13 July 2011

Tentang Rumah Lagi Tapi..

Lepas 2 hari baru dapat update lagi blog ni yer...maklumlah bz mengalahkan PM lah katakan..hehe...hari ni saya nak sambung kisah tentang rumah lagi...

Masa keluar dari kawasan rumah menuju ke jalan utama..jalan tak berapa cantik..maybe akan datang bertukar wajah tak taulah sebab saya tengok ada lagi satu kawasan perumahan yang agak mewah sedang dibangunkan...


Bila dah sampai kt jalan utama..tiba-tiba hati saya datang risau....jalan tu 2 hala turun naik bukit..lori keluar masuk..kereta ada yang suka memotong tak kira tempat...part yang paling saya risau kalau ada kereta yang dari arah sana cuba memotong dan masuk ke lorong saya...sekarang ni pemandu semua suka bawak laju-laju..saya risau berlaku accident..kalau jalan highway, takde problem nak memotong..


Rupa-rupanya apa yang membimbangkan saya memang betul-betul berlaku..di pertengahan jalan ada accident antara kereta dan motor...kereta terbabas ke tepi jalan langgar bukit..motor 70% hancur ada kat tengah jalan..saya tak nampak orang kat mana maybe dah dibawa ke hospital...tergamam sebab tadi baru terfikir pasal ni...


On the way balik dah nak sampai rumah saya cuma diam dan berfikir...banyak benda yang saya fikir..kawasan yang saya nak tinggal tu jauh masuk ke dalam...husband plak selalu kena travel..camne kalau dari airport nak masuk ke rumah waktu tengah malam, ada ke taxi yang nak amik dan hantar..kalau saya sorang-sorang kat rumah plak, kalau saya sakit demam cmne...kalau ada anak sakit demam...banyak benda yang saya fikir...


Yang paling utama saya fikir adalah pasal jalan..nanti saya nak gi kerja tiap-tiap hari saya akan ulang alik melalui jalan tadi...selamat ke?? sampai kat rumah, saya google pasal jalan tadi..rupa-rupanya dah banyak berlaku accident kat situ...dan paling saya tak sangka, jalan tu mengalami kesesakan trafik yang teruk di waktu puncak iaitu waktu pagi dan waktu petang. ada yang terpaksa keluar rumah seawal pukul 6 pagi..tak ke haru biru jadinya..


Sekarang ni saya datang keje pun memang jem.kat kawasan puchong memang susah nak cari kawasan yang tak jem..tapi takdelah sampai kena keluar pukul 6 pagi..kalau keluar pukul 8 pun, paling lama 1 jam dah boleh sampai ofis...akhirnya husband yang keluarkan perkataan tu dulu..

"Kita cancel jelah beli rumah tu yang.."


Saya antara 2..sayangkan rumah tu tapi dalam masa yang sama fikir pasal keselamatan dan keselesaan di masa hadapan..rumah dah cantik tapi berada di kawasan yang agak crowded dengan rumah lain...mengikut kawan satu ofis...jalan kat situ akan dibangunkan jadi highway tapi bila?


So sekarang saya dan husband lebih kepada taknak beli..tapi tak berani nak call pemaju dan pihak bank untuk cancel tempahan...walaupun sayang sebab dah bayar deposit seribu (maybe takkan dapat balik duit tu) tapi nak taknak kena terima lah...inilah padahnya bila buat keputusan terburu-buru..betul kata orang..kalau nak beli rumah, pergi tengok kawasan dulu sebelum buat keputusan..nasib baik saya tak sign SNP lagi...


Inilah rumah yang saya nak beli..townhouse je...saya pilih rumah tingkat atas..setiap rumah ada taman sendiri (part yang paling saya suka). tapi tulah...bila dah tengok kat site sendiri..indah khabar dari rupa...saya bayangkan satu kawasan yang luas tanpa kesibukan dan ada ruang privacy sendiri..tapi sebenarnya takde banyak beza sangat dengan kawasan rumah lain...

Betul ke keputusan saya nak cancel rumah ni....keliru sangat-sangat....:(

2 comments:

  1. rumah akak nk bli tu camne? rumah 3 tingkat atau setingkat saja?x bpe fhm plk...hihihi... :P

    ReplyDelete
  2. tengku, rumah tu 3 tingkat tapi setiap tingkat tu owner lain-lain..tingkat bawah sekali parking kereta.tingkat 2 dan 3 owner lain-lain..taman untuk penghuni tingkat 2 kat belakang manakala taman untuk penghuni tingkat 3 kat tepi rumah..harap-harap faham lah kut..hehe..:)

    ReplyDelete

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

NUFFNANG ADVERTISER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...