21 May 2014

Taska Baru..Kawan Baru...Teacher Baru...

Assalamualaikum...

Bila baca taska baru..maksudnya korang faham kan mestilah princess kecik tu yang tukar taska baru..takkan la saya kut...hehehe....(^_^)

TAPI sebelum citer tentang taska baru... saya flashback dulu citer sebelum itu....

Keputusan untuk tukar nursery ni saya dah terfikir sejak beberapa bulan yang lepas...sebelum dia masuk ward lagi..ada beberapa sebab yang mendorong saya untuk buat keputusan ini...

Salah satunya sebab saya nak Khasif lebih terdedah kepada education, terdedah dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana minda dia..belajar benda baru...

Sebenarnya nursery khasif yang lama dulu ada dua cawangan..cawangan pertama ada disediakan pelbagai aktiviti..tapi khasif kat cawangan kedua takde apa-apa aktiviti yang disediakan...cawangan khasif ni cuma daycare semata-mata..lebih kepada jagaan bayi...

Main, makan, minum susu, tidor...

Sebab kedua...kaki dan betis khasif dah berparut-parut hitam, merah, purpel...dia asyik menggaru sampai berdarah...memang buruk la kalau tengok lagi-lagi betis dia..kawasan tu memang kawasan yang banyak nyamuk...bukan khasif je la...bila petang-petang time amik khasif sempat sembang dengan parents yang datang amik anak...diaorang pun cakap kaki anak diaorang ada biji-biji macam kena gigit nyamuk atau semut....

So saya rasa dah sampai masanya saya cari nursery baru untuk Khasif...

Saya nak salahkan pihak nursery pun tak boleh jugak...sebab dalam kawasan nursery tu bersih je tapi kawasan luar nursery sekitar taman perumahan tu memang tak berapa bersih..rumah sebelah nursery tu siap longgok sampah kat depan pintu pagar ada yang berulat-ulat...

Tentang teacher lama khasif, mula-mula hantar tu memang la ada la sket-sket tak puas hati itu ini..tapi lama-lama ok jer...kalau khasif terhantuk ke atau ada budak gigit ke diaorang takdelah buat senyap je...memang diaorang inform dan mintak maaf..so takdelah kita rasa nak marah kan..

Macam khasif dia sangat rapat dengan teacher Ina...kalau cuti panjang pun, bila start sekolah balik nampak je teacher ina dia senyum hulur tangan...masa saya dah tak hantar khasif lepas keluar ward hari tu, teacher ina mesej...dia tanya keadaan khasif...dia cakap rindu kat khasif...

Kesian plak saya baca mesej dia...so petang masa hari teachers day saya bawak khasif gi nursey...teacher ina sebak masa nak berpisah dengan khasif...mintak maaf kalau ada salah silap selama jaga khasif...nanti selalu hantar gambar dia...sedih plak dengar...T_T

Taska baru Khasif ni terletak dalam kawasan rumah saya jugak...cuma selang 1 lorong..so senang la sket pagi-pagi saya drop dia kat nursery then terus ke ofis...dulu nursey lama kena hantar dia dulu lepas tu u-turn balik pergi ofis...boleh jimat masa lebih kurang 20 minit..

Setelah dikuarantin selama hampir 3 minggu duk rumah dengan babah..tiba lah hari pertama Khasif ke taska baru...jumpa kawan-kawan baru...teacher baru..environment baru...semuanya baru...




Register form...macam form nak mintak kerja dah dik ooii.....


Yuran taksa baru...hampir 2 kali ganda dari harga taska dulu...tapi takpe la mahal sket pun..demi kebaikan anak jangan berkira sangat...lagi pun saya dah bincang dengan husband, walaupun dia mampu untuk tanggung, tapi saya akan topup jugak separuh...saya tau husband nampak tenang, tapi dalam kepala dia banyak benda dia fikir...komitmen banyak....

Ooo yer..kat sini ada 2 option...samada parents nak hantar anak half day atau full day...yuran bulanan pun berbeza...bagi parents yang bekerja macam saya ni memang kena hantar full day la..no choice...huhuhu...


Jadual/ Aktiviti sekolah...kat nursery ni ada pelbagai range umur..start dari 1.5 hingga 6 tahun..walaupun baru 1.5 tahun macam Khasif tapi diaorang tetap dedahkan jugak dengan sesi pembelajaran...cuma yang kecik tu dia ajar cara budak kecik la..takla seserius macam budak besar...cukup sekadar pendedahan awal...


