08 December 2014

Cerita Sedih My Birthday di Seoul Garden..

Assalamualaikum...

Cerita ni dah lama bulan 9 hari tu lagi..tapi baru sekarang aku berkesempatan nak update..nampak tak betapa akak bz dik...huhuhu... 

23 September tu birthday aku tapi husband kat offshore lagi...so takdela plan nak celebrate apa-apa..lagi pun memang selalu birthday aku tak celebrate disebabkan kerja husband macam tu..

Tup-tup selang 2 hari lepas tu sembang-sembang kat wasap...



Ha!! nampak tak boleh tahan la jugak husband aku ni melawak...sempat lagi dalam pada nak ajak celebrate tu dia merepek...aku ni masa tengok list dia bagi tu yang lain tu familiar la..tapi yang satu tu Jeju Island Garden aku tak pernah dengar la plak...kemain la aku google....T_T

Nasi arab aku tak berminat sangat sebab bukan feveret aku...chicken rice shop? bape kali da...asyik-asyik chicken rice shop..kedai mamak al fairos tu nak menyindir aku namanya..

So aku pilih Seoul Garden..lagi pun dah lama tak berBBQ dan bersteamboat..kali ni kita pilih restoran korea sekali...

Mula-mula aku ingat nak gi Seoul Garden kat IOI Mall Puchong tapi memandangkan Setia City Mall lebih dekat..so pilih yang dekat je..aku pergi untuk dinner..so satu hari menahan lapor tak makan sangat sebab nak isi perut time dinner...

Sampai-sampai depan restoran kami disambut oleh waiter Nepal..sebelum di bawa ke meja kena gi kaunter dulu pilih set apa yang aku nak..semua pekerja kat situ Nepal..sepatah haram aku tak faham apa yang dia cakap dan tanya..aku dah konfius ni restoran ke kedai makan cap ayam ni? 

Bila diaorang tanya, aku duk ha?? excuse me? ha?? nampak cam aku plak yang jakun...serius aku tak boleh nak terima restoran macam ni dilayan oleh pekerja asing..baik aku gi makan mamak...

Lepas dah berhempas pulas nak memahami..dah pilih nak sup perisa apa...bayar lah dua orang makan RM100++.. harus aku makan 5 jam baru padan dengan harga tu...

Dah bayar baru dibawak ke meja..dahlah meja jauh giler dari tempat nak amik makanan..kat ruang belakang...tempat amik makanan kat belah depan...takpelah..janji aku dapat makan perut dah lapor...


Birthday girl yang buat-buat happy...


Untuk makanan berat mula-mula aku amik nasi goreng...not bad la rasa dia...jangan ko nak cari nasi beryani ke, nasi ayam ke, chicken cop ke...memang takdela kat sini...


Oh my darling..masa ni kusyuk makan lagi walaupun pinggan berselerak..



Lepas tu aku amik mee goreng...
Suapan pertama dah tak boleh nak telan...
Tak sedap....aku tak taulah kenapa rasa camtu...
Adakah sebab tak kena dengan tekak aku..tapi husband aku yang tak cerewet makan tu pun cakap tak sedap..kureng...T_T
 
  Tak sedap pun kena la makan...nanti kena charge lain ko nak bayar ke?


Daging dan seafood untuk sesi memanggang....
 
 

Aku tak suka tempat memanggang dia  sebab dalam sangat..susah nak balik-balikkan daging...
Dapur kat sini guna elektrik so agak safety la sket kalau  nak compare dengan stemboat lain yang guna tong gas..
Kalau nak naikkan atau suhu turun tekan je butang remote...

Tomyam? ini pendapat aku..
Sket pun tak rasa tomyam...lebih kepada rasa sup berempah lada yang pedas..aku tak tau Seoul Garden tempat lain...tapi kat sini aku tak recomended...


Nampak? setiap meja cuma dibagi satu penyepit..so terpaksala salah sorang guna garfu...

Tapi tak semua makanan kat sini tak sedap..satu yang paling aku suka daging blackpepper, sedap !!
Makan panas-panas lepas panggang memang mencengkam jiwa...
Yang itu jelah aku dengan husband duk ulang alik tambah...
Yang lain tak mendapat sambutan sangat...
Fish ball ke meatball ke lansung tak pandang...


Aku start makan lebih kurang 6 petang...pukul 7 hari dah nak gelap masa tu la Khasif start buat perangai..
Dia start bosan...dia start sepah-sepahkan meja..jatuhkan makanan ke lantai..nak panjat kerusi...



So demi kelesaan pelanggan lain husband bawak Khasif pusing-pusing kat luar..nasib baik pintu belakang kat sebelah meja je.. 

Maka aku pun makanla sorang-sorang sambut birthday sendiri..pernah ke korang tengok orang celebrate birthday makan sorang-sorang kat restoran...T_T


Lepas tu gilir dengan husband plak..husband masuk makan sementara aku layan kerenah Khasif yang nak main kat luar...
 
Ini budak makin besar makin macam-macam ragam...


Sementara husband gi solat Maghrib aku pujuk Khasif duduk diam...nak tak nak bagilah dia makan ais krim...kalau boleh waktu dia kecik ni aku nak elak bagi dia makan aiskrim..tapi nak buat camne...terpaksa...kalau tak nanti dia meraung nak cari babah...

Kalau saja-saja nak bagi dia aiskrim MEMANG TAK LA...




Lepas Magrib, husband sambung lagi panggang daging...sebenarnya dua-dua pun tak puas makan lagi..tak dapat menikmati sangat...salah satu sebab layan kerenah anakla....

Lebih kurang pukul 8.45 malam baru keluar dari restoran...nak kata kenyang dan puas hati memang tak la...makan pun rasanya tak padan dengan apa yang dibayar...

Tapi aku tak blacklist terus Seoul Garden ni..lepas ni aku nak cuba makan kat branch lain plak..aku rasa branch lain macam IOI Mall, One Utama, Sunway Piramid rasanya lebih banyak pilihan makanan, lebih sedap dan restoran lebih bersih..kat sini je aku nak blacklist..hehehe...

 

Dah habis makan pusing-pusing kejap layan kerenah Khasif...

 

Tomei??
Jeng jeng jeng....rahsia...hehehe....

Lepas tu terus balik umah....
Husband sempat singgah beli burger tepi jalan...hahaha
Nampak tak aku cakap tak berapa kenyang walaupun dah habis beratus untuk dinner tadi...

Akhir kata...Seoul mu tunggu aku datang....^_^

No comments:

Post a Comment

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...