataupun pada hari Keputeraan Sultan..

Istana Iskandariah telah dibina kira-kira dalam tahun 1930 di atas tapak Istana Negeri yang telah dirobohkan untuk diganti dengan istana yang baru ini. 

Istana ini telah siap pada tahun 1933 dan dinamakan Istana Iskandariah bersempena nama Sultan Iskandar yang menitahkan pembinaannya.  

Nun di satu sudut di luar kawasan Istana Iskandariah nampaklah sebuah bangunan kayu bewarna kuning...


Inilah dia satu lagi istana yang terdapat di Kuala Kangsar..istana ini kini dikenali dengan nama Istana Kenangan..juga dikenali sebagai Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas..istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu..ianya terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah yang gambar atas tadi...
926.


Menurut sejarah, Istana Kenangan ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 untuk dijadikan tempat persemayan selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.  Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1931. 



Sultan Iskandar Shah telah berpindah bersemayam di istana ini kerana istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Kemudian dalam tahun 1933 apabila Istana Iskandariah siap dibina, Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut..manakala Istana Kenangan ini diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.

Kini Istana Kenangan telah berwajah baru setelah ia dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar. Upacara perasmian Muzium Diraja ini dilakukan oleh AlMarhum Sultan Azlan Shah Muhibuddin Shah pada 16 November 1986. 


Malangnya masa aku sampai kat sana muzium ini ditutup...mengikut guard yang jaga kat situ (aku tanya) muzium ni ditutup dah lama untuk kerja-kerja renovation dan baik pulih..tapi orang tak berani nak naik sebab banyak kayu-kayu yang dah reput..tak taula betul ke tak..pak guard tu yang cakap..bukan aku yer...hehehe....



Okey..sebenarnya ini bukan kali pertama aku sampai ke sini..aku pernah sampai ke Muzium Diraja ni pada tahun 1997..masa tu tengok dari luar memang cantik giler..dari jauh dah nampak bangunan warna kuning berseri-seri..tak macam sekarang yang dah tak berapa nak kuning...

Masa tu boleh naik lagi..memang cantik dan unik sangat kat dalam...ukiran-ukiran kayu kat dinding, kat tangga memang boleh dikatakan ukiran terbaiklah...tapi sekarang tengok dari jauh je la...

Bila akan dibuka semula aku pun tak tau...kawasan sekeliling muzium tu pun macam sunyi sepi je....


Sejarah tentang Istana Kenangan..kalau korang nampak tulisan tu dipersilakan baca..kalau tak nampak jangan dipaksa..nanti juling biji mata...hehehe...






Sebelum meninggalkan kawasan istana @ muzium diraja ni..sempatla bergambar bertiga sebagai kenang-kenangan..tak tau bila lagi boleh sampai sini...harap-harap kerajaha Perak dapat buat sesuatu ke atas bangunan muzium ni..sayang kalau khazanah negara dibiarkan reput macam tu jer..betul tak...

Begitulah serba sedikit cerita lawatan kami di kawasan istana Perak ni...tunggu kisah sambungan seterusnya...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...