Khasif yang baru turun dari kereta...tengok kawasan sekolah baru tiba-tiba dia berubah muka...hehehe...


Dia macam dah boleh agak tau...so dia taknak jalan lansung...tarik pun tak gerak..siap nak duduk kat tanah lagi..terpaksa la ibu dukung...


Naik atas jumpa owner taska dulu..dengar dia inform tentang yuran, tentang jadual belajar dan aktiviti kat nursery...sebenarnya sebelum tu saya dah datang jumpa dah sekali sebelum buat keputusan nak pindahkan khasif...kali ni husband ada biar dia dengar jugak sekali...



Cubaan untuk memujuk khasif supaya mood dia happy main kat situ...mula-mula malu nak pegang lepas dah 5 minit baru start main..


Dah habis sesi register kat atas, turun bawah join budak-budak tengah belajar kat bawah...diaorang tengah ada group circle time...tema hari tu ialah pasal buah..kat tengah-tengah tu teacher tengah tunjuk buah yang diaorang tak pernah tengok...teacher bagi rasa...

Yang kelakar ada yang taknak rasa lansung..ada yang nak rasa cakap sedap..ada yang cakap tak sedap la..biasa la budak mana pandai menipu..apa yang diaorang rasa itu lah yang akan keluar dari mulut...(^_^)

Bahasa yang digunakan adalah english dan malay..sambil belajar tentang buah, belajar bahasa jugak...


Khasif yang tengah takut..taknak berenggang dengan ibu dan babah...

Lepas duduk beberapa minit, saya mintak diri sebab kena masuk ofis plak...

Dan sampai lah masanya saya serahkan khasif kepada pn hamiza, owner nursery...khasif meraung, meronta takyah cakaplah....dia kan takut kat orang yang dia tak kenal...

Saya masuk kereta.. walaupun berat hati tapi cool jer...tapi husband memang ketara nampak kat muka dia tengah susah hati...maklumlah puteri kesayangan manja dengan dia...kejap-kejap mengeluh "camnelah adik kat sekolah...ish....."

Lebih kurang pukul 10 pn. hamiza mesej khasif dah ok tak nangis dah...tengah main ball dengan kawan-kawan...lepas tu dia wasap gambar...


La...seronoknya tengah main..tadi menangis punya la kuat ingatkan susah nak stop...sekali dapat kakak baru terus lupa ibu dan babah...


Salah satu fav dia main ball..nasib baik ada ball sebagai penyelamat...


Bersama kakak angkat baru.. yang penting ball tak lepas.....(^_^)


Aktiviti baru dengan sape tu dik...main elok-elok yer..jangan nangis-nangis....

Hari pertama saya hantar half day je...so lebih kurang pukul 12 tengahari kami gi nursery nak amik dia...


Tengok-tengok khasif tengah duk kat kerusi main dengan abang-abang dan kakak-kakak...nampak dari cara dia sandar tu, husband cakap dia macam letih campur ngantuk nak tidor...kesian anak ibu...



Tak sedar lagi ibu dan babah ada kat belakang...dia tengok apa ntah....


Masa ni dah sedar ibu dan babah ada kat belakang...meleret dia senyum...sempatla husband sembang dengan budak-budak lain..diaorang ni dah besar 3, 4 tahun dah boleh cakap...

"Dia nangis tak?"
"Nangis..."

Apa ntah lagi husband sembang dengan budak-budak ni...siap tunjuk ada pedang kat dalam baju...hahaha....habislah adik..jangan ikut perangai lelaki tau..

Hari kedua dan ketiga hantar pagi-pagi khasif still nangis jugak lagi..cuma makin slow...macam hari ni hari ketiga nangis bila teacher dia amik..tapi bila sebut nak tengok bird dia terus senyap...hopefully minggu depan dia dah tak nangis dah...

Tengahari tadi pn hamiza mesej inform kat saya khasif dah minum susu, dah makan kek dan muffin tapi taknak makan mee hoon sup...then dia inform lagi khasif suka dengan budak-budak besar especially girls...

Hehehe...ok good girl...anak ibu kena kawan dengan girl ok...

Itu sahaja cerita tentang khasif kat nursery baru...harap-harap dia cepat adapt dengan environment baru, dengan jadual baru....dapat belajar pengetahuan baru..biar babah balik nanti, babah terganga mulut.. (^_^)

Babai....

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...