18 February 2011

Ada Udang Di Sebalik Mee Rupanya....

Cakap nak sambung citer malam tadi...tipu betul cik Has ni..hehe...sory ler...=)..mula-mula plan nak start tulis pukul 9 malam sebab nak layan game dulu...syok sangat main tak sedar dah dekat pukul 10...husband tanya nak start tulis blog pukul berapa? confident je jawab pukul 10.15 lah...stop main game baring plak kat sebelah husband tengok tv dulu...tak sampai 15 minit tengok tv mata dah layu sebab ngantuk...sesekali tak sedar mata terlelap...last-last masuk bilik terus tido...hehe...


Saya sambung lagi citer semalam...bila tengok kak S drive masuk jalan besar...saya pun tanya dia nak makan kat mana sebenarnya? kak S cakap nak bawak saya makan kat tempat best sket...aduh...saya rasa sape-sape pun akan cuak...yelah..tak pernah berbual mesra, tak kenal sangat tapi nak bawak makan kat tempat best apa citer??? saya ingat kalau nak cakap pasal produk kecantikan ni kat kedai biasa pun boleh...


Lebih kurang 10 minit kami sampai kat depan restoran Secret Recipe...Kak S ajak saya masuk cari meja kat dalam...menonong je saya ni ikut...bila orang datang nak amik order kak S cakap sekejap lagi order sebab nak tunggu tetamu..tetamu? terus saya jadi tak best...mula-mula cakap nak makan kat area ofis...tapi dibawaknya saya jauh...lepas tu dah sampai kat tempat makan, baru cakap ada tetamu lain...rupa-rupanya masa tu barulah kak S ni terus terang dengan saya....sebenarnya dia nak ajak saya jumpa dan dengar citer tentang bisnes MLM..dalam erti kata lain kak S nak ajak saya masuk jadi downline dia..OMG....saya sudah terperangkap..........................TIPAH TERTIPU!!!


Nak menangis pun ada masa tu...saya tak suka dengan bisnes MLM..betul saya cakap...bisnes ni bukan untuk saya....bukan jiwa saya.....tapi memandangkan saya dah berada kat situ saya terpaksa akur saja...5 minit kemudian tetamu kami pun sampai...seorang perempuan iaitu Kak M...sesi berkenalan pun bermula...biasalah mula-mula tanya nama, kerja apa, status, dah ada anak ke belum...lepas tu dia pun beceritalah tentang diri dia...dia ni dulu seorang lecturer kat UiTM shah alam tapi dah berhenti sebab nak tumpukan pada bisnes MLM ni...dah 7 tahun dah dia buat...


Mula-mula kak M tanya saya soalan "pernah dengar tak MLM Zhulian?" lepas tu dia pun terangkan apa itu MLM Zhulian..katanya tak sama dengan MLM lain...MLM yang dia buat ni mengikut formula yang dibuat oleh seorang bekas lecturer matematik...waduh-waduh....dia mula pancing saya dengan perkataan "formula matematik"..nampak macam sesuatu yang interesting dan ada standard sendiri bila ikut formula bagai ni kan...kak M teruskan citer....dia tunjuk kat saya statement pedapatan dia masa mula-mula dia masuk dulu...bermula dengan RM400 ++, RM 600++, RM 1K, sampailah dia bukak statement yang bernilan RM15K ke atas setiap bulan....


Tak cukup dengan itu..dia tunjukkan saya gambar-gambar percutian dia di luar negara...setiap tahun dia berpeluang pergi berbulan madu bersama suami hasil sumbangan Zhulian...banyak negara yang dia tunjuk..Australia, Mesir, China, Hong Kong tak ketinggalan Mekkah pun ada jugak...dan satu lagi gambar yang wajib orang buat bisnes MLM tunjuk iaitu bergambar dengan kereta mewah...Kak M tunjuk gambar dia berdiri kat sebelah kereta Mercedes besar...alhamdulillah murah rezeki Kak M....=)


Oh yer...kak M bawak mak dia sekali...saya tak tau apa tujuan bawak mak..mungkin nak buktikan dia tak tipu yang dia dah berjaya dalam bisnes MLM ni...sesekali mak dia mencelah menyokong fakta-fakta yang keluar dari mulut kak M...menurut kak M lagi, MLM zhulian ni tak susah mcm MLM lain-lain...tak perlu promote-promote barang kat orang..tak perlu pergi satu rumah ke satu rumah...tak perlu jumpa orang banyak kali...cuma buat ikut formula yang dia bagi...


Adakah saya berminat? jeng jeng jeng....nanti saya bagitau entry seterusnya.....=)

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...