Assalamualaikum..
Sebelum baby lahir..saya selalu niat di hati, nanti tiap-tiap bulan nak update perkembangan dia kat blog...kalau orang tak baca pun, sekurang-kurangnya ada memori tercatat untuk bacaan sendiri di hari tua..heheh...tapi apa boleh buat...masa tak mengizinkan...
Sebenarnya saya dapat cuti bersalin 2 bulan je..sepatutnya 4 Jan saya dah kena masuk kerja..tapi memandangkan takde sape yang boleh diharapkan untuk jaga baby, maka saya terpaksa mintak dengan bos cuti lagi sebulan...nasib baik bos bagi..
Ramai yang suruh saya tinggal baby kat kampung dulu sementara dia kecik lagi ni...jawapannnya....OH TIDAK..tak sanggup saya nak berjauhan dengan dia...bukan 1 bulan, 1 minggu, malah 1 hari pun saya tak boleh hidup kalau baby takde depan mata..agaknya saya yang menangis tiap-tiap hari..dahlah berjauhan dengan husband, nak berjauhan dengan baby plak..saya sanggup cuti tanpa gaji daripada berjauhan dengan permata berharga ni..
Sekarang ni, saya jadi suri rumah sepenuh masa kat rumah jaga anak sendiri..perasaan? syokkkkk sangat-sangat...rasa nak cuti lebih lama lagi tapi tak bolehlah pentingkan diri sendiri jugak kan...hehehe...
Alhamdulillah sejak lahir Khasif seorang budak yang tak banyak ragam..senang nak jaga dia..selama 2 bulan lebih Khasif membesar di depan mata saya..banyak jugaklah perkembangan yang saya boleh lihat dari sehari ke sehari.....
- Dia cuma menangis time lapar nak susu..masa dalam bulan pertama dulu kalau lambat susu, siaplah dengar dia tarik bukan main tinggi..tapi sejak dah 2 bulan ni..dia dah pandai tunjuk isyarat...kalau dia lapar, dia bagi hint dulu..dia merengek sket-sket..lepas tu dia hisap-hisap lidah, hisap-hisap bibir...kalau saya tak layan jugak baru dia menangis...
- Selalunya dia menangis nak susu pakej mengantuk nak tido (2 in 1)..secara automatik, lepas hisap susu dia akan tido...sekarang dah pandai tunjuk isyarat kalau mengantuk dia gesek mata dengan tangan..ada jugak kalau susu dah habis tapi dia tak lena betul-betul lagi..kita kena ulit sekejap, zikir tepuk-tepuk sket then terus dia tido...
- Khasif adalah ratu air mata..kenapa?sebabnya kalau dia menangis tak kira sekejap ke lama ke, mesti keluar air mata..seawal usia seminggu lagi Khasif menangis keluar air mata....kalau ikutkan perkembangan yang normal, baby keluar air mata masa usia sebulan..
- Tak berjaga malam...alhamdulillah sejak Khasif lahir dia bukan bayi yang suka berjaga malam..maksud saya berjaga tak tido lansung + menangis-nangis tak tau punca..cuma ada sekali masa saya tengah berpantang dulu, dia tak boleh tido..dia tak menangis cuma dia celik mata..lebih kurang pukul 1-2 pagi baru dia tido..
- Dulu time baby waktu tengah malam dia akan terjaga setiap 2 jam nak susu...sekarang dah 2 bulan lebih ni tidak lagi..kalau dia tengah tido, pukul 12 tengah malam saya akan kejutkan dia, bagi susu & tukar lampin..lepas tu dia tido direct sampai subuh..time subuh baru dia terjaga mintak susu..
- Khasif pandai senyum kat orang masa usia dia 7 minggu..tapi masa tu tak kerap sangat..sekarang bukan setakat senyum, pandai ketawa terkekeh-kekeh lagi...
- Dah boleh pusing kepala ke kiri dan kanan tengok orang sekeliling..kalau panggil, dia akan pusing kanan kiri cari kat mana suara tu datang...
- Sekarang dah pandai menegur & keluarkan bunyi...kalau kita bercakap pandang mata dia, bukan main dia nak bercakap jugak.."ngaaa...aaw...ooo..." sampai senget-senget mulut, bergulung-gulung lidah nak bercakap sangat...
- Dah boleh mengiring badan sendiri...tapi tak boleh meniarap sendiri lagi...kalau kita letak dia meniarap, dah boleh tegak kepala..tapi dia tak nak meniarap lama..nanti dia bunyi " uh..uh...uh." agaknya tak selesa lagi..
- Dah pandai tengok tv...kadang-kadang saya riba dia sambil mata tengok tv..tiba-tiba perasan dia senyap..rupa-rupanya dia pun tengah kusyuk tengok tv..kalau saya masak kat dapur, tinggal dia sorang-sorang kat depann tv...tiba-tiba dengar dia menegur..rupa-rupanya tengah tegur orang kat dalam tv..hehe...
- Suka berdiri..kalau dia dah bosan baring, dia merengek mintak perhatian...saya angkat bagi dia berdiri, bukan main sengeh lagi...berdiri 1 jam pun takpe....
- Dah boleh tegak kepala....sebab tu dia suka berdiri...dia nak tunjuk eksyen boleh tegakkan kepala...ingat dah besar sangatlah tu...tapi ada jugak sekali sekala terliuk-liuk..tak betul-betul keras lagi tengkuk tu dik...
- Time hisap susu, nak pegang botol sendiri...tapi tak boleh pegang betul-betul lagi..cuma dia dah pandai letak kedua-dua tangan dia kat botol time menyusu...
- Dah pandai nak hisap jari..tapi tangan dia masih pakai mitten lagi..so dia hisap mitten tu konon-konon hisap jari..kalau tak pakai mitten bahaya plak sebab kuku dia cepat panjang..nanti kang tak pasal-pasal cucuk mata...
- Skill tendang-menendang memang pandai dari dalam perut lagi..sekarang dah 2 bulan lebih lagilah kuat dia tendang...paling risau time mandi dia tendang-tendang takut terhantuk kepala kat besen mandi..
- Dah pandai nak bermanja...kalau dukung, Khasif suka lentok kepala dia kat dada ibu...manja anak ibu sorang ni...:)
- Time menyusu, suka perhati dan tenung muka ibu lama-lama...
Ibu doakan Khasif boleh jadi anak yang baik dan pandai hormat orang tua yer sayang....
comel sgt!!
ReplyDeletetina, thanks...
Deletehehe sama mcm baby akk..tapi masa g klinik cucuk 2 bln kat kk aritu akk pakaikn mitten kena marah dgn nurse dia ckp kalau dah abis pantang tak yah pakai lg sebab baby nak belajar gengam dan rengangkan jari..mula2 risau gak bila kuku pjg abis calar2 muka dia tapi lama2 ok tapi kadang2 calar gak..
ReplyDeletehehe...ye ke kak..so far khasif wpun tiap masa pakai mitten,, tapi dia boleh genggam dah..kalau has letak jari kat tgn dia, dia mesti genggam jari kita balik..rasanya masa dia lahir dah pandai genggam...(^_^).
Delete