29 May 2014

Mereka Itu SAMPAH Sahaja...

Assalamualaikum....

Beberapa hari lepas saya ada terima mesej dari seorang relative...dia cakap dia nak RESIGN..

Dia dah tak tahan sangat tekanan kat tempat kerja...kepala serabut..kerja pun dah tak boleh fokus...yang paling buat dia tertekan dan sedih,  semua staff kat tempat kerja pulaukan dia..taknak kawan dengan dia...cuti susah nak dapat...nak tukar balik negeri sendiri pun tak dapat...

Relative saya ni kerja nurse kat sebuah hospital gov..saya ingat lagi masa awal-awal dia kerja dulu...macam-macam staff lama buat kat dia..sengaja hilangkan barang lepas tu pakat tuduh dia mentang-mentang dia budak baru..bila dah jumpa balik, takde sorang pun yang mintak maaf...

Mula-mula ingat sekejap je dia kena buli..tapi nampaknya sampai ke hari ni dah bertahun-tahun kerja pun masih dianiaya orang jugak....

Saya sendiri pun tak faham kadang-kadang dengan sikap manusia ni...lagi-lagi yang suka main politik kotor kat tempat kerja..penuh dengan sifat hasad dengki dalam hati..kurang senang tengok orang lain happy buat kerja...


Saya faham apa yang dia rasa..faham sangat-sangat..memang ianya pedih..lagi-lagi kalau kita berdepan dengan orang yang busuk hati...mintak jauh la saya jumpa orang macam ni...

Kalau yang tak kuat memang  boleh jadi tekanan perasaan.. dan secara automatik emosi akan terganggu...bila emosi terganggu kita akan buat keputusan secara drastik tanpa fikir baik dan buruk...seboleh-bolehnya kita rasa nak lari jauh-jauh dari masalah tu...dari orang yang mendatangkan masalah...

Saya memang tak setuju apa yang dia nak buat..dan saya agak marah jugaklah...mungkin dia kecik hati dengan kata-kata saya ...tapi niat saya satu je..saya nak dia SEDAR, FIKIR BALIK, FIKIR PANJANG...berbaloi ke tindakan yang dia nak amik tu? buat keputusan tanpa fikir panjang, selalunya manusia akan menyesal..bila menyesal dah takde guna...nasi dah jadi bubur...

Nasihat saya untuk kamu...setiap apa pun bidang yang kita ceburi mesti ada tekanan, mesti ada cabaran dan dugaan...kat mana-mana pun memang berlaku perkara macam tu...yang penting kita kena kuatkan hati dan jangan terlalu berlembut dengan manusia sekeliling sampai orang boleh pijak-pijak kepala kita...

Kalau orang buat apa pun kat kita...taknak kawan, sisihkan kita...biarkan saja...kita buat kerja kita...sibukkan diri...selalu tanam dalam diri aku ada ALLAH, ada MAK AYAH dan family yang sayangkan aku...jangan anggap kita bersendirian dalam hidup ni...

Allah ada untuk setiap pertolongan yang kita nak...selalu berdoa semoga diberi petunjuk..anggap saja mereka-mereka yang buat kita bersedih tu hanyalah LALAT atau SAMPAH je....abaikan mereka...bebaskan diri dari mereka..

Jadilah insan yang berlapang dada...jangan bebankan fikiran dengan perkara-perkara negatif disekeliling kita...ingat satu je...setiap yang berlaku pasti ada hikmah..yang penting SABAR...sabar itukan separuh daripada iman...


Kita hidup di dunia ni hanya untuk sementara..jadi nikmatilah hidup ini dengan seadannya..peace...^_^

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...