05 November 2010

Buat Kerja Tak Siap Orang Lain Jadi Mangsa..

Alhamdulillah...saya dah selamat sampai kat kampung halaman...gerak dari paka pagi tadi lebih kurang pukul 9..pukul 11 sampai rumah...


Perjalanan malam tadi semuanya berjalan lancar..cuma waktu sampai kat kerteh..saya tengok ada sebuah kereta terbabas masuk longkang besar tepi jalan..semuanya gara-gara jalan yang tak diturap dengan elok, berbonggol-bonggol dengan batu besar...jalan kat situ plak gelap...orang yang bertanggungjawab tak letak apa-apa tanda pun sebelum sampai kat situ..


Saya pun bernasib baik sebenarnya...dari jauh saya dengan husband nampak ada lampu berkelip-kelip macam ada something yang tak kena...so husband sempat perlahankan kereta dulu..kalau tak mungkin kereta kami yang terbabas...itupun masa lalu kat jalan tu, melambung-lambung jugak kereta walaupun dah perlahan..risau gak ni takut ada bahagian yang rosak kat kereta tu...lepas ni kena cek kat tempat service...


Teruk betullah orang yang buat keje ni..tak siap tinggal macam tu..kesian saya tengok kereta tu dalam keadaan "tertonggeng" dalam longkang..tapi tak sempat nak berhenti sebab banyak kereta kat belakang...harap-harap orang dalam kereta tu selamat tak cedera..syukur Alhamdulillah Tuhan selamatkan kami..kepada semua pemandu..berhati-hati di jalan raya, jangan laju-laju okey..selamat beramal!!!. eh, salah..selamat bercuti...!!!hehe..=)


4 comments:

  1. Has: byk sgt accident skrg ni....dgn musim ujan jln pun licin...rasa cuakje bila travel kannnnn.....

    ReplyDelete
  2. baca doa naik kenderaan sblm betolak...insyaALLAH semuanyer selamat.......

    ReplyDelete
  3. azzey: rasa seriau kalau selisih dengan bas@ lori yang laju..punca accident jugak tu..

    ReplyDelete
  4. LeeAneem: Selalu baca ayat kursi & doa naik kenderaan..

    ReplyDelete

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...