13 August 2009

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

Saya ada terbaca kat sebuah web pasal tajuk kat atas ni ..memandangakan saya pun tak lama lagi akan melansungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang kini bergelar dah bergelar tunang saya..saya tertarik untuk baca dan paste kat blog. Saya cuba untuk mendalami, memahami, dan buat analisa apa yang dia tulis tentang sifat calon suami yang baik..Ianya sesuai untuk semua orang baca baik perempuan atau lelaki terutama lelaki yang bakal bergelar suami..andaikata ada sifat yang di tulis berkurang bolehlah di perbaiki agar rumahtangga yang di bina atas dasar kasih sayang tu diredhai Allah dan kekal bahagia hingga akhir hayat...

Sama- sama kita renungkan...

1. KUAT AMALAN AGAMA
- sentiasa menjaga solat, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu..berpuasa di bulan Ramadhan..auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan..

2. AKHLAKNYA BAIK
- seseorang nampak tegas tapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia..

3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAHNNYA
- tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya..

4. AMANAH
- tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Apa yang saya faham jugak kat sini, amanah menjaga isteri yang telah diamanahkan kepadanya..
5. TIDAK BOROS
- tetapi tidak kedekut..tahu membelanjakan wang dengan bijaksana..

6. MENJAGA MATA
- tidak memandang dan melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap- bercakap, juga baik di depan anda atau dibelakang anda..sifat ini pada saya sangatlah penting bagi seorang suami yang menghormati isteri dan tahu menjaga perasaan isteri.

7. PERGAULAN YANG TERBATAS
- tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian..tidak suka bersosial dan banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga berbanding keluar dengan kawan-kawan. Sifat ini pada saya satu petunjuk pada bakal isteri apabila sudah bergelar suami dan mempunyai keluarga sendiri nanti..samada dia lebih utamakan isteri dan anak-anak atau lebih pentingkan kawan-kawan diluar..

8. RAKAN PERGAULAN YANG BAIK
-mempunyai rakan yang baik akhlaknya. rakan yang baik juga adalah rakan yang tidak membawa ke arah perkara keburukan. tidak bercampur lelaki dan perempuan tanpa keperluan dan batasan.

9. BERTANGGUNGJAWAB
- lihatlah dia dengan keluaraga dan ibu bapanya..tidak lupa tangungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapanya.

10. WAJAH YANG TENAG
- sentiasa tenang tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. tidak cepat sensitif dan cepat marah..sentiasa bijak mengawal emosi dan perasaan..

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...